Jumaat, Julai 08, 2005

My List to do

Let’s talk about what I’m going to do for a not so long 2 month of holiday.

Well, it is really not so hard for me to come with a list:

1.) Become a biology teacher (which I already put it aside as I was told that I’ve to teach Add Math and Math rather than just Biology, well those were totally far from my reach now, not that I forgot but I don’t have the confident. It was already hard just to learn and of course it is worse when it comes to teach them.)
2.) Become a motivator-well this is what I call something that I can put my energy into: I start from my school, next Friday I’ll be going to Bentong, Pahang for a program not as a participant but as a motivator. Sounds impressive, right? It is well as an invitation from my school though.
3.) Get involve in Debat- I have my chance to go to the Final PPM but too bad they only go there by car which totally can’t include me along. Well I still on my searching upon any team that need my coach. Hehe!
4.) Work on my vocal- don’t get me wrong, of course I’m still in my medicine field, just to have fun. I don’t think Malaysia has something like summer camp or something like in movie ‘Raising Your Voice’ (starring Hillary Duff). Well, Akademi Fantasia, Malaysian Idol are pretty enough I think.
5.) Working in volunteer team-something like blood donor, social activities or anything like that. Well this is still in my waiting list.
6.) Take a sneak peek at my anatomy and histology Book- Fool me to forget my primer job. But still after a year in a war I consider this as the heaviest thing to do despite the important exam coming next year. It is just matter of time, yes just time and it will come… Haha! Anyway, don’t worry I will start and I am sure about it.
7.) Meet my friends of course- I have a long list for this. Still waiting for any invitation for a reunion. That will make my work far easier. Still if there aren’t. I’ll find them one by one. Huh! What a good friend I am. Really? Am I?

And of course on the top of that, are my family and my relatives. I need to strengthen the bond and mend what is wrong. I don’t to be labeled ‘orang lupa diri’.

Huh! I think 2 months is enough. Well what do you think? Don’t they seem neat?

Rabu, Julai 06, 2005

Welcome Back! Welcome Home! Welcome Home!

Alhamdulillah sampai juga saya ke Malaysia. Dah terlanjur mengadap computer, terbukak pulak blog. Jadi nak jugalah saya kongsi sedikit sebanyak apa yang saya rasa. Dari Volgograd ke Moscow, singgah sebentar di Qatar kemudian akhirnya menjejakkan kaki ke Malaysia.

Kami bertolah tatkala subuh baru hendak mengunduir pergi. Lebihkurang dalam 4.30 pagi. Langit masih merah lagi di ufuk timur. Kami sampai setengah setengah jam awal daripada yang disangka seperti yang dijangkakan dengan keadaan trafik yang keterlaluan lengangnya.

Tak banyak yang menarik tentang Volgograd. Kami menaiki kapal terbang yang murah dan untuk lebih menjimatkan kos kami menaiki lagi economy class.

Kami sampai di Moscow awal. Flight kami dijadualkan 6.45 pm. Jejaknya kaki kami di Moscow lebih kurang 8 pagi. Tak ke awalnya tuh? Tak ada apa-apa pun yang boleh dibuat, nak membeli belah; harga masya Allah mahalnya. Kami pun duduklah menyertai musafir-musafir yang lain. Nak dijadikan cerita, nasib baiklah kami ramai chef dalam kumpulan kami. Tak lah kebulur sepanjang menunggu lebih 6 jam di airport. Tak banyak pun, semuanya pun sandwich dengan pelbagai inti ditambah sedikit kentang goreng dan diakhiri dengan minuman air mineral yang dikongsi beramai-ramai.

Tepat pukul 3, kami turun untuk ‘check in’. Terkejutnya kami sesampainya disana. Ramai rupanya student Malaysian yang balik sama flight. Takper2 kawal sekejap rasa seronok, sebab nak kena Tanya kaunter Qatar yang kami ada hotel ke di Qatar. Yelah transit lebih 12 jam, takkan nak tidur kat airport pulak.

Fuh 2 kali lega; pertama sebab kakak kat kaunter tuh tahu cakap English kalau tidak jenuhlah nak cakap bahasa Russia, keduanya sebab kami ada hotel di Qatar! Yes! Tak payah tido kat airport lagi.

Apa yang paling saya ingat dalam plane; saya boleh makan puas2. Tak payah nak susah2 fikir halal haram. Walaupun dalam plane Qatar tak ada TV kat seat. Tak apalah…boleh dimaafkan asal boleh makan. Tapi tak jugak makan sepanjang masa, banyak masa dihabiskan tido dalam flight. Malan tadi tak cukup tido, bangun seawal pukul 2 pagi nak masak. Lebih-lebih pun ada lah bersembang dengan Ashuk. Seronok bersembang dengan dia tahu-tahu dah sampai di Qatar.

Sewaktu mendarat, kami dapatlah merasa pendaratan agak sempurna tanpa gegaran. Uish semua orang excited sampai semua orang tepuk tangan. Saya ingatkan dalam cerita jer orang tepuk tangan waktu mendarat rupanya dalam reality pun berlaku jugak.

Kepada yang bertanya-tanya Qatar tuh Negara apa. Meh sini saya terangkan, Qatar adalah sebuah Negara yang kecil sahaja, malah lebih kecil daripada Malaysia. Kalau siapa masih ingat yang dulu kita gagal dapatkan Sukan Asia 2006 sebab kita kalah dengan Qatar. Sebab besarnya, Qatar boleh beri tiket kapal terbang percuma yang Malaysia jauh daripada kemampuan untuk merealisasikannya.
Qatar sangat panas, Panas mereka kering, bahangnya terasa. Kalau di Russia kami ada masalah air sentiasa sejuk, di Qatar kami ada masalah air sentiasa panas pulak. Apa2pun saya suka makanan nya lagi lebih-lebih daging kibas dipotong nipis dimasak kura. Yum! Sedap sekali.

Pagi esoknya, kami terkejut lagi, tak sangka pulak Qatar nih seluruh tempat padang pasir. Saya ingatkan adalah sikit2 rumput rupanya tak ada.

Sambil-sambil menunggu flight ke Kuala Lumpur. Kami membeli belah dahulu di zon bebas cukai di Qatar . Sempatlah membeli satu kotak buah kurma Qatar dengan satu kotak set makanan-makanan Qatar. 5 minit sebelum kami menaiki kapat terbang. Kami terdengar azan. Sejuk rasa hati, dah lama tak mendengar azan dari masjid.

Waktu paling seronok adalah waktu dalam plane dari Qatar ke Kuala Lumpur. Dalam plabe ramai orang arab semuanya samada nak pergi ke KL atau Bangkok. Apa yang seronok bukan je sebab tak sabar nak ke KL tapi sebab dalam plane saya kenal dengan 3 orang yang sangat best. Nak komen pasal makanan : oklah tapi tak lah sesedap makanan dari Moscow ke Qatar.

Orang pertama yang saya kenal budak perempuan umurnya baru 2 tahun. Tak tahu nak cakap pun lagi. Namanya Zainab. Ayahnya beli satu row economy class tuh, kebetulan duduk depan group kami. Jenuhlah kami melayan kerenah dia, nak lompat-lompatlah. Saya sendiri kena angkat dia dudukkan dekat riba sebab ada orang nak lalu, lepas tuh pujuk dia pulak sebab dia tak nak bangun dari lantai. Uish macam2 lah. Erm satu perkara yang jelas dalam plane nih, ramai sangat budak2, kesian tengok stewardess jenuh melayan budak2 belum kira dengan sepah2 yang diorg buat lagi.

Orang kedua yang saya kenal budak lelaki yang umurnya baru11 tahun. Dia dari Iraq. Datang ke Malaysia sebab nak jumpa Datuk dengan nenek dia. Saya respect dengan budak ni sebab dia fasih sangat cakap bahasa Inggeris dan lagi satu dia teramatlah berdikari, visa isi sorang2 je, tak faham terus dia panggil stewardess. Saya rasa sedih jugak bila dia cerita pasal Iraq, dia cakap dekat Iraq tak pulih lagi, nasib baik dia boleh lagi bersekolah, mak dan ayah dia tak dapat nak ikut sebab mak dia tengah ada pembedahan sekarang.

Orang ketiga adalah orang yang pastinya semua jeles bila baca. Saya berkenalan denag pramugari kat situ. Ceritanya macam nih, dalam plane Qatar ada jual merchandise. Jadi saya pun teringinlah nak beli cap Qatar airways. Tapi malangnya dah habis.

Dia cakap macam ini :

“Sorry we out of stock”

tiba-tiba pulak dia sambung

“Takper dik tak cantik pun!”
Terkejut saya…orang Malaysia rupanya. Nak dipendekkan cerita setelah bersembang-sembang dia pun ambillah email saya dan dia pun kasi email denagn no telefon die. Erm saya sendiri tak tahu nak komen apa.

Sampai di Malaysia. Satu lagi peristiwa menarik, bila mana pilot mengumumkan

« Welcome Ke Malaysia »

Semua student Malaysia tepuk tangn dengan bersorak dengan gembira. Well semua orang rasanya boleh faham apa perasaannya pulang setelah menderita hidup di Negara orang. Orang Arab semua tengok dengan hairannya. Kenapa pulak budak2 nih buang tebiat aper?

Itulah sahaja setakat ini. Sekarang ni tengah merancang aktiviti 2 bulan. Selain temujanji dengan Aznil dekat Astro Ria dengan AF, appoinment masih banyak kosong lagi. Need anything contact me! Hehe…

Sabtu, Julai 02, 2005

A few more hours...

While I'm writing this blog, the clock already showed 3.40 am. It is summer so so far I say that it was already morning though the sun still doesn't show his appearance yet. I just finish my subuh prayer and now waiting the right time to take my bath.

Ashuk still ironing his clothes, today he will go with a new clothes which he just bought yesterday. But still another of my 'plane mate' Apih is still snoring, ironic as it may seems to be but a part from that, I just think that it is still early to wake him up.

I'm now staring at the Volgograd's night scene for the last time before I go back to Malaysia. A lot of thing happened this year, some just want make me to lough while some do drain my tears down my cheek. Anyhow that is life, while other people be matured by other way at other place. I've been chosen to took this path and this path which I will strive.

I is now entering the 10 minutes zone before 4 am, the masrutka will come in about 4.30 or 5.00 am. I'll better get going. Alright till then....

Jumaat, Julai 01, 2005

ye!ye! balik Malaysia..

Alhamdulillah habis akhirnya semua exam, secara rasmi tamat tahun pertama sebagai pelajar medic. Dah habis dah satu tahun? macam tak percaya pulak.

Countdown dimulakan dengan acara mengambil re-entry visa. Kenapa re-entry visa ini penting? Sebab klu tanpa re-entry visa kita tak boleh masuk ke tanah jajahan Russia ini. Walaupun sudah demokrasi tapi mungkin kerana unsur-unsur komunis itu masih ada menyebabkan diorang lebih berhati-hati.

Berbalik kepada isu re-entry visa. Kami menunggu umpama rakyat somalia menunggu bantuan kemanusian dari PBB. Untuk mendapat Visa. Kami memerlukan tandatangan dean dan juga beberapa tandatangan yang lain yang rasanya tak perlu disebutkan disini. Hendak dijadikan cerita dean datang sangat lambat. Orang semakin ramai di pejabat dekan(uish susah betul nak ingat perkataan ni-russia guna dekanat). Macam-macam bau dah terbit, kalau sesiapa tengok cermin mesti dah penuh dengan wap. Bila dean datang, bermula perebutan secara besar-besaran. Yelah, mana taknya, masing-masing nak selesaikan awal, masing-masing ada tiket dalam tarikh terdekat.

Cerita belum habis di situ, kemudian bermula acara beratur yang tiada penghujungnya, kelebihan orang Malaysia adalah mereka kecil, senang nak menyelit. Kelebihan yang ada dimanfaat sebaiknya. Waktu ni lah macam-macam ragam manusia kita boleh nampak. Lebih-lebih lagi orang yang pentingkan diri sendiri, orang lain semua boleh sabar beratur panjang-panjang, dia senang-senang boleh potong barisan. erm nasib baik diorang tak faham cakap bahasa melayu, boleh kutuk diorang secara besar-besaran. Nasib baik juga ada bouncer handalan selamat barisanku tak dipotong orang(thanks to zianis and yanti-you rock girl!)

Alhamdulillah, habis upacara berhimpit-himpitan(tarik nafas sekejap menghirup udara yang segar). Sekarang upacara kemas-mengemas pun bermula. Nak dijadikan cerita setiap tahun sebelum kami semua pulang ke Malaysia, semua bilik harus dikosongkan. Semua barang-barang harus disimpan di dalam stor.

Aduih! rasa nak patah tulang pinggang. Tak sangka banyak pulak kena dikemas. Yelah, baju jer pun nak dekat satu beg besar. Dari winter clothes sampai la ke summer collection.

Erm sekarang mana pulak nak diletak barang-barang nak dibawa ke Malaysia. Hand luggage ada bawah katil. Mana pulak luggage besar?

Alamak! luggage besar dah pecah, macam mana boleh lupa? Erm tak dapat lah nak buat apa-apa. Terpaksalah kurang barang. Periksalah pulak dompet. erm keadaan tampak agak normal tetapi memandangkan muatan beg yang tak begitu mengizinkan. Sikit sajalah yang dapat dibawak pun. Set teh yang ingatkan nak ditunjuk kat malaysia pun, terpaksa kurangkan kepada set cawan sahaja. Tak apalah tahun depan bila duit dah banyak baru beli beg baru, baru boleh bawak sourvenior banyak-banyak.

Biala semua dah siap, sekarang tinggal nak tunggu masa jer lagi. Ya Allah lamanya masa berlalu, tidur sekejap, bila bangun tengok lama lagi rupanya. Tak apalah layanlah tengok lah tengok river dance dulu.

Erm nak makan pun tak semangat, dulu ada group nak masak sekarang bila kawa-kawan group dah balik, kena pulak masak sendiri. Aduih malasnya.

Semasa blog ini dipublish. ada 10 jam lagi sebelum flight berlepas.

Selasa, Jun 21, 2005

Perubatan di Russia. Kenapa Perlu Dipertikaikan?

Berehat sebentar setalah membaca lebih 30 parasit dalam buku medical biology. Terasa pula nak mengomel tentang pertikaian pembelajaran perubatan di Ukraine dan Russia.

Pertamanya, satu persoalan yang wajib timbul, kenapa sekarang baru nak di timbulkan isu ini. Malaysia sentiasa begini, dah terhantuk baru nak mengadah. Penghantaran pelajar ke luar negara bukannya satu benda yang boleh dibuat main, terutama bila melibatkan isu perubatan, kerana graduannya bukan sahaja bakal menerima segulung ijazah kedoktoran M.D dengan membawa gelaran doktor tetapi juga dengan tanggungjawab besar berdepan dengan masalah penyakit manusia.

Idea tentang penghantaran pelajar ke Russia dalam bidang perubatan bermula apabila lawatan Dato' Mahathir ke Russia. Beliau merasakan bahawa ada satu peluang yang cerah untuk menghantar pelajar-pelajar Malaysia ke Russia dalam bidang perubatan. Sewajarnya, ketika idea ia telah dimaterialisasikan tidak patut wujud sebarang kontrovesi dan penyelidikan dan siasatan telah pun dilakukan secara terperinci.

Malangnya, bila timbul isu pengiktirafan tentang pelajar perubatan di Ukraine. Timbul satu pertanyaan, apa sebenarnya yang dilakukan oleh kita selama ini. Keputusan mengemukakan pastinya bukan satu keputusan yang boleh diambil mudah kerana di universiti tersebut masih wujud ramai penuntut perubatan yang masih dalam pengajian yang boleh kita katakan sebahagian mereka tidak pun meminta untuk ke sana melainkan atas tawaran dan tajaan agensi yang dipercayai.

Khabarnya, isu pengiktirafan timbul apabila sistem kemasukan pelajar ke Ukraine tidak telus semata-mata timbul salah sangka tentang sitem pemarkahan 9 yang dikira gagal di Malaysia di anggap sebagai markah paling tinggi di Ukraine. Jadi kalau itulah masalahnya, maka selesaikan apa yang sakit. Kami sebgai penuntut perubatan sendiri dari awal dididik supaya memberi penyelesaian tepat dengan masalah pesakit, dos berlebihan sebenarnya bukan memberikan kesan yang lebih baik malah ia mungkin lebih memburukkan.

Teringat pula tentang kisah perubatan di Jepun yang dipertikaikan kerana terlalu kejepunan. Mungkinkah perubatan di Russia akan dipertikaikan pula kerana terlalu bersifat komunis. Sabagai pelajar perubatan kami semua di ajar dengan etika, kalau melihat di Russia pada tahun kedua kami diajar dengan philosofi, dengan bioetika. Kami belajar tentang etika secar keseluruhannya. Tak ada pula terdengar tentang silibus yang mengajar tentang ideologi komunis yang sebetulnya telah lama ditinggalkan dankini Russia sedang bergerak maju ke arah demokrasi dengan kuasa membeli dan pengguna sebagi satu indikator yang paling jelas.

Malah, semua rakyat di sini masih mengamalkan apa jua ajaran yang dilakukan di Malaysia tanpa sebarang sekatan. Kami masih lagi ke masjid bersembahyang jumaat, bersembahyang jemaah bersama-sama. Malah paling jelas kami tidak pun minum arak walaupun arak dijual di tepi jalan bagaikan air sirap di Malaysia.

Kenapa pula nak dipertikaikan kualiti? Kalau universiti ini sendiri telah mendapat pengiktirafan dunia, dengan pensyarah yang sendirinya telah dicalonkan untuk hadiah nobel. Apa lagi yang menjadi tanda soal. Kalau teknologi dijadikan bandingan. Besar sangatkah perbezaan kedoktoran bukannya berdepan dengan makhluk yang diprogram tetapi dengan manusia yang perlukan lebih banyak manual daripada automatik.

Kalaupun ini masih dipertikaikan, susulan harus dilakukan. Penuntut perubatan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Perubatan adalah satu kursus yang amat mengambil masa dan melibatkan penglibatan yang maksimum. Untuk menghabis satu tahun dalam kursus perubatan bukannya satu perkara yang mudah. Bukan sedikit yang perlu diketahui. Kalau ada yang mengatakan universiti sudah mula lapang dibandingkan dengan zaman persekolahan tetapi tidak untuk pelajar perubatan, malah mungkin lebih berlipat kali ganda. Tak hairan kalau ada pelajar perubatan yang mengalami tekanan, itu baru sebagai peajar belum bergelar doktor lagi. Kalau satu Russia ditarik pengiktirafan entah berapa ramai yang sakait mental agaknya.

kesimpulannya:

prescription untuk masalah nih....

Recipe: Penyelidikan tentang Sistem Pendidikan quantum satis
Fikir Baik Buruk
Susulan yang efektif ana quatum satis
Misce fiat solutio
Sterelisa!
Signa: ambil 1 biji sebelum makan, 3 kali sehari

P/s tanya abg shuk (presiden Pelajar Malaysia Volgograd) pasal bende ni
dia jawab biarlah....biar menteri yang fikir kita sibuk2, buat ape, study jer untuk exam..hehe

Isnin, Jun 20, 2005

2 down 2 more to go

Firstly I would like to congrate Rezza for ur admitance to Russian Programme.Well, soon you experience something which I experience here...(hehe! LOL)

Anyway, now I'm can slowly catch up with my breath as 2 writing exam has just passed as I have 2 exam which are all orally basis exam. They are so much to remind me of debate.

Sometimes when I saw my friend, cry for getting 4 (full mark 5) and jump happily for getting 5, it make me into thinking:

"Is it that important to get the highest mark in our exam? besides will the patient ever ask us about our mark?"

Of all this I ask myself:

"Is the exam a way to train us to be a doctor or it just one more of the world's torturing device?"

even me myself, thinking about the exam do make me lost of my true intention, I'm too busy remembering fact that sometimes I don't even remember what I really want. Even worse I kept thinking:

"if I ever ever be the best student will I be a good doctor, a doctor which I pictured in my heart, in my dream during my childhood or the doctor will only sleep in my body and just in the matter of time disappeared killed by the new characteristic which I unintentionaly evoke".

Nevertheless, that is surely not the reason for taking the exam seriously for other than me I still have a lot of people to be assured and not to forget I can't even back to Malaysia if I don't pass through all my exam...

Still 2 more to go!!!!!Fadly!Sivo Haroshiva!

Jumaat, Jun 10, 2005

Tick tock! Wish Me luck!

Jeng2.....Tick tock,tick tock....

I am now counting the time remains till the day of my judgment's day. The emotion is really unbearable, facing the uncertainty really consumes a lot of energy.

There will be 6 more day to my first spring exam. 4 great battle are waiting for me, 2 which require me to use all my speech intelligent and 2 more that test my stamina in writing. Not to forget, one of them which can't afford me to do a single mistake, for anything wrong is assume as fatal as you already killed a person. And here they are: Latin language (Exam of perfectionist), Biorganic Chemistry (structure, vitamins...colloids??) Biology (parasites, worms, atropoda...Scabies hehe!) and Medical Physics (this is so medical!)

Ah! Forgot to tell, I just felt relieve from the exhausting phase of collecting zachiot, or rather simple if we translate it in english to 'credit'. Didn't I told you that in Russia there is a systems that demands us to collect all signature from all subject that we learnt for the whole semester including physical training! To get the signature normally we have to undergo a test, and the test will not been conducted until it is the last week of term. Just when you think you want study for your exam, you also have think about your zachoit test which if you fail to prevail, you will not get the signature and if that thing ever happen to you, you cannot sit for the final exam and to be more precise there is no way for you to say Balik Kampung!
See! How dramatic it is....

Anyway, what is a man if he ever tries to run from his own problem, now it is time to focus...Well I don't have a lot of things to say, just wish me luck and I bring a piece from Russia for you...hehe

Isnin, Mei 30, 2005

Bahas...

Baru-baru ni,saya dapat message friendster dari junior saya, Mahirah namanya, atau kalau nak lagi tepat Putri Mahirah Munatul Maknun binti Ahmad Mizanuddin.

Saya ambil sebijik dari apa yang dia tuliskan;

"hye bro...
please to inform u we're going to ppm on may 28th.
I've change my position...i'm d 3rd now...any tips..?
hehe...
berkati perjuangan...doakan kejayaan semesti...."

Hehe, tergelak sendiri sekejap.

Bahas...satu bidang yang dah lama pun ditinggalkan yang rasanya macam menunggu kucing bertanduk untuk lihat pertandingan semacam ni ada di bumi Russia yang indah lagi permai ini.

Dulu waktu saya sekolah menengah saya suka sangat berbahas, bukanlah sebab saya pandai sangat bercakap, tapi saya rasakan waktu tu bukannya saya ada pilihan lain, lagipun saya pun bukannya pandai bersukan; satu apa sukan pun tak masuk. Tapi saya nak juga buktikan yang saya ni aktif bukannya ulat buku semata jadi saya pun masuk bahas.

Saya ingat lagi, awal2 dulu waktu saya mula-mula masuk ke kelab bahas dan pidato (KBP). Saya tak pernah pun berangan nak masuk dalam pasukan. Bila disuruh perkenalkan diri, bahagian yang paling lama untuk saya cakap, waktu saya disuruh luahkan apa harapan saya. Bingung kepala sekejap dibuatnya, lepas tu saya dengar ada orang kata apa kata kalau saya kata yang saya nak bawak balik piala PPM(piala perdan menteri) ke semesti...Saya pun cakaplah, tiba-tiba terdengar semua tepuk dengan kuat, yang saya sendiri tak tahu kenapa perlu sangat begitu seronok atas harapan semacam itu.

Kemudian setelah diminat pupuk oleh senior dan cikgu-cikgu tercinta, saya dapat meloloskan diri dalam pasukan. Saya mulalah bergiat aktif. Saya suka sangat berbahas. Sampai bila ada orang tanya kenapa saya tak pergi wakil sekolah dalam apa-apa sukan macam manusia yang normal. Saya dengan selamba seloro jawab

"entahlah, memang aku dilahirkan untuk bercakap kot?"

ayat nilah pernah menjadi kontrovesi di dalam batch selama seminggu, cukuplah untuk memberikan publisiti murahan buat sementara waktu.

Sekarang semua tinggal memori, bagai sahut-sahut suara bergema di telinga. Pernah saya tanya seorang bekas pembahas yang dulunya pernah pun jadi pembahas terbaik Malaysia. Dia nak berbahas lagi ker?

Dia mudah je menjawab
"Itu dulu Fadly, waktu sekolah...sekarang maner ada dah"

Walaupun ada sedikit terkilan tapi lambat laun saya terima juga kenyataan ini. Kadang-kadang saya cemburu tengok bekas jaguh-jaguh sukan sekolah, tak lepas lagi dari buat benda yang diaorg buat di sekolah. Saya nak bahas dengan siapa? siapa pun nak dengar?

Tapi...

Memandangkan dengan sistem pembelajarn Russia yang lagi menitik beratkan lisan daripada tulisan, Selalu jugak bila-bila saya buka buku nak ulang kaji, terasa macam saya nak bersedia untuk berbahas, teringat sewaktu dulu-dulu saya baca artikel-artikel cari maklumat, cuba fahamkan maklumat tak kiralah kalau benda tu asing macam mana sekali pun; ekonomi, budaya, sastera, sains, semua saya taram.

Bila saya berada di hadapan kelas, sama ada bersedia untuk menerima soalan cikgu ataupun menerangkan sesuatu topik, semacam saya hendak menerangkan hujah saya pada sidang. Kadang-kadang saya rasa seronok, semacam terimbau kenangan lama.

Tapi tak kurang saya rasakan perbezaannya, bezanya saya tak lagi 3 orang dengan menteri yang lain, tugas saya bukan lagi menteri 3 memutar belit fakta, hakim bukan lagi memberi pangadilan mengikut sistem majoriti juri.

Saya kininya seorang, hanya diri ni sorang. Fakta adalah fakta. Cuma ada betul atau salah, hakim adalah seorang professor yang dalam masa kurang 1 minit akan memberi markah samada 5,4,3,2 atau 1. Tanpa sebarang bantahan.

Hehe! kadang-kadang bila terkenang semula, bagaikan dapat satu semangat unutk belajar seumpama semangatnya saya sahulu bersedia untuk berbahas. Sebab esok ada pihak lawan yang perlu dipuaskan kehendak pertanyaannya, dipatahkan kesangsian dan diyakinkan kebenarannya.

Mungkin betul agaknya saya dilahirkan untuk bercakap...

Hmm..hehe(gelak sorang-sorang lagi)=)

Sabtu, Mei 14, 2005

Se Dniom Pabiedi!

Seminggu dah pun berlalu selepas Hari Kemenangan(Victory Day) disambut di Russia. Biasalah, seperti sebelum-sebelumnya, diri ini tak punya banyak masa untuk di peruntukkan di depan komputer, menulis sepatah dua kata untuk di coret di dalam warkah ini.

Apapun biarlah saya bermula dari pangkalnya dahulu, kenapa adanya hari ini? Selain cuti sebanyak 3 hari, yang saya kira sudah cukup banyak untuk diberikan di sini. Hakikatnya hari ini sebenarnya membawa 1001 makna tersirat.

Hari tersebut disambut sempena kejayaan Russia berjaya menangani serangan dari German. Tangal 9 September menandakan German gagal sepenuhnya untuk menyerang Russia; yang mana usaha terakhirnya untuk menawan bandar Stalingrad(Kini Volgograd) gagal ketika perang dunia kedua.

Hari ini lebih kurang membawa sama ertinya dengan Hari kemerdekaan. Memandangkan hari ini bawa sebegitu banyak makna kepada mereka maka sambutannya agak meriah, malam sebelum Hari Kemenangan ini akan di buat perlancaran bunga api secara besar-besaran. Keesokannya diikuti dengan perbarisan yang akan dihadiri oleh kebanyakan pemimpin dunia terutama negara-negara yang dahulunya membentuk perikatan tentera Berikat. Antara yang hadir seperti pemimpin AS, Perancis, Jepun dan delegasi2 lain.

Meskipun tinggal jauh dari bendar utama Moscow, tetapi kemeriahan hari tersebut tak terasa kurang meriah di Volgograd. Sebagai satu bandar yang turut menjadi saksi perang dunia kedua dan turut menjadi bandar rebutan pihak German, Sambutan disini agak mewah. Selain, menyaksikan perarakan tentera Merah dengan gaya kawadnya yang unik, di tepi sungai Volga turut diadakan konsert mempersembahkan tarian-tarian yang melambangkan warna-warna kehidupan masyarakat Russia itu sendiri. Tugu-tugu utama akan dipenuhi dengan jambangan-jambangan bunga tanda penghargaan yang masih hidup kepada pejuang-pejuang peperangan. Beberapa hari sebelum tarikh tersebut juga menyaksikan kelibat veteran-veteran perang memakai baju lengkap dengan pingat-pingat keberanian mereka. Jika bernasib baik, ada diantara mereka akan menyapa kita dalam Bahasa Inggeris dan berpeluang mendengar cerita-cerita tentang perang dahulu. Sememangnya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Namun disebalik itu, hari ini juga turut dikenali sebagai hari berlinangan air mata. Mengapa tidaknya, melalui filem-filem tentang perang,kita boleh lihat sendiri betapa ramainya yang mati semata-mata untuk kemenangan ini. Kita boleh bayangkan sendiri, sebelum Russia berjaya untuk menahan serangan German, mereka harus bertahan lebih beratus-ratus hari di sesebuah bandar. Misalnya, sewaktu German menyerang St. Petersburg, Russia perlu bertahan lebih kurang 900 hari. Sebilangannya mati kerana peperangan dan tak kurang yang mati kerana ketiadaan makanan memandangkan sumber makanan mereka disekat.

Teringat saya tentang satu filem yang saya tonton tentang perang Russia menentang German, kelebihan Russia adalah kehandalan mereka mengumpul maklumat, menggunakan perisik mereka, walaupun antara tentera Russia dengan German tampak kekurangan bilangan ahlinya selepas German menyerang Russia.

Selain kehandalan dan kecekapan perisik mereka, saya kagumi idea dan prinsip yang mereka pegang. Bagi tentera Russia; kematian di medan perang adalah satu penghormatan kerana mereka yakin dengan kematian mereka itu akan menyebabkan ramai lagi rakyat Russia boelh hidup. Seperti dalam filem tersebut, walaupun ketujuh-tujuh perisik Russia tersebut mati tetapi maklumat yang mereka dapat tentang masa, tarikh dan kekuatan tentera German tersebut telah menyebabkan tentera German kalah dalam peperangan sekaligus menyelamatkan berjuta-juta rakyat Russia yang lain.

Tapi tak kurangnya dengan generasi muda yang sudah pun lupa apa itu erti hari ini selain untuk bersukaria. Malah ada yang bertanya, untuk apa sebenarnya mereka bertahan jikalau kekalahan mereka sebenarnya boleh membolehkan Russia lebih maju daripada sekarang dengan menyertai Euro sepenuhnya.

Bayangkan sedihnya veteran-veteran perang mendengar generasi muda mereka begini, malah ada yang lebih sanggup mati dari mendengar cacian tak berasas yang diberikan bukannya oleh asing, malah anak bangsa kita sendiri.....Fikirkan...

P/s: Anak muda Malaysia sendiri banyak yang lupa erti kemerdekaan itu sendiri.

Isnin, Mei 09, 2005

My soul...

Let see the world,
Through my point of view:

I've been always ask:
Is a person's destiny like a cloud?;
flowing with an inescapeable flow,
Or is it lies on the hand of the person?;
for him to decide his own flow.

Never giving up...
That is the desire to fly freely in the sky.

even a captured bird,
if it's clever enough it will try to open the case with its beak.

These legs must stand firm!
For the faith lies inside musn't collaspe.

I got to be tough...
Got to be strong enough...
For this lip will always smile
For these eyes will always give a sincere look

Must wake up...!
Must stand up...!
For everyone only have to know that I'm ready

Even if it means to close the ears
hug this fragile heart
alone..
in a cold night.

These tears must subside...
For the soul within musn't die...

As deep here,
There is scar,
That bear an undescribeable pain,
That keep healing as other's joyful blooms

For the real strength is not when you fight for only yourself,
but rise greatly when it is for the person that you care

So I want to protect someone precious to me
To fight for that person
To make that person's dream come true
To feel that I am exist in this world

My precious:
My Faith,My Nation,My Family,My Comrades

Dear Allah
Grant me strength
for this little person want to make his move....

Ahad, April 24, 2005

Volgames05!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Setelah sekian lama berhempas pulas akhirnya habis juga Sukan Intervarsiti antara pelajar-palajar Malaysia di Russia atau tahun ini dikenali sebagai VOLGAMES05...

Dekat sini pun saya nak jugak lah cerita bagaimana ianya berlansung.

Seminggu lagi sebelum Volgames bermula, semua orang dah mula sibuk, kalau esok ada concluding pun tak kisahlah. Semua tawakal, Tak menang tangan dibuatnya, atlit semakin giat berlatih dan saya...menyelit dimana ada peluang,

asalnya ada 5 tawaran datang pada saya;

1. jadi MC
2. join koir; jadi penyanyi(reserve asalnya)
3. join dikir barat
4. join zapin
5. join ajk dinner atas kapal no 1 keliling sungai Volga.

Saya stick dengan pilihan 1,2 dan 5. The least I can do..I think...

Tapi saya still tolong orang zapin buat latihan, sama-sama belajar zapin dengan diorang. So even tak masuk buat persembahan saya sekarang tahu macammana nak menari zapin.

Tapi yelah tak semua yang kita fikir berjalan lancar seperti yang kita harapkan. Seminggu sebelum Volgames banyak benda berubah. Saya ingat hari itu hari selasa, saya ada di dewan tolong budak-budak zapin; kemudian partner MC saya datang.

"Fadly akak minta maaf tapi instead of BM dioarang nak MC Russian, akak minta maaf yer, ada sorang cikgu Russian gantikan awak"

Tak! pecah sedikit hati ini, tapi tak apalah demi kebaikan semua.

"Tak apalah kak, lagipun itupun yang terbaik" saya cakap sambil mengekalkan senyuman di bibir.

Hari-hari seterusnya berjalan seperti biasa. Saya mengikuti latihan koir seperti biasa. Hairan pula rasa dihati kenapalah penyanyi utama lelaki tak datang latihan, Saya disuruh pula menyanyi. Penat juga, banyak benda nak diikut, banyak kali dibetulkkan, pithcing, nada, tone. Seronok jugak,tak apalah susah sikit rasanya...

Rehersal tiba, pergi bertanding kat bandar lain pula mamat tu, tak apalah nyanyilah lagi. dengar cerita dia balik esok. erm kena nanyilah waktu opening lah agaknya. Waktu rehersal makin banyak pula kerenahnya, mic ada pula cara kawalnya, tak boleh pulak nak tarik tinggi2, keep it simple kata presiden....

Malam sebelum Volgames05, semua menjadi semakin sibuk, budak zapin berlatih tak habis-habis nak bagi semua step nampak cantik, saya pun offer jadi technician diorg, seronok tengok orang buat zapin, nampak cantik.

Pagi esoknya, Hari berlansungnya Volgames05, pergi ke rumah Zamani(3rd year student), tolong dia beli air untuk Dinner atas kapal nanti. Penat jugak angkat air 4 kilo dari pasar ke rumah. Takper2 Fadly kan kuat!...Kesian tengok Zamani pagi tadi tak tido, budak2 Moscow sampai 2 pagi; awal 7 jam dari dijangkakan.

2 jam sebelum majlis pembukaan, join last rehersal, alhamdulillah mic ada 4; 2 untuk lead singers, 2 untuk koir. Duduk dahulu dengan spectators, dapatkan kata2 semangat; ada kata diorg kata my voice mcm Anuar zain...erm apa2lah.

10 minit sebelum majlis pembukaan,Aik! tiba ternampak nampak mamat yang supposely jadi lead singer tu, nampak macam ada kertas kat tangan dia, mulut dia pun terkuamt-kamit macam menghafal sesuatu.Tiba-tiba rasa tak seda hati. Tiba-tiba komposer lagu jumpa saya.


" Fadli..." dia pegang bahu saya.
"I'm very sorry, tapi commitie nak dia jadi lead singer..minta maaf Fadly"

Tak...hati retak lagi, nak menangis pulak rasanya, terduduk sekejap. 5 minit berlalu. Fikir balik...ingat balik....dulu pun asalnya jadi reserved singer pun, dah dapat pengalaman macam ni pun dah kira ok. Bangun dan sekali lagi mengekalkan senyuman di bibir.

1 minit sebelum koir buat persembahan, semua orang line up, semua orang terkejut kenapa saya masuk line koir belakang.

Kemudian menyanyi seperti biasa, cuma kali ini sekadar penyanyi koir biasa, bila tengok lead singer tu menanyi tengok kertas, menanyi pulak tak ikut apa yang dirancang. Rasanya nak jer cakap 'Hey you do it wrong!'.

Tapi yelah, saya sendiri sedar, saya sekadar first year, tanpa sebarang pencapaian, Bandingkan pula dengan dia yang baru jer pergi pertandingan menyanyi...Manalah enggang nak dibandingkan dengan merpati kecil. erm lagi satu saya kesini nak jadi doktor bukanya penanyi kan!

Tapi tak apa, saya tak kisah, semua itu, asalkan semua berjalan lancar, saya turut bangga.

2 hari seterusnya, berlansunglah temasya gilang gemilang.

The moment I cherished most is the time when I met my friends, seronok rasanya dapat jumpa Aizudeen, Michel, Man, Karina, Geeta, Alif, Rahimah and many more especially my roommate waktu dekat Cemara dulu Afiq..hehe

Persembahan Zapin pun berjalan lancar, Malam tu pakai baju melayu hitam sama dengan penari2 lain. Pertama kali tarian melayu di peringkat antarabangsa. Semua rasa bangga. Semua beri sokongan. Seronok lagi!

Bila semuanya berakhir, rasa sedih pula, sepatutnya kena lama lagi Volgames ni, sekejap sangat, nak jalan-jalan pun tak sempat.

Ada banyak juga yang kurang sempurna waktu Volgames05. Tetapi atas usaha yang dicurahkan, perhargaan wajar diberikan kepada semua yang menjayakan.

As for me, saya rasa waktu yang paling seronok, bila saya dapat cakap dengan ramai orang, kenal dengan ramai orang, beramah mesra dengan ramai orang, ketawa denagn semua.

Rasanya start esok kena mula nak try satu permainan, nanti tahun depan tak dapat pula nak pergi mana2.

Ini bukannya semua, nak lagi?


bukaklah web ni;

www.vmsa.org.my

buat bahagian service,klik pada download latest movie clips, pastu downloads lah choir rehersal, dapat tengok saya menyanyi..hehe

Sabtu, April 16, 2005

interview...

I dont know whether it is late or not, but as there were people who asked me about it, so I think I just proceed.

Interview bukanlah sesusah yang disangka dan ia juga tak lah semudah yang bolah di ambil ringan.

Sebahagian besar daripada intipatinya adalah keyakinan. Pedulikan soal anda pernah bercakap atau tidak, pembahas atau tidak, pemidato atau tidak. Ia hanya akan membuatkan kita lebih tidak bersemangat.

Apa yang penting adalah keyakinan dan kebolehan kita untuk menyampaikan apa yang kita fikir secara terus. Hakikatnya bukannya sedikir pembahas yang tak mendapat apa tawaran walaupun setelah berhujah sedemikian lama.

Rasanya tak perlulah diberitahu format setiap interview, apa yang saya nak beritahu skrg adlh bagaimana nak menghadapinya.

Saya ketepikan tips yang biasa...tak perlu nak ditambah disini, cuma satu sahaja dipesan tujuan interview adalah melihat sejauh mana kita tenang, mendengar pendapat orang, bagaimana kita berfikir.

Elakkan jadikkan medan interview sebagai medam untuk berdebat, bila kita bergaduh, bukan sahaja kita meninggalkan imej yg buruk tetapi meletakkan tendensi besar untuk ditolak.

Dengar dahulu pendapat orang, kemudian jika da yang perlu dibetulkkan kita lakukan secara nice and easy, waktu saya belajar di Yayasan TUn razak dahulu, mereka panggil angkat, angkat ,tukul.

Gunakan ayat "saya rsa ada betulnya..tapi..."

Apapun, pastikan keyakinan itu ada, insyaallah boleh...

Bagi saya interview ada satu pengalamn yang sangat panas dan masih lagi saya praktikkan terutama dengan sistem peperiksaan russian yang berbentuk lisan

Ahad, April 03, 2005

Hari yang sangat seronok... ;-)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ini hari ahad 3 April 2004, satu hari yang sangat seronok sepanjang saya berada di Russia.

Kenapa?

Hari ni spring dah bermula...rasa tak macam dulu kot, suhu hari 5 darjah celcius, harap2 esok tak turun salji dan keadaan kekal macam ni.

Hari ni jugak dapat minum air sirap. Erm sedap sangat!! Terasa diri ni tah macam apa2 tah, tapi memang dah lama tak minum air sirap. Asyik minum jus pun bosan jugak. Tiba-tiba ternampak ada esen merah, actually benda tu guna untuk buat kuih tapi bila try bila nmpk warna merah, then ditambah tanpa sebarang side effect, simptom2 vomiting atau diarhoea...erm jadilah tuh rasanya...

Saya sangatsuka air sirap sebab rasanya ringan,lega bila lalu dekat pharynx, pergi ke esophagus dan terus ke gaster...

Ditambah pula, hari ni buat ikan kukus, jumpa ikan sebelah dekat pasar, erm dah lama tak makan ikan, suka ikan ni sebab sisik dia sikit,tak macam ikan sungai russia yang lain,tak leceh nak uruskan..Ditambah lagi dengan desert pudding roti dengan pudding kiwi..Erm kesedapan hingga menjilat jari!!

Lepas tuh, seronok tgk semua org pergi main waktu petang dekat depan halaman depan asrama. Kalau tenagok dari atas macam kanak2 tgh main...haha comelnya!!

Erm tiba-tiba rasa semangat untuk mulakan minggu seterusnya, walaupun next week ada concluding test Latin lang. termasuk kena hafal byk structure protein, tapi takpa sekarang tak fikir lagi benda tuh...

Kawan2!Sivo Haroshiva!! v(^o^)v

Khamis, Mac 24, 2005

Little by Little

Dalam banyak lagu naruto, suka sangat lagu ni, as if it does something deep inside my heart...

Little by Little

turning sadness into kindeness
your uniqueness into strength
it's okay to get lost so begin walking
once again, once again

do you like to be praised by
answering everyone's expectations?
will your smile always be beautiful
even if you hide your true self?

just dreaming the beginning then waking up
the continuation can be reached someday by myself

the most important thing is always
without any shape
even if you have it or lose it
you'll never know

turning sadness into kindeness
your uniqueness into strenght
it's okay to get lost so begin walking
once again, once again

unfair adults are always
giving lectures everytime we meet
being unable to show their true selves
they get grouchy as they get hurt

getting the new wind on your side
it's now okay to search for the blue bird

the most important thing is always
without any shape
even if you have it or lose it
you'll never know

turning sadness into kindeness
your uniqueness into strenght
it's okay to get lost so begin walking

it's natural like the rainbow
that somehow appears after tears
the rain stopped

so the most important thing is always
without any shape
even if you have it or lose it
you'll never know

turning sadness into kindness
your uniqueness into strenght
believeing that you should be able to do it
once again, once again
once again, are you ready?

Sabtu, Mac 19, 2005

Apa lagi yang dia nak..??!!

Kami sangat marah dengan pencuri yang sentiasa mencuri barang berharga kepunyaan student malaysia di hostel kami atau lebih tepat nyer handset dan laptop.

Baru jer semalam 2 handset hilang, tak sempat pun nak berbincang apa2, dah satu lagi lptop hilang. Saya dapat rasa sendiri apa rasanya, dulu waktu laptop saya hilang, diri sendiri jer dan Allah jer tahu macam mana sabarnya hati ini.

Sekarang dia dah curi lebih daripada 10 handset dan 2 laptop. Belm dikira dengan dompet yang dicuri. Entah berapa banyak duit yang dia dapat.

I mean, apa lagi yang dia nak? tak kaya ker lagi dgn hasil curian selama ini. tak cukup dengan hasil peras yang dia kumpul selama ini?

Apa perut belum cukup kenyang dengan hasil jualan, badan belum cukup besar dengan duit yang dikumpul.

Apa dia seronok melihat perempuan menitikkan air mata, teresak-esak memberitahu mak ayah

"mak handset dah hilang..."

Atau apa dia seronok melihat lelaki mengamuk, ataupun seronok melihat orang mengira-ngira balik duit, mengenag nasib diri.

Berapa banyak lagi air mata yang perlu menitis, berapa banyak lagi ibu bapa yang perlu risau. berapa banyak lagi yang perlu mengamuk.

Ini belum ditambah lagi dengan bendahari kami yang memegang byk duit persatuan kami, kesian klu ditengok, tadi tak tenang dia memikirkan, kemana nak disimpan duit sebegitu banyak. Penat berfikir samapi tertidur akhirnya.

Ya Allah peliharalah kami, kami mohon kepada kepada sebarang kemungkinan. Hendaknya, Kau tunjukkanlah jalan kebenaran kepada insan tersebut biar apa agama pun dier hendaknya.Amin...

Isnin, Mac 07, 2005

Banyak benda yang berlaku....Gembira dan Sangat Sedih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam jangka masa seminggu, dah bayank perkara yang berlaku, sampai kadang kala tak larat nak di bawa dek badan...

Selamat Hari Wanita Sedunia

Apa2pun biarlah bermula dari pangkalnya dahulu.

Kepada semua wanita di dunia, sempena 8 Mac ini saya mengucapkan selamat hari wanita. Wanita telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam susur galur sejarah jadi rasanya wajar;bukan sedikit wanita yang sudah mengubah dunia. Maka wajarlah rasanya untuk hari ini diwujudkan bagi memberikan perhargaan kepada semua wanita.

Peliknya, 8 Mac di Malaysia tak dirasai sebagai Hari Wanita Sedunia, mungkin tak ada cuti sebenarnya. Tapi kenapa agaknya Russia memberikan cuti pada hari tersebut sedangkan Malaysia tidak?

Ia ada kaitan dengan sejarah dunia sebenarnya, hari wanita sedunia sebenarnya. Pada hari yang sama satu ketika dahulu pekerja2 wanita ada mengadakan bantahan supaya hak mereka diberi layanan yang sama dengan pekerja lelaki. Revolusi itu berjaya maka hari ini dikira sebagai hari kejayaan wanita. Negara2 yang memberi cuti untuk hari kebanyakkannya negara yang wujud sebagai kuasa besar pada waktu tersebut; Russia adalah salah satu daripadanya.

Di russia mereka tak mengucapkan selamat hari wanita, tetapi mereka merujuk pad tarikhnya "Se di niom vasmaya marta!"(Happy 8 march!). Wanita diraikan, diberi kad dan bunga, bagi kami deberi cuti 3 hari dari ahd hingga selasa(bestnya!). Cukup untuk berehat setelah berpenat lelah. Hari ni kena buat preparation,sebab esok nak buat jamuan untuk girls batch kami.


Sedih! Bilik kena Pecah masuk!


Saya hendak cerita kisah sedih pula, dah lama sy pendam, baru hari ini saya ambil keputusan unutk memberitahu.

Nak dijadikan hari itu bermula seperti biasa, 2 Mac 2005. Spring masih belum menunjuk kedatangannya. Winter di Russia memang extereme; bermula awal berakhir lambat.

Saya balik ke bilik disambut dengan rasa yang cukup tidak menyenangkan. Setelah diperiksa2 baru saya sedar. Saya punya LAPTOP dah hilang!!!!.

Tak apa Fadly sabar!mesti ada orang pinjam kot! Saya keliling satu asrama mencari. Tapi usaha nyata hampa. 15 minit kemudian, kecoh satu asrama laptop saya di curi. Semua orang dalam keadaan risau, waktu tu jugak semua orang mengeluarkan kunci untuk laptop masing2.

Malam itu polis datang, ada banyak benda yang ditanya, yang saya tak ada mood pun untuk memahamkan, semua ditranslate oleh Presiden kami. Spot check dibuat seluruh tapi hanya sekadar spotcheck yang memang dijangka tak membuahkan apa2.

Malam itu saya baru sedar, pencuri bukan sekadar mencuri laptop tetapi juga duit saya. Adoi! sedihnya.

Ramai yang tanya kenapa muka saya nampak macam tenang. Erm nampak macam tenang tetapi dalam hati ini banyak yang dirasa. Mungkin dahulu dah byk bersedih sampai dah tak ada perasaan untuk diluahkan.

Saya tak berani untuk meluahkan kepada my parent. Saya takut! Laptop dicuri bukannya satu benda yang murah, tetapi keputusan saya mendedahkan cerita ini rasanya sudah memberitahu segala-galanya. Mak Abah, angah minta maaf. Semua berlaku diluar kawalan...

Sabtu, Februari 26, 2005

Selamat Hari Lelaki!

Selamat Hari Wanita!! rasanya tak ada peliknya kalau benda tu diungkapkkan, tapi kalau selamat hari lelaki? macam pelik... Sepelik yang dirasa itulah yang berlaku baru-baru.

Rabu lepas kami dapat cuti sehari, Katanya cuti menyambut dan menghargai lelaki. selama ini kalau di Malaysia, tak pernah pun terfikir akan ada hari ini, tiba-tiba bila datang ke bumi Volgograd yang serba indah ini muncul hari yang tak pernah disangka-sangka ini. tapi apa salahnyakan? lagipun bukan senang nak dapat cuti dekat russia ni. Kalau mengikut apa yang dikatakan cikgu Russia, hari lelaki ini sebenarnya telah lain diintrepretasikan oleh muda-mudi zaman sekarang.

Sebenarnay hari ini diwujudkan untuk mengenang pejuang-pejuang yang memperjuanagkan kedamaian Russia. Kebiasaannya mereka ini akan diberikan bunga.Lelaki kebanyakannya. Tapi pejuang tu sekarang semakin kurang bilangan, biasanya kalau hendak melihat orang yang menerima bunga adalah orang tua. Kalau tiba -tiba masuk ke dalam mashrutka, bolehlah kita nampak ada orang tua lelaki membawa bunga.Bilangannya semakink urang sekarang. Tapi apa yang mereka buat sekarang biasanya hari ini dijadikan hari untuk lelaki menerima hadiah,penghargaan dan sebagainya.

Macammana orang Malaysia menyambutnya?

Tak banyak yang kami buat. Biasalah hari cuti, bolehlah bangun lewat sikit. Lepas siapkan diri, siapkan kerja rumah sikit-sikit. Tiba-tiba hp berbunyi. “Fadli kami nak hantar makanan nih boleh tak?”Kata budak perempuan group saya. Ish apa kena pulak diorang nih. Ohh rupanya nak sambut mens day. Apa-apalah makan free, siapa tak nak. Jadi mereka pun buat jamuan sikit-sikit. Kami semua dapat kad, kebanyakan bentuk bunga, diorang cakap nak kasi kami bunga tapi tak ada masa nak beli, lagipun bunga mahal waktu winter. Apa-apapun terima kasihlah semua. Kadang terfikir jugak, lelaki perlu ke satu hari khas unutk dihargai? kenapa tidak kan? tapi kalau difikir semua kenapa perlu pulak?

Sabtu, Februari 12, 2005

Perjuangan Bermula Semula...

Akhirnya habis juga tempoh kepayahan peperiksaan, keputusannya alhamdullilah. Cuma saya rasa masih banyak jalan untuk pembaikan. Cuti sem tak selama mana, 4 hari cukuplah melihat balik kesemua bucu-bucu balik. Dah 2 minggu saya tinggalkan blogspot semata-mata menyahut panggilan perang peperiksaan.

Cakap pasal perang tanpa di sangka hari yang sama kami periksa hari itulah Hari memperingati Peperangan Stalingard. “Nobody will forget, Nothing we forget” itulah yang banyak tertera di sekitar bandar Volgograd, bendera-bendera merah dibiar berkibar di sepanjang jalan.

Perang ni penting sebab inilah kali pertama tentera Russia berjaya mengalahkan tentera German dan perang ini juga penting kerana disebabkan perang inilah keseluruhan bandar Stalingrad (nama asal Volgograd) musnah, apa yang kami lihat hari ni adalah kesan pembangunan semula dan disebabkan perang inilah jugalah Volgograd mendapat namanya ‘The City Of Heroes”. Bendera paling banyak sekali di sekitar pusat bandar betul di kawasan universiti kami di sepanjang jalan Alley Giroi (Alley Of Heroes) dengan Ulitsa Mira (Road of Peace).

Kami pulak dah mulakan perjuangan kami dalam semester 2. Biology dah mula masuk ke Parasitolgy, Chemistry dah betukar ke Bioorganic Chemistry, Anatomy dah mula masuk ke articulation and muscle. Ditambah pula subjek baru Histology.

Cerita pasal parasitology dan histology, kami sekarang dah semakin kerap mengguna mikroskop , dalam parasitology kami kena lihat sekecil-kecil cacing,bakteria dan seangkatan dengannya. Histology pulak kena lihat sekecil-kecil sel dalam badan. Senior kata histology macam anatomy , bezanya anatomy kita belajar bahagian badan, histology pulak kita belajar apa yang membentuk bahagian badan itu dan developement dari embrio sampai adult.Tapi yang bestnya lecterur histology pernah jadi lecterur dekat USM so memanjanglah dia puji orang Malaysia,hehe

Jadual dah semakin ketat. Isnin, Selasa dan Rabu nyer kelas bermula 8 pagi dan habis 4.30. Adoi! penatnya. Tapi takpe kena banyak bersabar. Kalau jadual macam ni pun dah boleh nak sabar macam mana kalau dah jadi doktor nanti?

Tak banyak saya harapkan, cuma berdoa semuanya berjalan lancar, usaha diberkati, berjaya dalam exam dan balik ke Malaysia...hehe!

Khamis, Januari 27, 2005

ISK...Passport!

Nak dijadikan kisah, di suatu pagi yang tersejuk pernah dirasa (-15), tiba-tiba bilik menjadi panik, sepanik operation room baru menerima mangsa kemalangan untuk diselamatkan.

“Hanif, Afham ada nampak pasport aku tak?”

“Ko letak mana?”

“Tak tau, biasanya letak kat rak nih, tapi tak jumpa pulak”

Puaslah kami menghabiskan masa selama lebih kurang setengah jam, menyelongkar segenap sudut yang ada di dalam bilik. Hari nih pulak ada lecture pukul 8.30. Pukul 7.50 saya suruh pencarian dihentikan... Tak apalah saya pasrah.

“Tak apalah hanif,afham, aku missplace kat memana kot, jomlah pegi dah lambat sgt nih”

Saya pun membawa diri dengan muka yang tak lansung merelakan. Sesampainya di universiti, kaki ni tiba-tiba rasa berat nak melangkah ke dewan kuliah. Aku kena cari jugak! Lalu saya pun pontenglah lecture buat kali pertamanya dan memulakan pencarian. Semua tempat yang saya lalu semalam, semua saya pergi tengok, celah-celah pokok, dalam tong sampah, semua saya periksa. Dalam hati ni tak henti-henti berdoa, berharap agar Allah turunkan pertolongan. Kalau betullah tercicir, moganya ada yang baik hati hantarkan balik, janganlah dicuri.

Tepat jam 8.30, saya temui jalan buntu. Ada satu tempat belum cari; dekanat. Tapi dekanat buka pukul 9. Setengah jam lagi untuk menangis rasanya.

Dengan hati yang berat, saya pun membawa diri ke underground tempat Malaysian sembahyang. I’m all alone with no one that I can talk too. Tangan tiba-tiba terasa nak hantar sms dekat kak nadia;

30 minit berlalu tapi kak nadia tak balas pun. Erm tidur lagi kakak sorang ni.

Kepala sangat serabut waktu tu, I kept telling myself to calm, sabar Fadly....sabar.... Dalam otak dah terbayang diri sendiri kena balik ke Malaysia nak renew pasport. Adoi! susahnya.

Tangan lantas mencapai buku kimia yang sepatutnya digunakan unutuk lecture hari ini. Tak banyak pun yang boleh masuk cuma cukuplah untuk mengisi masa lapang.
Tepat pukul 9 pagi, saya terus bergegas ke dekanat. Seperti yang dijangka, kedatanganku disambut dengan rasa hampa, terasa badan nih dah mengigil lagi kuat mengigilnya dari kesan suhu -15 ke atas badan.

Saya rasa waktu inilah Allah turunkan pertolongan, tiba-tiba ada kakak dekat dekanat nampak saya macam tu.

dia pun tanya “Shto vi hatitye?”(what do you want?)

Saya tak nak dia tahu jadi saya pun cakap “Ni chi vo,v-cyeh harasho”(nothing, everything alright)

Saya pun kembalilah ke underground semula, membawa hati yang penuh lara tanpa menyedari kakak tu mengekori dari belakang. Sesampainya di situ saya tenung buku kimia saya lama-lama, mengenang nasib yang bakal terjadi. Tanpa disedari tiba-tiba ada orang menegur dari depan.

dengan suara lembutnya dia bertanya“Shto skazat?”(Tell me what happen?)

Saya tak ada pilihan lain lalu menceritakan segala-galanya. Saya pun katalah yang dah tak ada pasport, saya cerita jugak yang dalam paspot tu pun ada saya punya student card, saya beritahu lagi yang saya sekarang dah tak ada apa-apa dokumen (dengan kata lain saya pendatang haram)

Dia terus bawa saya jumpa dengan pekerja dekanat yang pandai cakap english. Kemudian mereka pun uruskan segala-galanya, mereka pun uruskan saya pun student card. Waktu tuh dia tak dapat nak uruskan paspor t sebab dia kata orang yang uruskan tak ada lagi. Dia suruh saya tunggu dia pukul 11 nanti. Saya tak kisah tunggu pun, waktu tu saya dah cukup terharu especially bila dia cakap.

“everything will going to be alright, don’t be sad”

Saya sedih tapi tiba-tiba saya tersenyum. Betu-betul selepas saya habis hal selesaikan student card saya, tiba-tiba kak nadia balas message saya. Satu asrama dia pergi minta tolong. Semua orang dah tahu saya hilang pasport. Lepas tu semua orang pergi mencari. Tiba-tiba saya dah tak rasa sedih, entah macam mana terasa macam saya akan jumpa balik pasport saya.

Nak dijadikan cerita lagi, waktu saya tengah tunggu pekerja dekanat tepat pukul 11. Tiba-tiba kak Sarah datang.

“Awak...awak hilang pasport kan?”

Saya angguk lemah.

“Erm tadi akak naik masrut, akak tanyalah dia ada nampak pasport Malaysian tercicir tak, dia kata ada, Kitaorg mintak tapi dia tak nak kasi, dia nak jumpa awak, akak dah call kak nadia dah...dia suruh amik no. mashrut tu”

Allah jerlah tahu macam mana gembiranya saya waktu tu, saya boleh ingat lagi nombor mashrut tu, mashrut no. 75 dengan plate no. 779. Saya dah terasa pasport macam dah semakin dekat. But still saya masih tak tahu mcm mana nak negogiate dgn org russia nih.Dulu ada yang pernah kena sampai 8000 nak dapatkan dompet jer.

Habis jer kelas terus saya telefon Abg. Ahmad. Dia pun beritahu saya apa nak di buat, dia suruh saya bawak duit 100 rubel jer. Yang lain dia simpankan. Sampai jer tempat terminal mashrut. Saya sangatlah bernasib baik, sesampainyer saya disana, mashrut yang dicari terus ada depan mata, dengan driver berdiri sebelah pintu masuknya(Best nyer!). Setelah penat negogiate saya dapatlah balik pasport saya (seronoknyer!). Bukan setakat itu siap dengan dapat balik ke asrama dengan tambang free lagi. Balik-balik dengarlah sikit lecture sikit dari abg. ahmad.

Alhamdullilah...Saya terasa macam Allah banyak tolong saya waktu nih, banyak nasib baik yang yang berlaku, banyak kebetulan yang berlaku dan banyak pertolongan yang datang. Saya dapat tengok sendiri Allah tak pernah hampakan hambanya yang memerlukan.

Saya ucapkan terima kasih dekat my room mate( afham ngan hanif) yang tolong carikan sama-sama pasport, my classmate (zianis) yang kasi duit dier takut-takut pakcik mashrut claim tinggi. kakak kat dekanat (Nina Yurivna) for giving me hope and tell me not to give up. Kak Nadia yang penat-penat kerahkan usaha pencarian dijalankan. Abg. Ahmad for helping me saves the passport (nak belanja dia tapi dia tak nak). Last but not least pakcik driver mashrut for being honest, tolong simpankan dan jagakan pasport also dengan kasi tambang free gi balik asrama lagi.

Alhamduliilah sekali lagi....


Khamis, Januari 20, 2005

Aidiladha...

Pagi ini terasa seperti pagi-pagi sebelumnya, tiada apa yang lainnya. Matahari memancar lemah tepat pada masanya. Suhu masih degil mengekalkan kesejukan yang mencucuk tulangnya. Saya bersedia seperti biasa bersedia untuk ke kelas seperti biasa. Hari ini; Khamis ada Russian Language (8 pagi hingga 9.40 pagi), mandi seperti biasa (dengan air yang sejuk seperti biasa), sarapan seperti biasa, sembahyang seperti biasa.

Tatkala tangan mencapai beg tiba-tiba terasa ada yang luar biasa. Seperti ada yang terkena, seperti ada yang tak disempurnakan. Lalu mulut diringankan untuk bertanya.

“Hanif,hari ni hari apa ek?”

“Hari apa? erm...eh hari ni hari raya hajilah”

Astagfirullah! Sepantas kilas impuls dihantar ke nervus-nervus, melalui foramen-foramen, canalis-canalis terus menuju ke otak.

Ya Allah kan semalam aku baru je sembahyang jemaah dengan takbir ramai-ramai. Lantas tangan menepuk dahi. Kelakar mungkin. Tapi inilah hakikatnya. Bukannya sengaja tapi keadaan meletakkan sedemikian rupa. Teringat peraturan pertama yang diberitahu semasa pertemuan antara persatuan pelajar Malaysia dengan dekanat.

‘You’re strictly prohibited to join any religious or society which out of from what that have been provided by the university’.

Alasannya mudah kami datang ke sini untuk belajar. Implikasinya kami belajar seperti mana orang Russia belajar, cuti sebagaimana mereka cuti. Cuti tambahan untuk hari raya? Adanya rasanya...di dalam mimpi mungkin.

Hari ini hari Khamis, hari raya Aidiladha. Meskipun di Malaysia kalau dibandingkan dengan hari raya puasa, setahu saya Aidiladha tidaklah rasanya semeriah mana tapi rasa suasana tetap ada dengan cara tersendirinya. Di sini kami ada kelas, ada yang nasib baik dapat tangguhkan kelas, boleh bersembahyang raya. Kalau tak belajarlah seperti biasa.

Tapi apa sangatlah saya kalau nak dibandingkan dengan abang dan kakak kami tahun kedua...

Hari ini hari khamis; ada final test untuk anatomy. Dah nak dekat 3 minggu lebih kami tengok semua orang gigih nak mengingat semula segala bahagian tulang, muscle, nerve, internal organs, canalis-canalis; masuk dari mana keluar ke mana, apa yang membentuk apa, ligament apa untuk apa. Teringat pula waktu tengah belajar bersama-sama yang lain-lain pasal tulang.

“Yelah...orang lain raya haji makan sup tulang, kita dok tengok tulang..” (semua tergelak )

Minggu lepas mereka baru terlepas azab Histology, alhamdulillah ramai yang dapat cemerlang (disini 5). Mana tidaknya belajar macam nak mati, lenguh mata memandang sel, menghafal 80 lebih slaid, menghafal embriology, developement of cell. Tak kurang yang menangis balik ke asrama. Kenapa? sebab dapat 4. Orang Russia pun pelik student Malaysia menangis dapat 4, mereka dapat 3 pun dah cukup gembira(markah lulus). Bayangkan ramainya perfectionist di sini. Tak boleh nak salahkan sesiapa pun, kami diletakkan harapan tinggi. Kalau tanya lecterur siapa pelajar terbaik? mesti mereka cakap pelajar Malaysia.

Kami tolong apa yang termampu. Sampai setakat ini anatomi baru habis belajar semua tulang, adalah masuk articulation sikit-sikit. Muscles, dengan nerves kami belajar sem 2. Tak banyak group boleh bawa balik tulang ke hostel, tulang inilah di pusingkan keliling asrama, dicucuk-cucuk, diintai-intai dan apa-apa perbuatan sewaktu dengannya.

Inilah perngorbanan kami sempena Aidiladha ini, berjuang fisabillilah. Kami semua tahu apa yang kami hadapi susah tapi kami takkan mengalah. Kami tak pernah berputus asa. Sebabnya kami yakin ada banyak harapan yang tergantung untuk kami, yang paling pentingnya demi Allah, ibu bapa, negara kami. Umpama menanam pokok di lapangan padang pasir, walaupun memang tahu kemungkinan besar pohon tidak kan tumbuh, tapi kami masih percaya akan turunnya hujan rahmat. Kami yakin pertolongan Allah pastikan tiba. Ya Allah turunkanlah rahmat, bantulah kami

Rabu, Januari 05, 2005

Tahun Baru (Seadanya di Russia)

Orang Russia sangat mementingkan tahun baru. Bagi mereka tahun baru seolah-olah bagaikan satu perayaan besar yang wajib untuk di sambut. Cuba bayangkan hari terakhir sebelum tahun baru (Jumaat 31 Disember), 2 lecture kami dibatalkan sebab persediaan tahun baru dan kelas terakhir kami habis 1 jam awal juga atas sebab yang sama.

Marah? Tak adalah. Rasa seronok pun ada juga, boleh rehat lebih sikit. Sepanjang perjalanan sempat juga saya menjengah kedai-kedai yang sibuk menjual bunga api dan mercun. Macam-macam ada! yang macam mancis, roket, gasing, 5 das, 7 das, 9 das, 12 das dan bermacam-macam lagi. Pelajar Malaysia tak lepaskan peluang, bukan senang nak tengok bunga api dijual secara sah banyak-banyak macam ni. Memandangkan masa banyak lagi, saya pun masuklah ke kedai-kedai lain. Semua tak nak kalah! Setinggi-tinggi diskaun diletak kalau boleh. Semua barang nak dilakukan sebelum tahun baru. Semua orang pula berpusu-pusu nak membeli barang. Macam mana saya tahu? mudah; kalau sampai oarang berebut nak dapatkan trolley sahlah ramai orang waktu tu.

Saya tak tahu apa yang berlaku pada detik tahun baru, curator kami nasihatkan kami jangan keluar waktu-waktu begini. Sangat bahaya katanya; ramai orang minum vodka, jadi mabuk dan orang asing biasanya jadi sasaran. Sebilangan kami pergi ke center square, disekeliling pokok yolka menunggu detik 12 malam. Saya tak tahu apa yang mereka buat. Apa yang saya sedar tepat jam 12 malam, Lagu kebangsaan Russia ke udara dan selama setengah jam seluruh tempat disimbahi dengan mercun dan bunga api bermcam rupa. Cantik sangat tapi dah lama sangat tengok terasa juga penatnya.

Esok bila kawan-kawan saya balik. Saya tanyalah apa yang mereka buat. Tak ada apa sangat kata mereka. Menyanyi dan menari di tengah-tengah dataran dengan orang Russia yang kebanyakan dengan botol arak di tangan masing-masing. Ramai juga orang Russia yang suruh mereka minum bersama-sama. Kalau ikutkan tradisi Russia, adalah tidak beradab untuk menolak pelawaan meminum vodka. Tapi agama pun perlu dingat juga; adalah berdosa besar untuk meminum arak dan sewaktu dengannya. Nasib baiklah, kawan-kawan pilih agama.

Seawal pukul 7 pagi saya keluar ke stesen kereta api nak menjemput kawan saya dari Nizhny Novgorad. Saya perkara yang saya sedar, bandar Volgograd jadi tenang dan sunyi tiba-tiba. Macam bandar mati. Kedai tutup, jalan raya lengang tanpa sedikit pun hiruk pikuk kesibukan pagi yang sepatutnya. Yang pastinya harga teksi naik! kenapa? Harga perayaan katanya!!! Geramnya tengok pakcik teksi tu. Terpaksalah menjemput tetamu dengan trolleybus. 2 hari berikut kami tersangkut di asrama. Kedai tutup sehingga 2 Januari. Raya sakan mereka ni.

Begitulah ceritanya bagaimana tahun baru disambut disini. Saya serahkan kawan-kawan semua untuk menilai. Seronok? Cantik? Salah? Yang pastinya inilah budaya mereka.

Khamis, Disember 30, 2004

Gegar!!??

Betul-betul tak percaya. Baru je semalam saya beritahu lecterur saya yang Malaysia tiada gempa bumi, baru je semalam saya belajar perkataan zimlatiniyeh(earthquake) dalam kelas Russian. Alih-alih malam esoknya, waktu tengah sibuk hafal foramen-foramen basis cranii, tiba-tiba kawan masuk:

“Wei! Dengar nih! Ayah aku kata Malaysia kena gempa bumi!”

DUP! gegar rasanya jantung ni, Sudahlah duduk jauh di perantauan, tiba-tiba dengar negara sendiri dilanda bencana. Siapa tak takut...Terus SMS ayah dekat Malaysia. Ayah pun mengiakanlah-katanya Pulau Pinang paling teruk, ramai mati katanya. Lepas dengar dari ayah sendiri dengar pula dari ayah orang lain cakap-katanya seluruh Pulau Pinang disimbah air.

Apa pendapat saya?

Malaysia jadi popular tiba-tiba. Dulu waktu Terengganu dengan Kelantan banjir, Malaysia dah masuk berita Russia tapi kali ni, terus dapat masuk front paper even though tumpang nama Indonesia dengan India sekali. Malaysia pun dah semakin terkenal. Lecterur pun selalu tanya macam mana keadaan dekat sana. Bangga? Seronok? Tak pula sampai macam tu; Rasa simpati? dan takut? ada jugak. Preview yang ditunjuk dalam berita tanpa sebarang komen. Teruk jugak rupanya bila tengok banyak bangunan runtuh dekat Acheh. Mayat bergelimpangan. Air memenuhi jalan.Ada jugak rasa takjub sebab tengok ada masjid tiba-tiba kekal utuh berdiri. Kuasa Allah...

Siapa sangka kan? tempat yang disangka selamat pun dilanda bencana. Tempat yang dijangka tiada gempa bumi pun boleh kena kesannya. Saya ingat lagi dulu waktu saya belajar Kajian Tempatan dengan Geografi, Malaysia tak masuk dalam red zone, dengan kata lain aman makmur tanpa ganguan tapi bila dah berlaku semua terdiam. Bila Allah kata jadi maka jadilah. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya.

Teruk tak teruk saya tak tahu, orang di Malaysia lagi mengetahui rasanya. Tapi kalau preview tak keluar dekat berita rasanya tak teruk sangat kot? Mungkin Allah nak kita muhasabah diri semula agaknya. Baik sedar awal-awal daripada terlambat.

Rasanya kalau Mercy ada buat operasi membantu di Acheh, terasa sangat nak pergi. Hati ni rasa meronta-ronta nak hulurkan bantuan. Tapi bila tengok balik, exam final pun belum lepas lagi, anatomi pun banyak lagi kena belajar, surgery, histology,physiology pun belum belajar lagi; tangguh dululah niat.

Saya kemudian tarik nafas panjang, pandang bawah dan saya pun terus buka buku, sambung balik hafal nama foramen; esok cikgu nak tanya....

Khamis, Disember 23, 2004

С НОВИМ ГОДАМ! (S Novim Godam)!

Mana-mana tempat sekarang boleh nampak perkataan ‘S Novim Godam-Happy New Year’, menandakan tak lama lagi semua orang bakal menyambut kedatangan tahun baru. Kalau di negara eropah yang lain, sekarang ini tengah sibuk dengan Christmas tapi tak disini, Christmas disambut 7 Januari mengikut fahaman Kristian aliran Ortodok. Cenderamata, kuih-muih dan cenderamata semakin banyak dijaja baik di pasar-pasr ternama sampailah di tepi jalan. Cenderamata yang paling banyak dijual seperti patung ayam (simbol tahun baru), globe salji yang warna putih, lilin, lampu-lampu yang gantung dekat yolka ёлка(pokok krismas), also decoration untuk pokok krismas jugak macam yang saya tengok macam bunga manggaryang dijual banyak-banyak.

Berkenaan dengan Tahun Baru, saya ada banyak cerita nak beritahu. Cerita pertama pasal Dyod Maroz Дёд Мороз (Father Frost) atau nama yang lebih popular di negara lain Santa Claus. Tak jauh daripada Central Market ada satu kedai komputer yang ada Dyod Maroz ni. Kami semua kalau nak balik mesti lalu kedai ni sebelum tunggu trolleybus dekat astanovka астановка(bus stop). Saya rasa Dyod Maroz ni orang muda sebab dia kurus semacam jer, lagipun kalau tengok muka dia nampak riak mudanya, janggut jer menandakan dia Dyod Maroz. Nak Dijadikan Cerita, Dyod Maroz ni sangatlah suka dengan foreigners especially Malaysia especially perempuan. Sorang kawan saya ada yang kena.
Dia tanya “Vi basha strana yes Dyod Maroz?”(Do you have Father Frost at your country?)

Dah semestinya kawan saya jawab “Nyet” (no)
Dan tiba-tiba saja Dyod Maroz tu terus peluk dia dengan kasih sayang (kot...) Kawan saya pun menjeritlah, Yelah siapa tak terkejut, dahlah kawan saya tu perempuan. Russian lain yang nampak semua tergelak. Untuk mereka apa yang Dyod Maroz tu buat tu bukan salah malah itulah Dyod Maroz yang sebenarnya. Lepas peristiwa tu, semua perempuan Malaysian berhati-hati, nampak macam Dyod maroz tu macam nak tanya diorang terus lari. Sekrang ni dia dah tak tanya lagi dah tapi still lagi lambai dengan gembiranya dengan Malaysia. Erm itu baik ker gatal yek? Kita fikir baiklah yer kot.
Cerita kedua pasal Ibu dan Ayah kami di dekanat. Nanti 1 sampai 8 januari ada cuti tahun baru. Peperiksaan final kami untuk semester ni pada 2 Feb jadi bermakna waktu winter break, kami tak boleh ke mana-mana. Ramailah merancang nak ke Moscowlah, Nizhny Novgoradlah, etc. Sayangnya, keputusan universiti menghancurkan segala-galanya. Semua foreign student tak dibenarkan ke luar Volgograd sewaktu apa jua sambutan keramaian. Punahlah harapan yang berjumpa buah hati yang terpisah di moscow. Hi nak buat macam mana kalau kami nak ke luar dari Volgograd, kami perlukan surat perlepasan dari Universiti, kalau universiti tak benarkan tak kemana kami jawabnya.

Cerita tentang tahun baru, Lecterur saya dah mula tanya pasal azam baru. Azam baru?Apalah azam baru kita tahun depan? Agaknya kalau sekadar diucap baik tak payah lansung di luahkan. Jangan2 azam yang sebelum ini pun dah terlupa. Kenapalah manusia cepat terlupa? Sedangkan azam itu satu harapan, satu momentum yang kita letakkan pada diri ini supaya terus berdaya maju, supaya kita terus berusaha dan jangan berputus asa. Tapi kalau azam dah terlaksana alhamdullilahlah, tapi jangan cepat terleka bak kata bekas PM kita perjuangan kita masih belum selesai. Kejayaan sendiri boleh menjatuhkan kalau kita tak mengendalikan dengan baik, kalau kita terus berada dala jaminan keselamatan yang palsu. Kalau gagal pun, tak bermakna kita tak berputus asa. Hidup ini umpama roda, adakala kita di atas adakala kita di bawah. Yang penting kita terus pandang ke hadapan. Ambil iktibar dan terus berusaha. Hakikatnya, kita sebenarnya tak tahu satu pintu peluang tertutup ada banyak lagi yang terbuka cuma kita terlalu meratap, menangisi yang dah lepas sampai kita tak sedar yang lain. Akhirnya waallahuallam.
P/s roommate semua sekarang tengah kira-kira duit, katanya duit nak ke moscow nak buat beli tv dengan dvd player :)

Hai Dompet!


Volga River
Originally uploaded by Fadly Kharie.
Seminggu yang lepas, my senior baru sahaja dicuri dompetnya. Sedih bila dengar cerita dia.
“Akak rasa! akak nampak orang tu ambil dompet akak”
Penat dia bergaduh dengan pencuri tu, sampai naik ke bas. Tapi pencuri tu sendiri tak bodoh, awal2 lagi dia dah pakat dengan kawan dia, bagi dompet tu pada orang lain. kecoh tempat tu jadinya, duit...siapa tak sayang. Dahlah tu, baru keluarkan tadi pulak tuh. Pencuri tu pun dengan yakinnya siap boleh suruh periksa badan dia lagi. Akhirnya tinggallah kakak tu menangis, dompet, duit dan yang lebih teruk lagi kad atm untuk keluarkan duit pun dah diambil sekali. Apa yang termampu buat report polis tapi apa sangat polis boleh buat. Ini bukan sekolah menengah yang boleh buat spot check seorang demi seorang. Kalau nasib baik ada orang serah. Kalau tak?

Belum pun lagi bahang cerita tu reda, kawan saya pula hilang duit. Ada la... dalam jumlah 1000 rubel( lebih kurang 100 lebih ringgit malaysia). Sedih tengok keadaan dia. Nasib yang sama, pencuri tu curi sekali dengan kad atm. Nasib baik dia ada kad BSN. Katanya, pencuri tu nampak dia keluarkan dia keluarkan dompet dalam trolleybus. Sedar2 jer waktu sampai kat bilik dompet dah tak ada. Ada banyak lagi kes seumpamanya, ada yang hilang dalam pasaraya, dalam pasar dan macam-macam lagi. Tak tahulah kenapa perkara macam selalu sangat berlaku. Abang dengan kakak cakap orang Russia pandang kami kaya sangat. Sebab tu selalu jadi sasaran penyeluk saku. Macam-macam nasihat diberi
-Jangan letak dompet dekat belakang seluar,letak depan seluar.
-Jangan keluarkan duit dekat tepi jalan, keluarkan duit dalam pasaraya.
-Jangan guna handset dalam trolleybus atau dalam mashrudka, nanti jadi target.
-Jangan bawak kad atm sekali dengan dompet, simpan dekat bilik.
-spread your money jgn biarkan dekat satu tempat je. Tapi yelah, malang bukannya berbau. Kalau dah kena nak buat macam mana. Saya sendiri tak tahu nakbuat apa kalau kena pada saya. Ya Allah minta2lah dijauhkan. Yang penting kita ambillah langkah pencegahan sewajarnya. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau nasi dah jadi bubur. Sampai kucing bertanduk pun tak boleh lagi kita dapat dompet tu.

Khamis, Disember 16, 2004

Sabar Fadly sabar

Sudah menjadi tradisi setiap tahun bila menjelang tahun baru, pelajar-pelajar tahun pertama akan membuat persembahan. Sukacita (agaknya) dikatakan saya tidak terkecuali dan yang lebih membanggakan (agaknya) kalau kumpulan lain buat persembahan berkumpulan menyanyikan lagu Russian’s Folk Songs, saya dimintakan menyanyikan lagu pop Russia secara solo dengan iringan piano dari kumpulan yang sangat popular sekarang ini di Russia; Korni.
Asalnya begini, pada asalnya saya dibenarkan untuk menyanyikan lagu Inggeris (Dreams-Diana Degarmo) jadi saya tak ada masalahlah kalau menyanyi solo. Malangnya kami menghadapi masalah dengan format lagu yang tidak compatible jadi sebagai jalan penyelasaian setelah beberapa kali mencuba akhirnya keputusan dicapai supaya saya menyanyikan lagu Russia. Saya sangat takut sebenarnya, Bahasa Russia saya belumlah terlalu bagus untuk sampai ke tahap ini. Sewaktu saya terima lirik lagu dari Lecturer saya (Nadeshda Urivna), hati ni masih lagi tertanya-tanya “Boleh ke aku bawak lagu ni?” Tapi bibir masih lagi mengukir senyuman. Mulut masih boleh menjawab bila ditanya (

equvailance sounds in english kalau tulis tulisan Russia siapa faham)
“Vi ranvitsa eita pes nya ”(Awak suka lagu ni?)
“Da, Mi niyeh ochin ranvitsa”(Ya saya sangat suka)

Saya diberikan masa seminggu untuk menghafal dan menyanyikan lagu ini dengan betul, waktu tu sangatlah susah, saya kena dengar berkali-kali untuk dapatkan melodinya kemudian berpuluh-puluh kali untuk sebut dengan betul. Ada satu part dalam lagu tu sangat laju, terbelit lidah ni nak menyebut. Vokal dengan penghayatan jangan ceritalah, itu saya selesaikan terakhir sekali sebab dia memerlukan tangan yang begitu cekap pula untuk menyelak kamus. Pada minggu berikutnya, sampailah masa untuk saya menyanyi di depan lecturer saya. Saya tak dapat menyanyi banyak pun, baru beberapa baris

“Fadly yes ashipka!”(Fadly there’s a mistake!)

Waktu tu bukan salah saya menyanyi tak sedap pun tapi sebab salah sebutan, saya tak berbunyi seperti mana orang russia sebut. Waktu itu kenalah saya menyebutnya berkali-kali sampai puas hati dia kemudian disuruh ulang semula lagu dan beberapa baris selepas itu ada lagi silapnya dan proses berulang semula. Kawan-kawan saya semua terdiam tak tahu langsung apa nak dibuat. Apa yang saya dengar diorang cakap sesama sendiri “susahnyer!”. Lagi sadis ada yang yang tunduk bawah tak sanggup tengok apa yang saya kena seolah-olah macam saya kena seksa.

Tapi saya sendiri rasa sedih, bukannya sebab rasa cikgu kejam tapi sebab penat dan letih. Yang pastinya saya tahu cikgu buat ni untuk kebaikan juga sebab cikgu kata nanti waktu konsert nanti ada student russia, lecturer russia, diorang tahu apa yang saya nyanyikan dan diorang tahu kalau ada yang salah,daripada digelakkan nanti baik bersusah sekarang kan? Cikgu gariskan perkataan-perkataan yang saya kena berlatih lagi sebutannya. Saya tak nak hampakan orang yang dah letakkan harapan. Saya tahu risikonya tinggi tapi tak apa saya tak nak fikir lagi tentang apa yang bakal terjadi. Apa yang penting saya kena kuatkan semangat, jangan putus asa. Kalau cikgu sendiri tak yakin dengan saya dia takkan bagi lagu ini pada awalnya. Come on Fadly...! You can do it! KAWAN2 SOKONG SAYA KEY!!! I really need it at these moments.

Khamis, November 25, 2004

Dream


snow ngan kekawan
Originally uploaded by Fadly Kharie.
Volgograd Suhu:-5 darjah celcius
Hari Ahad yang lepas saya menghabiskan masa dengan penuh bermakna. Duduk di depan TV mengkhatamkan dvd cerita kartun “Naruto”. Apa nak buat...nak bersiar-siar suhu tak sesuai, sedangkan air dekat jalan pun beku, kalau badan yang kecil ni terbiar lm-lm dekt lur mesti beku sama. Nak buka buku, teringat kata-kata senior-ni bukannya lagi SPM kita ada satu hari nih jer nak rehatkan otak, chill up! rehat dulu lepas tu baru study balik, dekat sini bukannya sikit kes student kena hantar balik sebab tension. Jadi buka lah satu demi satu cerita Naruto, siri demi siri. Dulu dekat Malaysia pernh jugk wandering kenapalh my friend (affa especially) suka sangat cerita nih. Sekarang baru saya tahu, cerita ni memang sangat menarik.
Bagi yang fanatik (like most of Volgograd’s student), tak payah lagi rasanya nak diberitahu Naruto ni menatang apa? tapi secara ringkasnya biarlah saya beritahu yang Naruto ni mengisahkan tentang kehidupan seorang ninja, he has no mom nor dad and he strive really hard to get villagers attention and so the story revolve from there. Apa yang menarik hati kami, dalam naruto ni semua ada-kadang ada masuk kimia sikit, bio sikit, anatomy sikit dan falsafah dengan banyaknya. It really suites us. Saya tertarik bila dia cakap pasal ‘dream’ (episod awal2-battle dekat Nation of Waves)
translation:

“Why do you have to parctice so hard?”
“One day I want to become a Hokage and gains all villagers attention!”
(smile) “I dream to protect my impotant one, be at his side, make he fulfill what he needs and realize his dream”
.... “I’m sorry please don’t hate me, we both have dream but you stand in my way, you become obstacle to me. I have to kill you”
Mungkin ada orang kata benda ni merepek but bagi saya tak. Bila dia cakap macam ni, menyebabkan saya teringat, terkenang dan merenung semula pada diri sendiri. If it is because of that dream someone could be that stronger. After all this what drives me? Tiba-tiba segala-galanya bagai datang semula. Dari zaman saya sekecil-kecilnya hinggalah kini. Most of the time, I try to prove something, try to be someone, try to tell everyone that I’m somebody. I laugh, cry, people play fool with me. Then I come to this stage what should I feel.
Baru beberapa hari lepas one of my friend got bash by russian guy just because my friend tak nak kasi handset(my friend has his own right besides handset is not that cheap; what if he rob it?). I think back; why after hearing that news I still wake up every morning, learning everyday even I know I am about to put my life on risk just to have a degree. I’m through not a simple and nice life, no wonder JPA puji student Russia yang dapat survive through all this because now sekarang baru saya rasa sendiri betapa susahnya dan perihnya.
Still I think back, what is my strenght? rupanya matlamatnya masih sama; still walaupun saya dah sampai ke sini saya masih ada banyak yang belum selesai. I still want to prove that I’m somebody,someone and from zero to yes there is something!. My family is still nothing if I don’t try anything and I’m still a weak person that people usually laugh at if I dare not to show that I’m not a stupid person.For me until now that is my dream dan saya serahkan pada Allah. Saya yakin niat yang baik Allah pasti tolong. Saya tahu life never lead us to the easiest way but still there are a lot of people who are more miserable than me. Setiap kali saya rasa nak putus asa saya tengok balik kawan-kawan saya, kakak dan abang saya di sini. They are my strenght. Saya bukanlah sekuat yang dilihat tapi saya jadi kuat dengan orang disekeliling saya. Yes we may not have anybody to watch us, to guard us but we still have each other. Tengok saja kawan saya yang get bash by Russia tu, semua Malaysian concern, ramai senior tanya, ada yang datang asrama jauh-jauh semata-mata nak pastikan dia ok. Even kalaulah dia masuk hospital, saya sendiri sanggup ulang alik setiap hari nak hantar makanan sebab saya sendiri tahu kami semua tahu yang kalau kami tak jaga sesama kami siapa lagi?
“Kerna hakikatnya kita tak sedar di sebalik awan mendung yang gelap gelita pasti ada cahaya kebahagiaan kedamaian dan ketenangan yang menunggu sesungguhnya Allah itu maha Adil”.

Khamis, November 18, 2004

Raya di Volgograd

Akhirnya masuk jugak kita ke dalam bulan Syawal, bagi saya pastinya syawal kali dirasakan berbeza. Pertama kali beraya di tempat orang, di tempat yang bukan majoritinya Islam.
Rasanya tak perlulah diceritakan tentang perasaan, biarlah perkara di simpan sendiri lagipun benda tu boleh di agak sendiri kan?
Di sini pihak universiti kami dah menetapkan undang-undang sebarang kelulusan untuk terlibat dengan apa-apa kegiatan sosial di Russia adalah tidak boleh sama sekali, nasib baik raya jatuh pada hari ahad, dapat sambut denagn tenang tanpa sebarang gangguan kelas. Di sini kami buat kenduri besar-besaran untuk semua rakyat Malaysia di Volgograd. Malam rayanya, semua student muslim dari senior sampai ke junior turun ke asrama untuk masak beramai-ramai. kami dibahagikan into several group. My group kena potong bawang dengan kupas kentang(hehe! senang kan...) tapi bawangnya sangat banyak, kalau tak silap 4 kilo setiap satu. Erm, waktu tu, melelehlah air mata masing-masing. Kerja tak habis lagi waktu tu, kami kena tolong yang lain pulak, macamlah kami buat masak ayam masak merah, rendang daging, kurma daging , nasi impit(nak buat ketupat daun kelapa tak ada) dan paling tak lupa kuih tart kami yang sangat sedap. Sambil-sambil tu, ada jugak senior bawak mercun, bunga api etc. Dekat sini mercun dan sewaktu dengannya tak menyalahi undang-undang. Alamatnya, gamatlah asrama kami dengan budak Malaysia jer. Orang Russia pun macam dah tak kisah dah, tiap-tiap tahun diorang dah tengok macam nih. Sincerely, malam tuh penat sangat tapi kurang terasa sebab dengar celoteh masing-masing. Orang kata dalam banyak student Russia, student Volgograd yang paling rapat antara junior dengan senior. Mana taknya, kami bukan ada embassy macam budak Moscow, kami cuma ada kami dan kami sahaja. Sebab itu kemesraannya terasa. Setalah semuanya habis, jam pun dah menunjukkan pukul 2 pagi.
Pukul 5 pagi(Malaysia pukul10) saya bangun, terus telefon Malaysia, mula-mula ingatkan nak telefon pukul 3 tapi dah penat sangat, nak buat macam mana. Setelah menghabiskan kredit kira-kira 300 rubel-lebih kurang 30 something(Rate telefon di Russia agak murah), sembahyang subuh dan bersiap-siap nak bersembahyang raya. Waktu tuh berkumandanglah lagu raya di setiap floor Malaysian lengkap dengan HIFI masing-masing. Turun je ke bawah semua dah siap dengan baju raya masing-masing. Pagi tuh agak berkabus sikit, suhu 4 darjah celcius. Sampai ke Masjid, kami disambut mesra dengan penduduk Muslim tempatan. Takbir disini lain sedikit, tak ada lagu macam di Malaysia. Sembahyang pun lain sikit dalam rakaat kedua takbirnya sebelum ruku’ bukan sebelum al-fatihah macam di Malaysia. Khutbahnya pastinya lain sebab dalam bahasa Russia. Jenuh mendengar senior translate satu2 dengan kami. Nak buat macam mana kan, inilah orang kata “Masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek” Sampainya kami semula di asrama, kami bersiap sedia pulak untuk rumah terbuka kami. Kami jemput semua orang Malaysia dengan lecturer kami sekali. Most of our lecturer, tak makan sangat, pedas katanya. Untuk keseluruhannya, memang terasa kelainannya tapi buat apa nak dibandingkan. Still see for ur self this is what raya is like in Volgograd, Russia.

Khamis, November 04, 2004

Kuatkah Kita&

Kita cakap kita bijak tapi sejauh mana kita bijak menangani masalah? Kita cakap kita tabah tapi sejauh mana kita tabah menerima berita buruk? Kita cakap kita kita kuat tapi sejauh mana kita kuat menangani dugaan yang datang meghempap, menimpa, seolah-olah seperti ingin menghancurkan kita.

Sejak kebelakangan ini terasa macam ada satu petunjuk yang Allah tunjukkan pada saya, orang disekeliling saya ramai yang tertekan, ramai yang ada masalah, gundah gulana dan risau. Semacam Allah suruh saya belajar di waktu ini bagaimana untuk menghadapi semua ini. Memang dalam hidup ini kita tak pernah terlepas dari masalah. Semua ini adalah salah satu dugaan dan ujian yang Allah turunkan kepada hambanya.

“Seseorang itu belum lagi benar2 beriman sehinggalah dia diuji....”

Hakikatnya, dugaan bukan datang dalam bentuk kesusahan sahaja, kemewahan pun satu ujian untuk menguji sama ada kita leka atau tidak. Ramai orang terjatuh bukan sebab batu yang besar tapi sebab batu yang kecil.

Kita tension study kita tak sampai ke tahap yang kita inginkan, kita tertekan orang yang rapat dengan kita tinggalkan kita, kita kecewa sbb ada orang permainkan kita.

Kita risau sebab dah lakukan satu kesilapan dan kecuaian yang sangat besar. Kemudian kita buka HiFi kuat2! nangis puas. Ya, dalam satu aspek kita tak patut kata itu salah sebab kita perlu lepaskan apa yang tebuku di hati. Tapi, itu untuk sementara sedangkan masalah itu perlu hilang once and for all. Kita mengadu dengan semua orang tapi semua tak memuaskan hati kita.

“Fadly..diorang semua tak faham, diorang ingat semua ni macam simple jer”

Betul, meskipun berat bahu memikul belum tentu orang lain terasa beratnya. Betul, tak siapa yang tahu seksanya hati menangung masalah yang menimpa. Kita cakap semua tak faham, semua tak tahu.Tapi, tanya balik pada diri sendiri ada tak kita mengadu pada yang Maha memahami, Maha mendengar dan Maha mengetahui. Kita perlu sedar apa-apapun kita perlu kembali pada agama. Doakan senjata orang mukmin. Sebabnya, Allah sendiri yang izinkan semua ini terjadi pastinya Dia sendiri ada jalan keluarnya.

Memanglah bila kita di tahap itu belum tentu kita boleh bertindak betul rasional. Saya sendiri pun sering ingatkan diri sendiri sebab dah banyak keadaan saya kalah dengan situasi. Satu jer perlu diingat kalau kita rasa dah cukup teruk, ada lagi yg kena lebih teruk. Sabar, dan insyaallah setiap benda ada jalan penyelesaian. Seperti Allah janjikan yang semua penyakit ada ubatnya....Waallahualam

Khamis, Oktober 28, 2004

Don't sweat over small stuffs

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan, sedar tak sedar dah habis separuh bulan kita berpuasa lagi lebih kurg 15 ramadhan kita dah pun nak raya. Tak lama lagi pun dah nak masuk bulan November, bermakna tak lama lagi akan masuk winter. Erm nih terasa nak nyanyi sonata musim salju nih. In other word, kami akan mula hadapi berbuka puasa pukul 4.30 pm. Nampak macam singkat tapi kami kena byk kejar masa, kena pandai uruskan masa sebab sini bukan Malaysia yang orang sediakan waktu untuk kita sembahyang. Rasa selain hari Ahad, setiap hari kami muslim di Volgograd sembahyang dalam kelas atau dkt underground universiti.. Air sembahyang pulak kena jaga dari asrama, terpaksalah pakai glove, lantaklah org Russia nak pdg pelik ke tidak. I’m already used to it.

Kalau dekat Malaysia,mesti dah keluar dah lagu raya sekrg nih. Kt sini bkn jer tak dgr, nk letak CD lagu raya pun takder mood sbb tak ada suasana pun. Esok ada subject yg nak kena buat preparation mlm nih.

Sometimes, yes I do feel kenapa thing getting to be more and more difficult each day. Tapi satu malam saya dapat satu pengajaran. That time saya tengah hafal anatomi, kami kena hafal seluruh typical stucture of vertebral column (columna vertebralis) dgn typical structure of ribs (Costae) and sternum. Jam dah pun menunjukkan pukul 12 tapi still ada lagi yg belum dihafal. Bukannya tak nak study awal tapi dah setiap hari ada jer yg kena hafal so kenalh studi ikut priority. Waktu tu dah rasa nak tutup jer buku atlas anatomi tu. Tiba-tiba Allah bagi ilham untuk message my kakak senior and this what make me realize.

“Fadly don’t sweat over small stuff and don’t ever give up. Study and study. Because though you’re surrounded by darkness if you keep trying you never know what you’ll find”

Betulkkan, why should I complain about small stuffs. Kalau saya asyik merungut pasal homesick la, pasal sembahyang la, pasal susah study la, alamatnya tak hidup saya dkt sini kan? Itulah kadang-kadang kita tak sedar yg kita membesarkan perkara-perkar yg kecil sampai kita lupa mana prioritinya. Starting that time I start to think straight to the main work and subsides the small stuffs, saya sendiri fikir sendiri yg saya sendiri kena bentuk yg saya komited dengan kerja. Kalau skrg pun ada masalah macam mana klu dah jadi doctor yg for sure involve lg byk kerja. Lgipun apa yg saya belajar skrg br permulaan and things will getting to be more difficult kan?

Tarik nafas dalam dalam…..dan hembus fuhhhhh….Allah do help me with this….


P/s: Thanx Kak Nadia for ur advice, my test runs as smooth as it should be….

Khamis, Oktober 21, 2004

Ramadhan di Russia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucap

Pertamanya biarlah saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua....Kalau sedap-sedap makan di Malaysia ingat2lah kami di perantauan.

Mula-mula saya nak jawab soalan adik Harith dulu: Erm pasal Kursus Kepimmpinan Yayatsan Tun Razak. Kursus ni macam nih, kalau caranya masih sama, dulu sekolah hantar my particular dkt yayasan then kalau terpilih kena pergi interview, usually waktu interview dier akan tanyer pasal Tun Razak also pasal isu2 semasa-dia akan banyak tanyer pendapat-erm interview dier sorang2 jer-so try to be outstanding yg mungkin kot...then kalau dapat terpilih waktu cuti disember atau januari dier kasi surat...lepas tu jalani kursus disana...kursus nih memang sangat best...nothing you ever experience before...you will train mostly about how to be a leader-it's the way how they train that make the pktr so interesting...ok? pasal resume tuh, entahlah saya tak tahu pulak kena hantar resume..sorry key

Sekarang dah mula puasa...Rasanya tak ada byk bezanya sebab selama ini pun makan pun dua kali jer sekali waktu awal2 pagi dan last sekali waktu malam, tapi sedikit sebanyak terasa jugaklah kehilangan suasana di Malaysia.

Sekarang dah masuk Autumn tak lama lagi nak masuk winter so malam semakin pnjg siang dah nak jadi smkn pendek, subuh kami pukul 5.45 am tapi maghrib pukul 6.15 pm. Kadang-kadang kelas habis pukul 5.00 pm. Waktu tuh kelam kabut jadinya, biasanya masak simple2 jer, nasib baik makan sekali dengan budak2 mara. sekarang pun selalu ulang alik pergi balhitsa(hospital) temankan kakak senior tgk org sakit so selalu gak buka puasa dalam masrudka.

Waktu malam kami tipa-tipa hari sembanhyg terawih ramai2,waktu nih terasalah keeratan silaturrahim sesama semua student Malaysia dkt sini, dkt sini isyak masuk awal lebih kurg pukul 8 kami dah start smbhyg isyak pastu pukul 9 biasanyer dah habis, then terus sambung study as kelas esok biasanya mesti byk benda yg nak kena hafal.

Tapi puasa di sini banyak mengajar erti sabar dan erti sebnr sbgi seorg islam sebab tanpa suasana hanya iman dan kesedaran dalam diri menjadi satu-satunya pegangan jati diri untuk terus bertahan.

Khamis, Oktober 14, 2004

Dah start belajar dah...

Alhamdulilah selamat satu minggu lagi di Russia, sekarang kelas dah mula start dengan serius, macam-macam ragam dengan macam-macam lecturer. Itu belum ditambah dengan orang tempatan lagi. Dalam hati selalu jer cakap “ bilalah aku ni nak pandaai cakap bahasa Russia nih…?”. Tapi yang pelik dan lawak nyer waktu kalau diorg kutuk kita gelakkan kita, tetiba saya faham pulak. Dekat sini dah jarang dah orang pandang something dgn gelakkan org Malaysia, lebih-lebih lagi yg bertudung as they’re getting used with the situation that there are Muslim now in their society. Even mak cik yg jual ayam dgn daging pun dah tau perkataan halal. Cuma kekadang ada gak budak2 muda yg kata yg bertudung nih mcm pokok krismaslah, ada gak yg kata mcm debushka(nenek tua) sebab dekat sini org yang pakai scarf tutup kepala nenek tua je.

Sekarang dah pandai sikit dah dengan pengangkutan dekat Volgograd. Setakat untuk ke tempat belajar dengan kawasan sekitarnya dah tak ada masalah rasanya. Cakap pasal pengangkutan, teringat saya pada kisah batch saya dengan Mashrudka which is a van yg jadi mcm teksi kat sini. Dekat sini kalau nak berhenti kena cakap dari belakang dekat driver van nih kat mana nak berhenti which is certainly no problem for the Russia sebab suara diorg besar garau dan kuat tapi utk kami, selalu driver tak dgr dan selalulah terjadi van tuh terlajak sebelum dia sedar kena berhenti, dahlah bahasa Russia tak hebat lagi. Nasib baik saya setakat ok lagi, sentiasa berhenti pada tempatnya tapi kesian pada kawan2 saya sebab terlajak bukan sikit! Terpaksalah menapak.

Sekarang pun dah mula start menghafal dan saya jangkakan jumlahnya semakin banyak, this week kena hafal perkataan latin dan bahagian2 tulang belakang(anatomy). Sangat seronok sebab waktu first class dah dapat pegang tulang real nak belajar orientasi tulang dengan tulang, tapi sikit tak best sebab waktu dengan lecturer cakap dkt depan duduk sebelah cadaver(mayat) yang bau macam kayu reput, sakit hidung dibuatnyer.Next class nak duduk tempat lain pulak lah. Other subject macam biasa jer. So far rasanya ok.

Suhu semakin sejuk, kami semua dah buat persediaan beli carpet, comforter, seal tingkap. Baru semalam waktu pagi suhu –4, then semalam jugak salji turun waktu tengahhari. Semua org pelik tengok kitaorg, org lain semua berebut masuk dalam bangunan, kitaorg stay dekat luar, nak rasa salji lah katakan…hehe! Heater dah mula dipasang, lotion semakin berguna as kulit semakin kering.

P/s: selamat berpuasa kepada semua, kami puasa start hari Jumaat, berbuka pukul 6.15 ptg. Dah dekat2 15 ramadhan insyaallah berbuka pukul 4.30 rasanya. Harap2lah boleh puasa waktu sejuk2 nih tanpa masalah.

Khamis, Oktober 07, 2004

Mat rodina


Matb rodina
Originally uploaded by Fadly Kharie.
A big statue at Mamaya Hill,Volgograd. It is called Mat Rodina-Mother of Russia. It is 52 metre height. It is so big that I can see it directly from my kicthen window.(Sorry key if it is not clear.)

gambar di moscow


gambar di moscow
Originally uploaded by Fadly Kharie.
this is my picture during my first day at Moscow, we stopped at Moscow for 2 day before we went to Volgograd. The temperature was 10 Celcius

Rabu, Oktober 06, 2004

My Journey at Volgograd, Russia

Alhamdullilah setelah lama menunggu akhirnya sampai juga saya ke bumi Volgograd geroi gorad or the hero city. Dah nak dekat seminggu dah berada di sini, sekarang keadaan semakin stabil, kehidupan semakin teratur, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan pada senior saya yang lebih dari membantu, mereka macam abg kakak ayah dan mak kami.

Waktu awal2 saya sampai, di sini masih panas lagi suhu lebih kurang 20 darjah celcius, tapi dua hari selepas itu suhu mendadak turun, sekarang dah menjadi 5 darjah celcius waktu pagi2 tapi bila tengah hari alhamdulillah naik sedikt lebih kurg 9 darjah celcius apapun itu masih sejuk. saya dekat sini kena pakai baju sampai 3 lapis.

Jostel yang saya duduk kemudahannyer ok, sekarang dah kena masak sendiri, alhamdullilah setakat nih tak ada aper2 masalah, awal2 tuh kekok jugak kene pergi rhinak(pasar) beli brg masak sendiri, tapi skrg dah biaser dah. Di sini Roti murah tapi beras agak mahal. rasanya tak akan makan nasi selalu kot nak gantikan dengan spageti, save budget sikit.

Lagi dua hari lagi dah nak start belajar, hari nih ada exam biologi. rasanya boleh rasanya sebab dekat universiti semua lecturer cakap english. Cakap pasal english dekat sini semua orang cakap bahasa Russia. Intonasinyer kasar sikit, klu tak tahu makna kita boleh ingat diorg macam marah kat kiter. Klu saya nak pergi ke mana-mana kena naik Mashrud(Van yg jadi mcm bas mini)-klu nak suruh dier berhenti kena cakap dalam bahasa russia-Awal2 dulu wandering gak boleh ker lah aku nak cakap lgi, tapi skrg alhamdullilah tak der masalah dah-semuanya hanya memerlukan keberanian jer..

Lagi satu, orang kat sini tak tahu cakap bahasa slain daripada bahasa russia, walaupun dier tahu kita orang asing tapi dia tetap cakap bahasa russia. Waktu nih terasa otak nih ligat berfikir, mengingat kembali apa yang dah dibpelajari tiga bulan sebelum ini.

Saya nak minat maaf klu tak sempat nak membalas email atau message sesiapa, sekrg dah sgt sibuk, internet pun lebih kurg 40 rubel (5 ringgit) sejam, jarang rasanyer dapat ke CC. saya cuber sebolehnyer untuk menulis, sekurang2nya di sini. Terima kasih saya ucapkan kepada siapa yang menghantar saya di KLIA dan yang menghantar ucapan good luck..

Dekat sini pemandangan nyer cantik, banyak monumen, park ader depan universiti, selau jugak jalan2 dekat saner, minta maaf sebab tak dapat nak letak gambar, CC nih tak boleh nak detect my thumbdrive, nak tanyer bahasa russia tak bagus lagih...

OKleh setakat ini dahulu...hingga ke seterusnya...salam dari orang perantauan