Alhamdulillah habis akhirnya semua exam, secara rasmi tamat tahun pertama sebagai pelajar medic. Dah habis dah satu tahun? macam tak percaya pulak.
Countdown dimulakan dengan acara mengambil re-entry visa. Kenapa re-entry visa ini penting? Sebab klu tanpa re-entry visa kita tak boleh masuk ke tanah jajahan Russia ini. Walaupun sudah demokrasi tapi mungkin kerana unsur-unsur komunis itu masih ada menyebabkan diorang lebih berhati-hati.
Berbalik kepada isu re-entry visa. Kami menunggu umpama rakyat somalia menunggu bantuan kemanusian dari PBB. Untuk mendapat Visa. Kami memerlukan tandatangan dean dan juga beberapa tandatangan yang lain yang rasanya tak perlu disebutkan disini. Hendak dijadikan cerita dean datang sangat lambat. Orang semakin ramai di pejabat dekan(uish susah betul nak ingat perkataan ni-russia guna dekanat). Macam-macam bau dah terbit, kalau sesiapa tengok cermin mesti dah penuh dengan wap. Bila dean datang, bermula perebutan secara besar-besaran. Yelah, mana taknya, masing-masing nak selesaikan awal, masing-masing ada tiket dalam tarikh terdekat.
Cerita belum habis di situ, kemudian bermula acara beratur yang tiada penghujungnya, kelebihan orang Malaysia adalah mereka kecil, senang nak menyelit. Kelebihan yang ada dimanfaat sebaiknya. Waktu ni lah macam-macam ragam manusia kita boleh nampak. Lebih-lebih lagi orang yang pentingkan diri sendiri, orang lain semua boleh sabar beratur panjang-panjang, dia senang-senang boleh potong barisan. erm nasib baik diorang tak faham cakap bahasa melayu, boleh kutuk diorang secara besar-besaran. Nasib baik juga ada bouncer handalan selamat barisanku tak dipotong orang(thanks to zianis and yanti-you rock girl!)
Alhamdulillah, habis upacara berhimpit-himpitan(tarik nafas sekejap menghirup udara yang segar). Sekarang upacara kemas-mengemas pun bermula. Nak dijadikan cerita setiap tahun sebelum kami semua pulang ke Malaysia, semua bilik harus dikosongkan. Semua barang-barang harus disimpan di dalam stor.
Aduih! rasa nak patah tulang pinggang. Tak sangka banyak pulak kena dikemas. Yelah, baju jer pun nak dekat satu beg besar. Dari winter clothes sampai la ke summer collection.
Erm sekarang mana pulak nak diletak barang-barang nak dibawa ke Malaysia. Hand luggage ada bawah katil. Mana pulak luggage besar?
Alamak! luggage besar dah pecah, macam mana boleh lupa? Erm tak dapat lah nak buat apa-apa. Terpaksalah kurang barang. Periksalah pulak dompet. erm keadaan tampak agak normal tetapi memandangkan muatan beg yang tak begitu mengizinkan. Sikit sajalah yang dapat dibawak pun. Set teh yang ingatkan nak ditunjuk kat malaysia pun, terpaksa kurangkan kepada set cawan sahaja. Tak apalah tahun depan bila duit dah banyak baru beli beg baru, baru boleh bawak sourvenior banyak-banyak.
Biala semua dah siap, sekarang tinggal nak tunggu masa jer lagi. Ya Allah lamanya masa berlalu, tidur sekejap, bila bangun tengok lama lagi rupanya. Tak apalah layanlah tengok lah tengok river dance dulu.
Erm nak makan pun tak semangat, dulu ada group nak masak sekarang bila kawa-kawan group dah balik, kena pulak masak sendiri. Aduih malasnya.
Semasa blog ini dipublish. ada 10 jam lagi sebelum flight berlepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan