Khamis, Jun 17, 2010

Sindrom Allergik dengan Mad'u

Apa sahaja yang mula-mula kita fikirkan ketika menerima tugas pertama sebagai Naqib?

Apakah keadaannya yang kita gambarkan adik-adik usrah kita selepas melalui tarbiyyah?

Bebas dari couple?
Mutabaah amal yang sentiasa cemerlang?
Kehadiran ke program-program yang sentiasa penuh?
Kepatuhan dan tsiqah yang tidak ada belah bahaginya?
Pelajar Cemerlang, Daie Terbilang, Anak Gemilang, Pemimpin masyarakat tersohor?

Inikah yang membuatkan diri kita sentiasa tersenyum dan hati kita sentiasa girang?
Kalaulah ini benar-benar berlaku Alhamdulillah, kita panjatkan seberapa banyak syukur yang boleh dan doakan supaya istiqamah.

Andaikata, apa yang berlaku adalah sebaliknya, apa yang kita buat?

Bila Hati mula merasa sedih dan gelisah, adakah segalanya terpancar pada riak muka kita, pada bahasa kita ketika berbicara dengan mad’u tersebut, pada emosi kita ketika berdepan dengan mereka?

Tanpa kita sedari kita memulakan proses menolak. Sekadar menyedapkan diri kita sendiri, kita akan cuba mencari jalan penyelesaian. Namun dalam hati kita, tidak pernah surut perasaan kecewa. 
Seolah-olah mereka ini lansung tidak punya harapan.

Manakah sifat berlapang dada yang diajar semasa di dalam usrah? 

Ingatlah kita diminta menilai tetapi kita bukan diminta untuk meletakkan label

Kadang-kadang yang kita nampak bergerak merangkak-rangkak dalam tarbiyyah itu lebih akan setia berbanding dengan yang kita nampak berlari laju. Kebenaran yang sampai sudah terpapar di dada akhbar.

Aduh! Jika dengan keadaan mereka yang serba kekurangan itu mereka masih mengharapkan tarbiyah, kenapa ditolak? kenapa tidak di raikan?

Kenapa perlu Allergik dengan Mad'u kita? 

Selasa, Jun 08, 2010

Syukur atas dugaan

Barangkali kalau boleh disimpulkan apa yang dapat saya peperiksaan kali ini; Ia telah mengajar saya betapa bagusnya dugaan.

Exam kali ini membuatkan saya akur tentang keterbatasan manusia. Setiap kali sebelum sebelum exam saya berfikir; macam mana kalau dapat lecturer ni? macam mana kalau tak ingat drug ni? macam kalau lupa dosage ni? macam kalau lecturer tanya soalan ni?

Senantiasa soalan ini disusuli dengan jawapan penuh narcissist:  Apa lagi yang boleh aku buat? Consider buat Shpargal? Masuk lambat? Datang awal? 

Maka setelah bermain tarik tali dengan perasaan, akal dan kudrat ketika itulah saya disentap dengan peringatan.

“Aduh!  sombongnya aku dengan Allah”. Senangnya boleh menganggap bahawa Allah itu teman biasa, diminta pertolongan hanya bila perlu dan bila keadaan tidak memerlukan, bila segalanya dalam keadaan terkawal, dalam lingkungan kudrat kita, Allah tidak tolong pun saya boleh buat sendiri. Astagfirullah.

Waktu itulah dalam kesedaran yang masih segar terus-terus saya mengadu

“Ya Allah hambaMu ini hina, waktu susah baru ingat padaMu. Namun Ya Allah betapa aku yakin engkaulah mengawal segala hati manusia, engkaulah yang mengatur perjalanan masa, susunan kertas disusun, tangan yang bergerak, kaki yang melangkah. Maka permudahkan perjalanan untuk kami Ya Allah, jadikan ia titik tolak untuk kami semakin dekat kepada Mu Ya Allah dan jadikanlah keputusannya pengajaran paling berhikmah untuk kami semua Ya Allah”

Mengharap dengan penuh rasa sesalan kerana melupakan Kekasih yang paling utama perlu dicintai.

Setelah itu anehnya, perasaan itu bukan membuat saya pasrah tetapi membuat saya lebih bersemangat untuk berusaha.

Tiba-tiba saya teringat maksud tafsir Al Imran 146 “ dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut yang bertakwa. Mereka tidak lemah kerana bencana yang menimpanya di Jalan Allah dan tidak pula menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar”

Sumber kekuatan pada orang Islam adalah apabila mereka beriman dengan Allah, mereka sudah tidak sedih dengan kesusahan yang menimpa dan mereka tidak takut dengan kemungkinan yang akan berlaku. Hasilya maka lahirlah kekuatan yang luar biasa dengan izin Allah.

Exam kali ini Allah sudah memberikan satu ibrah dan tarbiyah yang begitu berharga. Untuk itu saya sangat-sangat gembira dan bersyukur.