Selasa, Jun 08, 2010

Syukur atas dugaan

Barangkali kalau boleh disimpulkan apa yang dapat saya peperiksaan kali ini; Ia telah mengajar saya betapa bagusnya dugaan.

Exam kali ini membuatkan saya akur tentang keterbatasan manusia. Setiap kali sebelum sebelum exam saya berfikir; macam mana kalau dapat lecturer ni? macam mana kalau tak ingat drug ni? macam kalau lupa dosage ni? macam kalau lecturer tanya soalan ni?

Senantiasa soalan ini disusuli dengan jawapan penuh narcissist:  Apa lagi yang boleh aku buat? Consider buat Shpargal? Masuk lambat? Datang awal? 

Maka setelah bermain tarik tali dengan perasaan, akal dan kudrat ketika itulah saya disentap dengan peringatan.

“Aduh!  sombongnya aku dengan Allah”. Senangnya boleh menganggap bahawa Allah itu teman biasa, diminta pertolongan hanya bila perlu dan bila keadaan tidak memerlukan, bila segalanya dalam keadaan terkawal, dalam lingkungan kudrat kita, Allah tidak tolong pun saya boleh buat sendiri. Astagfirullah.

Waktu itulah dalam kesedaran yang masih segar terus-terus saya mengadu

“Ya Allah hambaMu ini hina, waktu susah baru ingat padaMu. Namun Ya Allah betapa aku yakin engkaulah mengawal segala hati manusia, engkaulah yang mengatur perjalanan masa, susunan kertas disusun, tangan yang bergerak, kaki yang melangkah. Maka permudahkan perjalanan untuk kami Ya Allah, jadikan ia titik tolak untuk kami semakin dekat kepada Mu Ya Allah dan jadikanlah keputusannya pengajaran paling berhikmah untuk kami semua Ya Allah”

Mengharap dengan penuh rasa sesalan kerana melupakan Kekasih yang paling utama perlu dicintai.

Setelah itu anehnya, perasaan itu bukan membuat saya pasrah tetapi membuat saya lebih bersemangat untuk berusaha.

Tiba-tiba saya teringat maksud tafsir Al Imran 146 “ dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut yang bertakwa. Mereka tidak lemah kerana bencana yang menimpanya di Jalan Allah dan tidak pula menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar”

Sumber kekuatan pada orang Islam adalah apabila mereka beriman dengan Allah, mereka sudah tidak sedih dengan kesusahan yang menimpa dan mereka tidak takut dengan kemungkinan yang akan berlaku. Hasilya maka lahirlah kekuatan yang luar biasa dengan izin Allah.

Exam kali ini Allah sudah memberikan satu ibrah dan tarbiyah yang begitu berharga. Untuk itu saya sangat-sangat gembira dan bersyukur.

1 ulasan:

Ramdan berkata...

Alhamdulillah.

Terpegun sejenak sy membaca entry abg fadly ni..even so simple, but it gives a bundle of questions, to set again my mind.

Memang lumrahnya kot, insan biasa manusia tidak akan pernah menghargai apa2 yang tidak nampak dek mata. Tambah2 lagi, bila jalan hidup ni hanya bersandar pada Allah pada masa2 tertentu shj. Astaghfirullah. =(

Bila keadaan kita stress, barulah kita mula mancari2, menggeledah segala minda,rohani dan ternampaklah kat situ sikap dan siapakah sebenarnya kita kan. Tadabbur al-Haqqah ni..huhu

Sy yakin abg.Fadly, kita bukan perlu bersedia mengatasi dugaan, tapi bersedia menghadapi kehidupan selepasnya, iaitu dgn belajar dari ibrah yg kita dpt.

Jzkk for sharing. It so helpful for us your mutarobbi, and for all. iA. =)