Khamis, Januari 27, 2005

ISK...Passport!

Nak dijadikan kisah, di suatu pagi yang tersejuk pernah dirasa (-15), tiba-tiba bilik menjadi panik, sepanik operation room baru menerima mangsa kemalangan untuk diselamatkan.

“Hanif, Afham ada nampak pasport aku tak?”

“Ko letak mana?”

“Tak tau, biasanya letak kat rak nih, tapi tak jumpa pulak”

Puaslah kami menghabiskan masa selama lebih kurang setengah jam, menyelongkar segenap sudut yang ada di dalam bilik. Hari nih pulak ada lecture pukul 8.30. Pukul 7.50 saya suruh pencarian dihentikan... Tak apalah saya pasrah.

“Tak apalah hanif,afham, aku missplace kat memana kot, jomlah pegi dah lambat sgt nih”

Saya pun membawa diri dengan muka yang tak lansung merelakan. Sesampainya di universiti, kaki ni tiba-tiba rasa berat nak melangkah ke dewan kuliah. Aku kena cari jugak! Lalu saya pun pontenglah lecture buat kali pertamanya dan memulakan pencarian. Semua tempat yang saya lalu semalam, semua saya pergi tengok, celah-celah pokok, dalam tong sampah, semua saya periksa. Dalam hati ni tak henti-henti berdoa, berharap agar Allah turunkan pertolongan. Kalau betullah tercicir, moganya ada yang baik hati hantarkan balik, janganlah dicuri.

Tepat jam 8.30, saya temui jalan buntu. Ada satu tempat belum cari; dekanat. Tapi dekanat buka pukul 9. Setengah jam lagi untuk menangis rasanya.

Dengan hati yang berat, saya pun membawa diri ke underground tempat Malaysian sembahyang. I’m all alone with no one that I can talk too. Tangan tiba-tiba terasa nak hantar sms dekat kak nadia;

30 minit berlalu tapi kak nadia tak balas pun. Erm tidur lagi kakak sorang ni.

Kepala sangat serabut waktu tu, I kept telling myself to calm, sabar Fadly....sabar.... Dalam otak dah terbayang diri sendiri kena balik ke Malaysia nak renew pasport. Adoi! susahnya.

Tangan lantas mencapai buku kimia yang sepatutnya digunakan unutuk lecture hari ini. Tak banyak pun yang boleh masuk cuma cukuplah untuk mengisi masa lapang.
Tepat pukul 9 pagi, saya terus bergegas ke dekanat. Seperti yang dijangka, kedatanganku disambut dengan rasa hampa, terasa badan nih dah mengigil lagi kuat mengigilnya dari kesan suhu -15 ke atas badan.

Saya rasa waktu inilah Allah turunkan pertolongan, tiba-tiba ada kakak dekat dekanat nampak saya macam tu.

dia pun tanya “Shto vi hatitye?”(what do you want?)

Saya tak nak dia tahu jadi saya pun cakap “Ni chi vo,v-cyeh harasho”(nothing, everything alright)

Saya pun kembalilah ke underground semula, membawa hati yang penuh lara tanpa menyedari kakak tu mengekori dari belakang. Sesampainya di situ saya tenung buku kimia saya lama-lama, mengenang nasib yang bakal terjadi. Tanpa disedari tiba-tiba ada orang menegur dari depan.

dengan suara lembutnya dia bertanya“Shto skazat?”(Tell me what happen?)

Saya tak ada pilihan lain lalu menceritakan segala-galanya. Saya pun katalah yang dah tak ada pasport, saya cerita jugak yang dalam paspot tu pun ada saya punya student card, saya beritahu lagi yang saya sekarang dah tak ada apa-apa dokumen (dengan kata lain saya pendatang haram)

Dia terus bawa saya jumpa dengan pekerja dekanat yang pandai cakap english. Kemudian mereka pun uruskan segala-galanya, mereka pun uruskan saya pun student card. Waktu tuh dia tak dapat nak uruskan paspor t sebab dia kata orang yang uruskan tak ada lagi. Dia suruh saya tunggu dia pukul 11 nanti. Saya tak kisah tunggu pun, waktu tu saya dah cukup terharu especially bila dia cakap.

“everything will going to be alright, don’t be sad”

Saya sedih tapi tiba-tiba saya tersenyum. Betu-betul selepas saya habis hal selesaikan student card saya, tiba-tiba kak nadia balas message saya. Satu asrama dia pergi minta tolong. Semua orang dah tahu saya hilang pasport. Lepas tu semua orang pergi mencari. Tiba-tiba saya dah tak rasa sedih, entah macam mana terasa macam saya akan jumpa balik pasport saya.

Nak dijadikan cerita lagi, waktu saya tengah tunggu pekerja dekanat tepat pukul 11. Tiba-tiba kak Sarah datang.

“Awak...awak hilang pasport kan?”

Saya angguk lemah.

“Erm tadi akak naik masrut, akak tanyalah dia ada nampak pasport Malaysian tercicir tak, dia kata ada, Kitaorg mintak tapi dia tak nak kasi, dia nak jumpa awak, akak dah call kak nadia dah...dia suruh amik no. mashrut tu”

Allah jerlah tahu macam mana gembiranya saya waktu tu, saya boleh ingat lagi nombor mashrut tu, mashrut no. 75 dengan plate no. 779. Saya dah terasa pasport macam dah semakin dekat. But still saya masih tak tahu mcm mana nak negogiate dgn org russia nih.Dulu ada yang pernah kena sampai 8000 nak dapatkan dompet jer.

Habis jer kelas terus saya telefon Abg. Ahmad. Dia pun beritahu saya apa nak di buat, dia suruh saya bawak duit 100 rubel jer. Yang lain dia simpankan. Sampai jer tempat terminal mashrut. Saya sangatlah bernasib baik, sesampainyer saya disana, mashrut yang dicari terus ada depan mata, dengan driver berdiri sebelah pintu masuknya(Best nyer!). Setelah penat negogiate saya dapatlah balik pasport saya (seronoknyer!). Bukan setakat itu siap dengan dapat balik ke asrama dengan tambang free lagi. Balik-balik dengarlah sikit lecture sikit dari abg. ahmad.

Alhamdullilah...Saya terasa macam Allah banyak tolong saya waktu nih, banyak nasib baik yang yang berlaku, banyak kebetulan yang berlaku dan banyak pertolongan yang datang. Saya dapat tengok sendiri Allah tak pernah hampakan hambanya yang memerlukan.

Saya ucapkan terima kasih dekat my room mate( afham ngan hanif) yang tolong carikan sama-sama pasport, my classmate (zianis) yang kasi duit dier takut-takut pakcik mashrut claim tinggi. kakak kat dekanat (Nina Yurivna) for giving me hope and tell me not to give up. Kak Nadia yang penat-penat kerahkan usaha pencarian dijalankan. Abg. Ahmad for helping me saves the passport (nak belanja dia tapi dia tak nak). Last but not least pakcik driver mashrut for being honest, tolong simpankan dan jagakan pasport also dengan kasi tambang free gi balik asrama lagi.

Alhamduliilah sekali lagi....


Khamis, Januari 20, 2005

Aidiladha...

Pagi ini terasa seperti pagi-pagi sebelumnya, tiada apa yang lainnya. Matahari memancar lemah tepat pada masanya. Suhu masih degil mengekalkan kesejukan yang mencucuk tulangnya. Saya bersedia seperti biasa bersedia untuk ke kelas seperti biasa. Hari ini; Khamis ada Russian Language (8 pagi hingga 9.40 pagi), mandi seperti biasa (dengan air yang sejuk seperti biasa), sarapan seperti biasa, sembahyang seperti biasa.

Tatkala tangan mencapai beg tiba-tiba terasa ada yang luar biasa. Seperti ada yang terkena, seperti ada yang tak disempurnakan. Lalu mulut diringankan untuk bertanya.

“Hanif,hari ni hari apa ek?”

“Hari apa? erm...eh hari ni hari raya hajilah”

Astagfirullah! Sepantas kilas impuls dihantar ke nervus-nervus, melalui foramen-foramen, canalis-canalis terus menuju ke otak.

Ya Allah kan semalam aku baru je sembahyang jemaah dengan takbir ramai-ramai. Lantas tangan menepuk dahi. Kelakar mungkin. Tapi inilah hakikatnya. Bukannya sengaja tapi keadaan meletakkan sedemikian rupa. Teringat peraturan pertama yang diberitahu semasa pertemuan antara persatuan pelajar Malaysia dengan dekanat.

‘You’re strictly prohibited to join any religious or society which out of from what that have been provided by the university’.

Alasannya mudah kami datang ke sini untuk belajar. Implikasinya kami belajar seperti mana orang Russia belajar, cuti sebagaimana mereka cuti. Cuti tambahan untuk hari raya? Adanya rasanya...di dalam mimpi mungkin.

Hari ini hari Khamis, hari raya Aidiladha. Meskipun di Malaysia kalau dibandingkan dengan hari raya puasa, setahu saya Aidiladha tidaklah rasanya semeriah mana tapi rasa suasana tetap ada dengan cara tersendirinya. Di sini kami ada kelas, ada yang nasib baik dapat tangguhkan kelas, boleh bersembahyang raya. Kalau tak belajarlah seperti biasa.

Tapi apa sangatlah saya kalau nak dibandingkan dengan abang dan kakak kami tahun kedua...

Hari ini hari khamis; ada final test untuk anatomy. Dah nak dekat 3 minggu lebih kami tengok semua orang gigih nak mengingat semula segala bahagian tulang, muscle, nerve, internal organs, canalis-canalis; masuk dari mana keluar ke mana, apa yang membentuk apa, ligament apa untuk apa. Teringat pula waktu tengah belajar bersama-sama yang lain-lain pasal tulang.

“Yelah...orang lain raya haji makan sup tulang, kita dok tengok tulang..” (semua tergelak )

Minggu lepas mereka baru terlepas azab Histology, alhamdulillah ramai yang dapat cemerlang (disini 5). Mana tidaknya belajar macam nak mati, lenguh mata memandang sel, menghafal 80 lebih slaid, menghafal embriology, developement of cell. Tak kurang yang menangis balik ke asrama. Kenapa? sebab dapat 4. Orang Russia pun pelik student Malaysia menangis dapat 4, mereka dapat 3 pun dah cukup gembira(markah lulus). Bayangkan ramainya perfectionist di sini. Tak boleh nak salahkan sesiapa pun, kami diletakkan harapan tinggi. Kalau tanya lecterur siapa pelajar terbaik? mesti mereka cakap pelajar Malaysia.

Kami tolong apa yang termampu. Sampai setakat ini anatomi baru habis belajar semua tulang, adalah masuk articulation sikit-sikit. Muscles, dengan nerves kami belajar sem 2. Tak banyak group boleh bawa balik tulang ke hostel, tulang inilah di pusingkan keliling asrama, dicucuk-cucuk, diintai-intai dan apa-apa perbuatan sewaktu dengannya.

Inilah perngorbanan kami sempena Aidiladha ini, berjuang fisabillilah. Kami semua tahu apa yang kami hadapi susah tapi kami takkan mengalah. Kami tak pernah berputus asa. Sebabnya kami yakin ada banyak harapan yang tergantung untuk kami, yang paling pentingnya demi Allah, ibu bapa, negara kami. Umpama menanam pokok di lapangan padang pasir, walaupun memang tahu kemungkinan besar pohon tidak kan tumbuh, tapi kami masih percaya akan turunnya hujan rahmat. Kami yakin pertolongan Allah pastikan tiba. Ya Allah turunkanlah rahmat, bantulah kami

Rabu, Januari 05, 2005

Tahun Baru (Seadanya di Russia)

Orang Russia sangat mementingkan tahun baru. Bagi mereka tahun baru seolah-olah bagaikan satu perayaan besar yang wajib untuk di sambut. Cuba bayangkan hari terakhir sebelum tahun baru (Jumaat 31 Disember), 2 lecture kami dibatalkan sebab persediaan tahun baru dan kelas terakhir kami habis 1 jam awal juga atas sebab yang sama.

Marah? Tak adalah. Rasa seronok pun ada juga, boleh rehat lebih sikit. Sepanjang perjalanan sempat juga saya menjengah kedai-kedai yang sibuk menjual bunga api dan mercun. Macam-macam ada! yang macam mancis, roket, gasing, 5 das, 7 das, 9 das, 12 das dan bermacam-macam lagi. Pelajar Malaysia tak lepaskan peluang, bukan senang nak tengok bunga api dijual secara sah banyak-banyak macam ni. Memandangkan masa banyak lagi, saya pun masuklah ke kedai-kedai lain. Semua tak nak kalah! Setinggi-tinggi diskaun diletak kalau boleh. Semua barang nak dilakukan sebelum tahun baru. Semua orang pula berpusu-pusu nak membeli barang. Macam mana saya tahu? mudah; kalau sampai oarang berebut nak dapatkan trolley sahlah ramai orang waktu tu.

Saya tak tahu apa yang berlaku pada detik tahun baru, curator kami nasihatkan kami jangan keluar waktu-waktu begini. Sangat bahaya katanya; ramai orang minum vodka, jadi mabuk dan orang asing biasanya jadi sasaran. Sebilangan kami pergi ke center square, disekeliling pokok yolka menunggu detik 12 malam. Saya tak tahu apa yang mereka buat. Apa yang saya sedar tepat jam 12 malam, Lagu kebangsaan Russia ke udara dan selama setengah jam seluruh tempat disimbahi dengan mercun dan bunga api bermcam rupa. Cantik sangat tapi dah lama sangat tengok terasa juga penatnya.

Esok bila kawan-kawan saya balik. Saya tanyalah apa yang mereka buat. Tak ada apa sangat kata mereka. Menyanyi dan menari di tengah-tengah dataran dengan orang Russia yang kebanyakan dengan botol arak di tangan masing-masing. Ramai juga orang Russia yang suruh mereka minum bersama-sama. Kalau ikutkan tradisi Russia, adalah tidak beradab untuk menolak pelawaan meminum vodka. Tapi agama pun perlu dingat juga; adalah berdosa besar untuk meminum arak dan sewaktu dengannya. Nasib baiklah, kawan-kawan pilih agama.

Seawal pukul 7 pagi saya keluar ke stesen kereta api nak menjemput kawan saya dari Nizhny Novgorad. Saya perkara yang saya sedar, bandar Volgograd jadi tenang dan sunyi tiba-tiba. Macam bandar mati. Kedai tutup, jalan raya lengang tanpa sedikit pun hiruk pikuk kesibukan pagi yang sepatutnya. Yang pastinya harga teksi naik! kenapa? Harga perayaan katanya!!! Geramnya tengok pakcik teksi tu. Terpaksalah menjemput tetamu dengan trolleybus. 2 hari berikut kami tersangkut di asrama. Kedai tutup sehingga 2 Januari. Raya sakan mereka ni.

Begitulah ceritanya bagaimana tahun baru disambut disini. Saya serahkan kawan-kawan semua untuk menilai. Seronok? Cantik? Salah? Yang pastinya inilah budaya mereka.