Orang Russia sangat mementingkan tahun baru. Bagi mereka tahun baru seolah-olah bagaikan satu perayaan besar yang wajib untuk di sambut. Cuba bayangkan hari terakhir sebelum tahun baru (Jumaat 31 Disember), 2 lecture kami dibatalkan sebab persediaan tahun baru dan kelas terakhir kami habis 1 jam awal juga atas sebab yang sama.
Marah? Tak adalah. Rasa seronok pun ada juga, boleh rehat lebih sikit. Sepanjang perjalanan sempat juga saya menjengah kedai-kedai yang sibuk menjual bunga api dan mercun. Macam-macam ada! yang macam mancis, roket, gasing, 5 das, 7 das, 9 das, 12 das dan bermacam-macam lagi. Pelajar Malaysia tak lepaskan peluang, bukan senang nak tengok bunga api dijual secara sah banyak-banyak macam ni. Memandangkan masa banyak lagi, saya pun masuklah ke kedai-kedai lain. Semua tak nak kalah! Setinggi-tinggi diskaun diletak kalau boleh. Semua barang nak dilakukan sebelum tahun baru. Semua orang pula berpusu-pusu nak membeli barang. Macam mana saya tahu? mudah; kalau sampai oarang berebut nak dapatkan trolley sahlah ramai orang waktu tu.
Saya tak tahu apa yang berlaku pada detik tahun baru, curator kami nasihatkan kami jangan keluar waktu-waktu begini. Sangat bahaya katanya; ramai orang minum vodka, jadi mabuk dan orang asing biasanya jadi sasaran. Sebilangan kami pergi ke center square, disekeliling pokok yolka menunggu detik 12 malam. Saya tak tahu apa yang mereka buat. Apa yang saya sedar tepat jam 12 malam, Lagu kebangsaan Russia ke udara dan selama setengah jam seluruh tempat disimbahi dengan mercun dan bunga api bermcam rupa. Cantik sangat tapi dah lama sangat tengok terasa juga penatnya.
Esok bila kawan-kawan saya balik. Saya tanyalah apa yang mereka buat. Tak ada apa sangat kata mereka. Menyanyi dan menari di tengah-tengah dataran dengan orang Russia yang kebanyakan dengan botol arak di tangan masing-masing. Ramai juga orang Russia yang suruh mereka minum bersama-sama. Kalau ikutkan tradisi Russia, adalah tidak beradab untuk menolak pelawaan meminum vodka. Tapi agama pun perlu dingat juga; adalah berdosa besar untuk meminum arak dan sewaktu dengannya. Nasib baiklah, kawan-kawan pilih agama.
Seawal pukul 7 pagi saya keluar ke stesen kereta api nak menjemput kawan saya dari Nizhny Novgorad. Saya perkara yang saya sedar, bandar Volgograd jadi tenang dan sunyi tiba-tiba. Macam bandar mati. Kedai tutup, jalan raya lengang tanpa sedikit pun hiruk pikuk kesibukan pagi yang sepatutnya. Yang pastinya harga teksi naik! kenapa? Harga perayaan katanya!!! Geramnya tengok pakcik teksi tu. Terpaksalah menjemput tetamu dengan trolleybus. 2 hari berikut kami tersangkut di asrama. Kedai tutup sehingga 2 Januari. Raya sakan mereka ni.
Begitulah ceritanya bagaimana tahun baru disambut disini. Saya serahkan kawan-kawan semua untuk menilai. Seronok? Cantik? Salah? Yang pastinya inilah budaya mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan