Selasa, Jun 21, 2005

Perubatan di Russia. Kenapa Perlu Dipertikaikan?

Berehat sebentar setalah membaca lebih 30 parasit dalam buku medical biology. Terasa pula nak mengomel tentang pertikaian pembelajaran perubatan di Ukraine dan Russia.

Pertamanya, satu persoalan yang wajib timbul, kenapa sekarang baru nak di timbulkan isu ini. Malaysia sentiasa begini, dah terhantuk baru nak mengadah. Penghantaran pelajar ke luar negara bukannya satu benda yang boleh dibuat main, terutama bila melibatkan isu perubatan, kerana graduannya bukan sahaja bakal menerima segulung ijazah kedoktoran M.D dengan membawa gelaran doktor tetapi juga dengan tanggungjawab besar berdepan dengan masalah penyakit manusia.

Idea tentang penghantaran pelajar ke Russia dalam bidang perubatan bermula apabila lawatan Dato' Mahathir ke Russia. Beliau merasakan bahawa ada satu peluang yang cerah untuk menghantar pelajar-pelajar Malaysia ke Russia dalam bidang perubatan. Sewajarnya, ketika idea ia telah dimaterialisasikan tidak patut wujud sebarang kontrovesi dan penyelidikan dan siasatan telah pun dilakukan secara terperinci.

Malangnya, bila timbul isu pengiktirafan tentang pelajar perubatan di Ukraine. Timbul satu pertanyaan, apa sebenarnya yang dilakukan oleh kita selama ini. Keputusan mengemukakan pastinya bukan satu keputusan yang boleh diambil mudah kerana di universiti tersebut masih wujud ramai penuntut perubatan yang masih dalam pengajian yang boleh kita katakan sebahagian mereka tidak pun meminta untuk ke sana melainkan atas tawaran dan tajaan agensi yang dipercayai.

Khabarnya, isu pengiktirafan timbul apabila sistem kemasukan pelajar ke Ukraine tidak telus semata-mata timbul salah sangka tentang sitem pemarkahan 9 yang dikira gagal di Malaysia di anggap sebagai markah paling tinggi di Ukraine. Jadi kalau itulah masalahnya, maka selesaikan apa yang sakit. Kami sebgai penuntut perubatan sendiri dari awal dididik supaya memberi penyelesaian tepat dengan masalah pesakit, dos berlebihan sebenarnya bukan memberikan kesan yang lebih baik malah ia mungkin lebih memburukkan.

Teringat pula tentang kisah perubatan di Jepun yang dipertikaikan kerana terlalu kejepunan. Mungkinkah perubatan di Russia akan dipertikaikan pula kerana terlalu bersifat komunis. Sabagai pelajar perubatan kami semua di ajar dengan etika, kalau melihat di Russia pada tahun kedua kami diajar dengan philosofi, dengan bioetika. Kami belajar tentang etika secar keseluruhannya. Tak ada pula terdengar tentang silibus yang mengajar tentang ideologi komunis yang sebetulnya telah lama ditinggalkan dankini Russia sedang bergerak maju ke arah demokrasi dengan kuasa membeli dan pengguna sebagi satu indikator yang paling jelas.

Malah, semua rakyat di sini masih mengamalkan apa jua ajaran yang dilakukan di Malaysia tanpa sebarang sekatan. Kami masih lagi ke masjid bersembahyang jumaat, bersembahyang jemaah bersama-sama. Malah paling jelas kami tidak pun minum arak walaupun arak dijual di tepi jalan bagaikan air sirap di Malaysia.

Kenapa pula nak dipertikaikan kualiti? Kalau universiti ini sendiri telah mendapat pengiktirafan dunia, dengan pensyarah yang sendirinya telah dicalonkan untuk hadiah nobel. Apa lagi yang menjadi tanda soal. Kalau teknologi dijadikan bandingan. Besar sangatkah perbezaan kedoktoran bukannya berdepan dengan makhluk yang diprogram tetapi dengan manusia yang perlukan lebih banyak manual daripada automatik.

Kalaupun ini masih dipertikaikan, susulan harus dilakukan. Penuntut perubatan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Perubatan adalah satu kursus yang amat mengambil masa dan melibatkan penglibatan yang maksimum. Untuk menghabis satu tahun dalam kursus perubatan bukannya satu perkara yang mudah. Bukan sedikit yang perlu diketahui. Kalau ada yang mengatakan universiti sudah mula lapang dibandingkan dengan zaman persekolahan tetapi tidak untuk pelajar perubatan, malah mungkin lebih berlipat kali ganda. Tak hairan kalau ada pelajar perubatan yang mengalami tekanan, itu baru sebagai peajar belum bergelar doktor lagi. Kalau satu Russia ditarik pengiktirafan entah berapa ramai yang sakait mental agaknya.

kesimpulannya:

prescription untuk masalah nih....

Recipe: Penyelidikan tentang Sistem Pendidikan quantum satis
Fikir Baik Buruk
Susulan yang efektif ana quatum satis
Misce fiat solutio
Sterelisa!
Signa: ambil 1 biji sebelum makan, 3 kali sehari

P/s tanya abg shuk (presiden Pelajar Malaysia Volgograd) pasal bende ni
dia jawab biarlah....biar menteri yang fikir kita sibuk2, buat ape, study jer untuk exam..hehe

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...sbnrnya sy jg bakal student medic kt russia...btol ke medic rusia x diikhtiraf?!!!!

fadly khairie berkata...

eh saya rasa terbaca entry yang sangat lama ni, saya tulis waktu saya 2nd year..sekarang saya dah 4th year pun, dah 2 batch dah graduate dari russia..Perubatan di Russia diiktiraf, insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

bang saya ni pelajar jurusan sains tulen, memang bercita-cita nak pergi russia untuk ambil medik...nak tanya, ok ke kat russia? maksud saya, kalau ambil medik kat sana, berpotensi tak jadi doktor sb ragu2 plak pasal iktiraf tak iktiraf ni.. mcmna abang isi borang? kelayakan macamna pla? sorila bang bnyak tanya saya nak tahu sangat2 memandangkan niat hati ni nak jadi doktor kat daerah saya sb kekurangan doktor sangat2... nak juga membela nasib warga kat sini.. abang boleh kita berhubung? kalau sudi abang hantar jawapan kat email saya jacxn_fejac@yahoo.com.sg...terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

bang saya ni pelajar jurusan sains tulen, memang bercita-cita nak pergi russia untuk ambil medik...nak tanya, ok ke kat russia? maksud saya, kalau ambil medik kat sana, berpotensi tak jadi doktor sb ragu2 plak pasal iktiraf tak iktiraf ni.. mcmna abang isi borang? kelayakan macamna pla? sorila bang bnyak tanya saya nak tahu sangat2 memandangkan niat hati ni nak jadi doktor kat daerah saya sb kekurangan doktor sangat2... nak juga membela nasib warga kat sini.. abang boleh kita berhubung? kalau sudi abang hantar jawapan kat email saya jacxn_fejac@yahoo.com.sg...terima kasih...