Mana-mana tempat sekarang boleh nampak perkataan ‘S Novim Godam-Happy New Year’, menandakan tak lama lagi semua orang bakal menyambut kedatangan tahun baru. Kalau di negara eropah yang lain, sekarang ini tengah sibuk dengan Christmas tapi tak disini, Christmas disambut 7 Januari mengikut fahaman Kristian aliran Ortodok. Cenderamata, kuih-muih dan cenderamata semakin banyak dijaja baik di pasar-pasr ternama sampailah di tepi jalan. Cenderamata yang paling banyak dijual seperti patung ayam (simbol tahun baru), globe salji yang warna putih, lilin, lampu-lampu yang gantung dekat yolka ёлка(pokok krismas), also decoration untuk pokok krismas jugak macam yang saya tengok macam bunga manggaryang dijual banyak-banyak.
Berkenaan dengan Tahun Baru, saya ada banyak cerita nak beritahu. Cerita pertama pasal Dyod Maroz Дёд Мороз (Father Frost) atau nama yang lebih popular di negara lain Santa Claus. Tak jauh daripada Central Market ada satu kedai komputer yang ada Dyod Maroz ni. Kami semua kalau nak balik mesti lalu kedai ni sebelum tunggu trolleybus dekat astanovka астановка(bus stop). Saya rasa Dyod Maroz ni orang muda sebab dia kurus semacam jer, lagipun kalau tengok muka dia nampak riak mudanya, janggut jer menandakan dia Dyod Maroz. Nak Dijadikan Cerita, Dyod Maroz ni sangatlah suka dengan foreigners especially Malaysia especially perempuan. Sorang kawan saya ada yang kena.
Dia tanya “Vi basha strana yes Dyod Maroz?”(Do you have Father Frost at your country?)
Dah semestinya kawan saya jawab “Nyet” (no)
Dan tiba-tiba saja Dyod Maroz tu terus peluk dia dengan kasih sayang (kot...) Kawan saya pun menjeritlah, Yelah siapa tak terkejut, dahlah kawan saya tu perempuan. Russian lain yang nampak semua tergelak. Untuk mereka apa yang Dyod Maroz tu buat tu bukan salah malah itulah Dyod Maroz yang sebenarnya. Lepas peristiwa tu, semua perempuan Malaysian berhati-hati, nampak macam Dyod maroz tu macam nak tanya diorang terus lari. Sekrang ni dia dah tak tanya lagi dah tapi still lagi lambai dengan gembiranya dengan Malaysia. Erm itu baik ker gatal yek? Kita fikir baiklah yer kot.
Cerita kedua pasal Ibu dan Ayah kami di dekanat. Nanti 1 sampai 8 januari ada cuti tahun baru. Peperiksaan final kami untuk semester ni pada 2 Feb jadi bermakna waktu winter break, kami tak boleh ke mana-mana. Ramailah merancang nak ke Moscowlah, Nizhny Novgoradlah, etc. Sayangnya, keputusan universiti menghancurkan segala-galanya. Semua foreign student tak dibenarkan ke luar Volgograd sewaktu apa jua sambutan keramaian. Punahlah harapan yang berjumpa buah hati yang terpisah di moscow. Hi nak buat macam mana kalau kami nak ke luar dari Volgograd, kami perlukan surat perlepasan dari Universiti, kalau universiti tak benarkan tak kemana kami jawabnya.
Cerita tentang tahun baru, Lecterur saya dah mula tanya pasal azam baru. Azam baru?Apalah azam baru kita tahun depan? Agaknya kalau sekadar diucap baik tak payah lansung di luahkan. Jangan2 azam yang sebelum ini pun dah terlupa. Kenapalah manusia cepat terlupa? Sedangkan azam itu satu harapan, satu momentum yang kita letakkan pada diri ini supaya terus berdaya maju, supaya kita terus berusaha dan jangan berputus asa. Tapi kalau azam dah terlaksana alhamdullilahlah, tapi jangan cepat terleka bak kata bekas PM kita perjuangan kita masih belum selesai. Kejayaan sendiri boleh menjatuhkan kalau kita tak mengendalikan dengan baik, kalau kita terus berada dala jaminan keselamatan yang palsu. Kalau gagal pun, tak bermakna kita tak berputus asa. Hidup ini umpama roda, adakala kita di atas adakala kita di bawah. Yang penting kita terus pandang ke hadapan. Ambil iktibar dan terus berusaha. Hakikatnya, kita sebenarnya tak tahu satu pintu peluang tertutup ada banyak lagi yang terbuka cuma kita terlalu meratap, menangisi yang dah lepas sampai kita tak sedar yang lain. Akhirnya waallahuallam.
P/s roommate semua sekarang tengah kira-kira duit, katanya duit nak ke moscow nak buat beli tv dengan dvd player :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan