Sudah menjadi tradisi setiap tahun bila menjelang tahun baru, pelajar-pelajar tahun pertama akan membuat persembahan. Sukacita (agaknya) dikatakan saya tidak terkecuali dan yang lebih membanggakan (agaknya) kalau kumpulan lain buat persembahan berkumpulan menyanyikan lagu Russian’s Folk Songs, saya dimintakan menyanyikan lagu pop Russia secara solo dengan iringan piano dari kumpulan yang sangat popular sekarang ini di Russia; Korni.
Asalnya begini, pada asalnya saya dibenarkan untuk menyanyikan lagu Inggeris (Dreams-Diana Degarmo) jadi saya tak ada masalahlah kalau menyanyi solo. Malangnya kami menghadapi masalah dengan format lagu yang tidak compatible jadi sebagai jalan penyelasaian setelah beberapa kali mencuba akhirnya keputusan dicapai supaya saya menyanyikan lagu Russia. Saya sangat takut sebenarnya, Bahasa Russia saya belumlah terlalu bagus untuk sampai ke tahap ini. Sewaktu saya terima lirik lagu dari Lecturer saya (Nadeshda Urivna), hati ni masih lagi tertanya-tanya “Boleh ke aku bawak lagu ni?” Tapi bibir masih lagi mengukir senyuman. Mulut masih boleh menjawab bila ditanya (
equvailance sounds in english kalau tulis tulisan Russia siapa faham)
“Vi ranvitsa eita pes nya ”(Awak suka lagu ni?)
“Da, Mi niyeh ochin ranvitsa”(Ya saya sangat suka)
Saya diberikan masa seminggu untuk menghafal dan menyanyikan lagu ini dengan betul, waktu tu sangatlah susah, saya kena dengar berkali-kali untuk dapatkan melodinya kemudian berpuluh-puluh kali untuk sebut dengan betul. Ada satu part dalam lagu tu sangat laju, terbelit lidah ni nak menyebut. Vokal dengan penghayatan jangan ceritalah, itu saya selesaikan terakhir sekali sebab dia memerlukan tangan yang begitu cekap pula untuk menyelak kamus. Pada minggu berikutnya, sampailah masa untuk saya menyanyi di depan lecturer saya. Saya tak dapat menyanyi banyak pun, baru beberapa baris
“Fadly yes ashipka!”(Fadly there’s a mistake!)
Waktu tu bukan salah saya menyanyi tak sedap pun tapi sebab salah sebutan, saya tak berbunyi seperti mana orang russia sebut. Waktu itu kenalah saya menyebutnya berkali-kali sampai puas hati dia kemudian disuruh ulang semula lagu dan beberapa baris selepas itu ada lagi silapnya dan proses berulang semula. Kawan-kawan saya semua terdiam tak tahu langsung apa nak dibuat. Apa yang saya dengar diorang cakap sesama sendiri “susahnyer!”. Lagi sadis ada yang yang tunduk bawah tak sanggup tengok apa yang saya kena seolah-olah macam saya kena seksa.
Tapi saya sendiri rasa sedih, bukannya sebab rasa cikgu kejam tapi sebab penat dan letih. Yang pastinya saya tahu cikgu buat ni untuk kebaikan juga sebab cikgu kata nanti waktu konsert nanti ada student russia, lecturer russia, diorang tahu apa yang saya nyanyikan dan diorang tahu kalau ada yang salah,daripada digelakkan nanti baik bersusah sekarang kan? Cikgu gariskan perkataan-perkataan yang saya kena berlatih lagi sebutannya. Saya tak nak hampakan orang yang dah letakkan harapan. Saya tahu risikonya tinggi tapi tak apa saya tak nak fikir lagi tentang apa yang bakal terjadi. Apa yang penting saya kena kuatkan semangat, jangan putus asa. Kalau cikgu sendiri tak yakin dengan saya dia takkan bagi lagu ini pada awalnya. Come on Fadly...! You can do it! KAWAN2 SOKONG SAYA KEY!!! I really need it at these moments.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan