"Assalamualaikum warahmatullah" Amin memusingkan kepalanya ke kiri, menamatkan solat maghrib pada hari itu. Seusai beberapa rangkap doa, perlahan-lahan dia berpaling ke belakang, menghadap satu-satunya makmumnya di belakang. Lutut bertemu lutut lantas dihulurkan tangan.
Isteri menyambut dengan penuh lembut, dicium tangan suaminya lambang kecintaannya, kesetiaannya dan kesudianya menerima seorang lelaki sebagai imamnya.
"Surah Dhuha itu ayat-ayat pujuk Allah sebenarnya" ujar Amin lembut, memulakan tuturnya. Rahmah mengangguk-angguk mengiyakan.
"Tanda bahawa Allah itu sentiasa berada bersama hamba-hambanya, alamat bahawa Allah tidak pernah melupakan kita"
"Mah, tahu sebab kenapa surah ni diturunkan?" tanya Amin
"Seingat saya, Rasullah sudah lama tidak menerima wahyu waktu itu, jadi kafir Quraisy dah mula mengejek nabi kononya Allah sudah tidak ingat lagi dengan Nabi"
"Betul. Sebab itu Allah bersumpah dengan waktu pagi dan malam tenang. Allah akan bersumpah kalau ada perkara besar"
"Kiranya soal Allah tidak melupakan hambanya itu satu perkara besar?"
"Pastinya dan juga janji Allah bahawa selepas kesusahan itu ada sesuatu yang lebih baik"
Tenangnya malam itu, sementara melipat sejadah-sejadah masing-masing menanam yakin bahawa Allah pastinya akan memudahkan urusan mereka.
Lantas di saksikan oleh segenap bumi dan langit. Moga diaminkan beramai-ramai dan mencecahkan pada Yang Maha Mendengar, Melihat.
2 ulasan:
assalamualaikum..lama xupdate blog abg fadhli..rndu dah ni =D
-pokjat =)
assalamualaikum akh fadly yang dirindui,
Moga Allah memberikan kekuatan kepada fadly dan zaujah
Catat Ulasan