Seminggu dah pun berlalu selepas Hari Kemenangan(Victory Day) disambut di Russia. Biasalah, seperti sebelum-sebelumnya, diri ini tak punya banyak masa untuk di peruntukkan di depan komputer, menulis sepatah dua kata untuk di coret di dalam warkah ini.
Apapun biarlah saya bermula dari pangkalnya dahulu, kenapa adanya hari ini? Selain cuti sebanyak 3 hari, yang saya kira sudah cukup banyak untuk diberikan di sini. Hakikatnya hari ini sebenarnya membawa 1001 makna tersirat.
Hari tersebut disambut sempena kejayaan Russia berjaya menangani serangan dari German. Tangal 9 September menandakan German gagal sepenuhnya untuk menyerang Russia; yang mana usaha terakhirnya untuk menawan bandar Stalingrad(Kini Volgograd) gagal ketika perang dunia kedua.
Hari ini lebih kurang membawa sama ertinya dengan Hari kemerdekaan. Memandangkan hari ini bawa sebegitu banyak makna kepada mereka maka sambutannya agak meriah, malam sebelum Hari Kemenangan ini akan di buat perlancaran bunga api secara besar-besaran. Keesokannya diikuti dengan perbarisan yang akan dihadiri oleh kebanyakan pemimpin dunia terutama negara-negara yang dahulunya membentuk perikatan tentera Berikat. Antara yang hadir seperti pemimpin AS, Perancis, Jepun dan delegasi2 lain.
Meskipun tinggal jauh dari bendar utama Moscow, tetapi kemeriahan hari tersebut tak terasa kurang meriah di Volgograd. Sebagai satu bandar yang turut menjadi saksi perang dunia kedua dan turut menjadi bandar rebutan pihak German, Sambutan disini agak mewah. Selain, menyaksikan perarakan tentera Merah dengan gaya kawadnya yang unik, di tepi sungai Volga turut diadakan konsert mempersembahkan tarian-tarian yang melambangkan warna-warna kehidupan masyarakat Russia itu sendiri. Tugu-tugu utama akan dipenuhi dengan jambangan-jambangan bunga tanda penghargaan yang masih hidup kepada pejuang-pejuang peperangan. Beberapa hari sebelum tarikh tersebut juga menyaksikan kelibat veteran-veteran perang memakai baju lengkap dengan pingat-pingat keberanian mereka. Jika bernasib baik, ada diantara mereka akan menyapa kita dalam Bahasa Inggeris dan berpeluang mendengar cerita-cerita tentang perang dahulu. Sememangnya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Namun disebalik itu, hari ini juga turut dikenali sebagai hari berlinangan air mata. Mengapa tidaknya, melalui filem-filem tentang perang,kita boleh lihat sendiri betapa ramainya yang mati semata-mata untuk kemenangan ini. Kita boleh bayangkan sendiri, sebelum Russia berjaya untuk menahan serangan German, mereka harus bertahan lebih beratus-ratus hari di sesebuah bandar. Misalnya, sewaktu German menyerang St. Petersburg, Russia perlu bertahan lebih kurang 900 hari. Sebilangannya mati kerana peperangan dan tak kurang yang mati kerana ketiadaan makanan memandangkan sumber makanan mereka disekat.
Teringat saya tentang satu filem yang saya tonton tentang perang Russia menentang German, kelebihan Russia adalah kehandalan mereka mengumpul maklumat, menggunakan perisik mereka, walaupun antara tentera Russia dengan German tampak kekurangan bilangan ahlinya selepas German menyerang Russia.
Selain kehandalan dan kecekapan perisik mereka, saya kagumi idea dan prinsip yang mereka pegang. Bagi tentera Russia; kematian di medan perang adalah satu penghormatan kerana mereka yakin dengan kematian mereka itu akan menyebabkan ramai lagi rakyat Russia boelh hidup. Seperti dalam filem tersebut, walaupun ketujuh-tujuh perisik Russia tersebut mati tetapi maklumat yang mereka dapat tentang masa, tarikh dan kekuatan tentera German tersebut telah menyebabkan tentera German kalah dalam peperangan sekaligus menyelamatkan berjuta-juta rakyat Russia yang lain.
Tapi tak kurangnya dengan generasi muda yang sudah pun lupa apa itu erti hari ini selain untuk bersukaria. Malah ada yang bertanya, untuk apa sebenarnya mereka bertahan jikalau kekalahan mereka sebenarnya boleh membolehkan Russia lebih maju daripada sekarang dengan menyertai Euro sepenuhnya.
Bayangkan sedihnya veteran-veteran perang mendengar generasi muda mereka begini, malah ada yang lebih sanggup mati dari mendengar cacian tak berasas yang diberikan bukannya oleh asing, malah anak bangsa kita sendiri.....Fikirkan...
P/s: Anak muda Malaysia sendiri banyak yang lupa erti kemerdekaan itu sendiri.
1 ulasan:
skema seh blog..hehe
Catat Ulasan