Sabtu, Februari 26, 2005

Selamat Hari Lelaki!

Selamat Hari Wanita!! rasanya tak ada peliknya kalau benda tu diungkapkkan, tapi kalau selamat hari lelaki? macam pelik... Sepelik yang dirasa itulah yang berlaku baru-baru.

Rabu lepas kami dapat cuti sehari, Katanya cuti menyambut dan menghargai lelaki. selama ini kalau di Malaysia, tak pernah pun terfikir akan ada hari ini, tiba-tiba bila datang ke bumi Volgograd yang serba indah ini muncul hari yang tak pernah disangka-sangka ini. tapi apa salahnyakan? lagipun bukan senang nak dapat cuti dekat russia ni. Kalau mengikut apa yang dikatakan cikgu Russia, hari lelaki ini sebenarnya telah lain diintrepretasikan oleh muda-mudi zaman sekarang.

Sebenarnay hari ini diwujudkan untuk mengenang pejuang-pejuang yang memperjuanagkan kedamaian Russia. Kebiasaannya mereka ini akan diberikan bunga.Lelaki kebanyakannya. Tapi pejuang tu sekarang semakin kurang bilangan, biasanya kalau hendak melihat orang yang menerima bunga adalah orang tua. Kalau tiba -tiba masuk ke dalam mashrutka, bolehlah kita nampak ada orang tua lelaki membawa bunga.Bilangannya semakink urang sekarang. Tapi apa yang mereka buat sekarang biasanya hari ini dijadikan hari untuk lelaki menerima hadiah,penghargaan dan sebagainya.

Macammana orang Malaysia menyambutnya?

Tak banyak yang kami buat. Biasalah hari cuti, bolehlah bangun lewat sikit. Lepas siapkan diri, siapkan kerja rumah sikit-sikit. Tiba-tiba hp berbunyi. “Fadli kami nak hantar makanan nih boleh tak?”Kata budak perempuan group saya. Ish apa kena pulak diorang nih. Ohh rupanya nak sambut mens day. Apa-apalah makan free, siapa tak nak. Jadi mereka pun buat jamuan sikit-sikit. Kami semua dapat kad, kebanyakan bentuk bunga, diorang cakap nak kasi kami bunga tapi tak ada masa nak beli, lagipun bunga mahal waktu winter. Apa-apapun terima kasihlah semua. Kadang terfikir jugak, lelaki perlu ke satu hari khas unutk dihargai? kenapa tidak kan? tapi kalau difikir semua kenapa perlu pulak?

Sabtu, Februari 12, 2005

Perjuangan Bermula Semula...

Akhirnya habis juga tempoh kepayahan peperiksaan, keputusannya alhamdullilah. Cuma saya rasa masih banyak jalan untuk pembaikan. Cuti sem tak selama mana, 4 hari cukuplah melihat balik kesemua bucu-bucu balik. Dah 2 minggu saya tinggalkan blogspot semata-mata menyahut panggilan perang peperiksaan.

Cakap pasal perang tanpa di sangka hari yang sama kami periksa hari itulah Hari memperingati Peperangan Stalingard. “Nobody will forget, Nothing we forget” itulah yang banyak tertera di sekitar bandar Volgograd, bendera-bendera merah dibiar berkibar di sepanjang jalan.

Perang ni penting sebab inilah kali pertama tentera Russia berjaya mengalahkan tentera German dan perang ini juga penting kerana disebabkan perang inilah keseluruhan bandar Stalingrad (nama asal Volgograd) musnah, apa yang kami lihat hari ni adalah kesan pembangunan semula dan disebabkan perang inilah jugalah Volgograd mendapat namanya ‘The City Of Heroes”. Bendera paling banyak sekali di sekitar pusat bandar betul di kawasan universiti kami di sepanjang jalan Alley Giroi (Alley Of Heroes) dengan Ulitsa Mira (Road of Peace).

Kami pulak dah mulakan perjuangan kami dalam semester 2. Biology dah mula masuk ke Parasitolgy, Chemistry dah betukar ke Bioorganic Chemistry, Anatomy dah mula masuk ke articulation and muscle. Ditambah pula subjek baru Histology.

Cerita pasal parasitology dan histology, kami sekarang dah semakin kerap mengguna mikroskop , dalam parasitology kami kena lihat sekecil-kecil cacing,bakteria dan seangkatan dengannya. Histology pulak kena lihat sekecil-kecil sel dalam badan. Senior kata histology macam anatomy , bezanya anatomy kita belajar bahagian badan, histology pulak kita belajar apa yang membentuk bahagian badan itu dan developement dari embrio sampai adult.Tapi yang bestnya lecterur histology pernah jadi lecterur dekat USM so memanjanglah dia puji orang Malaysia,hehe

Jadual dah semakin ketat. Isnin, Selasa dan Rabu nyer kelas bermula 8 pagi dan habis 4.30. Adoi! penatnya. Tapi takpe kena banyak bersabar. Kalau jadual macam ni pun dah boleh nak sabar macam mana kalau dah jadi doktor nanti?

Tak banyak saya harapkan, cuma berdoa semuanya berjalan lancar, usaha diberkati, berjaya dalam exam dan balik ke Malaysia...hehe!

Khamis, Januari 27, 2005

ISK...Passport!

Nak dijadikan kisah, di suatu pagi yang tersejuk pernah dirasa (-15), tiba-tiba bilik menjadi panik, sepanik operation room baru menerima mangsa kemalangan untuk diselamatkan.

“Hanif, Afham ada nampak pasport aku tak?”

“Ko letak mana?”

“Tak tau, biasanya letak kat rak nih, tapi tak jumpa pulak”

Puaslah kami menghabiskan masa selama lebih kurang setengah jam, menyelongkar segenap sudut yang ada di dalam bilik. Hari nih pulak ada lecture pukul 8.30. Pukul 7.50 saya suruh pencarian dihentikan... Tak apalah saya pasrah.

“Tak apalah hanif,afham, aku missplace kat memana kot, jomlah pegi dah lambat sgt nih”

Saya pun membawa diri dengan muka yang tak lansung merelakan. Sesampainya di universiti, kaki ni tiba-tiba rasa berat nak melangkah ke dewan kuliah. Aku kena cari jugak! Lalu saya pun pontenglah lecture buat kali pertamanya dan memulakan pencarian. Semua tempat yang saya lalu semalam, semua saya pergi tengok, celah-celah pokok, dalam tong sampah, semua saya periksa. Dalam hati ni tak henti-henti berdoa, berharap agar Allah turunkan pertolongan. Kalau betullah tercicir, moganya ada yang baik hati hantarkan balik, janganlah dicuri.

Tepat jam 8.30, saya temui jalan buntu. Ada satu tempat belum cari; dekanat. Tapi dekanat buka pukul 9. Setengah jam lagi untuk menangis rasanya.

Dengan hati yang berat, saya pun membawa diri ke underground tempat Malaysian sembahyang. I’m all alone with no one that I can talk too. Tangan tiba-tiba terasa nak hantar sms dekat kak nadia;

30 minit berlalu tapi kak nadia tak balas pun. Erm tidur lagi kakak sorang ni.

Kepala sangat serabut waktu tu, I kept telling myself to calm, sabar Fadly....sabar.... Dalam otak dah terbayang diri sendiri kena balik ke Malaysia nak renew pasport. Adoi! susahnya.

Tangan lantas mencapai buku kimia yang sepatutnya digunakan unutuk lecture hari ini. Tak banyak pun yang boleh masuk cuma cukuplah untuk mengisi masa lapang.
Tepat pukul 9 pagi, saya terus bergegas ke dekanat. Seperti yang dijangka, kedatanganku disambut dengan rasa hampa, terasa badan nih dah mengigil lagi kuat mengigilnya dari kesan suhu -15 ke atas badan.

Saya rasa waktu inilah Allah turunkan pertolongan, tiba-tiba ada kakak dekat dekanat nampak saya macam tu.

dia pun tanya “Shto vi hatitye?”(what do you want?)

Saya tak nak dia tahu jadi saya pun cakap “Ni chi vo,v-cyeh harasho”(nothing, everything alright)

Saya pun kembalilah ke underground semula, membawa hati yang penuh lara tanpa menyedari kakak tu mengekori dari belakang. Sesampainya di situ saya tenung buku kimia saya lama-lama, mengenang nasib yang bakal terjadi. Tanpa disedari tiba-tiba ada orang menegur dari depan.

dengan suara lembutnya dia bertanya“Shto skazat?”(Tell me what happen?)

Saya tak ada pilihan lain lalu menceritakan segala-galanya. Saya pun katalah yang dah tak ada pasport, saya cerita jugak yang dalam paspot tu pun ada saya punya student card, saya beritahu lagi yang saya sekarang dah tak ada apa-apa dokumen (dengan kata lain saya pendatang haram)

Dia terus bawa saya jumpa dengan pekerja dekanat yang pandai cakap english. Kemudian mereka pun uruskan segala-galanya, mereka pun uruskan saya pun student card. Waktu tuh dia tak dapat nak uruskan paspor t sebab dia kata orang yang uruskan tak ada lagi. Dia suruh saya tunggu dia pukul 11 nanti. Saya tak kisah tunggu pun, waktu tu saya dah cukup terharu especially bila dia cakap.

“everything will going to be alright, don’t be sad”

Saya sedih tapi tiba-tiba saya tersenyum. Betu-betul selepas saya habis hal selesaikan student card saya, tiba-tiba kak nadia balas message saya. Satu asrama dia pergi minta tolong. Semua orang dah tahu saya hilang pasport. Lepas tu semua orang pergi mencari. Tiba-tiba saya dah tak rasa sedih, entah macam mana terasa macam saya akan jumpa balik pasport saya.

Nak dijadikan cerita lagi, waktu saya tengah tunggu pekerja dekanat tepat pukul 11. Tiba-tiba kak Sarah datang.

“Awak...awak hilang pasport kan?”

Saya angguk lemah.

“Erm tadi akak naik masrut, akak tanyalah dia ada nampak pasport Malaysian tercicir tak, dia kata ada, Kitaorg mintak tapi dia tak nak kasi, dia nak jumpa awak, akak dah call kak nadia dah...dia suruh amik no. mashrut tu”

Allah jerlah tahu macam mana gembiranya saya waktu tu, saya boleh ingat lagi nombor mashrut tu, mashrut no. 75 dengan plate no. 779. Saya dah terasa pasport macam dah semakin dekat. But still saya masih tak tahu mcm mana nak negogiate dgn org russia nih.Dulu ada yang pernah kena sampai 8000 nak dapatkan dompet jer.

Habis jer kelas terus saya telefon Abg. Ahmad. Dia pun beritahu saya apa nak di buat, dia suruh saya bawak duit 100 rubel jer. Yang lain dia simpankan. Sampai jer tempat terminal mashrut. Saya sangatlah bernasib baik, sesampainyer saya disana, mashrut yang dicari terus ada depan mata, dengan driver berdiri sebelah pintu masuknya(Best nyer!). Setelah penat negogiate saya dapatlah balik pasport saya (seronoknyer!). Bukan setakat itu siap dengan dapat balik ke asrama dengan tambang free lagi. Balik-balik dengarlah sikit lecture sikit dari abg. ahmad.

Alhamdullilah...Saya terasa macam Allah banyak tolong saya waktu nih, banyak nasib baik yang yang berlaku, banyak kebetulan yang berlaku dan banyak pertolongan yang datang. Saya dapat tengok sendiri Allah tak pernah hampakan hambanya yang memerlukan.

Saya ucapkan terima kasih dekat my room mate( afham ngan hanif) yang tolong carikan sama-sama pasport, my classmate (zianis) yang kasi duit dier takut-takut pakcik mashrut claim tinggi. kakak kat dekanat (Nina Yurivna) for giving me hope and tell me not to give up. Kak Nadia yang penat-penat kerahkan usaha pencarian dijalankan. Abg. Ahmad for helping me saves the passport (nak belanja dia tapi dia tak nak). Last but not least pakcik driver mashrut for being honest, tolong simpankan dan jagakan pasport also dengan kasi tambang free gi balik asrama lagi.

Alhamduliilah sekali lagi....


Khamis, Januari 20, 2005

Aidiladha...

Pagi ini terasa seperti pagi-pagi sebelumnya, tiada apa yang lainnya. Matahari memancar lemah tepat pada masanya. Suhu masih degil mengekalkan kesejukan yang mencucuk tulangnya. Saya bersedia seperti biasa bersedia untuk ke kelas seperti biasa. Hari ini; Khamis ada Russian Language (8 pagi hingga 9.40 pagi), mandi seperti biasa (dengan air yang sejuk seperti biasa), sarapan seperti biasa, sembahyang seperti biasa.

Tatkala tangan mencapai beg tiba-tiba terasa ada yang luar biasa. Seperti ada yang terkena, seperti ada yang tak disempurnakan. Lalu mulut diringankan untuk bertanya.

“Hanif,hari ni hari apa ek?”

“Hari apa? erm...eh hari ni hari raya hajilah”

Astagfirullah! Sepantas kilas impuls dihantar ke nervus-nervus, melalui foramen-foramen, canalis-canalis terus menuju ke otak.

Ya Allah kan semalam aku baru je sembahyang jemaah dengan takbir ramai-ramai. Lantas tangan menepuk dahi. Kelakar mungkin. Tapi inilah hakikatnya. Bukannya sengaja tapi keadaan meletakkan sedemikian rupa. Teringat peraturan pertama yang diberitahu semasa pertemuan antara persatuan pelajar Malaysia dengan dekanat.

‘You’re strictly prohibited to join any religious or society which out of from what that have been provided by the university’.

Alasannya mudah kami datang ke sini untuk belajar. Implikasinya kami belajar seperti mana orang Russia belajar, cuti sebagaimana mereka cuti. Cuti tambahan untuk hari raya? Adanya rasanya...di dalam mimpi mungkin.

Hari ini hari Khamis, hari raya Aidiladha. Meskipun di Malaysia kalau dibandingkan dengan hari raya puasa, setahu saya Aidiladha tidaklah rasanya semeriah mana tapi rasa suasana tetap ada dengan cara tersendirinya. Di sini kami ada kelas, ada yang nasib baik dapat tangguhkan kelas, boleh bersembahyang raya. Kalau tak belajarlah seperti biasa.

Tapi apa sangatlah saya kalau nak dibandingkan dengan abang dan kakak kami tahun kedua...

Hari ini hari khamis; ada final test untuk anatomy. Dah nak dekat 3 minggu lebih kami tengok semua orang gigih nak mengingat semula segala bahagian tulang, muscle, nerve, internal organs, canalis-canalis; masuk dari mana keluar ke mana, apa yang membentuk apa, ligament apa untuk apa. Teringat pula waktu tengah belajar bersama-sama yang lain-lain pasal tulang.

“Yelah...orang lain raya haji makan sup tulang, kita dok tengok tulang..” (semua tergelak )

Minggu lepas mereka baru terlepas azab Histology, alhamdulillah ramai yang dapat cemerlang (disini 5). Mana tidaknya belajar macam nak mati, lenguh mata memandang sel, menghafal 80 lebih slaid, menghafal embriology, developement of cell. Tak kurang yang menangis balik ke asrama. Kenapa? sebab dapat 4. Orang Russia pun pelik student Malaysia menangis dapat 4, mereka dapat 3 pun dah cukup gembira(markah lulus). Bayangkan ramainya perfectionist di sini. Tak boleh nak salahkan sesiapa pun, kami diletakkan harapan tinggi. Kalau tanya lecterur siapa pelajar terbaik? mesti mereka cakap pelajar Malaysia.

Kami tolong apa yang termampu. Sampai setakat ini anatomi baru habis belajar semua tulang, adalah masuk articulation sikit-sikit. Muscles, dengan nerves kami belajar sem 2. Tak banyak group boleh bawa balik tulang ke hostel, tulang inilah di pusingkan keliling asrama, dicucuk-cucuk, diintai-intai dan apa-apa perbuatan sewaktu dengannya.

Inilah perngorbanan kami sempena Aidiladha ini, berjuang fisabillilah. Kami semua tahu apa yang kami hadapi susah tapi kami takkan mengalah. Kami tak pernah berputus asa. Sebabnya kami yakin ada banyak harapan yang tergantung untuk kami, yang paling pentingnya demi Allah, ibu bapa, negara kami. Umpama menanam pokok di lapangan padang pasir, walaupun memang tahu kemungkinan besar pohon tidak kan tumbuh, tapi kami masih percaya akan turunnya hujan rahmat. Kami yakin pertolongan Allah pastikan tiba. Ya Allah turunkanlah rahmat, bantulah kami

Rabu, Januari 05, 2005

Tahun Baru (Seadanya di Russia)

Orang Russia sangat mementingkan tahun baru. Bagi mereka tahun baru seolah-olah bagaikan satu perayaan besar yang wajib untuk di sambut. Cuba bayangkan hari terakhir sebelum tahun baru (Jumaat 31 Disember), 2 lecture kami dibatalkan sebab persediaan tahun baru dan kelas terakhir kami habis 1 jam awal juga atas sebab yang sama.

Marah? Tak adalah. Rasa seronok pun ada juga, boleh rehat lebih sikit. Sepanjang perjalanan sempat juga saya menjengah kedai-kedai yang sibuk menjual bunga api dan mercun. Macam-macam ada! yang macam mancis, roket, gasing, 5 das, 7 das, 9 das, 12 das dan bermacam-macam lagi. Pelajar Malaysia tak lepaskan peluang, bukan senang nak tengok bunga api dijual secara sah banyak-banyak macam ni. Memandangkan masa banyak lagi, saya pun masuklah ke kedai-kedai lain. Semua tak nak kalah! Setinggi-tinggi diskaun diletak kalau boleh. Semua barang nak dilakukan sebelum tahun baru. Semua orang pula berpusu-pusu nak membeli barang. Macam mana saya tahu? mudah; kalau sampai oarang berebut nak dapatkan trolley sahlah ramai orang waktu tu.

Saya tak tahu apa yang berlaku pada detik tahun baru, curator kami nasihatkan kami jangan keluar waktu-waktu begini. Sangat bahaya katanya; ramai orang minum vodka, jadi mabuk dan orang asing biasanya jadi sasaran. Sebilangan kami pergi ke center square, disekeliling pokok yolka menunggu detik 12 malam. Saya tak tahu apa yang mereka buat. Apa yang saya sedar tepat jam 12 malam, Lagu kebangsaan Russia ke udara dan selama setengah jam seluruh tempat disimbahi dengan mercun dan bunga api bermcam rupa. Cantik sangat tapi dah lama sangat tengok terasa juga penatnya.

Esok bila kawan-kawan saya balik. Saya tanyalah apa yang mereka buat. Tak ada apa sangat kata mereka. Menyanyi dan menari di tengah-tengah dataran dengan orang Russia yang kebanyakan dengan botol arak di tangan masing-masing. Ramai juga orang Russia yang suruh mereka minum bersama-sama. Kalau ikutkan tradisi Russia, adalah tidak beradab untuk menolak pelawaan meminum vodka. Tapi agama pun perlu dingat juga; adalah berdosa besar untuk meminum arak dan sewaktu dengannya. Nasib baiklah, kawan-kawan pilih agama.

Seawal pukul 7 pagi saya keluar ke stesen kereta api nak menjemput kawan saya dari Nizhny Novgorad. Saya perkara yang saya sedar, bandar Volgograd jadi tenang dan sunyi tiba-tiba. Macam bandar mati. Kedai tutup, jalan raya lengang tanpa sedikit pun hiruk pikuk kesibukan pagi yang sepatutnya. Yang pastinya harga teksi naik! kenapa? Harga perayaan katanya!!! Geramnya tengok pakcik teksi tu. Terpaksalah menjemput tetamu dengan trolleybus. 2 hari berikut kami tersangkut di asrama. Kedai tutup sehingga 2 Januari. Raya sakan mereka ni.

Begitulah ceritanya bagaimana tahun baru disambut disini. Saya serahkan kawan-kawan semua untuk menilai. Seronok? Cantik? Salah? Yang pastinya inilah budaya mereka.

Khamis, Disember 30, 2004

Gegar!!??

Betul-betul tak percaya. Baru je semalam saya beritahu lecterur saya yang Malaysia tiada gempa bumi, baru je semalam saya belajar perkataan zimlatiniyeh(earthquake) dalam kelas Russian. Alih-alih malam esoknya, waktu tengah sibuk hafal foramen-foramen basis cranii, tiba-tiba kawan masuk:

“Wei! Dengar nih! Ayah aku kata Malaysia kena gempa bumi!”

DUP! gegar rasanya jantung ni, Sudahlah duduk jauh di perantauan, tiba-tiba dengar negara sendiri dilanda bencana. Siapa tak takut...Terus SMS ayah dekat Malaysia. Ayah pun mengiakanlah-katanya Pulau Pinang paling teruk, ramai mati katanya. Lepas dengar dari ayah sendiri dengar pula dari ayah orang lain cakap-katanya seluruh Pulau Pinang disimbah air.

Apa pendapat saya?

Malaysia jadi popular tiba-tiba. Dulu waktu Terengganu dengan Kelantan banjir, Malaysia dah masuk berita Russia tapi kali ni, terus dapat masuk front paper even though tumpang nama Indonesia dengan India sekali. Malaysia pun dah semakin terkenal. Lecterur pun selalu tanya macam mana keadaan dekat sana. Bangga? Seronok? Tak pula sampai macam tu; Rasa simpati? dan takut? ada jugak. Preview yang ditunjuk dalam berita tanpa sebarang komen. Teruk jugak rupanya bila tengok banyak bangunan runtuh dekat Acheh. Mayat bergelimpangan. Air memenuhi jalan.Ada jugak rasa takjub sebab tengok ada masjid tiba-tiba kekal utuh berdiri. Kuasa Allah...

Siapa sangka kan? tempat yang disangka selamat pun dilanda bencana. Tempat yang dijangka tiada gempa bumi pun boleh kena kesannya. Saya ingat lagi dulu waktu saya belajar Kajian Tempatan dengan Geografi, Malaysia tak masuk dalam red zone, dengan kata lain aman makmur tanpa ganguan tapi bila dah berlaku semua terdiam. Bila Allah kata jadi maka jadilah. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya.

Teruk tak teruk saya tak tahu, orang di Malaysia lagi mengetahui rasanya. Tapi kalau preview tak keluar dekat berita rasanya tak teruk sangat kot? Mungkin Allah nak kita muhasabah diri semula agaknya. Baik sedar awal-awal daripada terlambat.

Rasanya kalau Mercy ada buat operasi membantu di Acheh, terasa sangat nak pergi. Hati ni rasa meronta-ronta nak hulurkan bantuan. Tapi bila tengok balik, exam final pun belum lepas lagi, anatomi pun banyak lagi kena belajar, surgery, histology,physiology pun belum belajar lagi; tangguh dululah niat.

Saya kemudian tarik nafas panjang, pandang bawah dan saya pun terus buka buku, sambung balik hafal nama foramen; esok cikgu nak tanya....

Khamis, Disember 23, 2004

С НОВИМ ГОДАМ! (S Novim Godam)!

Mana-mana tempat sekarang boleh nampak perkataan ‘S Novim Godam-Happy New Year’, menandakan tak lama lagi semua orang bakal menyambut kedatangan tahun baru. Kalau di negara eropah yang lain, sekarang ini tengah sibuk dengan Christmas tapi tak disini, Christmas disambut 7 Januari mengikut fahaman Kristian aliran Ortodok. Cenderamata, kuih-muih dan cenderamata semakin banyak dijaja baik di pasar-pasr ternama sampailah di tepi jalan. Cenderamata yang paling banyak dijual seperti patung ayam (simbol tahun baru), globe salji yang warna putih, lilin, lampu-lampu yang gantung dekat yolka ёлка(pokok krismas), also decoration untuk pokok krismas jugak macam yang saya tengok macam bunga manggaryang dijual banyak-banyak.

Berkenaan dengan Tahun Baru, saya ada banyak cerita nak beritahu. Cerita pertama pasal Dyod Maroz Дёд Мороз (Father Frost) atau nama yang lebih popular di negara lain Santa Claus. Tak jauh daripada Central Market ada satu kedai komputer yang ada Dyod Maroz ni. Kami semua kalau nak balik mesti lalu kedai ni sebelum tunggu trolleybus dekat astanovka астановка(bus stop). Saya rasa Dyod Maroz ni orang muda sebab dia kurus semacam jer, lagipun kalau tengok muka dia nampak riak mudanya, janggut jer menandakan dia Dyod Maroz. Nak Dijadikan Cerita, Dyod Maroz ni sangatlah suka dengan foreigners especially Malaysia especially perempuan. Sorang kawan saya ada yang kena.
Dia tanya “Vi basha strana yes Dyod Maroz?”(Do you have Father Frost at your country?)

Dah semestinya kawan saya jawab “Nyet” (no)
Dan tiba-tiba saja Dyod Maroz tu terus peluk dia dengan kasih sayang (kot...) Kawan saya pun menjeritlah, Yelah siapa tak terkejut, dahlah kawan saya tu perempuan. Russian lain yang nampak semua tergelak. Untuk mereka apa yang Dyod Maroz tu buat tu bukan salah malah itulah Dyod Maroz yang sebenarnya. Lepas peristiwa tu, semua perempuan Malaysian berhati-hati, nampak macam Dyod maroz tu macam nak tanya diorang terus lari. Sekrang ni dia dah tak tanya lagi dah tapi still lagi lambai dengan gembiranya dengan Malaysia. Erm itu baik ker gatal yek? Kita fikir baiklah yer kot.
Cerita kedua pasal Ibu dan Ayah kami di dekanat. Nanti 1 sampai 8 januari ada cuti tahun baru. Peperiksaan final kami untuk semester ni pada 2 Feb jadi bermakna waktu winter break, kami tak boleh ke mana-mana. Ramailah merancang nak ke Moscowlah, Nizhny Novgoradlah, etc. Sayangnya, keputusan universiti menghancurkan segala-galanya. Semua foreign student tak dibenarkan ke luar Volgograd sewaktu apa jua sambutan keramaian. Punahlah harapan yang berjumpa buah hati yang terpisah di moscow. Hi nak buat macam mana kalau kami nak ke luar dari Volgograd, kami perlukan surat perlepasan dari Universiti, kalau universiti tak benarkan tak kemana kami jawabnya.

Cerita tentang tahun baru, Lecterur saya dah mula tanya pasal azam baru. Azam baru?Apalah azam baru kita tahun depan? Agaknya kalau sekadar diucap baik tak payah lansung di luahkan. Jangan2 azam yang sebelum ini pun dah terlupa. Kenapalah manusia cepat terlupa? Sedangkan azam itu satu harapan, satu momentum yang kita letakkan pada diri ini supaya terus berdaya maju, supaya kita terus berusaha dan jangan berputus asa. Tapi kalau azam dah terlaksana alhamdullilahlah, tapi jangan cepat terleka bak kata bekas PM kita perjuangan kita masih belum selesai. Kejayaan sendiri boleh menjatuhkan kalau kita tak mengendalikan dengan baik, kalau kita terus berada dala jaminan keselamatan yang palsu. Kalau gagal pun, tak bermakna kita tak berputus asa. Hidup ini umpama roda, adakala kita di atas adakala kita di bawah. Yang penting kita terus pandang ke hadapan. Ambil iktibar dan terus berusaha. Hakikatnya, kita sebenarnya tak tahu satu pintu peluang tertutup ada banyak lagi yang terbuka cuma kita terlalu meratap, menangisi yang dah lepas sampai kita tak sedar yang lain. Akhirnya waallahuallam.
P/s roommate semua sekarang tengah kira-kira duit, katanya duit nak ke moscow nak buat beli tv dengan dvd player :)

Hai Dompet!


Volga River
Originally uploaded by Fadly Kharie.
Seminggu yang lepas, my senior baru sahaja dicuri dompetnya. Sedih bila dengar cerita dia.
“Akak rasa! akak nampak orang tu ambil dompet akak”
Penat dia bergaduh dengan pencuri tu, sampai naik ke bas. Tapi pencuri tu sendiri tak bodoh, awal2 lagi dia dah pakat dengan kawan dia, bagi dompet tu pada orang lain. kecoh tempat tu jadinya, duit...siapa tak sayang. Dahlah tu, baru keluarkan tadi pulak tuh. Pencuri tu pun dengan yakinnya siap boleh suruh periksa badan dia lagi. Akhirnya tinggallah kakak tu menangis, dompet, duit dan yang lebih teruk lagi kad atm untuk keluarkan duit pun dah diambil sekali. Apa yang termampu buat report polis tapi apa sangat polis boleh buat. Ini bukan sekolah menengah yang boleh buat spot check seorang demi seorang. Kalau nasib baik ada orang serah. Kalau tak?

Belum pun lagi bahang cerita tu reda, kawan saya pula hilang duit. Ada la... dalam jumlah 1000 rubel( lebih kurang 100 lebih ringgit malaysia). Sedih tengok keadaan dia. Nasib yang sama, pencuri tu curi sekali dengan kad atm. Nasib baik dia ada kad BSN. Katanya, pencuri tu nampak dia keluarkan dia keluarkan dompet dalam trolleybus. Sedar2 jer waktu sampai kat bilik dompet dah tak ada. Ada banyak lagi kes seumpamanya, ada yang hilang dalam pasaraya, dalam pasar dan macam-macam lagi. Tak tahulah kenapa perkara macam selalu sangat berlaku. Abang dengan kakak cakap orang Russia pandang kami kaya sangat. Sebab tu selalu jadi sasaran penyeluk saku. Macam-macam nasihat diberi
-Jangan letak dompet dekat belakang seluar,letak depan seluar.
-Jangan keluarkan duit dekat tepi jalan, keluarkan duit dalam pasaraya.
-Jangan guna handset dalam trolleybus atau dalam mashrudka, nanti jadi target.
-Jangan bawak kad atm sekali dengan dompet, simpan dekat bilik.
-spread your money jgn biarkan dekat satu tempat je. Tapi yelah, malang bukannya berbau. Kalau dah kena nak buat macam mana. Saya sendiri tak tahu nakbuat apa kalau kena pada saya. Ya Allah minta2lah dijauhkan. Yang penting kita ambillah langkah pencegahan sewajarnya. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau nasi dah jadi bubur. Sampai kucing bertanduk pun tak boleh lagi kita dapat dompet tu.

Khamis, Disember 16, 2004

Sabar Fadly sabar

Sudah menjadi tradisi setiap tahun bila menjelang tahun baru, pelajar-pelajar tahun pertama akan membuat persembahan. Sukacita (agaknya) dikatakan saya tidak terkecuali dan yang lebih membanggakan (agaknya) kalau kumpulan lain buat persembahan berkumpulan menyanyikan lagu Russian’s Folk Songs, saya dimintakan menyanyikan lagu pop Russia secara solo dengan iringan piano dari kumpulan yang sangat popular sekarang ini di Russia; Korni.
Asalnya begini, pada asalnya saya dibenarkan untuk menyanyikan lagu Inggeris (Dreams-Diana Degarmo) jadi saya tak ada masalahlah kalau menyanyi solo. Malangnya kami menghadapi masalah dengan format lagu yang tidak compatible jadi sebagai jalan penyelasaian setelah beberapa kali mencuba akhirnya keputusan dicapai supaya saya menyanyikan lagu Russia. Saya sangat takut sebenarnya, Bahasa Russia saya belumlah terlalu bagus untuk sampai ke tahap ini. Sewaktu saya terima lirik lagu dari Lecturer saya (Nadeshda Urivna), hati ni masih lagi tertanya-tanya “Boleh ke aku bawak lagu ni?” Tapi bibir masih lagi mengukir senyuman. Mulut masih boleh menjawab bila ditanya (

equvailance sounds in english kalau tulis tulisan Russia siapa faham)
“Vi ranvitsa eita pes nya ”(Awak suka lagu ni?)
“Da, Mi niyeh ochin ranvitsa”(Ya saya sangat suka)

Saya diberikan masa seminggu untuk menghafal dan menyanyikan lagu ini dengan betul, waktu tu sangatlah susah, saya kena dengar berkali-kali untuk dapatkan melodinya kemudian berpuluh-puluh kali untuk sebut dengan betul. Ada satu part dalam lagu tu sangat laju, terbelit lidah ni nak menyebut. Vokal dengan penghayatan jangan ceritalah, itu saya selesaikan terakhir sekali sebab dia memerlukan tangan yang begitu cekap pula untuk menyelak kamus. Pada minggu berikutnya, sampailah masa untuk saya menyanyi di depan lecturer saya. Saya tak dapat menyanyi banyak pun, baru beberapa baris

“Fadly yes ashipka!”(Fadly there’s a mistake!)

Waktu tu bukan salah saya menyanyi tak sedap pun tapi sebab salah sebutan, saya tak berbunyi seperti mana orang russia sebut. Waktu itu kenalah saya menyebutnya berkali-kali sampai puas hati dia kemudian disuruh ulang semula lagu dan beberapa baris selepas itu ada lagi silapnya dan proses berulang semula. Kawan-kawan saya semua terdiam tak tahu langsung apa nak dibuat. Apa yang saya dengar diorang cakap sesama sendiri “susahnyer!”. Lagi sadis ada yang yang tunduk bawah tak sanggup tengok apa yang saya kena seolah-olah macam saya kena seksa.

Tapi saya sendiri rasa sedih, bukannya sebab rasa cikgu kejam tapi sebab penat dan letih. Yang pastinya saya tahu cikgu buat ni untuk kebaikan juga sebab cikgu kata nanti waktu konsert nanti ada student russia, lecturer russia, diorang tahu apa yang saya nyanyikan dan diorang tahu kalau ada yang salah,daripada digelakkan nanti baik bersusah sekarang kan? Cikgu gariskan perkataan-perkataan yang saya kena berlatih lagi sebutannya. Saya tak nak hampakan orang yang dah letakkan harapan. Saya tahu risikonya tinggi tapi tak apa saya tak nak fikir lagi tentang apa yang bakal terjadi. Apa yang penting saya kena kuatkan semangat, jangan putus asa. Kalau cikgu sendiri tak yakin dengan saya dia takkan bagi lagu ini pada awalnya. Come on Fadly...! You can do it! KAWAN2 SOKONG SAYA KEY!!! I really need it at these moments.

Khamis, November 25, 2004

Dream


snow ngan kekawan
Originally uploaded by Fadly Kharie.
Volgograd Suhu:-5 darjah celcius
Hari Ahad yang lepas saya menghabiskan masa dengan penuh bermakna. Duduk di depan TV mengkhatamkan dvd cerita kartun “Naruto”. Apa nak buat...nak bersiar-siar suhu tak sesuai, sedangkan air dekat jalan pun beku, kalau badan yang kecil ni terbiar lm-lm dekt lur mesti beku sama. Nak buka buku, teringat kata-kata senior-ni bukannya lagi SPM kita ada satu hari nih jer nak rehatkan otak, chill up! rehat dulu lepas tu baru study balik, dekat sini bukannya sikit kes student kena hantar balik sebab tension. Jadi buka lah satu demi satu cerita Naruto, siri demi siri. Dulu dekat Malaysia pernh jugk wandering kenapalh my friend (affa especially) suka sangat cerita nih. Sekarang baru saya tahu, cerita ni memang sangat menarik.
Bagi yang fanatik (like most of Volgograd’s student), tak payah lagi rasanya nak diberitahu Naruto ni menatang apa? tapi secara ringkasnya biarlah saya beritahu yang Naruto ni mengisahkan tentang kehidupan seorang ninja, he has no mom nor dad and he strive really hard to get villagers attention and so the story revolve from there. Apa yang menarik hati kami, dalam naruto ni semua ada-kadang ada masuk kimia sikit, bio sikit, anatomy sikit dan falsafah dengan banyaknya. It really suites us. Saya tertarik bila dia cakap pasal ‘dream’ (episod awal2-battle dekat Nation of Waves)
translation:

“Why do you have to parctice so hard?”
“One day I want to become a Hokage and gains all villagers attention!”
(smile) “I dream to protect my impotant one, be at his side, make he fulfill what he needs and realize his dream”
.... “I’m sorry please don’t hate me, we both have dream but you stand in my way, you become obstacle to me. I have to kill you”
Mungkin ada orang kata benda ni merepek but bagi saya tak. Bila dia cakap macam ni, menyebabkan saya teringat, terkenang dan merenung semula pada diri sendiri. If it is because of that dream someone could be that stronger. After all this what drives me? Tiba-tiba segala-galanya bagai datang semula. Dari zaman saya sekecil-kecilnya hinggalah kini. Most of the time, I try to prove something, try to be someone, try to tell everyone that I’m somebody. I laugh, cry, people play fool with me. Then I come to this stage what should I feel.
Baru beberapa hari lepas one of my friend got bash by russian guy just because my friend tak nak kasi handset(my friend has his own right besides handset is not that cheap; what if he rob it?). I think back; why after hearing that news I still wake up every morning, learning everyday even I know I am about to put my life on risk just to have a degree. I’m through not a simple and nice life, no wonder JPA puji student Russia yang dapat survive through all this because now sekarang baru saya rasa sendiri betapa susahnya dan perihnya.
Still I think back, what is my strenght? rupanya matlamatnya masih sama; still walaupun saya dah sampai ke sini saya masih ada banyak yang belum selesai. I still want to prove that I’m somebody,someone and from zero to yes there is something!. My family is still nothing if I don’t try anything and I’m still a weak person that people usually laugh at if I dare not to show that I’m not a stupid person.For me until now that is my dream dan saya serahkan pada Allah. Saya yakin niat yang baik Allah pasti tolong. Saya tahu life never lead us to the easiest way but still there are a lot of people who are more miserable than me. Setiap kali saya rasa nak putus asa saya tengok balik kawan-kawan saya, kakak dan abang saya di sini. They are my strenght. Saya bukanlah sekuat yang dilihat tapi saya jadi kuat dengan orang disekeliling saya. Yes we may not have anybody to watch us, to guard us but we still have each other. Tengok saja kawan saya yang get bash by Russia tu, semua Malaysian concern, ramai senior tanya, ada yang datang asrama jauh-jauh semata-mata nak pastikan dia ok. Even kalaulah dia masuk hospital, saya sendiri sanggup ulang alik setiap hari nak hantar makanan sebab saya sendiri tahu kami semua tahu yang kalau kami tak jaga sesama kami siapa lagi?
“Kerna hakikatnya kita tak sedar di sebalik awan mendung yang gelap gelita pasti ada cahaya kebahagiaan kedamaian dan ketenangan yang menunggu sesungguhnya Allah itu maha Adil”.

Khamis, November 18, 2004

Raya di Volgograd

Akhirnya masuk jugak kita ke dalam bulan Syawal, bagi saya pastinya syawal kali dirasakan berbeza. Pertama kali beraya di tempat orang, di tempat yang bukan majoritinya Islam.
Rasanya tak perlulah diceritakan tentang perasaan, biarlah perkara di simpan sendiri lagipun benda tu boleh di agak sendiri kan?
Di sini pihak universiti kami dah menetapkan undang-undang sebarang kelulusan untuk terlibat dengan apa-apa kegiatan sosial di Russia adalah tidak boleh sama sekali, nasib baik raya jatuh pada hari ahad, dapat sambut denagn tenang tanpa sebarang gangguan kelas. Di sini kami buat kenduri besar-besaran untuk semua rakyat Malaysia di Volgograd. Malam rayanya, semua student muslim dari senior sampai ke junior turun ke asrama untuk masak beramai-ramai. kami dibahagikan into several group. My group kena potong bawang dengan kupas kentang(hehe! senang kan...) tapi bawangnya sangat banyak, kalau tak silap 4 kilo setiap satu. Erm, waktu tu, melelehlah air mata masing-masing. Kerja tak habis lagi waktu tu, kami kena tolong yang lain pulak, macamlah kami buat masak ayam masak merah, rendang daging, kurma daging , nasi impit(nak buat ketupat daun kelapa tak ada) dan paling tak lupa kuih tart kami yang sangat sedap. Sambil-sambil tu, ada jugak senior bawak mercun, bunga api etc. Dekat sini mercun dan sewaktu dengannya tak menyalahi undang-undang. Alamatnya, gamatlah asrama kami dengan budak Malaysia jer. Orang Russia pun macam dah tak kisah dah, tiap-tiap tahun diorang dah tengok macam nih. Sincerely, malam tuh penat sangat tapi kurang terasa sebab dengar celoteh masing-masing. Orang kata dalam banyak student Russia, student Volgograd yang paling rapat antara junior dengan senior. Mana taknya, kami bukan ada embassy macam budak Moscow, kami cuma ada kami dan kami sahaja. Sebab itu kemesraannya terasa. Setalah semuanya habis, jam pun dah menunjukkan pukul 2 pagi.
Pukul 5 pagi(Malaysia pukul10) saya bangun, terus telefon Malaysia, mula-mula ingatkan nak telefon pukul 3 tapi dah penat sangat, nak buat macam mana. Setelah menghabiskan kredit kira-kira 300 rubel-lebih kurang 30 something(Rate telefon di Russia agak murah), sembahyang subuh dan bersiap-siap nak bersembahyang raya. Waktu tuh berkumandanglah lagu raya di setiap floor Malaysian lengkap dengan HIFI masing-masing. Turun je ke bawah semua dah siap dengan baju raya masing-masing. Pagi tuh agak berkabus sikit, suhu 4 darjah celcius. Sampai ke Masjid, kami disambut mesra dengan penduduk Muslim tempatan. Takbir disini lain sedikit, tak ada lagu macam di Malaysia. Sembahyang pun lain sikit dalam rakaat kedua takbirnya sebelum ruku’ bukan sebelum al-fatihah macam di Malaysia. Khutbahnya pastinya lain sebab dalam bahasa Russia. Jenuh mendengar senior translate satu2 dengan kami. Nak buat macam mana kan, inilah orang kata “Masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek” Sampainya kami semula di asrama, kami bersiap sedia pulak untuk rumah terbuka kami. Kami jemput semua orang Malaysia dengan lecturer kami sekali. Most of our lecturer, tak makan sangat, pedas katanya. Untuk keseluruhannya, memang terasa kelainannya tapi buat apa nak dibandingkan. Still see for ur self this is what raya is like in Volgograd, Russia.

Khamis, November 04, 2004

Kuatkah Kita&

Kita cakap kita bijak tapi sejauh mana kita bijak menangani masalah? Kita cakap kita tabah tapi sejauh mana kita tabah menerima berita buruk? Kita cakap kita kita kuat tapi sejauh mana kita kuat menangani dugaan yang datang meghempap, menimpa, seolah-olah seperti ingin menghancurkan kita.

Sejak kebelakangan ini terasa macam ada satu petunjuk yang Allah tunjukkan pada saya, orang disekeliling saya ramai yang tertekan, ramai yang ada masalah, gundah gulana dan risau. Semacam Allah suruh saya belajar di waktu ini bagaimana untuk menghadapi semua ini. Memang dalam hidup ini kita tak pernah terlepas dari masalah. Semua ini adalah salah satu dugaan dan ujian yang Allah turunkan kepada hambanya.

“Seseorang itu belum lagi benar2 beriman sehinggalah dia diuji....”

Hakikatnya, dugaan bukan datang dalam bentuk kesusahan sahaja, kemewahan pun satu ujian untuk menguji sama ada kita leka atau tidak. Ramai orang terjatuh bukan sebab batu yang besar tapi sebab batu yang kecil.

Kita tension study kita tak sampai ke tahap yang kita inginkan, kita tertekan orang yang rapat dengan kita tinggalkan kita, kita kecewa sbb ada orang permainkan kita.

Kita risau sebab dah lakukan satu kesilapan dan kecuaian yang sangat besar. Kemudian kita buka HiFi kuat2! nangis puas. Ya, dalam satu aspek kita tak patut kata itu salah sebab kita perlu lepaskan apa yang tebuku di hati. Tapi, itu untuk sementara sedangkan masalah itu perlu hilang once and for all. Kita mengadu dengan semua orang tapi semua tak memuaskan hati kita.

“Fadly..diorang semua tak faham, diorang ingat semua ni macam simple jer”

Betul, meskipun berat bahu memikul belum tentu orang lain terasa beratnya. Betul, tak siapa yang tahu seksanya hati menangung masalah yang menimpa. Kita cakap semua tak faham, semua tak tahu.Tapi, tanya balik pada diri sendiri ada tak kita mengadu pada yang Maha memahami, Maha mendengar dan Maha mengetahui. Kita perlu sedar apa-apapun kita perlu kembali pada agama. Doakan senjata orang mukmin. Sebabnya, Allah sendiri yang izinkan semua ini terjadi pastinya Dia sendiri ada jalan keluarnya.

Memanglah bila kita di tahap itu belum tentu kita boleh bertindak betul rasional. Saya sendiri pun sering ingatkan diri sendiri sebab dah banyak keadaan saya kalah dengan situasi. Satu jer perlu diingat kalau kita rasa dah cukup teruk, ada lagi yg kena lebih teruk. Sabar, dan insyaallah setiap benda ada jalan penyelesaian. Seperti Allah janjikan yang semua penyakit ada ubatnya....Waallahualam

Khamis, Oktober 28, 2004

Don't sweat over small stuffs

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan, sedar tak sedar dah habis separuh bulan kita berpuasa lagi lebih kurg 15 ramadhan kita dah pun nak raya. Tak lama lagi pun dah nak masuk bulan November, bermakna tak lama lagi akan masuk winter. Erm nih terasa nak nyanyi sonata musim salju nih. In other word, kami akan mula hadapi berbuka puasa pukul 4.30 pm. Nampak macam singkat tapi kami kena byk kejar masa, kena pandai uruskan masa sebab sini bukan Malaysia yang orang sediakan waktu untuk kita sembahyang. Rasa selain hari Ahad, setiap hari kami muslim di Volgograd sembahyang dalam kelas atau dkt underground universiti.. Air sembahyang pulak kena jaga dari asrama, terpaksalah pakai glove, lantaklah org Russia nak pdg pelik ke tidak. I’m already used to it.

Kalau dekat Malaysia,mesti dah keluar dah lagu raya sekrg nih. Kt sini bkn jer tak dgr, nk letak CD lagu raya pun takder mood sbb tak ada suasana pun. Esok ada subject yg nak kena buat preparation mlm nih.

Sometimes, yes I do feel kenapa thing getting to be more and more difficult each day. Tapi satu malam saya dapat satu pengajaran. That time saya tengah hafal anatomi, kami kena hafal seluruh typical stucture of vertebral column (columna vertebralis) dgn typical structure of ribs (Costae) and sternum. Jam dah pun menunjukkan pukul 12 tapi still ada lagi yg belum dihafal. Bukannya tak nak study awal tapi dah setiap hari ada jer yg kena hafal so kenalh studi ikut priority. Waktu tu dah rasa nak tutup jer buku atlas anatomi tu. Tiba-tiba Allah bagi ilham untuk message my kakak senior and this what make me realize.

“Fadly don’t sweat over small stuff and don’t ever give up. Study and study. Because though you’re surrounded by darkness if you keep trying you never know what you’ll find”

Betulkkan, why should I complain about small stuffs. Kalau saya asyik merungut pasal homesick la, pasal sembahyang la, pasal susah study la, alamatnya tak hidup saya dkt sini kan? Itulah kadang-kadang kita tak sedar yg kita membesarkan perkara-perkar yg kecil sampai kita lupa mana prioritinya. Starting that time I start to think straight to the main work and subsides the small stuffs, saya sendiri fikir sendiri yg saya sendiri kena bentuk yg saya komited dengan kerja. Kalau skrg pun ada masalah macam mana klu dah jadi doctor yg for sure involve lg byk kerja. Lgipun apa yg saya belajar skrg br permulaan and things will getting to be more difficult kan?

Tarik nafas dalam dalam…..dan hembus fuhhhhh….Allah do help me with this….


P/s: Thanx Kak Nadia for ur advice, my test runs as smooth as it should be….

Khamis, Oktober 21, 2004

Ramadhan di Russia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucap

Pertamanya biarlah saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua....Kalau sedap-sedap makan di Malaysia ingat2lah kami di perantauan.

Mula-mula saya nak jawab soalan adik Harith dulu: Erm pasal Kursus Kepimmpinan Yayatsan Tun Razak. Kursus ni macam nih, kalau caranya masih sama, dulu sekolah hantar my particular dkt yayasan then kalau terpilih kena pergi interview, usually waktu interview dier akan tanyer pasal Tun Razak also pasal isu2 semasa-dia akan banyak tanyer pendapat-erm interview dier sorang2 jer-so try to be outstanding yg mungkin kot...then kalau dapat terpilih waktu cuti disember atau januari dier kasi surat...lepas tu jalani kursus disana...kursus nih memang sangat best...nothing you ever experience before...you will train mostly about how to be a leader-it's the way how they train that make the pktr so interesting...ok? pasal resume tuh, entahlah saya tak tahu pulak kena hantar resume..sorry key

Sekarang dah mula puasa...Rasanya tak ada byk bezanya sebab selama ini pun makan pun dua kali jer sekali waktu awal2 pagi dan last sekali waktu malam, tapi sedikit sebanyak terasa jugaklah kehilangan suasana di Malaysia.

Sekarang dah masuk Autumn tak lama lagi nak masuk winter so malam semakin pnjg siang dah nak jadi smkn pendek, subuh kami pukul 5.45 am tapi maghrib pukul 6.15 pm. Kadang-kadang kelas habis pukul 5.00 pm. Waktu tuh kelam kabut jadinya, biasanya masak simple2 jer, nasib baik makan sekali dengan budak2 mara. sekarang pun selalu ulang alik pergi balhitsa(hospital) temankan kakak senior tgk org sakit so selalu gak buka puasa dalam masrudka.

Waktu malam kami tipa-tipa hari sembanhyg terawih ramai2,waktu nih terasalah keeratan silaturrahim sesama semua student Malaysia dkt sini, dkt sini isyak masuk awal lebih kurg pukul 8 kami dah start smbhyg isyak pastu pukul 9 biasanyer dah habis, then terus sambung study as kelas esok biasanya mesti byk benda yg nak kena hafal.

Tapi puasa di sini banyak mengajar erti sabar dan erti sebnr sbgi seorg islam sebab tanpa suasana hanya iman dan kesedaran dalam diri menjadi satu-satunya pegangan jati diri untuk terus bertahan.

Khamis, Oktober 14, 2004

Dah start belajar dah...

Alhamdulilah selamat satu minggu lagi di Russia, sekarang kelas dah mula start dengan serius, macam-macam ragam dengan macam-macam lecturer. Itu belum ditambah dengan orang tempatan lagi. Dalam hati selalu jer cakap “ bilalah aku ni nak pandaai cakap bahasa Russia nih…?”. Tapi yang pelik dan lawak nyer waktu kalau diorg kutuk kita gelakkan kita, tetiba saya faham pulak. Dekat sini dah jarang dah orang pandang something dgn gelakkan org Malaysia, lebih-lebih lagi yg bertudung as they’re getting used with the situation that there are Muslim now in their society. Even mak cik yg jual ayam dgn daging pun dah tau perkataan halal. Cuma kekadang ada gak budak2 muda yg kata yg bertudung nih mcm pokok krismaslah, ada gak yg kata mcm debushka(nenek tua) sebab dekat sini org yang pakai scarf tutup kepala nenek tua je.

Sekarang dah pandai sikit dah dengan pengangkutan dekat Volgograd. Setakat untuk ke tempat belajar dengan kawasan sekitarnya dah tak ada masalah rasanya. Cakap pasal pengangkutan, teringat saya pada kisah batch saya dengan Mashrudka which is a van yg jadi mcm teksi kat sini. Dekat sini kalau nak berhenti kena cakap dari belakang dekat driver van nih kat mana nak berhenti which is certainly no problem for the Russia sebab suara diorg besar garau dan kuat tapi utk kami, selalu driver tak dgr dan selalulah terjadi van tuh terlajak sebelum dia sedar kena berhenti, dahlah bahasa Russia tak hebat lagi. Nasib baik saya setakat ok lagi, sentiasa berhenti pada tempatnya tapi kesian pada kawan2 saya sebab terlajak bukan sikit! Terpaksalah menapak.

Sekarang pun dah mula start menghafal dan saya jangkakan jumlahnya semakin banyak, this week kena hafal perkataan latin dan bahagian2 tulang belakang(anatomy). Sangat seronok sebab waktu first class dah dapat pegang tulang real nak belajar orientasi tulang dengan tulang, tapi sikit tak best sebab waktu dengan lecturer cakap dkt depan duduk sebelah cadaver(mayat) yang bau macam kayu reput, sakit hidung dibuatnyer.Next class nak duduk tempat lain pulak lah. Other subject macam biasa jer. So far rasanya ok.

Suhu semakin sejuk, kami semua dah buat persediaan beli carpet, comforter, seal tingkap. Baru semalam waktu pagi suhu –4, then semalam jugak salji turun waktu tengahhari. Semua org pelik tengok kitaorg, org lain semua berebut masuk dalam bangunan, kitaorg stay dekat luar, nak rasa salji lah katakan…hehe! Heater dah mula dipasang, lotion semakin berguna as kulit semakin kering.

P/s: selamat berpuasa kepada semua, kami puasa start hari Jumaat, berbuka pukul 6.15 ptg. Dah dekat2 15 ramadhan insyaallah berbuka pukul 4.30 rasanya. Harap2lah boleh puasa waktu sejuk2 nih tanpa masalah.

Khamis, Oktober 07, 2004

Mat rodina


Matb rodina
Originally uploaded by Fadly Kharie.
A big statue at Mamaya Hill,Volgograd. It is called Mat Rodina-Mother of Russia. It is 52 metre height. It is so big that I can see it directly from my kicthen window.(Sorry key if it is not clear.)

gambar di moscow


gambar di moscow
Originally uploaded by Fadly Kharie.
this is my picture during my first day at Moscow, we stopped at Moscow for 2 day before we went to Volgograd. The temperature was 10 Celcius

Rabu, Oktober 06, 2004

My Journey at Volgograd, Russia

Alhamdullilah setelah lama menunggu akhirnya sampai juga saya ke bumi Volgograd geroi gorad or the hero city. Dah nak dekat seminggu dah berada di sini, sekarang keadaan semakin stabil, kehidupan semakin teratur, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan pada senior saya yang lebih dari membantu, mereka macam abg kakak ayah dan mak kami.

Waktu awal2 saya sampai, di sini masih panas lagi suhu lebih kurang 20 darjah celcius, tapi dua hari selepas itu suhu mendadak turun, sekarang dah menjadi 5 darjah celcius waktu pagi2 tapi bila tengah hari alhamdulillah naik sedikt lebih kurg 9 darjah celcius apapun itu masih sejuk. saya dekat sini kena pakai baju sampai 3 lapis.

Jostel yang saya duduk kemudahannyer ok, sekarang dah kena masak sendiri, alhamdullilah setakat nih tak ada aper2 masalah, awal2 tuh kekok jugak kene pergi rhinak(pasar) beli brg masak sendiri, tapi skrg dah biaser dah. Di sini Roti murah tapi beras agak mahal. rasanya tak akan makan nasi selalu kot nak gantikan dengan spageti, save budget sikit.

Lagi dua hari lagi dah nak start belajar, hari nih ada exam biologi. rasanya boleh rasanya sebab dekat universiti semua lecturer cakap english. Cakap pasal english dekat sini semua orang cakap bahasa Russia. Intonasinyer kasar sikit, klu tak tahu makna kita boleh ingat diorg macam marah kat kiter. Klu saya nak pergi ke mana-mana kena naik Mashrud(Van yg jadi mcm bas mini)-klu nak suruh dier berhenti kena cakap dalam bahasa russia-Awal2 dulu wandering gak boleh ker lah aku nak cakap lgi, tapi skrg alhamdullilah tak der masalah dah-semuanya hanya memerlukan keberanian jer..

Lagi satu, orang kat sini tak tahu cakap bahasa slain daripada bahasa russia, walaupun dier tahu kita orang asing tapi dia tetap cakap bahasa russia. Waktu nih terasa otak nih ligat berfikir, mengingat kembali apa yang dah dibpelajari tiga bulan sebelum ini.

Saya nak minat maaf klu tak sempat nak membalas email atau message sesiapa, sekrg dah sgt sibuk, internet pun lebih kurg 40 rubel (5 ringgit) sejam, jarang rasanyer dapat ke CC. saya cuber sebolehnyer untuk menulis, sekurang2nya di sini. Terima kasih saya ucapkan kepada siapa yang menghantar saya di KLIA dan yang menghantar ucapan good luck..

Dekat sini pemandangan nyer cantik, banyak monumen, park ader depan universiti, selau jugak jalan2 dekat saner, minta maaf sebab tak dapat nak letak gambar, CC nih tak boleh nak detect my thumbdrive, nak tanyer bahasa russia tak bagus lagih...

OKleh setakat ini dahulu...hingga ke seterusnya...salam dari orang perantauan

Khamis, September 23, 2004

Persiapan akhirPersiapan akhir Persiapan Akhir

“Kita tak sedar kadang-kadang apa yang kita cari ada pada tempat yang kita tinggalkan…”

Setelah 2 bulan lebih menjalani program persediaan Russia, akhirnya habis jugak urusan saya di INTEC. Ikhlas saya katakan terasa macam masih banyak lagi yang perlu belajar, walaupun bila orang lain tanya
“Fadly, kiranya ko boleh lah cakap Russia?”.
Dan saya terus jawab
“Bolehlah sikit2”

Tapi dalam hati ini sendiri ada rasa ragu-ragu, ada banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiran. Boleh ke aku hidup? Boleh ke aku cakap Russia? Macam mana kalau orang russia tak faham? Sampai saya sendiri pernah mimpi yang saya bawak kamus pergi pasaraya nak beli barang, bila saya tak tahu perkataan saya tgk kamus, lepas tu semua org gelak kuat-kuat…malunyer!!!.Nauzubillah minta-minta di jauhkan.

Tapi rasanya seolah-olah semua rasa risau, bimbang di bawa jauh pergi bila saya balik ke rumah. Kalau dulu emosi boleh jadi tak stabil tapi bila sampai ke sini seolah-olah segala-galanya telah selesai. Sedar tak sedar dah dekat dua bulan lebih saya tak balik ke rumah-Mak cakap saya balik waktu 2 minggu terawal je….Ya Allah teruknya aku ni, anak apa macam ni?- Dalam hati ni terus saya cakap pada diri saya yang saya nak spent the best quality time with my family….

Bagaikan ditiup semangat itu semula, seolah-olah memang ditakdirkan saya ke SEMESTI untuk mengutip semula kekuatan yang telah hilang. Sampai je ke perkarangan sekolah, saya nampak ramai student form 5 duduk di luar dewan, masing-masing khusyuk membaca buku, Erm…ada percubaan SPM rasanya. Teringat pula detik-detik yang berlalu sekitar tahun lepas, semacam baru semalam saya ditempat mereka, bersedia untuk ujian yang penting-penat jerih, suka duka, risau gembira, kami duduk bersama-sama, belajar bersama-sama, kemudian ada yang terjatuh, terluka, kita bangunkan dan yakinkan yang peluang masih lagi ada. Siapa sangka lagi beberapa hari lagi saya dah nak pun ke Russia.

Kemudian Allah aturkan pula pertemuan dengan semua cikgu, seolah-olah mengingatkan semula apa yang saya terlupa, sebanyak nasihat diberikan, segunung harapan diletakkan, dan yang paling penting iaitu berkat yang tak ternilai yang dicurahkan. Sehari suntuk saya habiskan. Kemudian jumpa pulak dengan semua junior dari form 5 sampailah sekecil-kecil form 2, tak sangka pulak dapat sambutan sebegitu meriah. Apa lagi terus saya ke koperasi sekolah beli tie sekolah-nanti waktu nak fly rasanya nak pakai…erm..I really think that I will miss this school so much.

My family jadi sangat best minggu ni, rindu rasanya petang-petang kami duduk sama-sama, buka macam-macam cerita, dari ke sekolah sampai ke artis-artis, yang saya respect mak tetap boleh masuk walau apa topik yang ke udara. Lepas tu kami pergi shopping sama-sama, makan cendol sama-sama. Geez, she really just like my best friend.

Saya memang rasakan yang Allah dah tetapkan segala-galanya, Allah tetapkan minggu ni saya dapat penawar kepada kekusutan yang ada. Saya jumpa dengan semua kenangan lepas saya, saya diingatkan siapa dan apa sebenarnya yang menjadikan saya sampai ke hari ini sebenarnya; cikgu saya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, kawan-kawan saya….
Teringat saya pada nasihat dari seorang cikgu saya

“Fadly kamu tak tahu sebenarnya, sebesar mana harapan yang kamu nampak dia letakkan pada kamu, lagi besar sebenarnya yang ada tersimpan dalam hati dia”

Saya tak pernah rasa yang saya kuat tapi dengan izin Allah harapan dan doa merekalah yang jadikan saya dapat mengharungi dugaan satu demi satu meskipun cabaran yang datang lebih dari apa yang saya mampu. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.

Itulah kadang-kadang apa yang kita cari ada pada tempat yang kita tinggalkan.

Alhamdullilah terlepas segalanya apa yang terbuku di hati ini, erm lepas ni nak pergi dapur nak belajar masak dengan mak. Kena khatamkan nanti senang dekat Russia nanti.

Isnin, September 20, 2004

Sibuk dan sibuk...

Keadaan menjadi semakin sibuk hari demi hari...Habis jer kursus persediaan hari jumaat bermakna kami semua ada lagi lebih kurang 11 hari untuk membuat persiapan sebelum berangkat ke Russia...

Apa Perasaan? Erm entahlah susah nak digambarkan...sebab bukannya nak pergi Russia untuk melancong tapi belajar. Lagipun pun Russia bknnya tempat yang nak dibandingkan dengan UK, US atau mana-mana tempat yang pastinya jadi idaman setiap orang bila nak belajar ke luar negara.

Cakap pasal perbandingan, sampai ke hari ini saya belajar menerima hakikat tentang apa yang berlaku pada saya sekarang, saya telah mendapat satu pengajaran yang kita tak boleh nak membanding beza apa yang kita ada sekarang dengan apa yang orang ada secara keterlaluan atau dengan kata lainnya bersyukur dengan apa yang kita ada...

Sebabnya kita sendiri tak tahu kalau apa yang kita nak tuh baik ataupun tidak untuk kita, Sehebat mana pun kita rancang tapi yang kita perlu sedar akan kewujudan yang Maha Perancang.

Yalah, kadang-kadang ini silapnya manusia, bukannya salah sesiapa tapi atas keterbatasan kita sendiri; hinggakan gagal dibeza antara kaca dan permata. Macam ubat, orang tak nak makan sebab ubat pahit tapi ubat itulah jugak as sebab untuk sembuh.

Satu lagi contoh macam nak ke Russia, bila semua orang gerun bila dengar bom meletup dekat sana, ada pengganas Chechen lagi dan ditambah pulak dengan kapal terbang terhempas. Entahlah, saya tak rasa apa-apapun. Tak tahu kenapa. Sebab selama ni, orang bila tanya saya pasal russia asyik nak membanding beza, sampai saya sendiri dah letih. Lama-lama saya sendiri dah terbiasa untuk terima russia seadanya. Russia adalah russia bukanya negara lain, samalah Malaysia adalah Malaysia, takkan ada yang sama.

Teringat pula kata-kata cikgu pasal dia cerita tentang rakyat Malaysia yang jelajah benua(tak ingat pulak nama dia). Dia cakap waktu orang tu lawat ke Afghanistan even ke Iraq, keadaan taklah seburuk yang digambarkan, kehidupan masih berjalan macam biasa, tumbuhan-tumbuhan hijau masih tumbuh, even dia siap sempat bermalam lagi.....

Itulah kadang berita itu diperbesar-besarkan...sudah sampai masanya kita bezakan Fakta, gossip dan khabar angin....

Erm..sampai ketemu lagi, kena pergi Giant, nak cari rempah ngan beg besar....