Khamis, September 23, 2004

Persiapan akhirPersiapan akhir Persiapan Akhir

“Kita tak sedar kadang-kadang apa yang kita cari ada pada tempat yang kita tinggalkan…”

Setelah 2 bulan lebih menjalani program persediaan Russia, akhirnya habis jugak urusan saya di INTEC. Ikhlas saya katakan terasa macam masih banyak lagi yang perlu belajar, walaupun bila orang lain tanya
“Fadly, kiranya ko boleh lah cakap Russia?”.
Dan saya terus jawab
“Bolehlah sikit2”

Tapi dalam hati ini sendiri ada rasa ragu-ragu, ada banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiran. Boleh ke aku hidup? Boleh ke aku cakap Russia? Macam mana kalau orang russia tak faham? Sampai saya sendiri pernah mimpi yang saya bawak kamus pergi pasaraya nak beli barang, bila saya tak tahu perkataan saya tgk kamus, lepas tu semua org gelak kuat-kuat…malunyer!!!.Nauzubillah minta-minta di jauhkan.

Tapi rasanya seolah-olah semua rasa risau, bimbang di bawa jauh pergi bila saya balik ke rumah. Kalau dulu emosi boleh jadi tak stabil tapi bila sampai ke sini seolah-olah segala-galanya telah selesai. Sedar tak sedar dah dekat dua bulan lebih saya tak balik ke rumah-Mak cakap saya balik waktu 2 minggu terawal je….Ya Allah teruknya aku ni, anak apa macam ni?- Dalam hati ni terus saya cakap pada diri saya yang saya nak spent the best quality time with my family….

Bagaikan ditiup semangat itu semula, seolah-olah memang ditakdirkan saya ke SEMESTI untuk mengutip semula kekuatan yang telah hilang. Sampai je ke perkarangan sekolah, saya nampak ramai student form 5 duduk di luar dewan, masing-masing khusyuk membaca buku, Erm…ada percubaan SPM rasanya. Teringat pula detik-detik yang berlalu sekitar tahun lepas, semacam baru semalam saya ditempat mereka, bersedia untuk ujian yang penting-penat jerih, suka duka, risau gembira, kami duduk bersama-sama, belajar bersama-sama, kemudian ada yang terjatuh, terluka, kita bangunkan dan yakinkan yang peluang masih lagi ada. Siapa sangka lagi beberapa hari lagi saya dah nak pun ke Russia.

Kemudian Allah aturkan pula pertemuan dengan semua cikgu, seolah-olah mengingatkan semula apa yang saya terlupa, sebanyak nasihat diberikan, segunung harapan diletakkan, dan yang paling penting iaitu berkat yang tak ternilai yang dicurahkan. Sehari suntuk saya habiskan. Kemudian jumpa pulak dengan semua junior dari form 5 sampailah sekecil-kecil form 2, tak sangka pulak dapat sambutan sebegitu meriah. Apa lagi terus saya ke koperasi sekolah beli tie sekolah-nanti waktu nak fly rasanya nak pakai…erm..I really think that I will miss this school so much.

My family jadi sangat best minggu ni, rindu rasanya petang-petang kami duduk sama-sama, buka macam-macam cerita, dari ke sekolah sampai ke artis-artis, yang saya respect mak tetap boleh masuk walau apa topik yang ke udara. Lepas tu kami pergi shopping sama-sama, makan cendol sama-sama. Geez, she really just like my best friend.

Saya memang rasakan yang Allah dah tetapkan segala-galanya, Allah tetapkan minggu ni saya dapat penawar kepada kekusutan yang ada. Saya jumpa dengan semua kenangan lepas saya, saya diingatkan siapa dan apa sebenarnya yang menjadikan saya sampai ke hari ini sebenarnya; cikgu saya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, kawan-kawan saya….
Teringat saya pada nasihat dari seorang cikgu saya

“Fadly kamu tak tahu sebenarnya, sebesar mana harapan yang kamu nampak dia letakkan pada kamu, lagi besar sebenarnya yang ada tersimpan dalam hati dia”

Saya tak pernah rasa yang saya kuat tapi dengan izin Allah harapan dan doa merekalah yang jadikan saya dapat mengharungi dugaan satu demi satu meskipun cabaran yang datang lebih dari apa yang saya mampu. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.

Itulah kadang-kadang apa yang kita cari ada pada tempat yang kita tinggalkan.

Alhamdullilah terlepas segalanya apa yang terbuku di hati ini, erm lepas ni nak pergi dapur nak belajar masak dengan mak. Kena khatamkan nanti senang dekat Russia nanti.

Tiada ulasan: