Khamis, Disember 30, 2004

Gegar!!??

Betul-betul tak percaya. Baru je semalam saya beritahu lecterur saya yang Malaysia tiada gempa bumi, baru je semalam saya belajar perkataan zimlatiniyeh(earthquake) dalam kelas Russian. Alih-alih malam esoknya, waktu tengah sibuk hafal foramen-foramen basis cranii, tiba-tiba kawan masuk:

“Wei! Dengar nih! Ayah aku kata Malaysia kena gempa bumi!”

DUP! gegar rasanya jantung ni, Sudahlah duduk jauh di perantauan, tiba-tiba dengar negara sendiri dilanda bencana. Siapa tak takut...Terus SMS ayah dekat Malaysia. Ayah pun mengiakanlah-katanya Pulau Pinang paling teruk, ramai mati katanya. Lepas dengar dari ayah sendiri dengar pula dari ayah orang lain cakap-katanya seluruh Pulau Pinang disimbah air.

Apa pendapat saya?

Malaysia jadi popular tiba-tiba. Dulu waktu Terengganu dengan Kelantan banjir, Malaysia dah masuk berita Russia tapi kali ni, terus dapat masuk front paper even though tumpang nama Indonesia dengan India sekali. Malaysia pun dah semakin terkenal. Lecterur pun selalu tanya macam mana keadaan dekat sana. Bangga? Seronok? Tak pula sampai macam tu; Rasa simpati? dan takut? ada jugak. Preview yang ditunjuk dalam berita tanpa sebarang komen. Teruk jugak rupanya bila tengok banyak bangunan runtuh dekat Acheh. Mayat bergelimpangan. Air memenuhi jalan.Ada jugak rasa takjub sebab tengok ada masjid tiba-tiba kekal utuh berdiri. Kuasa Allah...

Siapa sangka kan? tempat yang disangka selamat pun dilanda bencana. Tempat yang dijangka tiada gempa bumi pun boleh kena kesannya. Saya ingat lagi dulu waktu saya belajar Kajian Tempatan dengan Geografi, Malaysia tak masuk dalam red zone, dengan kata lain aman makmur tanpa ganguan tapi bila dah berlaku semua terdiam. Bila Allah kata jadi maka jadilah. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya.

Teruk tak teruk saya tak tahu, orang di Malaysia lagi mengetahui rasanya. Tapi kalau preview tak keluar dekat berita rasanya tak teruk sangat kot? Mungkin Allah nak kita muhasabah diri semula agaknya. Baik sedar awal-awal daripada terlambat.

Rasanya kalau Mercy ada buat operasi membantu di Acheh, terasa sangat nak pergi. Hati ni rasa meronta-ronta nak hulurkan bantuan. Tapi bila tengok balik, exam final pun belum lepas lagi, anatomi pun banyak lagi kena belajar, surgery, histology,physiology pun belum belajar lagi; tangguh dululah niat.

Saya kemudian tarik nafas panjang, pandang bawah dan saya pun terus buka buku, sambung balik hafal nama foramen; esok cikgu nak tanya....

Khamis, Disember 23, 2004

С НОВИМ ГОДАМ! (S Novim Godam)!

Mana-mana tempat sekarang boleh nampak perkataan ‘S Novim Godam-Happy New Year’, menandakan tak lama lagi semua orang bakal menyambut kedatangan tahun baru. Kalau di negara eropah yang lain, sekarang ini tengah sibuk dengan Christmas tapi tak disini, Christmas disambut 7 Januari mengikut fahaman Kristian aliran Ortodok. Cenderamata, kuih-muih dan cenderamata semakin banyak dijaja baik di pasar-pasr ternama sampailah di tepi jalan. Cenderamata yang paling banyak dijual seperti patung ayam (simbol tahun baru), globe salji yang warna putih, lilin, lampu-lampu yang gantung dekat yolka ёлка(pokok krismas), also decoration untuk pokok krismas jugak macam yang saya tengok macam bunga manggaryang dijual banyak-banyak.

Berkenaan dengan Tahun Baru, saya ada banyak cerita nak beritahu. Cerita pertama pasal Dyod Maroz Дёд Мороз (Father Frost) atau nama yang lebih popular di negara lain Santa Claus. Tak jauh daripada Central Market ada satu kedai komputer yang ada Dyod Maroz ni. Kami semua kalau nak balik mesti lalu kedai ni sebelum tunggu trolleybus dekat astanovka астановка(bus stop). Saya rasa Dyod Maroz ni orang muda sebab dia kurus semacam jer, lagipun kalau tengok muka dia nampak riak mudanya, janggut jer menandakan dia Dyod Maroz. Nak Dijadikan Cerita, Dyod Maroz ni sangatlah suka dengan foreigners especially Malaysia especially perempuan. Sorang kawan saya ada yang kena.
Dia tanya “Vi basha strana yes Dyod Maroz?”(Do you have Father Frost at your country?)

Dah semestinya kawan saya jawab “Nyet” (no)
Dan tiba-tiba saja Dyod Maroz tu terus peluk dia dengan kasih sayang (kot...) Kawan saya pun menjeritlah, Yelah siapa tak terkejut, dahlah kawan saya tu perempuan. Russian lain yang nampak semua tergelak. Untuk mereka apa yang Dyod Maroz tu buat tu bukan salah malah itulah Dyod Maroz yang sebenarnya. Lepas peristiwa tu, semua perempuan Malaysian berhati-hati, nampak macam Dyod maroz tu macam nak tanya diorang terus lari. Sekrang ni dia dah tak tanya lagi dah tapi still lagi lambai dengan gembiranya dengan Malaysia. Erm itu baik ker gatal yek? Kita fikir baiklah yer kot.
Cerita kedua pasal Ibu dan Ayah kami di dekanat. Nanti 1 sampai 8 januari ada cuti tahun baru. Peperiksaan final kami untuk semester ni pada 2 Feb jadi bermakna waktu winter break, kami tak boleh ke mana-mana. Ramailah merancang nak ke Moscowlah, Nizhny Novgoradlah, etc. Sayangnya, keputusan universiti menghancurkan segala-galanya. Semua foreign student tak dibenarkan ke luar Volgograd sewaktu apa jua sambutan keramaian. Punahlah harapan yang berjumpa buah hati yang terpisah di moscow. Hi nak buat macam mana kalau kami nak ke luar dari Volgograd, kami perlukan surat perlepasan dari Universiti, kalau universiti tak benarkan tak kemana kami jawabnya.

Cerita tentang tahun baru, Lecterur saya dah mula tanya pasal azam baru. Azam baru?Apalah azam baru kita tahun depan? Agaknya kalau sekadar diucap baik tak payah lansung di luahkan. Jangan2 azam yang sebelum ini pun dah terlupa. Kenapalah manusia cepat terlupa? Sedangkan azam itu satu harapan, satu momentum yang kita letakkan pada diri ini supaya terus berdaya maju, supaya kita terus berusaha dan jangan berputus asa. Tapi kalau azam dah terlaksana alhamdullilahlah, tapi jangan cepat terleka bak kata bekas PM kita perjuangan kita masih belum selesai. Kejayaan sendiri boleh menjatuhkan kalau kita tak mengendalikan dengan baik, kalau kita terus berada dala jaminan keselamatan yang palsu. Kalau gagal pun, tak bermakna kita tak berputus asa. Hidup ini umpama roda, adakala kita di atas adakala kita di bawah. Yang penting kita terus pandang ke hadapan. Ambil iktibar dan terus berusaha. Hakikatnya, kita sebenarnya tak tahu satu pintu peluang tertutup ada banyak lagi yang terbuka cuma kita terlalu meratap, menangisi yang dah lepas sampai kita tak sedar yang lain. Akhirnya waallahuallam.
P/s roommate semua sekarang tengah kira-kira duit, katanya duit nak ke moscow nak buat beli tv dengan dvd player :)

Hai Dompet!


Volga River
Originally uploaded by Fadly Kharie.
Seminggu yang lepas, my senior baru sahaja dicuri dompetnya. Sedih bila dengar cerita dia.
“Akak rasa! akak nampak orang tu ambil dompet akak”
Penat dia bergaduh dengan pencuri tu, sampai naik ke bas. Tapi pencuri tu sendiri tak bodoh, awal2 lagi dia dah pakat dengan kawan dia, bagi dompet tu pada orang lain. kecoh tempat tu jadinya, duit...siapa tak sayang. Dahlah tu, baru keluarkan tadi pulak tuh. Pencuri tu pun dengan yakinnya siap boleh suruh periksa badan dia lagi. Akhirnya tinggallah kakak tu menangis, dompet, duit dan yang lebih teruk lagi kad atm untuk keluarkan duit pun dah diambil sekali. Apa yang termampu buat report polis tapi apa sangat polis boleh buat. Ini bukan sekolah menengah yang boleh buat spot check seorang demi seorang. Kalau nasib baik ada orang serah. Kalau tak?

Belum pun lagi bahang cerita tu reda, kawan saya pula hilang duit. Ada la... dalam jumlah 1000 rubel( lebih kurang 100 lebih ringgit malaysia). Sedih tengok keadaan dia. Nasib yang sama, pencuri tu curi sekali dengan kad atm. Nasib baik dia ada kad BSN. Katanya, pencuri tu nampak dia keluarkan dia keluarkan dompet dalam trolleybus. Sedar2 jer waktu sampai kat bilik dompet dah tak ada. Ada banyak lagi kes seumpamanya, ada yang hilang dalam pasaraya, dalam pasar dan macam-macam lagi. Tak tahulah kenapa perkara macam selalu sangat berlaku. Abang dengan kakak cakap orang Russia pandang kami kaya sangat. Sebab tu selalu jadi sasaran penyeluk saku. Macam-macam nasihat diberi
-Jangan letak dompet dekat belakang seluar,letak depan seluar.
-Jangan keluarkan duit dekat tepi jalan, keluarkan duit dalam pasaraya.
-Jangan guna handset dalam trolleybus atau dalam mashrudka, nanti jadi target.
-Jangan bawak kad atm sekali dengan dompet, simpan dekat bilik.
-spread your money jgn biarkan dekat satu tempat je. Tapi yelah, malang bukannya berbau. Kalau dah kena nak buat macam mana. Saya sendiri tak tahu nakbuat apa kalau kena pada saya. Ya Allah minta2lah dijauhkan. Yang penting kita ambillah langkah pencegahan sewajarnya. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau nasi dah jadi bubur. Sampai kucing bertanduk pun tak boleh lagi kita dapat dompet tu.

Khamis, Disember 16, 2004

Sabar Fadly sabar

Sudah menjadi tradisi setiap tahun bila menjelang tahun baru, pelajar-pelajar tahun pertama akan membuat persembahan. Sukacita (agaknya) dikatakan saya tidak terkecuali dan yang lebih membanggakan (agaknya) kalau kumpulan lain buat persembahan berkumpulan menyanyikan lagu Russian’s Folk Songs, saya dimintakan menyanyikan lagu pop Russia secara solo dengan iringan piano dari kumpulan yang sangat popular sekarang ini di Russia; Korni.
Asalnya begini, pada asalnya saya dibenarkan untuk menyanyikan lagu Inggeris (Dreams-Diana Degarmo) jadi saya tak ada masalahlah kalau menyanyi solo. Malangnya kami menghadapi masalah dengan format lagu yang tidak compatible jadi sebagai jalan penyelasaian setelah beberapa kali mencuba akhirnya keputusan dicapai supaya saya menyanyikan lagu Russia. Saya sangat takut sebenarnya, Bahasa Russia saya belumlah terlalu bagus untuk sampai ke tahap ini. Sewaktu saya terima lirik lagu dari Lecturer saya (Nadeshda Urivna), hati ni masih lagi tertanya-tanya “Boleh ke aku bawak lagu ni?” Tapi bibir masih lagi mengukir senyuman. Mulut masih boleh menjawab bila ditanya (

equvailance sounds in english kalau tulis tulisan Russia siapa faham)
“Vi ranvitsa eita pes nya ”(Awak suka lagu ni?)
“Da, Mi niyeh ochin ranvitsa”(Ya saya sangat suka)

Saya diberikan masa seminggu untuk menghafal dan menyanyikan lagu ini dengan betul, waktu tu sangatlah susah, saya kena dengar berkali-kali untuk dapatkan melodinya kemudian berpuluh-puluh kali untuk sebut dengan betul. Ada satu part dalam lagu tu sangat laju, terbelit lidah ni nak menyebut. Vokal dengan penghayatan jangan ceritalah, itu saya selesaikan terakhir sekali sebab dia memerlukan tangan yang begitu cekap pula untuk menyelak kamus. Pada minggu berikutnya, sampailah masa untuk saya menyanyi di depan lecturer saya. Saya tak dapat menyanyi banyak pun, baru beberapa baris

“Fadly yes ashipka!”(Fadly there’s a mistake!)

Waktu tu bukan salah saya menyanyi tak sedap pun tapi sebab salah sebutan, saya tak berbunyi seperti mana orang russia sebut. Waktu itu kenalah saya menyebutnya berkali-kali sampai puas hati dia kemudian disuruh ulang semula lagu dan beberapa baris selepas itu ada lagi silapnya dan proses berulang semula. Kawan-kawan saya semua terdiam tak tahu langsung apa nak dibuat. Apa yang saya dengar diorang cakap sesama sendiri “susahnyer!”. Lagi sadis ada yang yang tunduk bawah tak sanggup tengok apa yang saya kena seolah-olah macam saya kena seksa.

Tapi saya sendiri rasa sedih, bukannya sebab rasa cikgu kejam tapi sebab penat dan letih. Yang pastinya saya tahu cikgu buat ni untuk kebaikan juga sebab cikgu kata nanti waktu konsert nanti ada student russia, lecturer russia, diorang tahu apa yang saya nyanyikan dan diorang tahu kalau ada yang salah,daripada digelakkan nanti baik bersusah sekarang kan? Cikgu gariskan perkataan-perkataan yang saya kena berlatih lagi sebutannya. Saya tak nak hampakan orang yang dah letakkan harapan. Saya tahu risikonya tinggi tapi tak apa saya tak nak fikir lagi tentang apa yang bakal terjadi. Apa yang penting saya kena kuatkan semangat, jangan putus asa. Kalau cikgu sendiri tak yakin dengan saya dia takkan bagi lagu ini pada awalnya. Come on Fadly...! You can do it! KAWAN2 SOKONG SAYA KEY!!! I really need it at these moments.