Khamis, Disember 30, 2004

Gegar!!??

Betul-betul tak percaya. Baru je semalam saya beritahu lecterur saya yang Malaysia tiada gempa bumi, baru je semalam saya belajar perkataan zimlatiniyeh(earthquake) dalam kelas Russian. Alih-alih malam esoknya, waktu tengah sibuk hafal foramen-foramen basis cranii, tiba-tiba kawan masuk:

“Wei! Dengar nih! Ayah aku kata Malaysia kena gempa bumi!”

DUP! gegar rasanya jantung ni, Sudahlah duduk jauh di perantauan, tiba-tiba dengar negara sendiri dilanda bencana. Siapa tak takut...Terus SMS ayah dekat Malaysia. Ayah pun mengiakanlah-katanya Pulau Pinang paling teruk, ramai mati katanya. Lepas dengar dari ayah sendiri dengar pula dari ayah orang lain cakap-katanya seluruh Pulau Pinang disimbah air.

Apa pendapat saya?

Malaysia jadi popular tiba-tiba. Dulu waktu Terengganu dengan Kelantan banjir, Malaysia dah masuk berita Russia tapi kali ni, terus dapat masuk front paper even though tumpang nama Indonesia dengan India sekali. Malaysia pun dah semakin terkenal. Lecterur pun selalu tanya macam mana keadaan dekat sana. Bangga? Seronok? Tak pula sampai macam tu; Rasa simpati? dan takut? ada jugak. Preview yang ditunjuk dalam berita tanpa sebarang komen. Teruk jugak rupanya bila tengok banyak bangunan runtuh dekat Acheh. Mayat bergelimpangan. Air memenuhi jalan.Ada jugak rasa takjub sebab tengok ada masjid tiba-tiba kekal utuh berdiri. Kuasa Allah...

Siapa sangka kan? tempat yang disangka selamat pun dilanda bencana. Tempat yang dijangka tiada gempa bumi pun boleh kena kesannya. Saya ingat lagi dulu waktu saya belajar Kajian Tempatan dengan Geografi, Malaysia tak masuk dalam red zone, dengan kata lain aman makmur tanpa ganguan tapi bila dah berlaku semua terdiam. Bila Allah kata jadi maka jadilah. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya.

Teruk tak teruk saya tak tahu, orang di Malaysia lagi mengetahui rasanya. Tapi kalau preview tak keluar dekat berita rasanya tak teruk sangat kot? Mungkin Allah nak kita muhasabah diri semula agaknya. Baik sedar awal-awal daripada terlambat.

Rasanya kalau Mercy ada buat operasi membantu di Acheh, terasa sangat nak pergi. Hati ni rasa meronta-ronta nak hulurkan bantuan. Tapi bila tengok balik, exam final pun belum lepas lagi, anatomi pun banyak lagi kena belajar, surgery, histology,physiology pun belum belajar lagi; tangguh dululah niat.

Saya kemudian tarik nafas panjang, pandang bawah dan saya pun terus buka buku, sambung balik hafal nama foramen; esok cikgu nak tanya....

Tiada ulasan: