Khamis, November 08, 2007

Autumn Retreat 07 KUMOSC (Pandangan Orang Jauh)

Nama Moscow bukan satu nama yang baru bagi saya tetapi untuk berada di sini 3 hari lamanya walaupun malu untuk dikatakan tetapi inilah kali pertama. Meski perjalanan yang agak jauh memakan 2 jam 45 minit dan intonasi bahasa Russia org Mosckovich yang sedikit berbeza (seperti yang cikgu saya cakap: Ani vistra gavarit kak ani kusayut bukva) laju dan kurang berintonasi, ditambah dengan kejutan kesejukan dari selatan ke dataran utara ini. Namun, apalah semua itu berbanding dengan sambutan penuh ikhwah dari warga Malaysia di sana dan semangat berkobar-kobar untuk ke Autumn Retreat(AR) 07 Kelab UMNO Moscow yang nyata memanaskan dan menselesakan keadaan. Buat sementara, sungguh saya terasa menjadi penuntut di sana.

Program disambut dengan salji-salji putih menghiasi persekitaran. Tanpa angin, salji tersebut nampak cantik terletak di atas pohon.

"Ini bukan autumn retreat, kena tukar jadi winter retreat ni" seloroh masing-masing, kami yang lain hanya ketawa beramai-ramai.

Program dimulakan dengan baik. Bermula dengan hadis Logam, Afiq berjaya menyampaikan bahagian mukadimah dengan jelas. Walaupun pada awal peserta nampak keliru tentang pengenalan tentang penyatuan Islam sebagai satu bangsa juga perbezaan antara Islam (Nama) dan islam(perbuatan menyerah diri). Namun ia menjadi semakin jelas lebih-lebih lagi apabila penekanan tentang perlunya memahami Islam itu dengan hati, betapa kefahaman itu lebih penting dari hanya memiliki ilmu semata-mata. Saya juga berpuas hati dengan penerangan sunatullah dan kaitan yang berjaya dibuat kepada sejarah dan situasi kini. Tertarik juga dengan analogi putih dan kuning telur yang begitu banyak maksud yang boleh diberikan hanya dengan satu contoh mudah. Sessi yang mengajak kita banyak berfikir dan Afiq memang berjaya mengeksploitasi pagi segar itu untuk diguna sepenuhnya.

Langsai solat Zuhur dan makan tengahhari, program diteruskan oleh Mustaqqim. Sungguh saya risau kalau bahagian ini gagal mencapai perhatian peserta kerana fokusnya 'Sejarah'. Namun nyata, Mustaqim bijak dan pakar menyampaikan sesuatu yang rumit itu menjadi begitu ringkas dan menarik. Lawak-lawak sederhana diselang seli dengan cerita-cerita membawa saya setia sampai ke hujung. Garis masa dan perkaitan masa bermula dari Nabi Adam hingga ke Ibrahim, pecah kepada ishaq' dan ishak, pergi ke Rasullah, Khalifah Arrasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah hingga Turki Uthmaniyah sangat jelas. Nyata Mustaqqim sangat bersedia dan penuh dengan kelengkapan.

Pada pengakhirannya, saya dikejutkan dengan penukaran gaya percakapan Mustaqim, suasana dari pengajaran tiba-tiba bertukar menjadi serius. Hakikat zaman kini yang digambarkan oleh Mustaqim benar-benar menyedarkan hati. Umpama tersentak dari lamunan, minda saya diketuk beberapa kali dengan peranan kita yang sebenarnya. Sekali dia senyap, satu dewan semuanya senyap: sedar kesemuanya dengan kesilapan langkah kita selama ini.

Saya sendiri menutup sessi dengan hadith Ghulam, saya serah komennya pada peserta sendiri namun sambutan mengalakkan pada perkara yang saya sampaikan walaupun sudah hampir 10 jam berprogram ikhlas amat mengharukan saya. Nyata peserta terdiri dari orang yang tinggi-tinggi semangatnya.

Luar dari dewan, saya sangat suka dengan suasana yang dipamerkan. Penjagaan solat jemaah pada waktunya, makan penuh adab, tiada kroni-kroni yang nampak: kesemuanya dari tiga buah universiti sama-sama bertukar-tukar cerita. Batas lelaki dan perempuan yang dijaga. Betapa indahnya, majlis yang diberkati Allah ini.

Kalau ada pun yang perlu dibaiki, mungkin pada masanya. Saya rasa program ini agak terkejar-kejar kerana mulanya agak lambat. Kemudian, mungkin juga bahan-bahan anti ngantuk lebih perlu diberi perhatian selepas ini,mungkin lebih santai rasanya. Kalau ada teh panas atau kopi lagi menarik mungkin (hehe). Apa-apapun saya lebih suka untuk berpuas hati dan mengatakan program lebih kepada berjaya.

Maka keesokannya, setelah sekali lagi disambut dengan salji memutih di luar. Juga setelah makan nasi goreng kampung yang sangat special lagi sangat sedap. Saya pulang dengan hati yang sangat tenang dan doa yang tak putus-putus semoga Allah kurniakan kefahaman dan limpah rahmatnya kepada anda semua. Pengalaman tiga hari di Moscow yang saya kekalkan dalam ingatan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Kalau ada teh panas atau kopi lagi menarik mungkin (hehe)"

**penyampai yg sgt mengejutkan org dr ngantuk...dan suka provoke org~ hehe...tahniah.

salam..hari tu mmg nak buat teh o panas2 dah...
tapi pakcik jaga tu x bg kami masak air...sob. sob
minum air mineral je...tp itupun..mcm x menarik perhatian ramai..

p/s: jemput dtg lg ke moscow...

fadly khairie berkata...

salam, tak ada air panas pun takpa, pihak penganjur dah cuba yang terbaik, itu lebih dari bagus..

Tapi saya ada minum air semacam air teh dalam jag lewat petang tu, dari mana pulak dia datang?

Mohd Hazreen Rashid berkata...

salam...
jauh ko datang fadly, thanx banyak2...semoga rm700 ko diberkati Allah...
tapi aisehman, kalau ko bleh citer hadis ghulam banyak2 lagi kan best...
lain kali buat retreat2 lain jemput la datang lagi...

amnah my. berkata...

salam fadly..

terima kasih atas penyampaian yang cukup mantap hari tu.. masing2 seolah-olah terbangkit dari tidur.. pembahas la katakan.. tahniah.. semoga diberkati..

betul kata ahli sihir tu.. hari tu nak buat teh panas tapi tetiba pakcik tu tak kasi nak masak air.. takde rezeki korang nak minum teh panas..

fadly khairie berkata...

hazreen: uish jgn dicerita 700 tuh, nnti lain pulak bunyinya nnti..btw panjang dan pendek bnd tuh takder masalah yg penting kefahaman kita

kak amnah: sama-sama

ainihanan berkata...

fadly, kau bercakap hari tu mmg best la. x sempat nak mengantuk pun :P