Selasa, Mac 30, 2004

I'm Back~Saya kembali bah!~

Alhamdullilah setelah 2 minggu berhempas pulas,berfikir puas di sabah akhirnya habis jugak kursus kepimpinan tun razak. Saya rasa semua orang mesti kata apa ada dalam 2 minggu?, sekejap jer kan...

tapi bagi saya 2 minggu itulah yang menjadikan kursus ini bermakna. Kalau nak di describe secara keseluruhan kursus ini anda boleh anggap sebagai mini khidmat negara. Kalau negara baru mengazetkan perkara ini tahun ini, yayasan tun razak lebih ke hadapan dengan mengaplikasikannya sejak tahun 1993. Namun, apa yang menjadikan ia lebih menarik adalah pada pendekatannya. Apa istimewanya? Penulisan saya akan menjelaskan segalanya.

Secara umumnya kursus ini diadakan di 4 tempat utama; Beringgis Beach Resort, Outward Bound Sabah, Sekolah Kebangsaan Tombovo, Papar dan Hotel Sutera Harbour. 1 minggu lebih di beringgis beach resort, 3 hari di Outward Bound Sabah, Khidmat sosial di sekolah kebangsaan tombovo dan 1 hari 1 malam di Hotel sutera harbour untuk majlis penutup. You might think that we been pampered, well u may be right besides I think the same way that memang kami dimanjakan. Berkursus di resort dengan penginapan di chalet memang tak mengambarkan seperti sedang berkursus mungkin istilah bercuti lebih sesuai digunakan. Besides, pihak yayasan telah membelanjakan lebih kurang 250 ribu ringgit untuk kursus yang hanya melibatkan peserta sebanyak 70 orang. Satu jumlah yang besar yang kalau dibelanjakan untuk kursus khidmat negara boleh melengkapkan beberapa pusat latihan yang belum siap. TAPI... ada banyak perkara yang menyebabkan ia istimewa hinggakan peserta yang mengikuti kursus khidmat negara ada yang diberi keprcayaan untuk penangguhan kerana kursus ini.

Perbelanjaan yang besar datang dengan kepercayaan yang tinggi. Lainnya kursus ini Fasilitator2 kami panggil abang, kakak, uncle, atuk dan opah (haha!) Sama sekali jauh berbeza dengan kursus lain seperti BTN yang mana tunjuk caranya perlu dipanggil tuan dan sebagainya. Malahan kami semua sentiasa diingat tentang kelebihan yang diberi. Namun kelebihan yang diberi datang bersama tanggung jawab kebanyakan aktiviti kami kendalikan sendiri. Kami ada sekretiat sendiri yang ditugaskan menjaga hal2 riadah, kerohanian, protokol dan sebagainya.

Seawal 4.50 pagi kami kena bangun memandangkan subuh di sini pukul 5.06 pagi, Sembahyang tidak dimasukkan dalam jadual jadi sekretiat kerohanian kami kena mennyediakan jadual imam dan bilal serta gerak subuh yang akan ke chalet2 mengejutkan subuh. sekitar 5.45 pagi kami akan melakukan riadah. Oleh sebab resort tepi pantai most everyday kami akan jogging di tepi pantai ditemani matahari yang baru terbit...hehhe dan masih lagi dikendalikan oleh kami sendiri, fasilitator datang ketika kami mula mengadakan game iaitu sekitar 6.30 pagi. Habis riadah, kami akan bersarapan sekitar pukul 7 pagi. Pukul 8 pagi hinggalah seterusnya kami mendengar ceramah yang kebanyakannya tentang undang2, perlembagaan, kenegaraan, stress management, negotiation skill, nilai2 pada Tun razak yang mostly disampaikan oleh prof dari UMS dan arkib negara. Later on, kami ader jugak bengkel dan LDK. Petangnya ada riadah yang masih lagi dikendalikan kami. Yang menariknya satu jam sebelum maghrib kami ada perlepasan ke pantai atau swimming pool! :)

Waktu kuliah maghrib antara waktu yang saya suka sebab waktu inilah boleh dengar sesuatu yang menarik yang tak pernah saya dengar melalui kuliah maghrib sebelum ini dan yg tambah menarik ia disampaikan oleh peserta sendiri. waktu inilah kami boleh dengar persepsi peserta terhadap ceramah yang telah disampaikan, salah silap apa yang mereka cakapkan, salah silap apa yang kami buat mahupun menyentuh sistem pentadbiran yang ada sekarang. Waktu malam biasanya kami tidur pada pukul 10 malam...tetapi sewaktu di akhir2 kursus biasanya 12 atau 1 pagi memandangkan masing2 sibuk dgn persembahan penutup. Besides masing2 dah semakin rapat, kacau mengacau guna telefon semakin kerap berlaku. Waktu nilah dengar orang lelaki menyamar jadi perempuan, orang nyanyi dalam telefon tak pun perempuan mengilai. Ini semua kerje peserta yang kadang2 dgn restu penghulu sendiri.

Di Outward Bound Bound Sabah, kami menjalani aktiviti luar seperti flying fox, high ropes,low ropes, wall climbing, orientering, night line, berkayak so on and so forth. Waktu nih laa kepimpinan yang ada diuji bukan sekadar untuk meminpin tetapi juga bersedia untuk dipimpin. Frankly, this is the time when all peole get together and know each each other making the remains day as some to be to be avoid of. Waktu ni saya respect Mimie (girl participant) people say she can't do it but despite her physical appearance she proves that she is not someone who can't be trusted and that brings shock to the whole camp.

Ada satu hari kami kene buat khidmat sosial di sekolah kebangsaan tombovo. kami kene gali parit buat longkang dekat saner. waktu nilah tangan saya kene cangkul waktu pecahkan batu. waktu ini juga melihat cara kami bereaksi dgn keadaan org pedalaman, sincerely kami sendiri tak sangka ketika malaysia yang sedang pesat membangun masih ada lagi sekolah yang masih berdinding kan kayu dangan atap yang berkarat. Satu2nya bangunan berbatu adalah tandas dan makmal komputer yang nampak kemas berkunci.

Selang beberapa aktiviti di sana kami turut melawat beberapa tempat di Sabah, mengenal budaya dan keunikan di sabah. Misalnya, kami ke monsopiad cultural village, gunung kinabalu, Tamu kota belud, Poring Hot spring so on and so forth. Best jugak ke saner, tapi yang lagi best makanan semasa di luar which is mostly seafood chinese style.Fuh! maner diorang dapat duit bebanyak nih..Also thanx to opah kami sumer dapat beli mutiara,gelang,cincin at the very low price.

Sutera Harbour Hotel, Kami tak lama disini. Just 1 hari untuk majlis penutup dan bermalam di sana. This is first time I come to 5 star hotel and 1st time being as the MC for a ceremony which involve dato2 datin2 tan sri2. Tapi duduk di sini tak terasa nikmatnya memandangkan ini hari terakhir...masing2 byk menghabiskan masa berjalan2 berbual memanfaat masa sebelum masing2 berpisah.

Di sebalik kemewahan yang ada??

Sungguhpun apa yang dibelanjakan terlalu banyak untuk kami tapi saya rasakan berdasarkan apa yang berlaku di sana adalah berbaloi. this is the first time saya tengok penglibatan yang begitu aktif dikalangan peserta. Sebut saja siapa nak beri soalan siapa nak bagi pendapat tak putus2 tangan mengangkat. Pendapat bukan calang2 pendapat. Most Of them is valuable that u think that u have to write it down..

" Masa pemimpin adalah masa rakyat"
"Pemimpin bukan sekadar tahu memimpin tapi juga bersedia untuk di pimpin"

Satu perkara yang menakjubkan adalah reaksi mereka terhadap isu sekeliling: tentang isu islam yang diperkatakan pak lah, tentang pend seks, sekolah wawasan or even tentang khidmat negara itu sendiri, media massa. especially sewaktu kami adakan sessi debat Parlimen. Saya jadi YB teluk intan waktu itu. Paling best bila dgr YB Kubang Pasu(Zaki), Ipoh Timur(Dong), Jenderak(Zaffan), Wangsa Maju(Aida) dan yang lain2 Fuh! Terasa macam dalam parlimen sebenar.

Peserta juga jenis orang yang boleh disuruh buat apa saja. Cakap jer jadi MC, imam, penyambut tetamu, kuliah maghrib, director persembahan, conductor koir, pembahas, penyajak semua boleh...

Actually ada banyak yang pihak yayasan harapkan tapi beban itu tak terasa kerana masing2 tahu jalankan tugas. masing2 tahu bukan seorang sahaja yang harus menonjol.

Satu perkara yang perlu dipuji adalah perpaduan yang wujud. meskipun kami datg dgn latar belakang yg berbeza namun keharmonian itu wujud malah sensitiviti agama dibincangkan secara akademik tanpa menyakiti hati mana pihak2.

"Semua sayang Ali...!"ayat yg paling saya ingat yg menyatu padukan kami semua

Gossip? hi tak usah cerita lar.. Berlambak...sama bangsa, lain2 bangsa, semenanjung dgn sabah. semua ader...kedah dgn sarawak, perlis dgn sarawak, N9 dgn kelantan. so on and so forth. Fasi kami kata perkara ni logik sebab ader Alumni kami yang memang dah kawin sesama ahli kursus, erm cantik pandai sama2 berkepimpinan..hi maner nk dpt lagi? apapun saya tak camtu, saya tetap FOKUS...FOKUS...

Satu perkara yang sentiasa saya akan ingat adalah kawan2 yang saya dapat dr sana. Saya bukan sekadar kenal kawan satu rumah tapi juga semua 70 org yg ader di sana with a lot detail of themselves. At first saya fikir what sort of relationship u can build in just 2 weeks. Tapi sebab keikhlasan masing2, 2 minggu terasa ada maknanya. kami kene marah sama2, gelak sama2, bantu rakan sama2 without leave anyone behind.

Kami bukan sekadar di ajar untuk menjadi warganegara yang baik tetapi juga pemimpin yang peka dgn isu rakyat, etika dan apa yang perlu kami perbaiki pada negara ini pada masa akan datang. Kami didedah kan dgn kelemahan masyarakat, masalah press, undang2 dan sebagainya.

Sincerely, just pour it down by word it's not enough. You'll never know unless you were there seeing us by yourself. Tapi itulah ceritanya, yang tak boleh saya lupa sampai bila2. For the next incoming, saya akan kongsi apa yg saya belajar disana especially about how to handle situation, making perception, negotiation and shape ur self..

Tiada ulasan: