Sabtu, Februari 25, 2006

masak oh masak...

Semua orang boleh memasak.Ia memang tak boleh dinafikan. Walaupun masakan itu hanyalah sekadar telur goreng anda masih dikira sebagai tukang masak yang memasak satu masakan.

Semua orang kata saya tahu memasak, semua orang ingat saya selalu memasak. Tapi tak ramai pun yang tahu yang saya belajar memasak betul2 sebelum saya fly ke Russia. Betul! Saya tahu apa itu apa, betul-betul sebelum menjejakkan kaki ke sini. Saya mencuba tanpa memberitahu sesiapa pun yang itulah kali pertama saya memasak dan siapa sangka kadangkala ia berjaya.

Bagi sayalah memasak itu seronok tetapi nak menyediakan bahannya tu sedikit sakit. Lagi sakit kalau semuanya kita lakukan seorang diri.

Ia seterusnya membawa kita kepada cerita saya pada sem baru ini. Tak tahu apa yang berlaku tiba-tiba berlaku rombakan pada group makan kami: beberapa orang membuat keputusan untuk masak sendiri mengurangkan ahli yang sedia ada. Bila tengok ramai yang keluar saya sendiri rasa ada tendensi yang kuat nak keluar. Lagipun dah setahun lebih dah memasak, saya rasa yang saya mampu untuk masak sendiri.

Bukannya apa, sebab nya sangatlah jelas, pengurangan ahli akan menyebakan kami tak ada pilihan lain:samada memulakan cycle ataupun menetapkan setiap hari akan ada seorang yang akan masak secara SOLO. Sakitnya bila kita perlu memasak sorang-sorang. Kalau orangnya sedikit tak apa, tapi ini 8 orang dengan selera yang masya Allah dahsyatnya. You have to cook a pot full of rice then berlari-lari potong ayam yang perlu difrozekan dahulu, kupas dan potong bawang merah, bawang putih, halia yada2 Then kalau ada yang nak ditumbuk, digiling ker atau diblend kene settle dulu.Itu belum dikira dengan santan dgn remapahnya yang nak dicari.Then kene kacau pulak seperiuk besar makanan.Lepas tu, fikir pulak apa yang dibuat untuk second dish. Nak tak nak habis sahaja masak nak tak nak terus terlantar penat.

Tapi bak kata kawan saya "stay lah dalam group, dapur kita tu kecik, periuk belangga pun bukannya banyak kalau ramai yang memasak tambah semak je dapur tu, kalau ramai yang rajin mengemas tak apalah".

Jadi saya membuat keputusan untuk stay dalam group. Setelah dibincang-bincang akhirnya saya amik satu hari yang saya kira ok lar bagi saya. Kalau nak dikira teruk jugak, hari tu baru lepas ruski 3 jam yang sangat memenatkan, ditambah pula saya perlu kejar masa untk siap memasak sebelum sembahyang jemaah supaya semua dapat makan dan setelah habis semuanya saya kena pastikan yang saya masih ada tenaga untuk study Biochem yang perit dan tinggi darjah kesukarannya. Namun, memandangkan kelas kami yang balik paling awal hari tu dan saya rasakan kalau diberikan pada orang lain ia mungkin lebih sukar, saya rasakan sayalah yang boleh menyahut cabaran ini setiap minggu maka saya ambillah hari tersebut.

Ikhlas saya katakan setiap hari khamis, habis saja memasak saya penat yang keamatan. Harap2 alah bisa tegal biasa. Waktu tengah memasak tu, terbayang pula mak yang selama nih balik jer kerja terus je memasak agaknya macam nih agaknya penatnya.

Tapi macam mana pun bagi saya, kalau memasak kita tak boleh cincai. Ada ke benda yang kita nak makan kita buat semborono je. Bukan tak pernah saya masak tak jadi, tapi setiap kali orang komen saya ingat, setiap kali orang masak saya tengok dan bila saya masak, saya recall balik semua tu. Saya recall yang orang nih nak macam ni, orang nih kata macam ni, orang tu kata macam ni. Satu kepuasan bagi saya kalau masakan saya habis dan lagi bagus kalau ada orang kata sedap.

Tapi memasak bukannya mudah.Sebab itu bak kata mak saya kalau makanan itu sedap jangan lupa memuji tapi kalau ada kurangnya diamkan saja.

Saya rasa satu rasa hormat yang sangat tinggi perlu diberi kepada ibu2 baik suri rumah ataupun bekerja yang senantiasa setia memasak untuk keluarganya sebab walau penat manapun otak mereka berfikir atau otot mereka bekerja tapi masakan mereka tetap sedap, tepat dengan selera suami dan anak-anak.

Kalau nak tahu kenapa kadang-kadang bila kita tanya kat mak macam mana boleh masak sedap dan mak kita hana menjawab sengan senyuman. Mungkin inilah yang dikatakan 'Cooking with love' atau 'Memasak dengan kasih sayang'

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Seriously aku tak tahu memasak...
Aku pun tak pernah memasak b4 ke Russia nie..
kecuali goreng telur, masak Maggi(tu pun fail kat KYS dulu masa aku kena buatkan Maggi goreng utk senior aku.. malu kena gelak giler2), Goreng Fries & Masak Nasi....
Yang aku masak semua tu cincai2 je sebenarnya, ikut instinct je...
hehehe... ok la.. chef! nanti masakkan aku lagi ye kat Malaysia nanti~

fadly khairie berkata...

hehe yelah tuh afiq...

aku tk kesah pun masak utk ko but 1 dy aku nk jugak ko msk utk utk ek..hehe