Kalau tidak 5, anda dapat 4. Kalau tidak 4 anda dapat 3... Tiga markah menentukan hidup dan mati! Tidak adil bukan?
Itulah hakikat peperiksaan di Russia. Keadaan lebih membimbangkan apabila perkara ini masih diaplikasikan walaupun kursusnya PERUBATAN dan lagi merisaukan apabila yang menjadi mangsa keadaannya adalah pelajar-pelajar Malaysia.
Mereka ini membesar dalam asuhan sistem pendidikan yang walaupun setelah mana diubah, tetap masih berorientasikan peperiksaan. Inilah yang dialami oleh kami semua yang kini sampai ke bumi Russia atau lebih spesifik lagi Volgograd.
Biar saya jelaskan keadaan...
Sistem peperiksaan Russia sama sekali berbeza dengan sistem peperiksaan negara lain. Kami perlu menjawab soalan secara lisan, sebelum peperiksaan anda akan diberi lebih kurang 200 lebih senarai soalan (yang sebenarnya merangkumi silibus satu buku tebal penuh).
Bila tiba harinya, anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Diberi satu tiket yang ada 3 soalan panjang. Kemudian anda duduk di meja peperiksaan dan diberi pula masa 10-20 minit masa persediaan. Anda menulis sedikit isi-isi penting dan tidak lama kemudian di panggil pensyarah. Setelah berperang mulut dengan pensyarah, dihujani pula dengan soalan-soalan tambahan. Akhirnya, pensyarah tersebut akan menulis markah.(sambil hati anda berdebar-debar, mencuri-curi tengok)
ATLICHNA-excellent (5)
HARASHO-good (4)
UDOVLETBARITYELNA-satisfactory (3)
*Kalau gagal, markah tidak ditulis. Buku zacyot dipulangkan dan anda disuruh mencuba pada hari yang lain.
Hendak dijadikan cerita pula, keadaan tambah menarik sekiranya anda mendapat semua markah 5 untuk tiap-tiap pelajaran (biasanya 3-5) bagi semester tersebut anda akan mendapat anugerah dekan dan dipanggil ATLICHNIK.
Tambah merancakkan lagi keadaan, anugerah ini datang dengan darjah masing-masing; jika cukup 3 kali berturut-turut anda mendapat darjah pertama yang paling tinggi dan akhirnya jika ini kekal, anda bakal mendapat KRASNI DIPLOM (DIPLOM MERAH) pada akhir pengajiaan.
Apa masalahnya?
1. Nilai 5 (ATLICHNA) itu sendiri
Banyak mengatakan 5 itu segala-galanya. Umpama nyawa yang perlu didapatkan. Bila anda mendapat 5, anda dikatakan sebagai pandai dan hebat. Boleh menjawab semua soalan-soalan hebat pensyarah walau macam mana tegas pun dia.
Ada juga yang mengatakan 5 itu kadang kala nasib sahaja. Kebetulan kita dapat menjawab dengan pensyarah kita, cakap sikit-sikit pun boleh mendapat 5. Jadi pelajar kesayangan pensyarah pun boleh juga membantu.
2. Tujuan belajar itu sendiri
Sememangnya kalau sudah namanya masuk ke universiti, mestilah niatnya untuk mencari ilmu. Namun bila orang terkejar-kejar 5, timbul persoalan: Nak cari ilmu ke? Nak dapat 5?
Nanti kalau sudah terbiasa sangat belajar mencari 5. Takut-takut bila kerja nak mencari duit semata.
3. Nilai Usaha itu
Orang yang mendapat semua 5, biasanya tidak banyak dipersoalkan. Secara muktamadnya dia orang berjaya.
Yang menjadi hal antara mereka yang tidak. Golongan ini akan diadili
“Aku dah baca semua dah, tapi kenapa dia nak kasi aku markah 4/3?”
“Cikgu tu memang! Aku tak salah apa-apa pun di bagi 4/3!”
Pengadilan semakin berat apabila
a. keluar sahaja dewan peperiksaan ( setiap sessi hanya boleh memuatkan 10-15 orang), mereka yang menunggu semua bertanya:
“Eh dapat berapa tadi?”
Kalau anda menjawab 5
Balasannya mungkin: “wah tahniah, hebatlah kau!”
Kalau anda menjawab 4
balasanya mungkin ‘diam’ sahaja. Perkara ini bukan salah sesiapa sebenarnya. Orang yang bertanya mungkin diam kerana itu sahaja yang mampu di buat tetapi tidak dapat dielakkan juga, orang yang mendapat 4 terasa bahawa yang bertanya itu mesti sendiri merendah-rendahkan dirinya kerana berdiam diri.
Namun, untuk perkara ini dibincangkan lebih dalam sebenarnya agak klise kerana hakikatnya bila sampai saat-saat akhir apa yang ada dalam fikiran masing-masing adalah untuk segera pulang ke Malaysia. Sungguh! kalau mengikut perangkaannya tidak sampai 1% pelajar yang tidak balik ke Malaysia tahun ini.
Tepuk dada tanya selera, manusia tidak pernah puas itu yang pasti. Kami kembali semula ke Malaysia, mendapat nafas baru dan semua bersemangat semula bila sampai semester depan nanti =)
3 ulasan:
ada juga dapat 5 tapi dipersoalkan..betul ke dia layak dapat 5 itu?kata2 "wah,hebatlah kau" mungkin hanya tindakan reflex untuk menjaga hati.eheh..apa2 pun aku tetap respek orang yang berusaha dan aku rasa layak dapat 5 walaupun mendapat 4..
P/s: err..aku termasuk dalam 1% tu kan?huyoo..bangga giler.haha
salam fadly,
walaupun ni entry lama, tp bru ni akk baca. hri tu skip. hehe. akk suka psl kupasan ni. ada jgk yg rasa terkena kt batang hidung td. tp yg psl krasni diplom tu, ntah la akan dpt ke x..dh d border line dh skrg ni. mcm x kn dpt je..mcm2 bleh jd dlm masa 2 thn ni.
apa2pun, all the best!
alhamdulillah,fikrah yg baik..jika kita bersungguh utk buat yg terbaik membentangkn apa yg diketahui dlm ms bbrp tahun ni di hadapan manusia yg hanya mengadili kita dalam bebrapa minit..bagaimana keadaan kita bila amalan spjg hidup kita kita,zahir dan batin dibentangkan di hadapan Allah yg Maha Adil dan Maha Mengetahui..ayoh kengkawan,bersungguhlah dalam bermuhasabah,bersungguhlah dalam berusaha..final result kita di akhirat kelak!
Catat Ulasan