Matlamat tetap tidak menghalalkan cara. Sesuatu yang buruk tetap tidak boleh menjadi sesuatu yang baik cuma kerana kita mencampurkan dengan perkara yang mulia. Macam air yang bersih kalau dicampur dengan lumpur tetap menjadi keruh, bukannya sebaliknya.
Orang kata kita marah sebab kita sayang. Mak kita marahkan kita sebab dia sayangkan kita, dia mahu kita jadi orang yang baik, anak yang soleh, manusia yang berguna. Kalau atas dasar inilah yang dijadikan sebab untuk perjumpaan hari ahad itu dilakukan maka sekalung tahniah diberikan kepada penganjur. Usaha untuk merapatkan ukhwah memang harus dipuji dan dituntut lebih-lebih lagi kita sebagai satu kumpulan masyarakat yang kecil khususnya dan Islam umumnya.
Namun realiti adakah seindah apa yang ditonjolkan. Apa yang penting bukannya idea tapi perlaksanaannya. Ada beberapa soalan yang perlu ditanya pada peristiwa tersebut:
1.) Adakah perjumpaan itu dibuat atas dasar rasional atau lebih kepada rasa marah
2.) Adakah benar Islam diletakkan sebagai sebab utama perjumpaan ini dilakukan.
3.) Adakah perjumpaan ini berbentuk dua hala ataupun lebih kepada pernyampaian daripada satu pihak sahaja.
Ikhlas saya katakan minggu-minggu pertama saya dengan adik-adik ini(lebih elok daripada gelaran junior rasanya), saya sendiri rasakan yang mereka ini sombonglah, tak menegur kami lah, itu lah inilah. Macam-macam kami utarakan. Tapi oleh kerana kami tinggal di sini bercampur dari 2nd year sampailah ke 5th year maka perbincangan berlaku. Tipulah kalau saya katakan tidak wujud unsur-unsur tidak puas hati:
"Aku rasa 1st year tuh sombonglah, jalan bukan nak tegur pun, bukan nak naik atas pun" kata mamat A ni
"Haah aku pun setuju, diorg nih tah hape-hape betul, kalau dah duduk sama-sama nih buat lar cara hidup masyarakat..ini tak"sokong mamat b pulak.
Keadaan menjadi semakin hangat, Alhamdulillah Allah selamatkan segalanya, masih ada yang berfikiran rasional.
"Ala awal lagi tu, diorg sume tak kenal korg. Malu lah tuh. Korang dulu pun awal2 macam tuh jugak. Tgk skrg kita smpi bertepuk tampar dah, makan sama2, gelak sama2"
"Erm btul jugak, kita try lar slow-slow, lama-lama nnti baik lar sumer org tuh"
Dan akhirnya tanpa mengunakan sebarang bentuk senioriti dan hanya dengan ukhwah muslimin, kami yang duduk hostel hidup macam satu keluarga.
Tak ada soalnya siapa yang hidup susah lagi banyak, masing-masing ada masalah sendiri. Kalau senior-senior kata diorang dah hidup susah adik-adik ini pun ada masalah mereka sendiri jugak. Sepatutnya kita kenalah bantu-membantu.
Kalau kita mahukan sesuatu maka kita perlukan beri sesuatu, kalau kita mahukan hormat maka kita perlu tunjukkan hormat. Berikan mereka ruang sebagaimana mereka berikan ruang kepada kita.
Apa yang kurang enak bagi saya. Perkara ini dilakukan sebelum mereka semua kenal antara satu sama lain. Bagi saya ada ketidakadilan disini. Kenapa?
1. Kalau senior kata junior dah tahu nama mereka, soal yang sama diberikan kepada senior. Adakah mereka tahu nama2 junior mereka. Atas hak apa senior katakan yang mereka tak perlu tahu nama junior. Sebaliknya, beban itu diletakkan pada junior pula?. Dalam keluarga misalnya takkan adik saja yang perlu kenal nama abang? mcm mana pula abang? bukan ke yang tua perlu menunjukkan contoh dan teladan atau sekurang-kurangnya biarlah ia berlaku dalam masa yang serentak adik dan abang saling mengenali.
2. Kalau hal salam pula diutarakan. Saya sendiri hairan kenapa kita tak nak memberi salam. Kan memberi salam itu dituntut. Dalam Islam bukankah yang memberi itu lebih mulia. Bahkan memberi salam itu harus je tapi menjawab itu yang wajib. Tapi tak puala saya dengar ada seruan mengatakan bahawa ada keutamaan berdasarkan pada umur. Ikutlah contoh Rasullah s.a.w yang seperti dikatakan oleh sahabat, tak pernah membenarkan orang lain memberikan salam lebih awal dari baginda. Sifat terpuji inilah yang harus kita ikut. Kata nak jadi doktor yang soleh...
Saya agak terkilan perjumpaan ini dibuat tanpa sebarang rujukan kepada kami, orang atau lebih tepat senior yang lebih dekat dengan mereka ini. Bukannya mengungkit tapi kami rasakan kami lebih ada hak. Mungkin nampak mereka senyap tapi ada yang berkata:
"Aku tak rasa orang luar tak layak buat macam tu kat diorg, apa diorg tahu pasal budak-budak ni?. Apa yang diorg buat waktu budak2 nih sakit? ada diorg tanya khabar? ada diorg pergi telefon kan curator? ada diorg bawak pergi hospital? waktu budak2 nih ada masalah awal2 dtg sini. Apa yang diorg buat? ada diorg nak bawak budak2 ni pergi beli barang? ada yg sanggup ikut diorg pergi post office ambikkan parcel? kalau diorg nih tak tahu masak? makan makanan tak betul? ada diorg nak tolong ajar masak? nak masak ker? ada tak? budak2 nih ada masalah dalam pelajaran...ada diorg nak kasi skema? ada yang nak tunjuk ajar? tak ada pun...kitaorg yang buat semua tu, THEN ada ker kitaorg mengadu diorg tak respect kitaorg? takde! kitaorg hidup aman damai bahagia macam keluarga tapi kenapa orang luar nak sibuk?"
Maaf jika bahasanya sedikit kasar tapi sikit sebanyak inilah salah satu yang diadukan. Peliknya Kak Sha 5th year disini pun tak kata banyak, kenapa orang lain yang melatah. Seterusnya membawa kita ke pokok soalan yang sama, adakah ia benar rasional ataupun dek rasa tercabar.
Mungkin tak semua salah diletakkan pada senior, mungkin adik-adik ini tak memainkan peranan mereka. Macam yang saya katakan perhubungan perlu dua hala. Apa salahnya kalau adik-adik ini yang mulakan. Mengapa tidak kan?
Rasanya baik kita berhenti daripada menunding jari. Kalau kita hendakkan sesuatu kita perlu usaha. Kalau seorang lelaki ingin memikat seorg wanita maka dia perlu berusaha.
Kita semua bukannya kecil lagi, tindakan kita perlu difikirkan dalam jangka masa panjang bukan jangka masa pendek.
Maaf untuk saya katakan perjumpaan itu bukan sahaja kesannya tidak lama malah menambah rasa benci junior terhadap senior. Kalau di sekolah mungkin ini berkesan sebab hubungan yang dalam tidak lah sangat diperlukan, sekadar dipermukaan adalah mencukupi. Tapi dalam hal ini, kita melihat pada pembentukan masyarakat yang apa yang diperlukan adalah pembentukan ukhwah, ummah yang ada rasa hormat dan kasih yang amat kukuh didalam jiwa.
Dan ini saya katakan tidak boleh datang sekelip mata, kita sedar dalam membina perhubungan perlukan masa dan kesabaran. Tak ada sebab untuk kita katakan ia mustahil sebab kami di hostel telah pun berjaya buktikan, kalau tidak pun seutuh mana tapi rasa hormat yang tinggi ada dan sukar diruntuhkan.
Apa salahnya kalau kita duduk sekejap, bersembang, bertanya khabar misalnya. Main PS paling kurang ataupun main bola petang itu dengan mereka setidak-tidaknya. Apa sangat yang nak dikejarkan pada hari ahad dirumah, kan lebih seronok kalau berkumpul beramai-ramai.
Kenapa kita perlu gunakan perkataan Senior? Kan manusia diturunkan oleh Allah sebagai Khalifah, sebagai pemimpin bukannya sebagai senior. Khalifah memimpin melalui teladan, khalifah memimpin melalui rasional atas dasar dan landasan yang jelas dan bersih dari sebarang unsur-unsur lain.
Dulu saya suka sangat bila semua orang berkumpul, terasa macam dalam satu keluarga tapi sekarang semua dah bergaduh, kalau ada pun hormat, palsu belaka. Saya tak suka hidup dalam kepura-puraan. Cantik diluar tapi buruk didalam.
Memang dalam satu tandan pisang bukan semuanya busuk. Dari apa yang saya dengar, tak semua dipersoalkan ada sesetengah dari mereka dipuji lagi (Gmi misalnya). Tapi kerana nila setitik memang habis susu sebelangga. Logiknya, siapalah yang nak minum susu yang sudah berwarna biru?
Maaf jika penulisan ini keras dan tajam bunyinya. Tegurlah saya dengan hikmah jika saya melampaui batas tapi kalau ianya benar maka terimalah ia dgn hati terbuka. Kita semua manusia, kita sememangnya terlupa dan tugas kita tidak lain 'amar maaruf nahi mungkar'.
P/s: Bersabarlah kerana sabar itu cantik.
5 ulasan:
thanx..i'm not sure if anyone else in my year is into this blogging thing actively..if they do i dont know..so sorry to say i might be the only 'senior' listening,(if u r referring to 4th years...),and listened i did.
i dont think it's a big deal,only i read it in haneem's blog..dah depan mata..i just answered la..tak best tgk org tak puas ati..
i cant say anyone is wrong...to know that u'll have to know everything that happened.i didnt even know myself pasal perjumpaan tu..and it turned out ramai org ade mase tu..kalau tak...maybe u'll see a few guys talking..anyway,it happened..so what the heck..
orang kata buang yang keruh ambil yang jernih..i dont want to be the one making this a big thing..and i hope it wont.
btw i didnt know u had a blog..i did see fadly..tapi ingat org lain..hehe
From Haneems' Blog.
Yes, it's good to practice being rational in everything.
I am glad there's somebody level-headed there.
No point in prolonging such matters.
My personal dua is that all of you there will create a good bonding no matter how hard.
Good fikrah and good akhlak...these are important qualities to hold on to especially when far away from home as there's no elderly eyes to watch and guide.
i concur. lets take good care of ourselves and each other. thats what abg2, kakak2 and adik2 for kan? hehe.. cheers!
thanks for the comment everyone, lets us pray for the best...Volgograd has to be like the good old times it should be...
nicely written... hopefully everybody can just get this senior-junior thing past us and unite as an ummah. Nice blog BTW :)
Catat Ulasan