Sabtu, Julai 03, 2004

Yakin....

Yakin Diri

Kini saya sendiri boleh terasa yang yang perjalanan yang ada didepan adalah jauh. Seawal masuk ke INTEC, saya kedang-kadang terfikir apalah momentum yang boleh tolak saya supaya sentiasa berusaha, jangan berhenti selagi cita-cita belum di tangan.

Alhamdullilah Allah itu maha pemurah, Allah tolong insan yang kerdil ini. Sepanjang mingu inilah saya jumpa apa yang dikatakan sebagai momentum untuk terus kehadapan atau lebih mudahnya sebagai pendorong.

Yang pertama saya belajar daripada room mate saya sendiri. Satu hari dia bercakap dengan kaunselor dia:

Kaunselor: Kenapa tak buat appeal dekat jpa buat medic kat UK
Afiq: Tak apalah, it’s ok besides I’ve already put my mind into this.

Kemudiaan pada petangnya, kawan Afiq datang. Mereka berbual-berbual dan entah macam mana

Azman: Aku respectlah ko Afiq ko ada pendirian yang kuat tau.
Afiq(tersenyum): Ye ke?, kita nak pergi russia ni, kalau tak kuat hati macam nak survive.

Waktu tu saya teringat balik perbualan dia pagi tadi dengan kaunselor dan akhirnya membuat saya berfir sendiri...

Keduanya pada hari jumaat yang baru lepas. Kami ada forum bersama mantan (bekas) pengarah INTEC. Pada awalnya saya memang rasa berat hati nak pergi sebab pada hari yang sama saya kena ambik medical checkup dengan passport tapi rupanya perginya ke sana tak sia-sia.

Selain daripada nasihat-nasihat berguna dari mantan pengarah INTEC. Saya sangat tertarik dengan satu ucapan dari seorang mantan pengarah.

Saya petik: “Dulu saya ni bukan pandai pun, SPM saya tak lulus pun-tapi waktu tu saya rasa saya bagus dalam matematik, actually tak lah bagus setakat C4 jer tapi saya rasa saya nak jadi jugak engineer. Jadi sebab result saya macam nih jadi saya masuk lah dulu Maktab. Waktu ramai yang tak yakin tapi saya cakap kat diri saya yang saya boleh dan memang saya boleh akhirnya berdiri sama tinggi dengan orang yang tinggi keputusannya waktu SPM dulu. Kemudiaan saya ambik degree di luar negara di sebuah universiti: ramai yang kata kalau orang masuk ke universiti tu susah nak lulus, ramai yang fail. Tapi saya tak kira saya tetap percaya pada diri saya dan alhamdulillah saya mendapat first class honour “ (tepukan gemuruh berbunyi)

Saya sendiri waktu itu, tak rasa yang mantan pengarah itu bercakap kosong sebab nama dia sendiri ada pangkat Prof, Ir, dan Dr. Hah? Apa yang kita nak lagi.

Apa yang saya dapat dari kedua-dua peristiwa tadi.ialah Kita perlu tetap pendirian. Hati dan akal yang mengawal diri ini perlu kuat. Orang kata kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai tapi kita sendiri perlu sedar kita akan sampai ke satu tahap yang tidak ada berpatah balik. Pedulikan orang kata, dengar apa yang hati kita ingin katakan , luahkan dan lontarkan pada kita. Bahkan kita bukan tahu dimana kita berumah dan realiti kini,berumah di mana pun ada risikonya. Berumah di gunung; kita perlu hadapi risiko tanah runtuh hatta berumah di tanah lanar pun berhadapan dengan risiko banjir kilat.

Kemudiaan kita perlu percaya pada diri sendiri. Jalan dihadapan yang terbentang dihadapan tidak pernah sunyi. Sentiasa ada cabaran dan ujian yang pastinya dijanjikan akan datang. Memang tak mustahil akan sampai ke satu waktu, kita rasa tiada harapan tapi kita kena ingat kita masih ada seorang ‘hero’ yang boleh mengubah dari apa yang mustahil kepada tidak mustahil dan dia dalah diri kita sendiri. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Yang lepas itu lepas.Sebab itulah mata kita diletak dihadapan supaya kita tak selalu melihat ke belakang. Rendah diri itu perlu tapi terlalu merendah diri akan memakan diri sendiri. Walaupun jika kita berada dikalangan semuanya terbaik, kita tak boleh kata kita tak boleh, kita kena bangun dan tunjukkan pada semua kita juga yang terbaik malah boleh jadi lebih baik dari itu.

Atas segalanya kembalilah pada Allah kerana dialah yang menentukan segala-galanya.

Tiada ulasan: