Sabtu, Julai 03, 2004

Me & Russian Lang.

Segalanya bermula

Apabila terbukanya lembaran hari baru; hari isnin 28 Jun 2004, maka bermulanya satu cara baru dalam hidup saya. Rakan-rakan baru, kelas yang baru,guru baru, dan suhu yang pastinya baru(160C)-suhu minimum air-cond dan sengaja tidak dinaikkan suhu untuk membiasakan kami katanya.

Pada hari pertama saya dengan 93 russian student yang lain dibawa berjumpa dengan core person kami Ms Penelope Jayaram who later on will teach us on Russian History, Civilisation and Goverment. Sesuai dengan subjek yang bakal dia ajar sessi mukadimah untuk pagi itu sangat menarik. Kalau boleh difokus muka sorang-sorang lepas tu, boleh nampak terpaparnya semangat yang bagai telah ditiup semula ke diri masing-masing.

Saya rasa ia terletak pada cara penyampaian dan keikhlasan dia berkata dan saya rasa apa yang buat kami percaya pada dia adalah apabila dia banyak kali mengatakan “I’m very proud of my russian student”. Di sini terlihat sendiri yang manusia memang perlukan sokongan, hakikatnya kalau manusia diberi satu bentuk penghargaan, setidak-tidaknya dia akan berusaha melakukan terbaik kerana kini dia tahu ada yang mempercayai dan menghargai usaha yang dilakukan.

Jadual yang Ketat

Pada hari yang sama, kami diberi dengan jadual kelas kami. Persepsi pertama kami pastinya “Woooo!”. Majoriti daripada kami terkejut, mana tidaknya dalam seminggu kami ada 21 jam kelas bahasa russia ditambah dengan 2 jam untuk kelas biologi, kimia, fizik, Russian History, Civilisation and Goverment dan pendidikan islam, tanpa henti. Setiap hari kelas kami pastinya akan berakhir pada pukul 4 but we know we deserve it as we only have 3 month to be as much prepare as we can.

Satu perkara yang saya kagum dengan my course mates adalah kesungguhan yang ada pada diri masing-masing. Kami semua tahu kami bakal belajar satu bahasa yang belum pernah kami jumpa, kami semua tahu yang kami bakal menempuh satu jadual waktu yang sangat ketat tapi disebalik semua itu, mereka macam tak kisah. Lebih bagusnya, masing-masing menunjukkan rasa semangat macam tak sabar nak memulakan kelas.

Me and Russian Language

Setakat ni saya baru belajar 4 jam bahasa russia sebab cikgu dari russia datang start 1 julai tapi ikhlas saya katakan saya rasa dah semakin suka nak belajar bahasa ini. Pertamanya kami belajar perkataan: Dobreyi Utra (Good Morning) kemudian kami diajar perkataan spasiva (thank you), Da (yes), nyet (no) dan horosho! (good!)

Guru kami merupakan pengajar asli dari russia, dia tahu berbahasa inggeris tapi dalam kelas kami dia lebih suka menggunakan bahasa russia dengan memberi maknanya dalam sign language supaya kami berfikir dan lebih mudah mengingat.

Selain daripada perkataan asas kami kena belajar tulisan dengan cara menulisnya dan cara membacanya. Perkataan yang saya tulis di atas ni pun bukan dalam tulisan russia sebenar. Waktu ni teringat waktu sekolah rendah dulu-dulu waktu awal-awal belajar kenal huruf rumi dan jawi: diulang-diulang, disebut-disebut sampai dapat. Saya ingat lagi dulu waktu kecil saya rasa leceh sangat benda-benda ni, kalau boleh nak cepat siap je tapi sekarang baru saya tahu memang itu caranya. Habis sahaja kelas, kami disuruh ‘home work’ tulis semua huruf setiap satu sebanyak dua baris. Macam sekolah rendah dulu kan?

Petang dan malam menjelma kami menyiapkan kerja rumah kami berlatih menulis dan menyebut. Satu block saya russian student student. In my house riuh dengan perkataan russia, lama jugak berlatih sebut: kadang-kadang tergelak sendiri especially bila kena sebut bunyi untuk huruf (ы) bunyi dekat tekak lebih kurang macam ‘uik’, ‘eik’, ‘aik’. Huh! Macam-macam ada! Tapi disebalik semua itu lebih banyak yang menarik, bila kami berjumpa pagi-pagi cakap Dobreyi Utra (Good Morning), bila dapat something cakap spasiva (thank you). Paling menarik bila habis kelas russia kami masing2 cakap spasiva pada guru kami, dia jawab( setakat ni tak dapat tangkap lagi apa yang dia jawab) masing-masing rasa seronok macam dalam hati cakap “ Wah! Aku dah cakap dengan orang russia” hehe!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Li... kalau hang ada masa, panjang2kanlah sikit ilmu bahasa rusia ni kat aku... kalau ada apa je ttg bahasa rusia, aku mmg minat... cuma aku takde peluang mcm hang dpt belajar bahasa ni secara formal dan sistematik... hang email la kat aku noo... email aku: s_s1212@hotmail.com spasiva..