Hadiah Yang Ringkas
"Hadiah Yang Ringkas" boleh dijadikan hadiah unik daripada
anda
kepada mereka di sekeliling anda.
Hadiah mendengar ... Cuba berikan ini kepada seseorang yang
memerlukannya. Dan anda perlu betul-betul mendengar. Jangan menyampuk,
jangan mengelamun, jangan merancang balasan anda. Cuma dengar.
Hadiah menunjukkan kasih sayang ... Bermurah hatilah dengan
pelukan,
ciuman dan sentuhan tangan ( untuk yg dah berkahwin sahaja!). Biarkan
tindakan ringkas ini menunjukkan kasih sayang dalam diri and
Hadiah nota ... Ia mungkin yang ringkas seperti, "Saya
Sayangkan
Awak," atau yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota anda di
tempat
yang akan mengejutkan orang tersayang.
Hadiah gelak-ketawa ... Cuma guntingkan gambar kartun, atau
simpan
sebuah rencana yang menarik hati. Ha! diah anda boleh bertajuk, "Saya
suka
ketawa bersama awak."
Hadiah puji-pujian ... Pujian ringkas seperti, "Awak kelihatan
segak
berbaju biru" atau "Makan malam yang enak" mungkin tidak ternilai bagi
mereka yang terasa dirinya tidak dianggap istimewa.
Hadiah pertolongan ... Tolong mencuci pinggan mangkuk,
melakukan
kerja-kerja ringan, dll.
Hadiah membiarkan seseorang bersendirian ... Ada ketika dalam
hidup
kita apabila kita hanya inginkan supaya dibiarkan sendirian. Cuba
bersikap
lebih peka terhadap saat-saat begini dan berikan peluang bersendirian.
Hadiah sikap periang ... Cuba bersikap periang apabila
berdamping
dengan orang yang disayangi.
Hadiah permainan ... Tawarkan diri untuk bermain permainan
kegemaran
orang tersayang. Walaupun anda kalah, akan tetap seorang pemenang.
Hadiah doa ... Berdoa untuk orang tersayang dan biar mereka
tahu
anda
berdoa untuk mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan