Selasa, Jun 15, 2004

Bye! KMNS

Adoih~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari-hari berikut rasanya semacam semakin susah lebih-lebih lagi bila menyedari yang sukarnya nak mendapat access ke internet. Hai..~tak tahulah apa nak dikata, kadang-kadang rasa malas pun ada nak teruskan blogspot ni, I mean siapa yang baca nanti, betul ke ada? Fikir satu soalan ini pun boleh sakit kepala, ADA KE YANG BACA?

Apa2pun saya cakap dalam hati supaya sabar(Sabar je la) Rasanya lepas ni kene promote balik. Takut-takut kalau ramai dah lupa( rasanya memang ramai dah tak ingat) sebab rasanya ini penting sebagai satu cara berhubung. Sebab smakin hari terasa semakin jauh dan jauh. Tapi biarlah jauh dimata asal dekat di hati.

Selamat tinggal KMNS
Hehe baru jer sebelum ni tulis blog pasal KMNS,sekarang dah kena tinggal pulak. Nak buat macam mana bukannya ini sesuatu yang saya boleh elakkan.

Satu bulan…Logiknya orang boleh cakap,apa sangat la yang boleh kita dapat; persahabatan yang utuh? Memori manis? Pengalaman yg tidak dapat dilupakan?

Kenang semula sewaktu awal-awal buat keputusan nak ke sini. Ramai kenalan aytr, makcik, pakcik tak ketinggalan juga sepupu mempersoalkan kenapa ke matriks.

“Laa..kenapa pergi ke pilah? Tak tunggu tawaran uia ker?”

Tapi saya fikir Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia. Banyak yang saya belajar selama sebulan disini. Siapa sangka tawaran JPA dating satu minggu sebelum pendaftaran UIA, kalau saya tunggu UIA tak mungkin saya dapat belajar cara pembelajaran ala-universiti,konsep komuniti ala-universiti, sekurang-kurangnya walaupun tak banyak tapi masih ada sedikit pengalaman yang ditimba.

Sedikit perubahan yang saya dapat lihat dalam diri sayaadalah untuk melihat perpisahan dalam pandangan yang pelbagai. Saya akui memang sukar untuk diterima . Hari terakhir macam penuh dengan lakonan, trying to deceive myself and all other people that this situation is going to be alright. In the matter of fact, I myself doesn’t know what to do,what to say?

Satu perkara yang menyebabkan saya berat nak tinggalkn KMNS bila ada orang cakap:

“Aku tak tahulah macam manalah nanti bila ko dah tak ada”

Ikhlasnya, saya terdiam. Apa yang saya nak cakap?

“Tak apa ada ramai orang lagi ko boleh jumpa”
“Ala…selama ini pun aku tak adapun koboleh kan,ko memang ada potensi,aku memang percaya kat ko”

Harapan…rasanya itulah setakat ini. Memang hakikat itu sempadannya, hanya doa dan harapan yang mampu saya berikan. Apa2pun hakikatnya saya memang pasti mereka boleh.

*Kepada kenalan yang masih ada KMNS: faizi,jemi,zadza,erfa,ahli praktikum H5P2, kawan dari sakti; nazirul,ayap,nas,pijan,sajat,kawan2 dari sas ayuni,alfa-I wish all of you all the best, come whatever situation I still believe that you have the potential to make it through, my pray is alwaz with you all

p/s next week 22 jun dah kena masuk intec-buat persediaan ke Russia-rasanya lepas ni akan ada agaknya cerita macam mana saya belajar bahasa Russia-erm can’t wait for it to happen.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila saya baca blog awak saya dapat fahamapa yg awak rasa.... saya pun have to leave KMNS selepas sebulan kat situ, masa saya tinggal tempat tu saya rasa sedih giler,,,, rasa macam apa saya buat salah,but i have to go to dowhat iwant, to tell the truth i'm never been happy after that. i'm still tryin to find friends or friend in my new place, the KMB. I havent found one yet but hopefully i'll find soon.... what about u?