Jangan ditanya pada syaitan
Soal sahaja pada saudara
Kenapa kita dicabul
Kenapa kita dijual
Mungkinnya, darah syuhada yang mengalir itu telah lama kering
Pada puncanya yang tidak lagi dikenali
Makanya ke mana sungai semangat itu hendak pergi?
Sedang alirannya ke tasik itu dikekang
Pada sesama pertalian yang tidak lagi terasa
Sedang sarat bertakung air yang tidak pernah diredhai
Dahulunya tebing tasik itu makmur
Tanahnya jadi begitu subur
Hingga rimbun pepohon syiar Islam
Tumbuh bunga harapan
Mewangi peradaban suci
Masyhurnya, bertiup angin berkat sejauh khabar mampu pergi
Punya bangsa pun tidak berhak pada bumi ini
Tinggikah nilai atas khazanah yang percuma kita berikan?
Punya nyawa pun tidak berhak pada jasad sendiri
Hilangkah akal kita pada wasiat yang kita lupakan?
Kelak pada apa mampu kita banggakan dengan masa hadapan
Sungguh buah hasilnya bukan pada tangan kita sendiri
Makanya, pada darah sendiri yang tidak rela tertumpah
Malulah kita!
Malulah kita!
Fadly Khairie
Volgograd, Russia
7 ulasan:
err..apa yang ko tulis nih..aku serius tak paham..lemah skit r bab2 puisi2 nih,,tp nih mesti puisi yang best bg peminat2 puisi.. :D
Salam
ni puisi tentang sebab kenapa orang Islam lemah pada zaman sekarang.
perbandingan dengan Islam zaman dahulu
yang dikatakan darah adalah darah dari pejuang islam. Metaforanya darah itu mengalir jadi sungai, kemudian di tepi2 sungai tumbuh satu tamadun mayshur
Tapi sekarang darah itu tersekat,tak boleh mengalir, puncanya pun tak jumpa. Sebab itu umat islam lemah
Tak bagus pun puisi ini sebenar, baru dikritik Fahd Razy di Karyawan Luar Negara
"Ringkas saja komen saya. temanya kuat, cuma banyak
bahagian yang agak lewah... Banyak pembaziran
kata-kata, sehingga kurang bertenaga. Rangkap tiganya
baik. Rangkap lain, kurang penggunaan unsur-unsur
sastera."
Hehe. nampaknya saya ada banyak lagi yang perlu diusahakan..
aku lebih suka yang ringkas dan tepat..apa kata kau buat puisi sebegitu..ayatnya sedikit,tapi maknanya dalam..dah paparkan nanti cakap ya
salam matpih
insyaAllah, nanti cuba untuk dibuat tapi pandang puisi saya bukan seninya yang pertama ok, tapi pengajaran itu lebih utama
Tempang
Teriak hak orang
Membisu habuan sendiri
Petah perihal orang
Kelu maslahat diri
Tiada sesempurna suarang
Rupanya aku tempang
Teguh berdiri
Luluh berlari....
(pinjam dari AstakonA http://muqreez.blogspot.com/2007/12/tempang.html )
puisi sebegini yang aku maksudkan...
alamak...dijadikan contoh....puisi Fahd Razy sesuai dicontohi..
setuju dgn Fahd Razy..tema puisinya kuat cuma agak panjang...bila panjang..dah jadi macam pidato pulak...biar berat dan sarat.dan berlapis..tapi tanpa nafi, sememang setiap org ada caranya sendiri...panjang pendek bukan ukuran mesejnya..yang penting sampai..cuma mungkin bila orang malas nak baca..manfaatnya hanya untuk penulis shj..
Catat Ulasan