Jumaat, November 30, 2007

Saya betul-betul tidak faham

Perasan dengan benda baru yang saya letakkan di side bar sebelah?

Saya betul-betul tidak tahu apakah yang cuba dimaksudkan, adakah ini bermakna yang blog saya sangat susah difaham hingga perlukan orang yang berotak genius untuk membacanya?

Rasanya mungkin itu sebabnya kenapa artikel saya tidak banyak dikomen. :)

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam
x semestinya..blog yg x dikomen maknanya x difahami..
kadang2..ada pendapat yang x perlu disangkal, dan boleh diterima oleh logik akal semua pembaca. jadi mrk memilih utk menerima..dan berfikir.

iAllah pembaca2 terdiri dr org yg berfikir juga=)

phm ke ape sy ckp ni?~

wallahua'lam

Mohafiz MH, M.D. berkata...

adakah populariti yang dicari?

fadly khairie berkata...

salam,

Apih, Ya memang populariti yang dicari

tapi populariti di sini perlu diberi makna berbeza. Bukannya popular macam penyanyi dapat anugerah bintang popular tapi artikel ini perlu popular dalam banyak orang boleh memahami dan mengambil manfaat darinya.

Kerana kalau artikel ini mesejnya tak dapat sampai kepada golongan sasaran saya rasa ini satu kerugian bagi saya. Saya menulis nak orang faham, bukannya nak tunjuk yang saya ini hebat menulis. Kalau nak tunjuk hebat menulis, buat apa menulis blog, baik masuk pertandingan.. hehe

Sebab itu Aiza, saya sangat risau artikel tidak dikomen, adakah memang semua pembaca faham, atau scroll down sambil lalu tak faham apa2

Sebab dakwah berkesan bukanlah semata mencabar akal fikiran tetapi lebih penting adalah menyentuh hati sanubari


Komen, kalau tak faham komen dan tanya sampai faham ok.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,

apa khabar?...
dah lama tak tulis komen...
komen yang akhir pasal dok bagi ghimau makan daging..hehehe..skrg ni komer dah tak letak ghimau tiba-tiba letak gambar otak.hehehe..

mungkin sebab banyak teks kot entry komer,tu yang dilabel genius:), kurang gambarajah.[kena lukis-lukis,letak banyak gambar.hehehehe...mcm budak sekolah :D.]..

apa2 pun, akhi teruskan menulis, memang kadang2 kita menulis, nak tahu adakah penyampaian penulisan kita diterima atau tidak, atau ilmu yang disampaikan adakah ada orang yang membacanya atau tidak..tapi kadang-kadang bagi penulis yang penting usaha menulis, apa-apa pun akhi dah berusaha sampaikan, insya ALLAH,ALLAH melihat...

teruskan menulis...teruskan usaha

-teman insan yang hanya mampu melihat tanpa menulis blog2 seperti ini namun hanya mampu mendoakan dihati penulisan2 seperti ini berterusan...

ok la mike, teman beransur dulu

jaga iman, jaga diri dan jaga kesihatan...

-fi amanillah

wassalam

Mohd Hazreen Rashid berkata...

wett fadly ini hazreen dari Moscow. Aku dah cuba gak, blog aku pun genius gak cuma aku tak paparkan. Haha.
Aku rasa sebabnya blog ko bahasa Melayu, so benda alah tu mcm interpret it as a complicated foreign language yg org2 pandai je faham. So dats why. Kawan2 aku yg berblog dlm English pun habis2 kuat level high school je. Huhu, Just a thought.

fadly khairie berkata...

Salam,

Terima kasih 'terpenjara dalam hutan dunia', ada juga nama orang begini ya!

Hazreen: saya sangat suka dengan alasan yang diberi. Rasanya begitulah agaknya, tak layak pun kalau blog ini nak diberikan penghormatan sebegitu rupa.

Ahmedkzaman berkata...

salam alaikum...
mmg genius jek yg dpt bace blog nih
cam ana kn??
hehehhe...
brmakne ana nih genius ek?