Dean list atau dalam bahasa melayunya Anugerah Dekan atau sinonimnya dalam bahasa russianya Atlichnik.Inilah anugerah yang dikejar-kejar dan diimpikan oleh kebanyakan mahasiswa-mahasiswa kini.
Ini ditambah pula dengan keadaan sedia ada pelajar-pelajar yang dibentuk daripada acuan sistem pendidikan Malaysia yang tanpa disedari telah pun menjurus kepada berorientasikan peperiksaan meskipun silibus dan kaedah pengajaran telah pun berkali-kali dirombak.
Mungkin cakapnya tak mahu, tapi dihati meronta-ronta meminta. Mereka semua nak sebenarnya... tapi yelah saja malu nak cakap.
Keadaannya umpama api yang dikecil disimbah pula dengan minyak petrol. Sudah pastilah keadaannya semakin marak.
Tapi siapa yang sangka dalam course medic akan diwujudkan anugeah ini.
Walaubagaimanapun inilah hakikat yang berlaku di seluruh universiti perubatan di Russia.
Lebih hebat dari itu dean list atau atlichnik disini diberi kepada mereka yang memperolehi markah 5(perfect mark) dalam kesemua ujian yang mereka hadapi dalam semester tersebut.
Tidak cukup dengan itu, atlichnik datang dgn tiga peringkat mengikut kekerapan mereka mendapat anugerah tersebut. Darjah pertama (pervi stepen) yang mana merupakan darjah tertinggi hanya akan diberikan kepada mereka yang mendapat tiga semester berturut-turut anugerah tersebut.
Hipokritlah kalau saya katakan yang saya tidak mengimpikan anugerah tersebut, tipulah kalau saya katakan yang tak merasa apa-apa melihat kawan-kawan lain beratur menaiki pentas,berjabat tangan dengan rektor, menerima hadiah(walaupun tak seberapa), dan akhirnya bergambar beramai-ramai. Sedangkan saya pada waktu itu hanya bertepuk tangan dan berkata pada diri sendiri atau mungkin pada orang lain "Penatnya tepuk tangan" atau mungkin "Alah..tak ada apa sangat benda tu"
Sebagai bekas didikan sistem pendidikan Malaysia yang merasakan betapa bangganya menaiki pentas, betapa pentingnya straight 'A's, betapa indahnya dan cantiknya markah sempurna itu. Betapa tingginya pujian jika punyai anugerah. Sudah pasti ada rasa untuk merasakan anugerah itu berada di tangan.
Saya pasti dan berani jamin setiap orang ada pahatan kukuh dalam jiwa tentang perkara ini. Lebih-lebih lagilah pelajar-pelajar yang menerima biasiswa yang pastinya handal-handal, mantap-mantap atau apa yang masyarakat katakan sebagai 'The cream of society'.
Bukan salah sesiapa sebenarnya, dan bukan senang juga perkara ini hendak dihilangkan. Bukannya mengambil masa seminggu atau sebulan perkara perkara ini boleh luput dari jiwa mereka.
Tapi bak kata saya winter examination kali ini bawa banyak makna pada saya. Bagaimana pentingnya atlichnik ini dan betapa sebaliknya atlichnik ini bawa makna yang kosong sebenarnya.
Cerita 1: Seorang mahasiswi perempuan India yang belum pernah mendapat selain 5 dalam peperiksaannya merayu pada dekan supaya memberikannya markah 5 setelah mendapati untuk exam pada kali itu dia tidak berjaya lebih daripada 4.Semata-mata untuk mempertahankan pangkat satunya
Cerita 2:Bagaimana tenangnya seorang pelajar lelaki Malaysia yang sememangnya orang lain jangkakan tidak akan mendapat selain daripada 5 dengan mendapat markah 4 dalam exam philosophy satu exam yang orang juga jangkakan tidak akan layak menerima selain daripada 5. Seterusnya memecahkan rekod pangkat satunya.
Analisis saya: saya cukup tak suka dgn cerita pertama, redha bagi saya amat penting. Berjaya atau tidak adalah dua perkara yg sama dan kita tk boleh harap yang kita hanya menerima satu drpdnya seumur hidup. Kalau pun kakak tu berjaya dapat lima tapi maruah itu sudah tidak ada,ketinggian ilmu itu sudah hilang. Apa lagi yang tinggal? Sijil yang boleh ke dibawa mati?
Untuk cerita 2 pula,Ikhlasnya, saya telah belajar sesuatu. Betapa membuktikan yang kalau pun tak mendapat 5, tak semestinya kita tidak pandai dan setelah melihat betapa tenangnya abang tadi menghadapinya, seolah-olah bertambah penghormatan dan harga dirinya. Kalaupun bagi orang lain tidak tapi bagi saya ya.
Jujur saya katakan, untuk saya menghilangkan rasa keinginan untuk mendapat atlichnik ini, mungkin jalannya bukan singkat dan mungkin jauh lagi. Tapi dalam perjalanan itu saya cuba kurangkan rasa sedih kalau tak mendapatnya dan tanamkan niat bahawa belajar ini adalah kerana ilmu bukannya kerana anugerah tersebut.
Doa saya agar ilmu ini diberkati Allah, dan berguna pada saya dan orang lain. Biarkan hati kecil masih degil tapi minda dan diri ini akan dicuba untuk tegas.
1 ulasan:
i have to agree with you. i have seen many cases like cerita 1. and i am the type who thinks u need to face the consequences of actions - be it gud or bad, be brave enuf to stand up and face the music. even when i was a student, never once i asked for an extra mark.. be it 0.5. i think if we have decided to do somethg, decide to do the best, but if the best was not destined, then may be there's another type of bless.
Catat Ulasan