Ahad, Jun 27, 2004

Hadiah yang ringkas

Hadiah Yang Ringkas

"Hadiah Yang Ringkas" boleh dijadikan hadiah unik daripada
anda
kepada mereka di sekeliling anda.

Hadiah mendengar ... Cuba berikan ini kepada seseorang yang
memerlukannya. Dan anda perlu betul-betul mendengar. Jangan menyampuk,
jangan mengelamun, jangan merancang balasan anda. Cuma dengar.

Hadiah menunjukkan kasih sayang ... Bermurah hatilah dengan
pelukan,
ciuman dan sentuhan tangan ( untuk yg dah berkahwin sahaja!). Biarkan
tindakan ringkas ini menunjukkan kasih sayang dalam diri and

Hadiah nota ... Ia mungkin yang ringkas seperti, "Saya
Sayangkan
Awak," atau yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota anda di
tempat
yang akan mengejutkan orang tersayang.


Hadiah gelak-ketawa ... Cuma guntingkan gambar kartun, atau
simpan
sebuah rencana yang menarik hati. Ha! diah anda boleh bertajuk, "Saya
suka
ketawa bersama awak."

Hadiah puji-pujian ... Pujian ringkas seperti, "Awak kelihatan
segak
berbaju biru" atau "Makan malam yang enak" mungkin tidak ternilai bagi
mereka yang terasa dirinya tidak dianggap istimewa.

Hadiah pertolongan ... Tolong mencuci pinggan mangkuk,
melakukan
kerja-kerja ringan, dll.

Hadiah membiarkan seseorang bersendirian ... Ada ketika dalam
hidup
kita apabila kita hanya inginkan supaya dibiarkan sendirian. Cuba
bersikap
lebih peka terhadap saat-saat begini dan berikan peluang bersendirian.

Hadiah sikap periang ... Cuba bersikap periang apabila
berdamping
dengan orang yang disayangi.

Hadiah permainan ... Tawarkan diri untuk bermain permainan
kegemaran
orang tersayang. Walaupun anda kalah, akan tetap seorang pemenang.

Hadiah doa ... Berdoa untuk orang tersayang dan biar mereka
tahu
anda
berdoa untuk mereka.

Khamis, Jun 24, 2004

INTEC ( a new journey begin)

22 JUN 2004-akhirnya tiba hari saya mendaftar di uitm, Geez waktu awal2 sampai beratur tak sangka pulak panjang sangat barisan. After hours waiting at last sampai jugak ke bilik.

Masuk jer bilik, Masya Allah macam tak percaya. Bukan apa sincerely, memang macam tak percaya dapat bilik macam apartment kat kondominium. My block semuanya russian programe student so that make me think, kenapa russian programe dapat special cam nih.

It does not end there, kat intec nih jugak ada gak school mate dari semesti masuk( affa dengan kaz) so saya pun make a visit to their room. Geez, macam langit dengan bumi. Tapi dalam macam tuh ramai yang cakap:

"Ala budak russia dapat macam tu sebab diorang tak lama kat sini, 3 bulan jer"
tapi kadang-kadang bila fikir balik lgik jugak kan, takkan la benda yang cantik-cantik nak bagi kat student lama-lama.

Tapi semua tu macam tak berhenti di situ sahaja, later that evening, kami dah start orientasi, kat sini dipanggil minggu mesra pelajar. Satu cerita yang saya tak boleh nak lupa bila kami punya ketua OC (officer in charge) Abg. Zaim namanya dier student ALG (A-level German) start buat a little briefing abaut our program. Sampai jer kat russian program.

"Siapa kat sini Russian program?"
Ramai yang angkat tangan, memang pun at intec antara yang ramai student for russian programe (RP)

"Sorry to say, u are quit unsafe la there, you know kat sana secara purata 5 letupan setiap hari"

than saya dengar sorang dua budak RP cakap slow2

"tipu2!"
"tak betul, baru2 nih sorang lecturer kat Moscow meninggal sebab kene bom?"

Then, the hall went into a deadly silence. For me kan, pleaselah tak patut gak dier buat camtuh, kesian kat student RP. dahlah, mostly yang ke RP nih student yang apply UK medic tapi kene tendang, dah lah tak dapat negara yang dier nak pastuh dapat pulak news mcm nih, tak ke haru biru

After that dier tanyer tadi "OK saper tadi russian programe"

Tiba-tiba orang yang angkat tangan berkurang.(takut la nampaknya tuh)

Mujur hours after that, ader drpd student russian sajer2 buat spekulasi
"Ala diorg dengki tuh,mentang2 kiter dapat blok kondo"
So the speculation spread like that. So every time klu ader sesaper yang cakap camtuh lagi. Budak russian dah ader mindset sendiri (ala dengki tuh). I mean of course memang tak boleh nafikan gak mesti ader betulnyer letup2 tup tapi tak apalah biar kami yang tentukan sendiri. Besides, it is not that we have any other choice right?

Selasa, Jun 15, 2004

Bye! KMNS

Adoih~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari-hari berikut rasanya semacam semakin susah lebih-lebih lagi bila menyedari yang sukarnya nak mendapat access ke internet. Hai..~tak tahulah apa nak dikata, kadang-kadang rasa malas pun ada nak teruskan blogspot ni, I mean siapa yang baca nanti, betul ke ada? Fikir satu soalan ini pun boleh sakit kepala, ADA KE YANG BACA?

Apa2pun saya cakap dalam hati supaya sabar(Sabar je la) Rasanya lepas ni kene promote balik. Takut-takut kalau ramai dah lupa( rasanya memang ramai dah tak ingat) sebab rasanya ini penting sebagai satu cara berhubung. Sebab smakin hari terasa semakin jauh dan jauh. Tapi biarlah jauh dimata asal dekat di hati.

Selamat tinggal KMNS
Hehe baru jer sebelum ni tulis blog pasal KMNS,sekarang dah kena tinggal pulak. Nak buat macam mana bukannya ini sesuatu yang saya boleh elakkan.

Satu bulan…Logiknya orang boleh cakap,apa sangat la yang boleh kita dapat; persahabatan yang utuh? Memori manis? Pengalaman yg tidak dapat dilupakan?

Kenang semula sewaktu awal-awal buat keputusan nak ke sini. Ramai kenalan aytr, makcik, pakcik tak ketinggalan juga sepupu mempersoalkan kenapa ke matriks.

“Laa..kenapa pergi ke pilah? Tak tunggu tawaran uia ker?”

Tapi saya fikir Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia. Banyak yang saya belajar selama sebulan disini. Siapa sangka tawaran JPA dating satu minggu sebelum pendaftaran UIA, kalau saya tunggu UIA tak mungkin saya dapat belajar cara pembelajaran ala-universiti,konsep komuniti ala-universiti, sekurang-kurangnya walaupun tak banyak tapi masih ada sedikit pengalaman yang ditimba.

Sedikit perubahan yang saya dapat lihat dalam diri sayaadalah untuk melihat perpisahan dalam pandangan yang pelbagai. Saya akui memang sukar untuk diterima . Hari terakhir macam penuh dengan lakonan, trying to deceive myself and all other people that this situation is going to be alright. In the matter of fact, I myself doesn’t know what to do,what to say?

Satu perkara yang menyebabkan saya berat nak tinggalkn KMNS bila ada orang cakap:

“Aku tak tahulah macam manalah nanti bila ko dah tak ada”

Ikhlasnya, saya terdiam. Apa yang saya nak cakap?

“Tak apa ada ramai orang lagi ko boleh jumpa”
“Ala…selama ini pun aku tak adapun koboleh kan,ko memang ada potensi,aku memang percaya kat ko”

Harapan…rasanya itulah setakat ini. Memang hakikat itu sempadannya, hanya doa dan harapan yang mampu saya berikan. Apa2pun hakikatnya saya memang pasti mereka boleh.

*Kepada kenalan yang masih ada KMNS: faizi,jemi,zadza,erfa,ahli praktikum H5P2, kawan dari sakti; nazirul,ayap,nas,pijan,sajat,kawan2 dari sas ayuni,alfa-I wish all of you all the best, come whatever situation I still believe that you have the potential to make it through, my pray is alwaz with you all

p/s next week 22 jun dah kena masuk intec-buat persediaan ke Russia-rasanya lepas ni akan ada agaknya cerita macam mana saya belajar bahasa Russia-erm can’t wait for it to happen.