Apa sahaja yang mula-mula kita fikirkan ketika menerima tugas pertama sebagai Naqib?
Apakah keadaannya yang kita gambarkan adik-adik usrah kita selepas melalui tarbiyyah?
Bebas dari couple?
Mutabaah amal yang sentiasa cemerlang?
Kehadiran ke program-program yang sentiasa penuh?
Kepatuhan dan tsiqah yang tidak ada belah bahaginya?
Pelajar Cemerlang, Daie Terbilang, Anak Gemilang, Pemimpin masyarakat tersohor?
Inikah yang membuatkan diri kita sentiasa tersenyum dan hati kita sentiasa girang?
Kalaulah ini benar-benar berlaku Alhamdulillah, kita panjatkan seberapa banyak syukur yang boleh dan doakan supaya istiqamah.
Andaikata, apa yang berlaku adalah sebaliknya, apa yang kita buat?
Bila Hati mula merasa sedih dan gelisah, adakah segalanya terpancar pada riak muka kita, pada bahasa kita ketika berbicara dengan mad’u tersebut, pada emosi kita ketika berdepan dengan mereka?
Tanpa kita sedari kita memulakan proses menolak. Sekadar menyedapkan diri kita sendiri, kita akan cuba mencari jalan penyelesaian. Namun dalam hati kita, tidak pernah surut perasaan kecewa.
Seolah-olah mereka ini lansung tidak punya harapan.
Manakah sifat berlapang dada yang diajar semasa di dalam usrah?
Ingatlah kita diminta menilai tetapi kita bukan diminta untuk meletakkan label
Kadang-kadang yang kita nampak bergerak merangkak-rangkak dalam tarbiyyah itu lebih akan setia berbanding dengan yang kita nampak berlari laju. Kebenaran yang sampai sudah terpapar di dada akhbar.
Aduh! Jika dengan keadaan mereka yang serba kekurangan itu mereka masih mengharapkan tarbiyah, kenapa ditolak? kenapa tidak di raikan?
Kenapa perlu Allergik dengan Mad'u kita?