Pantun mempunyai nilai lebih daripada satu rangkap puisi yang berima, lebih daripada satu baris yang diselang seli dengan suku kata yang sama. Cuba kita perhatikan satu contoh pantun popular ini;
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong ajarkan.
Kalau kita perhatikan pembayang yang diletakkan bukan sekadar hendak memenuhi maksud menyudahkan rima yang sama pada pemaksudnya. Jika kita sedar buah cempedak biasanya tumbuh rendah, hakikat bahawa budak tersebut terpaksa mengambil galah dan menjoloknya menunjukkan betapa banyak kekurangan yang ada padanya.Mungkin dia rendah, tidak pernah mengambil buah tersebut. Sudah begitu, buah cempedak itu di luar pagar pula, begitu banyak sekali kesukaran. Bukankah ini mesej yang sangat terang bahawa penulis pantun ini betul-betul ingin meminta tunjuk ajar.
Kita perhatikan contoh yang lain:
Siakap Senohong,
Gelama Ikan Duri;
Bercakap Bohong,
Lama-lama jadi pencuri.
Memberi pembayang seperti ini memerlukan penulisnya mempunyai ilmu tentang ikan laut, tahu tentang kumpulan-kumpulannya dan sifat-sifatnya. Kemudian meletakkan ikan duri mempunyai rima yang sama dengan pencuri memberi kita amaran, betapa duri itu boleh melukakan kita, begitu juga dengan perbuatan mencuri tersebut.
Inilah pantun, bukanlah setakat 'Cik Fatimah ke kedai membeli kicap'
Pantun bukan sekadar indah pada bahasanya tapi dia sendiri mempunyai nilai dan akal budinya. Lambang ketinggian martabat bangsanya
7 ulasan:
satu pantut yang popular gak:
siakap senohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
lama-lama jadi menteri
haha
Huhu dalam tu durinya...
cuba tafsir pantun femos nie..
kajang pak malau kajang berlipat,
kajang hamba mengkuang layu,
dagang pak malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu..
cam xder kaitan je antara pembyng dn maksud, mcam stakt nak melunakkan rimanya yg sama saja..
Ini ikut tafsiran saya sendiri, kalau di sini mula-mula penulis berkata tentang kajang atau atap bagi pondok. Kalau antara kajang yang berlipat berbanding dengan mengkuang layu mestilah lagi selesa berteduh di bawah kajang yang berlipat sebab tidak poros, tebal dan sebagainya.
Kalau kita lihat pada dagang pula, dagang/jualan orang yang sudah punya nama dan sudah lama menempat di situ, pastinya dapat lagi banyak sambutan berbanding dagang/jualan orang yang baru datang yang tidak dikenali sesiapa.
Kedua-dua menceritakan rasa pasrah pada pemberi pantun bukan?
ak ar, setuju dgn tafsiran tu..
bbbfehcxfgghjmnhbv
Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
Jauh-jauh kapal belayar
Singgah sebentar di tanjung jati
Jauh jauh guruku belajar
Kenanglah kami di dalam hati
selamat hari guru kpd cmua guru di negeri srwk
Catat Ulasan