Musim panas menjelang, 2 lagi subjek dan kami (pelajar Volgo khususnya) akan bertolak pulang ke Malaysia. Perlu diberitahu juga cuti kali bertambah-tambah menariknya. Lebih-lebih lagi bila ia di warna-warnikan dengan majlis perkahwinan. Bukan saya! tapi 5 orang kawan saya yang lain.
Pastinya ini bukan kali pertama saya mendengar orang berkahwin. Sudah berapa banyak senior saya yang kahwin, kenalan-kenalan saya berkahwin. Tapi untuk sejarah hidup saya inilah kali pertama ia melibatkan kenalan rapat saya. Untuk itu, ikhlas saya katakan, mendengar beritanya sahaja benar-benar mengubah hidup saya.
Jangan salah sangka, tentulah saya gembira dengan keputusan ini. Kalau hendak saya hebahkan satu dunia betapa gembiranya saya maka sudah tentu saya lakukan. Saya cuma berlaku jujur dengan apa yang saya rasakan dan apa yang saya tahu, saya memang banyak berfikir sejurus angin khabar itu sampai di telinga.
Kali terakhir orang yang betul-betul rapat dengan saya berkahwin adalah ketika saya berumur 5 tahun. Bila saya maksudkan rapat di sini adalah orang yang ada daya pengaruh dalam hidup saya. Pak Andak saya berkahwin pada masa itu.Pak Andak memang sangat rapat dengan kami adik beradik, hingga kini dialah yang merupakan penjamin biasiswa saya. Dan saya masih ingat, meski saya kecil pada waktu itu tetapi saya cukup faham dengan apa yang mak saya cakapkan
"Lepas ini dah tak boleh mintak lebih-lebih lagi dengan pak ndak kamu tau, dia dah nak kahwin"
Waktu itu saya terdiam terus, walaupun tergelak-gelak sebelumnya dengan gembira membaca komik yang pak cik saya belikan.
Hari-hari mendatang menjadikan saya lebih matang dalam lingkungan umur saya selepas itu. Selepas itu, saya tidak pernah meminta apa-apa lagi dari Pak Andak saya, jauh lagi hendak merengek-rengek minta di bawakan berjalan-jalan ke pekan menaiki motor, atau meminta dipetikkan buah, dibelikan keropok, ditahankan Apek aiskrim dan bermacam-macam lagi. Melainkan dia sendiri yang berikan selebihnya saya tidak pernah mengkehendaki yang bukan-bukan.
Saya berusia 5 tahun waktu itu, hidup saya berubah dan sampai sekarang tenaga yang diperlukan untuk mengatasi perasan itu masih segar dalam ingatan.
Kenapa?
Kalau anda fikir, saya memperkatakan perkara baru, maka saya katakan tidak. Hakikatnya perubahan yang kita lakukan memberikan impak kepada orang-orang disekeliling kita. Kita ambil contoh termudah dan paling dekat iaitu seorang ibu. Masakan seorang ibu tidak terkesan bila anaknya tiba-tiba menyatakan hasratnnya untuk mendirikan rumah tangga. Tika butir perkataan itu keluar dari mulut seorang anak, ketika itu juga satu aliran imbauan masa hadapan mengalir deras di dalam minda seorang ibu.
Kalau tidak percaya maka kita lihat sahaja nanti pada persiapan perkahwinan, cukup untuk menjawab segala-galanya.
Jadi?
Dahulu setiap orang yang sudah berkahwin saya panggil Pak Cik, ini kelompok generasi matang. Tetapi saya belum pernah memasukkan kawan-kawan saya ke dalam kelompok ini. Maka tika ini saya terdiam, menilai kembali penafsiran saya. Saya fikir dan saya terus berfikir. Beberapa soalan muncul di fikiran
'Bagaimana hendak terus menjadi kawan yang baik?'
'Apa juga yang perlu saya lakukan?'
'Macam mana juga kalau apa yang saya lakukan itu, tidak betul dan tidak perlu?'
'Mungkinkah juga istilah kawan ketika bujang tidak akan wujud lagi selepas berkahwin'
'Adakah perkahwinan itu tanda kawan sudah tidak diperlukan'
Jenuh saya cari jawapan, penat saya mencari sumber. Hakikat jalan keluar yang betul-betul pasti, tidak ada. Sebabnya, saya sendiri belum pernah melaluinya. Mana mungkin, saya tahu bagaimana cara untuk menghadapinya.
Makanya, jalan terbaik adalah untuk berlaku tenang. Emosi akan menganggu tindak tanduk kita. Kepada siapa perkara ini harus diajukan kalau bukan pencipta kita Allah s.w.t
'Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Tuhanmu dengan sabar dan salat. Sesungguhnya, Allah besera dengan orang-orang yang sabar' Al Baqarah 153
Yang pastinya saya cuma ada masa kini dan perkara terakhir yang saya mahu lakukan adalah mengubah lampu tumpuan pentas ke arah saya. Ini hari mereka, hak mereka, sepatutnya mereka gembira dan saya sepatutnya menyokong.
Ukhwah dan Ikhwan
Malah jika ukhwah inilah pernah wujud setelah sekian lama, maka transasi ini patut tidak menjadi masalah.
Ukhwah itu bermula dari berlapang dada dan puncaknya adalah itsar (melebihkan orang lain daripada diri sendiri)
Bagi saya ikhwan bukanlah sekadar menukar panggilan aku kepada ana, kau kepada enta. Bukan juga sekadar awak tolong saya ketika saya memerlukan nanti saya tolong awak bila masa awak memerlukan.
Ia adalah kata janji bahawa saya akan usaha sedaya upaya untuk mempertahankan ukhwah ini, saya akan mengorbankan segala yang ada untuk memastikan kita berada terus dalam perjuangan. Saya buat segala mampu, kamu juga wajar begitu.
Hakikat Perhubungan
Hakikatnya dalam setiap perhubungan juga begitu, saya memberi gambaran dalam bentuk interaksi sahabat dengan sahabat. Begitu juga halnya, suami dengan isteri, anak dengan ibu bapa.
Syariattullahnya kita sudah betul insya Allah dengan meletakkan pertalian ini di landasan niat dan perlaksanaannya pada landasan Islam. Namun untuk memulakannya adalah satu perkara, dan untuk mengekalkannya kekal pada landasan tersebut adalah satu perkara lagi, ia memerlukan kita mengambil kira sunatullah pula dan pada masa inilah perlukan kerjasama kedua-dua belah pihak.
Berinteraksilah, Kenal Mengenalilah, Ambil masa untuk mengetahui, Beri masa untuk mengasihi, Tunjukkan penghargaan, Buktikan bahawa anda tidak pernah ambil lewa dengan apa yang anda mulakan.
Dan kepada Allah juga kita yakin keberkatan ukhwah yang terjalin, keranaNya juga kita pertahankan dan kepadaNya juga kita mohon pertolongan
Akhir kata 'Selamat Pengantin Baru! kawan-kawan' Semoga Bahagia hingga ke pintu syurga. Amin' =D
6 ulasan:
Salam,
Terima kasih.
Fadly nampak risau sangat.
Mengapa nak rasa ada beza ukhwah itu apabila ada yang dah kahwin?
Mungkin komitmen untuk yang dah berkahwin akan lebih sedikit dengan zaujah masing-masing.
Tapi, Insya Allah...
andai base ukhwah yang terbina itu kukuh dan benar,....
ia dapat berkekalan selamanya. ameen.
=)
salam
alamak,ayat saya nampak macam risau?nampak macam paranoid pula
maaf bukan itu maksudnya. (erm perlu disemak semula ayat ni)Buat dalam pukul 12 pagi, banyak perenggan yang tidak sampai maksud
Jangan risau tentang saya, hari penting afiq tidak lama lagi, fokus dengan itu. Kekal iman, amal selain duit mas kahwin dan hantaran =)
Dan saya tidak ada perasaan lain selain muka jernih penuh senyuman
'Mungkinkah juga istilah kawan ketika bujang tidak akan wujud lagi selepas berkahwin'
tak timbul pun persoalan tu..kawan2 juga..family2 juga..
thanx nasihat2..aku termasuk dalam 5 orang tu a kan?
kalau boleh datang a fadly..pengumuman rasmi dah buat kat blog aku.peta pun ada.eheh
insyaAllah, tak boleh janji Mat Pih, bukan dekat tu.
Aku kena pergi sorang dari sini, kena dirancang dulu
Tapi kalau boleh pergi insyaAllah ada..
err..hehe. 'penjamin biasiswa' tu apa maksudnya? curious...
oooo. asif. asif. dah tau dah. lupa.
Catat Ulasan