Saya telah lama memerhati kawasan itu. Penduduknya suka betul menjual sayur. Setiap kali musim bertukar, ada sahaja yang lain, kadang-kadang sayur lama tapi cara baru menjual, kadang-kadang cara lama menjual tapi sayur baru yang datang. Al maklumlah, pembelinya macam-macam.
Tapi musim kali ini ada lainnya. Ada perubahan besar yang nampak. Syarikat penjual sayur terkenal Air Laut Tenang sdn bhd di situ telah hilang dominasinya. Dahulunya, syarikat Air Laut Tenang inilah yang mula-mula mengajar penduduk di situ bercucuk tanam, memasang pagar, memperkenalkan teknologi baru dan lain-lain. Biasanya syarikat inilah mencatat keuntungan hasil penjualan sayur paling lumayan tapi lain pula jadinya musim ini.
Ternyata syarikat penjual sayur Padang Hijau Segar, Langit Biru Cantik dan Mercun Terbang menunjukkan persaingan yang luar biasa kali ini. Hingga sponsor-sponsor dana luar kawasan pun jadi bingung dengan pasaran sayur di situ. Bukan calang-calang persaingan yang ditunjukkan, malah tak terjangka pun oleh Syarikat Air Laut Tenang. Mana tidaknya, banyak sungguh sayur yang tak terjual sampai penjual-penjual terkenal daripada syarikat itu tak terlawan promosi dengan syarikat-syarikat lawan.
Selesai musim menjual sayur itu, majalah-majalah dan akhbar-akhbar jualan sayur jadi gempar, hilang bicara untuk menerangkan segala-galanya. Gempar sampai ke hujung dunia jajaan ceritanya. Tapi saya sendiri dan penganalisis pasaran sayur tidak terkejut. Perkara ini biasa dalam setiap tempat yang menjual sayur. Pembeli mudah berubah hatinya, sudah lain kehendaknya, sudah lain mahunya. Malah pakatan Padang Hijau Segar, Langit Biru Cantik dan Mercun Terbang atau lebih dikenali sebagai Pakatan Jualan Sayur Lain luar biasa hebatnya promosi mereka. Mudahnya, kali ini Pakatan Jualan Sayur Lain ini menjawab kehendak pembeli dan sesuai dengan selera pembeli sedangkan Syarikat Air Laut Tenang tidak menjawab kehendak pembeli kena pada masanya.
Ternyata selepas musim menjual sayur, ramai yang tersenyum lebar kerana dapat sayur yang mereka hendakkan. Namun saya rasakan, catatan jualan tinggi ini belum bermakna apa-apa malah ini semua hanya permulaan. Jualan ini hanya jualan pembukaan musim, Pakatan Jualan Sayur Lain bukan sekadar perlu menjual jualan sayur yang hebat pada jualan pembukaan musim sahaja. Malah, Pakatan Jualan Sayur Lain dengan semua komponen ahlinya bersama atau berasing-asing perlu membuktikan dari cara cucuk tanamnya, menyiramnya, membajanya, meracun serangga perosaknya, memetiknya, membungkus hinggalah ke arah mempromosikannya perlu memenuhi kehendak pembeli seperti mana yang ditunjuk pada jualan pembukaan musim kali itu. Kalau tidak takut pula terkena 'back fire'.
Pada Syarikat Air Laut Tenang pula, saya rasa tidak salah untuk di buat penilaian semula. Semua pakar penganalisa jualan sayur setuju bahawa sebenarnya semua pembeli tahu dan sedar tentang sejarah penjualan sayur dan perkembangannya tentang teknologi yang dibawa masuk syarikat itu. Namun, ini semua tidak cukup. Setelah hampir setengah abad memakan sayur, mereka sudah punyai satu kayu ukur kepada sayur yang mereka hendak pada masa kini dan kehendak ini perlu di jawab dan diuruskan dengan baik.
Bagi saya pula, tidak kisahlah syarikat mana pun, asalkan semua pembeli dapat memakan sayur yang paling baik kualitinya. Oh, kalau diceritakan sayur yang paling baik kualitinya, maksud saya Sayur Kualiti Emas bersinar-sinar, Gred 1 paling teratas. Mengikut sejarah jualan sayur, sayur ini pernah dahulu terjual secara meluas namun pupus semula. Sekarang banyak sayur yang ada tapi belum sampai lagi ke kualiti yang sama dengan Sayur Kualiti Emas Bersinar-sinar, Gred 1 Paling Teratas. Bukan tidak tahu formulanya, semuanya ada tercatat dalam buku manual paling bagus bernama 'AlFurqan' dan saya yakin pakar-pakar cucuk tanam dan pembekal sayur keseluruhannya tengah berusaha untuk menghasilkan sayur itu semula. Banyak kerja yang perlu dilakukan di setiap peringkat itu yang pasti.
Tetapi juga, saya tidak faham dengan sebilangan orang di kawasan itu, pagi petang siang malam hendak bercerita tentang sayur ini, sayur itu, baik ini, baik itu. Tak kurang juga saya mendengar tentang kepingin mereka hendak memakan Sayur Kualiti Emas Bersinar-sinar, Gred 1 Paling Teratas namun kerja mereka mengoyang kaki sahaja. Kalau mahu, bekerjalah. Nak bercucuk tanam, perlu sedia tubuh badannya, akal fikirannya, ilmunya, kemahirannya dan banyak lagi keperluannya. Ini tidak! nak memegang cangkul pun tidak reti, entah-entah kenal tidak cangkul itu agaknya, jangan-jangan yang mana sayur yang mana rumput pun tak tahu nak dibezakan. Susahlah begini!
"Janganlah nanti menang sorak, kebun sayur tergadai"
Sudah panjang saya mengomel, ini sahaja cerita tentang satu kawasan yang menjual sayur di Tanah Landai Kakian Bukit. Wallahuallam
11 ulasan:
sayur yang baik ialah sayur yang sedap apabila dibuat kangkung goreng belacan.
Hidup Kangkung goreng belacan!
Mungkin pembeli sayur sudah mula berfikir..
sayo yang lame pakai baje x btol kot..baja najis khinzir ke..
pembeli sayo yg da sedar mnde tu geli nk beli..
Pembeli sudah pandai memilih. Yang paling baik, pilihlah ikut kesegaran sayur itu sendiri.. mungkin tidak semua sayur keluaran syarikat Air Laut Tenang adalah baik. Mungkin juga bukan semua sayur keluaran Padang Hijau Segar itu berkualiti.
Tak salah mana2 sayur,dari mana2 syarikat.. apa yang dikira-adakah sayur2 itu mencapai kualiti sayur seperti sayur Gred 1 Paling Teratas.
hrm.nice analogi.Sama2 doakan.. supaya tanah landai kakian bukit itu makin cerah masa depannya.. dengan tumbuhnya sayur2 walaupun dari pelbagai syarikat..namun tetap berbenihkan dari Gred 1 Paling Teratas..bersinar2 gitu. hrm
Pembeli sudah pandai memilih. Yang paling baik, pilihlah ikut kesegaran sayur itu sendiri.. mungkin tidak semua sayur keluaran syarikat Air Laut Tenang adalah baik. Mungkin juga bukan semua sayur keluaran Padang Hijau Segar itu berkualiti.
Tak salah mana2 sayur,dari mana2 syarikat.. apa yang dikira-adakah sayur2 itu mencapai kualiti sayur seperti sayur Gred 1 Paling Teratas.
hrm.nice analogi.Sama2 doakan.. supaya tanah landai kakian bukit itu makin cerah masa depannya.. dengan tumbuhnya sayur2 walaupun dari pelbagai syarikat..namun tetap berbenihkan dari Gred 1 Paling Teratas..bersinar2 gitu. hrm
jgn luaran je nmpk mcm sayur gred 1..
oh.inikah entry nye..=P
nice analogy,penim jg sy
ins allah..lets pray 4 d best..
yg pasti kije kite ttp same.menabur budi menyebar syiar..
renungan sejenak-islam takkan sampai pada kita hari ini andai sahabat2 baginda dahulu tidak bersabung nyawa+berperang sanak saudara+hidup penuh derita menyebarkan risalah ini.dan sesungguhnya itu perlu dihayati..mereka telah pergi..
dan TUGAS MEREKA DI BAHU KITA KINI!
aku tertarik dengan bukit itu..adakah ia akan runtuh?
uish macam2 komen, harap sampai maksud...
kepada 3belas: Yes bukit itu akan runtuh dengan izin Allah
knape nak runtuh?
xphm..!!???*&*^%$
knape nk runtuh?
boleh terangkan situasi tanah landai kakian bukit..
maybe sy slh phm analogi kot.
sape kakian bukit?
sape bukit?
huhu...ampun merosakan blog
Oh bukit itu akan runtuh kalau ada tanah runtuh, atau gempa bumi ataupun sudah sampai hari kiamat, pokoknya bukit itu memang akan runtuh...
Catat Ulasan