Ahad, Februari 03, 2008

Hidup Anda bermaknakah?

Anda semua adalah mangsa

Meski anda gembira:

Anda ada duit yang banyak, anda punyai rumah besar, kereta idaman, simpanan dengan dividen berkali kali ganda

Anda sebenarnya adalah mangsa kepada dunia kapitalis: siapa yang lebih untung dialah yang lebih berkuasa, anda akan mencari duit dan kebendaaan tanpa henti hatta bila anda hendak berehat pun kuasa dominasi duit tetap ada


Meski anda gembira:

Anda bermain game sepuas-puas hati, mencatatkan score tertinggi setiap game yang anda menangi, sentiasa up to date dengan lagu-lagu terkini hingga mampu menyanyi dan menari setaraf mereka, sentiasa berpakaian mengikut arus fesyen semasa hingga lengkap dengan accesoriesnya

Anda sebenarnya mangsa kepada dunia hedonisme: diperkotak- katikkan dan dipermainkan. Hakikatnya anda tidak pernah berfikir sendiri, meski perkara buruk yang ditonjolkan namun anda rasa bangga dan puas kerana ia mengikut edaran waktu semasa.

Buktikan apa yang saya katakan adalah salah, buktikan pada saya, dengan apa yang anda ikut selama ini pernah menyumbangkan kepada dunia menjadi satu tempat yang lebih baik.


Merdeka itu bukan boleh berbuat apa sahaja yang boleh kita buat, dunia kita dibentuk berdasarkan eksperimen pemikiran dan falsafah mereka dan kita sedang mengalami impak dan kesan merundumnya.

Merdeka itu apabila anda bangun dari tidur dan anda tahu hidup anda bermakna...

Dan hidup itu bermakna apabila anda kembali pada fitrah, kembali kepada makna kejadian. Hanya dengan itu dunia ini kekal pada kesejahteraannya sepertimana setiap makhluk kekal pada fitrah kehidupan dan kejadiaannya.

Sebab itulah Islam datang. Satu bentuk penyerahan, satu bentuk kebebasan, satu bentuk kembali kepada apa yang sepatutnya.

Kalau anda tidak berpuas hati, buktikan apa yang saya katakan salah!

Dan jika ia benar mari bersama-sama kita sebarkan risalah suci ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Anda sebenarnya adalah mangsa kepada dunia kapitalis: siapa yang lebih untung dialah yang lebih berkuasa, anda akan mencari duit dan kebendaaan tanpa henti hatta bila anda hendak berehat pun kuasa dominasi duit tetap ada"

minta maaf lah banyak2, tapi ulasan di atas ini tidak saya setujui.

pada saya, tidak ada salah mencari harta kekayaan dunia, melabur berjuta2 dalam saham, simpanan dalam dividen berkali2 ganda (selagi ianya halal!), selagi caranya bertepatan dengan syarak dan niatnya ikhlas untuk membantu islam juga.

ada banyak cara untuk membantu islam, pengorbanan dengan harta juga sangat dituntut. cuba bayangkan sekiranya umat islam mempunyai seorang yang sekaya bill gates (atau cuba bayangkan bill gates itu seorang islam), apakah sumbangan yang boleh diberikan untuk islam? jangankan membina masjid yang gah, kita malah boleh bina pusat membeli-belah yang dikuasai muslim-melayu di malaysia atau airport atau universiti sekalipun yang betul2 memenuhi tuntutan islam.

masalahnya, tak ramai orang islam sebegini. dalam senarai 10 org terkaya di malaysia, hanya ada seorang muslim (tan sri syed mohktar albukhary). bayangkan kalau semuanya adalah muslim, ekonomi malaysia akan dipegang oleh org islam. ekonomi adalah satu kunci untuk memegang negara juga. (dan insyaAllah dunia)

pembaikan diri itu perlu, tapi kita bukan tak boleh buat dua kerja dalam satu masa kan? jangan jadikan pembaikan diri itu halangan untuk meningkatkan nama islam.

think big, bro. you'll be bigger :)

alas, i know u will say i didn't get ur point, if that is so, just consider this as an elaboration to what u've said. ;P

fadly khairie berkata...

assalamualaikum
aqisz

"apakah sumbangan yang boleh diberikan untuk islam? jangankan membina masjid yang gah, kita malah boleh bina pusat membeli-belah yang dikuasai muslim-melayu di malaysia atau airport atau universiti sekalipun yang betul2 memenuhi tuntutan islam.

masalahnya, tak ramai orang islam sebegini. dalam senarai 10 org terkaya di malaysia, hanya ada seorang muslim (tan sri syed mohktar albukhary). bayangkan kalau semuanya adalah muslim, ekonomi malaysia akan dipegang oleh org islam. ekonomi adalah satu kunci untuk memegang negara juga. (dan insyaAllah dunia)"

Terima kasih kerana memberi komen, pendapat yang bagus saya kira,

saya bersetuju dengan semua pendapat kecuali yang dinyatakan diatas.

Saya kira ia terlalu retorik dan tidak praktikal, hakikatnya kita bukan tiada orang Islam yang kaya raya. Menurut The Times Abu Dhabi Investment Authority mempunyai share sebanyak $875 billion dalam pasaran dunia global. Itu baru satu contoh, terdapat lagi beberapa negara ataupun individu muslim yang punya kekayaan yang besar.

Persoalan yang timbul:

1. Kekayaan ini tidak diagihkan, apabila ada satu individu yang sangat kaya sedangkan pada pihak yang lain melarat di dalam ummah(melihat contoh pada palestin,darfur dll) ini lansung tidak menepati konsep daulah Islamiyah malahan ini mengambarkan konsep kapitalis.

2. Muncul sikap sebegini, kerana asas fahaman dan pegangan Islam yang rapuh. Kefahaman dalam Islam itu lebih penting terlebih dahulu sebelum mencari duit berjuta-juta. Persoalannya, adakah kebanyakan umat Islam di sini punyai kefahaman yang jelas tentang Islam

3. Malah, bila kita berbicara tentang kefahaman, kita bukan bercakap tentang hukum hakam tetapi tentang kepercayaan dan pegangan.

4. Maaf, saya bukannya menolak kemajuan tetapi saya memikirkan dari segi alawliyatnya (keutamaannya). Bagi saya kefahaman terhadap islam dan islah diri perlu datang dahulu barulah kerja2 lain muncul dan selepas itu barulah ia boleh bergerak seiring. Tapi ingat! no satu tetap kefaham tentang Islam itu sendiri

Kalau mahu berbincang lagi, boleh sahaja YM atau email pada saya. :)

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
dr muthiah berkata...

salam

islam itu luas,syumul, dan yg plg penting-sgt selari dgn fitrah manusia..

menyebut ttg tugas menaikkan nama islam..maka logiknya terlalu byak method yg available skrg utk melakukannya.isn't it?

di cni bakal wujud satu resolusi yg sgt mantap andai pnyusunan ummat dlm plaksanaan strategi tsebut dpt dlakukan..

dan..sesungguhnya ini memerlukan unit2 kcil terlebih dhl wif confirmed-status (faham knp msti menaikkan islam,utk ape dan bgaimana etc)

psonally,ana fkir pembikinan individu2 dlm kump kcil itu dberi phatian serius agar mudah ideologi mrk diketenghkan suatu mase nanti..ins allah

>rujuk seerah nabawiyyah bgaimana baginda membina sahabat2 yg sggup bgadai apa shj utk islam<