Khamis, September 06, 2007

Terima Kasih

Assalamualaikum

Dah seminggu pun saya berada di Russia, terasa bersyukurnya dapat duduk di Malaysia cuti kali ini.

Maka saya nak berterima kasih yang tak terhingga

Kepada keluarga saya Mak,Ayah kerana menjadi ibu bapa yang paling memahami walaupun anaknya sibuk ke sana ke mari. Juga menjadi ibu bapa yang masih percaya walaupun dalam 2 tahun kebelakangan ini anaknya membuat begitu banyak kejutan di luar jangkaan.

Semua adik beradik saya Izan,Fathur,Anis,Izzaty,Aina yang masih tak lain rasa eratnya dan hormatnya sesama kita

Pak Ndak, Mak Ndak atas tiket bas balik balik kampung, nasihat orang-orang muda dan belanja makan dan pakaian.

Afiq: sohabi, rafiqi, akhi dan sekarang naqib saya. Setiap tahun gelaran yang baik-baik ini bertambah. Memandu dari KL sampai Kelantan, dari KL sampai Johor, sikit pun tak mengadu apa-apa. Terima kasih atas segalanya. Saya bersyukur atas apa yang Allah kurniakan pada kita. Saya faham sekarang kenapa kita berjumpa 3 tahun lepas.

Mustaqim,Ismail,Ateeq,Anas,Izwan,Rashid.. rakan-rakan MSM UK Ireland yang lain( banyak sangat tak tertulis) Ustaz Atif, Ustaz Salam. Terima kasih kerana sudi jadi peneman dan penunjuk cara pada jalan yang baru saya ambil ini. Doakan saya tak futur.

Ahmad Zakiran yang jadi rakan siang malam saya sepanjang cuti ni. Terima kasih atas semua cerita yang kita kongsi

Kamil. Terima kasih sebab jadi sepupu yang best. Awak dah jadi betul-betul adik saya sekarang.

Idham. Terima kasih atas semangat yang ditunjukan. Moga terus berjuang dan bekerja dan sukses selalu.

Khairul atas semua nasihat nasihat komputer yang diberi

Sdar, Safwan. Seorang bekas roomate seorang lagi roomate saya tahun ni, terima kasih atas tips tips dan nota-nota 4th year

Zamir. terima kasih sebab jadi saksi untuk saya untuk borang NOC kat Putrajaya.

Hanif,Afham sebab beri sambutan yang mengalakkan di Kelantan


Dan semua mereka yang lain. Anda semua telah menjadikan cuti ini bermakna. Apalah yang boleh saya beri di dunia ini untuk gantikan apa yang kalian beri.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elok la kalo kite dpt memahami erti syukur dan berterima kasih kepada org yg tolong kita...
btw...tahniah zakiran!!!

fadly khairie berkata...

betul tu, bersyukur menambah berkat pada rezeki tapi sikit tak faham 'kenapa tahniah zakiran?'

Sarah Mohd Shukor berkata...

salam fadly,

terharu baca..begitu ramai yg mengambil berat psl kamu :)

ramadhan kareem. selamat berpuasa. selamat menempuh clinical yrs from now onward :)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

apa khabar?dah lama xbaca blog saudara...Alhamdulillah....
dlm hidup ini, akn ada 1 titik perubahan, moga2 titik mmbawa prubahan yg amat baik dan brkesan dihati kita...utamakn ALLAH dlm stiap urusan...

p/s:harimau dah xde ye?saya bg makan dulu...tp dah lama xmasuk, tb2 xde...

-selamat berpuasa, smoga ibadah puasa dan ibadah kali ini lbih baik dari sblumnya,amin...jg diri

wassalam

fadly khairie berkata...

salam kak sarah dan anonymous

ramadhan kareem juga utk kak sarah,

anonymous: utk kita bertemu dgn titik perubahan memang sesuatu yang mengembirakan tapi kerja masih byk untuk bermujahadah dalam mempertahankannya.

p/s: harimau dah takde kena hantar balik, rupan-rupanya itu zoo punya harimau yang terlepas =)

p/s2: mengapakah semakin ramai anonymous di sini, adakah saya ini sangat ditakuti sampai ramai tidak menunjukkan nama mereka? =)

Tanpa Nama berkata...

salam fadly,

dua kali kita bertemu...pertama sebagai tetamu, kedua sebagai teman...

Allah mengatur kita untuk bertemu di jalan ini...jalan yang jauh dan menggembirakan di penghujungnya...

MSM Uk Eire semuanya takkan melupai 'perkataan rusia yang diajar' apatah lagi orangnya...dekat di hati

jumpa nanti

Mohafiz MH, M.D. berkata...

sama2...