Selamat Pulang~Pelatih PKN
Assalamualaikum w.b dan selamat sejahtera, genap 3 bulan sudah rakan2 saya berada di PKN. Apa agaknya cerita yang mereka bawa pulang, menarik? seksa? entahlah...saya nak cakap pun bukannya saya ke sana.
Apa-apapun saya nak kongsi satu cerita: cerita tentang perubahan yang berlaku pada sepupu saya. Sepupu saya ni perempuan, kami panggil dia syikin, pendiam orgnya (sepatutnyalah). Awal2 sebelum pergi ke PKN, dialah orang paling murung di dunia, semua tak kena. Al maklumlah pertama kali tinggalkan mak ayah.
Sepanjang 3 bulan itu juga adalah beberapa kali maknya datang ke rumah kami. Saya panggil maknya mak long. Mak long pun cerita lah macam mana dia telefon anaknya tiap2 malam. Tanya itu tanya ini. Seronok ker kat sana? Makanan baik ker tak? Segala macamlah soalan, sampai saya boleh tergambar sendiri apa yang dia buat di sana.
Perubahan yang ketara selepas 3 bulan itu, saya tak expect apa2 pun perubahan daripada dia, yelah, 3 bulan apa sangat yang boleh berubah kan? waktu dia sampai di tempat perhentian bas habis di ajaknya semua adik beradik.
syikin: Alin hari tuh waktu hantar ko takder nak hantar aku, kali nih waktu balik ko datanglah.
Alin: Erm yalah~
Terpaksalah sepupu saya(kakak syikin) mengikut, sesampai jer di rumah, terus syikin peluk mak ayah dia nangis2. Saya sendiri tergamam. Rindunya 3 bulan tak jumpa. Tak apalah itu hak dia. Tapi kejutan tak berhenti di situ: perubahan ketara berlaku pada mulutnya. Bukanlah mulutnya rosak tapi terlebih berfungsi. Kalau dulu pendiam sekarang tak berhenti2 bercakap. Ini kami semua terkejut, kata pakcik saya yang mengambilnya dari kuala selangor, syikin nih tak berhenti cakap dari naik kereta sampai lah balik ke rumah. Kalau dulu nak tengok dia menegur orang bukan main susah tapi sekarang sampai terkejut orang yang ditegurnya. Kakaknya nih (Alin) jenis rugged sikit, dia pun dah lama tinggal asrama.Bila nampak adiknya begitu:
Alin: Huh! mengalahkan orang balik Mekah.
Haha! saya sendiri tak tercakap bila melihat keadaan ini. Hebat PKN nih sampai boleh tukar personaliti seseorang. Mulalah keluarga buat lawak nak hantar mak saudara dan bapa saudara saya yang pendiam ke PKN. Untung-untung boleh difungsikan mulut tu.
Apa-apapun selamat pulang kepada semua rakan-rakan yang ke PKN. Kami mengalu-alukan kepulangan anda. Moga bermanfaat hendaknya 3 bulan yang diperuntukkan. Apa yang saya harapkan bukan setakat mereka pulang begitu sahaja. Perlu ada tindakan susulan, apa kelemahan? apa kelebihan? setakat 3 bulan ini pun ada banyak soalamn yang kerajaan belum jawab. Janganlah nanti orang kata ini gimik politik. Bukan saya nak salahkan Dato' Najjib tun razak, lagipun dia penasihat alumni yayasan tun razak kami. Cuma bkn saya saja tapi seluruh rakyat mahu perbelanjaan yang dilaburkan setimpal dangan pendapatan yang diperoleh~ selaras lah dengan penyelengaraan cekap dan bersih yang dimandatkan oleh Pak Lah kita sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan