KMNS (kolej matrikusi negeri sembilan)
-kita menjana nilai dan skor-
masuk hari nih dah dua minggu di kolej matrikulasi negeri sembilan, apa rasanya? erm tak tahulah macam mana nak cakap, seawal minggu pertama lapar sahaja rasanya, minggu orientasi macam nak membunuh, nak ke kafe pulak macam kene mendaki bukit. Sepanjang minggu tuh, terpaksa lah mengikat perut.
Masuk minggu kedua barulah terasa keindahan yang ada pada kmns. Kolej ni memang special sebab atas bukit jadi kalau awal2 pagi tuh pemandangan kabus macam kat cameron highland tuh macam dah biasa. Lepas tuh yang saya suka dkt kolej nih bila pergi ke kafe, kafe blok saya atas bukit so kalua bila lepaskan pandangan ke depan, dapat tengok barisan2 bukit2...really it's a great view up there.
Satu lagi yang saya suka: pasal library dier, u ask anything u'll get it. Antara library terlengkap lah saya pernah jumpa. boleh lah saya katakan standard jugak library nih.
yang tak bestnya, internet tak masuk lagi ke cyber cafenyer, jalan dari asrama ke kuliah jauh sangat, perlu naik dan turun bukit. waktu nih pun mula lar fikir pasal duit. Dulu nak makan simply pergi dewan makan, sekarang kena keluarkan duit pulak...adoi!
Apa2pun sauasan belajar bagus, semua orang eager nak study..cuma sekarang nih petempuan ramai sangat. lebih2 lagi hayat. In my praktikum only nisbah nyer dah 1:2..sabar jer lar...
rasanya setakat ini dulu, hati sekarang nih tengah berdebar2 tunggu tawaran jpa, tarikh asyik berubah2, harap2lah dapat2 amin...
Sabtu, Mei 29, 2004
Sabtu, Mei 08, 2004
Kawan rakan dan....
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka kata. Waktu ini badan masih lagi terasa tidak stabil, pening-pening masih ada. Moga cepatlah saya sembuh daripada demam. Entahlah kenapa, bangun dari tidur kepala sudah terasa berat, badan mengigil kesejukan. Sepanjang hari banyak dihabiskan dengan berehat. Kalau nak dikata penat sebab pergi ke sekolah untuk hari anugerah: dahulu lagi penat 2, 3 hari di sekolah tidak berhenti-henti latih bahas, kalau nak dikata terkena hujan: dahulu lagi hebat naik motor setengah jam meredah hujan. Tidur lambat? Ini bukannya kali pertama: pernah sekali tak tidur langsung.
Tak tahulah kenapa...
Welcome Back to School
Apa-apapun demam ini pun banyak hikmahnya, saya banyak berfikir sepanjang masa rehat saya. Sekarang tinggal beberapa hari sebelum lepasan SPM 2003 majoritinya memulakan kehidupan sebagai seorang yang belajar semula. Selamat Kembali saya ucapkan. Sama-sama kita mulakan hari-hari yang mendatang dengan semangat yang lebih mantap.
Hari baru, lembaran baru tentunya pengalaman yang bakal ditempuh juga baru. Apa yang pasti kita bertemu dengan muka-muka yang baru. Agak-agaknya yang mana membimbing yang mana menyeleweng? Jangan dilupa masa hadapan bergantung pada diri kita terutamanya dengan siapa yang kita pilih sebagai ikutan. Hidup ini bersama-sama dengan orang lain bukannya dengan diri sendiri sahaja.Manalah agaknya Kawan? Rakan? Sahabat? ataupun disebaliknya.
Kawan, Rakan, Sahabat dan ....
Ada perbezaankah antara ketiga-tiga ini? Dalam tidak sedar anda boleh menyedarinya sendiri. Seorang kawan adalah seseorang yang kita kenal sekadar begitu sahaja tanpa menyebabkan perubahan apa-apa dalam diri. Seorang rakan adalah orang yang telah lama kita kenali, kita tahu hati budinya, perawakannya tetapi tidak meninggalkan kesan perasaan yang dalam pada diri. Sahabat pula letaknya pada insan yang kita katakan sebagai teman sejati, susah senang bersama.
Tidak kisahlah anda letakkan insan disekeliling anda dimana di antara ketiga-tiga itu kerana mereka masih membantu anda menjadi insan yang berguna. Namun bagaimana jika berlaku sebaliknya, anda bertemu dengan rakan yang mempergunakan anda, habis manis sepah dibuang. Rakan yang memandu ke arah yang tidak sepatutnya.
Saya pernah terfikir hendak menjadi sahabat kepada semua orang. Berbuat baik dengan semua orang. Nampak macam gila kan? Tapi tak salah jika diletakkan sebagai impian.
Satu persoalan apa perasaan kita kalau selama ini kita buat baik terhadap seseorang, kita tolong dengan ikhlas tapi habis segala-galanya semacam semuanya berubah kalau dulu ayatnya elok, air muka baik, sekarang kita seolah diletak sebagai orang asing. Bukanlah kita mengharap balasan tapi setidak-tidaknya bukanlah madu yang diberi tuba yang dibalas. Orang berbudi mahal sangatkah harganya untuk berbahasa?
Saya sendiri sedih kalau begitulah jadinya. Namun apa boleh buat itu hak mereka. Tapi kita jangan lupa ukhwah itu penciptanya Allah, dia yang membenarkan kerana dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Dia ada kuasa menimbulkan dan menenggelamkan. Apabila berdepan dengan perkara sebegini ambillah contoh pada Nabi Muhamad, bukan tidak pernah dia diperlakukan tidak sepatutnya. Namun walaupun Jibril sendiri menawarkan diri untuk menghukum mereka namun nabi tak berbuat demikian sebaliknya mendoakan supaya mereka itu mendapat petunjuk sebab Nabi yakin hati itu kuncinya pada Allah. Niat kalau didasari dengan syariat, insyaAllah tidak dihampakan.
"Ya Allah peliharalah ukhwah yang engkau izinkan dan rapatkan semula ukhwah yang sudah renggang"
Rindu
Kita bertemu dengan rakan yang baru. Yakinkah kita boleh melupakan yang lama? Terasa salam yang terakhir tidak mahu dilepaskan selama-lamanya. Takut-takut kalau tak berjumpa lagi selepas ini. Tak salah mengingat, mengenang tapi kalau sampai mengongkong akhirnya merugikan kedua-dua pihak.
Siapa yang tidak risau menerima hakikat insan penting berjauhan. Hakikatnya juga rindu itu nikmat dari Allah. Supaya hambanya rasa dihargai malahan inilah yang menjadikan manusia makhluk istimewa.
Rindu itu adalah...
Anugerah dari Allah...
Perasaan itu datang dengan izin Allah. Kadang kita sendiri tidak sedar kebaikan itu banyak yang tersirat. Kalau kita menghargai dia mungkin yang sebaiknya lepaskanlah dia, Malah mungkin itu cara yang lebih baik yang ditentukan Allah:daripada masing-masing di depan: banyak prasangka takut-takut banyak pula fitnahnya. Tak bermakna perasaan itu tidak ada walaupun kita tidak melihat antara satu sama lain. Keep in touch tapi tidaklah sampai setiap waktu tidak mahu terputus hubungan. Berdoa pada Allah, ini sebenarnya yang banyak orang kita lupa. Percayalah Allah pencipta perasaan itu, kalau niatnya betul, ikhlas: kalau ditakdir bertemu semula percayalah insyaallah perasaan itu masih kuat malah mungkin lebih kuat berbanding sewaktu sebelum masing-masing membawa diri.
Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun bertemu jua.
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi,
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi,
From me: I really want to thank to everyone but first of all, I want to thank Allah. This past year has been such a blessing and I haven’t taken one thing for granted, I am really thankful for each day not just for the past year but also for every one that appears in my life. Thanks for pushing me to be the best at everything I do and showing me that the easy road is not the one you learn from but that it’s the hard the hard one that we respect. You all are my world. Also thanks for teaching me compassion, generosity, determination and to always keep learning—as life is filled with endless opportunities and hard work and persistence pays off. Thanks so much for believing in me even when doors were shutting in my face and always told me without doubt, I would make it. Guys, promise me that whatever may happen you all will always remind me. I appreciate for each and every one of you, I always pray that the bond that we create still strong for the mean of time. Please remember to never let anyone tell you that you can’t do something. If for some reason I forget any of you, please! charge it to my head not my heart.

Isnin, Mei 03, 2004
Selamat Pulang~Pelatih PKN
Assalamualaikum w.b dan selamat sejahtera, genap 3 bulan sudah rakan2 saya berada di PKN. Apa agaknya cerita yang mereka bawa pulang, menarik? seksa? entahlah...saya nak cakap pun bukannya saya ke sana.
Apa-apapun saya nak kongsi satu cerita: cerita tentang perubahan yang berlaku pada sepupu saya. Sepupu saya ni perempuan, kami panggil dia syikin, pendiam orgnya (sepatutnyalah). Awal2 sebelum pergi ke PKN, dialah orang paling murung di dunia, semua tak kena. Al maklumlah pertama kali tinggalkan mak ayah.
Sepanjang 3 bulan itu juga adalah beberapa kali maknya datang ke rumah kami. Saya panggil maknya mak long. Mak long pun cerita lah macam mana dia telefon anaknya tiap2 malam. Tanya itu tanya ini. Seronok ker kat sana? Makanan baik ker tak? Segala macamlah soalan, sampai saya boleh tergambar sendiri apa yang dia buat di sana.
Perubahan yang ketara selepas 3 bulan itu, saya tak expect apa2 pun perubahan daripada dia, yelah, 3 bulan apa sangat yang boleh berubah kan? waktu dia sampai di tempat perhentian bas habis di ajaknya semua adik beradik.
syikin: Alin hari tuh waktu hantar ko takder nak hantar aku, kali nih waktu balik ko datanglah.
Alin: Erm yalah~
Terpaksalah sepupu saya(kakak syikin) mengikut, sesampai jer di rumah, terus syikin peluk mak ayah dia nangis2. Saya sendiri tergamam. Rindunya 3 bulan tak jumpa. Tak apalah itu hak dia. Tapi kejutan tak berhenti di situ: perubahan ketara berlaku pada mulutnya. Bukanlah mulutnya rosak tapi terlebih berfungsi. Kalau dulu pendiam sekarang tak berhenti2 bercakap. Ini kami semua terkejut, kata pakcik saya yang mengambilnya dari kuala selangor, syikin nih tak berhenti cakap dari naik kereta sampai lah balik ke rumah. Kalau dulu nak tengok dia menegur orang bukan main susah tapi sekarang sampai terkejut orang yang ditegurnya. Kakaknya nih (Alin) jenis rugged sikit, dia pun dah lama tinggal asrama.Bila nampak adiknya begitu:
Alin: Huh! mengalahkan orang balik Mekah.
Haha! saya sendiri tak tercakap bila melihat keadaan ini. Hebat PKN nih sampai boleh tukar personaliti seseorang. Mulalah keluarga buat lawak nak hantar mak saudara dan bapa saudara saya yang pendiam ke PKN. Untung-untung boleh difungsikan mulut tu.
Apa-apapun selamat pulang kepada semua rakan-rakan yang ke PKN. Kami mengalu-alukan kepulangan anda. Moga bermanfaat hendaknya 3 bulan yang diperuntukkan. Apa yang saya harapkan bukan setakat mereka pulang begitu sahaja. Perlu ada tindakan susulan, apa kelemahan? apa kelebihan? setakat 3 bulan ini pun ada banyak soalamn yang kerajaan belum jawab. Janganlah nanti orang kata ini gimik politik. Bukan saya nak salahkan Dato' Najjib tun razak, lagipun dia penasihat alumni yayasan tun razak kami. Cuma bkn saya saja tapi seluruh rakyat mahu perbelanjaan yang dilaburkan setimpal dangan pendapatan yang diperoleh~ selaras lah dengan penyelengaraan cekap dan bersih yang dimandatkan oleh Pak Lah kita sendiri

Langgan:
Catatan (Atom)