Sabtu, April 24, 2004

Bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kenangan, lebih-lebih lagi apabila kenangan itu sendiri meninggalkan kesan yang cukup bermakna buat kita semua. Kita sendiri mula memikirkan hari-hari tanpanya, tentang bagaimana hidup ini perlu diteruskan, tentang bagaimana perlu diterima hakikat bahawa adalah mustahil untuk semuanya berkumpul semula, tentang bagaimana untuk menghadapi situasi apabila ada sahaja benda yang dilihat, didengar, dihidu mahupun dirasa membawa imbauan detik-detik yang telah pun berlalu.
Ada kata-kata yang mengatakan bahawa adalah tidak terlalu lama untuk kita mengenal seseorang tetapi adalah sangat lama untuk kita boleh melupakannya dari hidup kita. Kebenaran itu dapat kita lihat pada diri masing-masing, hakikatnya memori itu kekal cuma menunggu masa untuk dikenang dan disingkap semula. Kita juga sebenarnya tidak tahu bahawa makna yang tersirat disebalik peristiwa tersebut lebih besar daripada apa yang kita sangkakan. Tuhan meletakkan hikmah disebalik sesuatu kejadian bahkan bagi diri kita yang terbentuk kini adalah implikasi daripada setiap insan yang pernah wujud di sekeliling kita. Sesungguhnya dalam hidup ini kita perlu banyak belajar dan mungkin antara perkara yang sukar untuk kita pelajari adalah bagaimana untuk mengucapkan selamat tinggal.

Tuai Padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekalipun begitu jangan dilupa bahawa kenangan inilah yang menjadikan kita insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Titik tolak kejayaan pada masa mendatang mungkin berpunca dari kenangan pada masa lampau. Kita meletakkan masa hadapan itu sebagai harapan, jika harapan itu dilihat samar-samar keadaannya dan pada situasi yang sama masa kini kurang dapat membantu maka ambillah iktibar pada masa lampau. Kadangkala apa yang kita cari ada pada tempat yang kita tinggalkan.
Adalah hak kita untuk mengingati mahupun melupakan seseorang, meletakkannya sebagai penting ataupun menyusahkan. Hakikat kegembiraan dalam hidup ini bukan dengan kita memiliki segala-galanya yang terbaik tetapi adalah apabila kita memanfaatkan segala-galanya yang hadir dalam hidup kita sebaik yang mungkin. Baik, buruk, pahit, manis, itu semua hanya persepsi kita, lebih daripada itu tidak akan kita temui jika kita tidak cuba untuk mencarinya sendiri. Hidup ini mungkin bukan untuk mencari jawapan tetapi untuk terus bertanyakan soalan kerana kita masih ada sesuatu untuk dilakukan pada hari ini kerana kita masih bertanyakan sesuatu.

Tanjung Katung airnya biru,
Tempat mandi nak dara jelita,
Sama sekampung lagi kan merindu,
Inikan lagi bila berjauhan.




Jumaat, April 16, 2004

Saya cukup risau bila interview dah menjelang, menerima surat jemputan ke interview hakikatnya tidak mencetuskan satu perasaan semata-mata; gembira, risau, takut, gementar, runsing. Semuanya bercampur baur hanya dengan kedatangan satu surat. Lebih-lebih lagi kalau interview itu penting untuk masa depan kita sendiri.
Tak guna kalau kita berselindung, cuba bayangkan berapa ramai yang tak boleh tidur, tak tahu nak buat apa, makan tak kenyang tidur tak lena semata2 memikirkan kemungkinan yang belum diketahuinya ketentuannya.

I hate when I have to face the uncertainty ....

Jom dengar cerita saya. Apa yang saya dengar, lihat dan hidu??. Ikhlas saya katakan this whole week- most of my friend tanya pasal interview,

“Apa tips?”, “Apa soalan dier tanyer nanti”, “Interview dalam BI ker BM”, “ Nak kena cari apa?”, “Ko tau tak aku tak semangat langsung nak buat aktiviti petang nih”, “Uish aku tak tau nak cakap aper”

And it’s not easy to deal with the uncertainty especially when already experienced failure in the interview before, things getting creepy day by day. SMS, email, telefon, chatting-apa cara jugak lah digunakan asal maklumatnya dapat.
Hari interview macam hari pengadilan, 15 April; saya tak boleh lupa tarikh ni. This is what happened:

That day supposely kami mula pukul 8 tapi we start a little bit late just to wait those yg datang dari PKN.
“Jangan salahkan kami nyer kalau lambat,jangan hantar surat khabar tau, salahkan khidmat negara...”
Haha! Bergema ketawa satu dewan taklimat. Erm ikhlas ker diorang ketawa tuh?. Habis jer taklimat we all pergi ke tempat temuduga-kami ditemuduga dalam kumpulan, 10 orang satu kumpulan, satu kumpulan 1 jam. Saya masuk pulak kumpulan ketiga. Jadi saya kena tunggu 2 jam b4 my turn. Masa yang ada saya habiskanlah dengan kawan-kawan dari pkn-mostly from my school, kawan waktu nadwah, debate, perfect score etc.
Most of the question saya tanya sama jer. Jawapan pun lebih kurang sama jer.

Saya tanyer“ Best tak dekat saner?”...Diorang jawab “ Best!(?), banyak main tapi kadang2 macam jadi budak- tutup mata jalan ramai2, lambung2 bola”

Saya tanyer lagi“Makanan camner?”...ade yang jawab “ makanan dekat kem lagi bagus rasanyer”..ader jugak yang jawab “erm ok tiap2 hari makan ayam aku raser berat aku dah naik la..”...ader jugak “ erm rasernyer kat tempat lain lagi bagus kot, kat tempat kitaorg dgr citer main kontraktor amik untung banyak sangat”

Sedar tak sedar, sembang punya sembang dah sampai masa untuk interview. Sincerely, I’m very afraid especially when I knew that my panel is the most scariest panel. Tak tau lah tapi waktu taklimat cara dier cakap macam berapi . Fuh! Tolak tepi, tolak tepi... Tapi betul waktu awal2 cakap tak tersusun sikit. Then after kenalkan diri kami diberi topik-my group pollution, maka bermulalah perbincangan.On the first minute saya terdiam, tak tahu bila nak masuk...bayangkan lepas sorang cakap dush! Sorang lagi masuk.dush sorang lagi masuk. Ish! Tak boleh jadi nih-minute kedua baru saya masuk .Tough jugak waktu tuh, I just show what I know ingat2 balik waktu berbahas dulu.

Dier ada banyak sesi, after discussion, kami ditanya kenapa nak pergi overc, kenapa ambik course yang dipilih, siapa yang dipilih. And last sekali boleh tak terima kalau diberi negara yang kita tak nak...Habis semua genaplah 1 jam kami berada dalam bilik sejuk beku tadi. Fu...habis azab... Betulkan lidah sekejap, tukar otak sebab tadi dah cakap lama dalam BI kena tukar balik bila nak cakap BM.

Lepas tuh?

Masalah tak habis waktu tuh, saya dapat tahu matriks yang saya dapat. Ish! Akhirnya benda yang saya takutkan dah datang-nak ambik matriks ker UPU. Fikir2 risiko, fikir2 masa depan. See...I tell you how I hate the uncertainty. Apa boleh buat ini hakikat kehidupan, kita perlu buat pilihan; and pray that it will be the best. Erm rasa nak rehat dulu otak nih. Rasa macam nak demam pun ader...

Sabtu, April 10, 2004

What happen in this week really make me think, ada tiga situasi yang saya buat ia saling berkait antara satu sama lain. Somehow I feel that I need to share with all of you.

To my shock team debate yang saya latih menang johan daerah. Bukan saya nak perkecilkan diorang dan bukan jugak saya nak perbesarkan kemenangan peringkat daerah. Tapi when I just thinking about thier situation it just happens to me that I suddenly remember what they said earlier when I was just in the early stages of trainning them.

"Abg Fadli, saya tak rasalah kami boleh menang, kalau kami menang first round nanti semi final kami kena lawan SBPI Sabak Bernam"

But then, over the low expectation from others, mereka berjaya ke final mengalahkan SBPI Sabak Bernam dan orang yang pada awalnya berkata begitu pada saya, akhirnya menjadi pembahas terbaik.

Also in this week, I came across a plenty of hot news. Kepala dah naik pening dah, asyik2 cerita pasal nih, pasal tuh, menteri nih keluar, orang nih keluar, semua nak tunjuk muka. Apa lagi kalau bukan isu gengsterisme yang sibuk meniti bibir ke bibir, mulut ke mulut dan terus mencucuk2 telinga2 rakyat Malaysia.

Selepas kematian Allahyarham Mohamad Farid Ibrahim, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor di Ampangan Seremban, Negeri Sembilan, 200 sekolah diletakkan dalam pengawasan dan lebih kurang 100 ribu orang pelajar diletakkan dalam senarai black list polis. Yang lagi merunsingkan berita itu tak berakhir di televisyen tapi turut menjadi topik perbincangan keluarga waktu makan, almaklumlah mak saya cikgu, ayah pulak orang kementerian, datang pulak isu kementerian, kena pulak yang mati tuh anak buah kawan ayah saya. Nak tak nak segala butir2 perkembangan: siapa yang keluar masuk mahkamah, apa polis kata, apa menteri kata, mostly saya tahu.

Tak cukup lagi, semakin kecoh di dada2 media isu PKN, gaduh di PKN, histeria di PKN, etc yada2. Pada mula saya rasa, tak apalah who can give a perfect programe kan. At least for the time being program ini dah cukup baik. but bila isu ini dah dipolimikkan, jadi isu politik, masuk edisi siasat, nak tak nak kena lah ambik tahu.

Pembinaan karektor

Kaitan tentang ketiga2 ini ialah our perception, building our integriti, perwatakan dan perwatakan and all sort of that yang berkaitan. Dimana silapnya sistem negara ini bergerak sehingga boleh timbul masalah begini? Dan dalam hal ini apa sebenarnya solution yang diberikan?. Actually kalau kita sedar it has come to an ironic situation.Kenapa? Tengok sendiri-sistem pendidikan yang sepatutnya mendidik sudah berikan satu beban. PKN yang sewajarnya jadi sebagai satu persediaan pembinaan jati diri remaja pun dah terjatuhkan beberapa titis hitam.

Bagi saya ada satu benda yang tidak diajar kepada warganegara is how to control our perception. Let's face it, especially in this IT era we can't avoid ourself from being exposed to the tonnes of info. How do we know which one is good for us and which one is not. Another situation is when we are dealing with people, different people give different impact to ourself,so which one is ok for us?Also looking into other situation where we've been scold by a person or we are facing a downfall, how to control our sanity and at the same time keep our perfomance at the top. That the role of controlling our perception: they help us to manage the stress, making decision and many other thing as well.

Perkara ini saya dapat dari Program kepimpinan tun razakdan ini yang nak saya kongsi, dalam hidup kita ada beberapa perkara yang mempengaruhi persepsi kita:

*Faktor Fizikal(keadaan persekitaran,objek dll,tiada unsur interaksi)
menyumbang 5 hingga 8 %
*Faktor Sosial(yg berinteraksi dengan kita:orang,maklumat,gambar)
menyumbang 45 hingga 54%
*The rest come from:
-Inner-speech(what we think to ourself)
-Total past learning experience.

The fact is we just can't delete the memory that come to our mind. Tapi kita boleh overwrite it. By means, even kalau memory yang kita dapat buruk atau tidak baik, kita buat overlay onto the memory with good message so that the memory-even that it may give an impact to us, it will lead to a good result.

Contoh ni yang kami dapat dari kursus. One day you somehow came across bahan pornografi. Nak tak nak kita sudah terima satu memori and of course benda itu buruk. Kita tak boleh delete but we can simply overwrite it with good messages e.g kita fikir ini buruk, kita cakap kat kita sendiri "Ooo,rupanya tak berfaedah pun tengok benda macam nih baik main game ker aper ker", ataupun cakap "tak berfaedah lansung benda nih, kenapa lah yang diorang sibuk2" so on and so forth.

As for the foundation, we got to have a good spiritual quality, religion as a guidance. Believe me, in this world it's our perception that take us to where we are now and where we will be in the future. You want to have a good integrity, perawakan dan perwatakan yang baik, you should know how to control ur perception.

So sekarang pun musim interview; petronas, bnm, pnb, JPA so on and so forth. To all my friends out there, build up ur perception from now, our bad past experience, what people say and what you say to your self that u can't do it will just make you incapable of giving ur best potential. Overwrite and face the situation with confidence! Best Of Luck!

p/s thanx to kak syafiah for giving the info in PKTR
also to najjib for giving me an idea of this Pembinaan karektor.

Isnin, April 05, 2004

Bahas....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Kalau nak dikirakan hari ini genaplah seminggu saya balik dari Sabah. Apa khabar saya? Haiya sibuk Bah~...

Seawal hari selasa saya sudah diminta ke sekolah mak saya, cikgu dekat sana mintak saya latih pasukan bahas. Believe me, you never want to take this job, it is really tired. Tapi sebab cikgu tu dari tahun lepas dah tanyakan hal nih, jadi nak tak nak saya kena pergi jugak. Apa yang disangka adik saya pun jadi pembahas,haha! nak gelak pun ada... Selama ni tengok kelibat dia dekat rumah, tak tahu pulak yg dier ada niat nak jadi pembahas. Apa yang saya takutkan kerelaan hati dia, saya tak nak dia jadi pembahas sebab saya sebelum ni cikgu2 disana kenal saya sebagai pembahas.

Tak ada banyak bezanya melatih pasukan bahas SBP dgn Sekolah harian biasa, kedua2nya perlukan kesabaran,ketekunan dan kerajinan. Boleh dikatakan sekarang ni mrk semua start with nothing, 'zero'. Jadi saya ambil masa sehari suntuk untuk bagi mereka tahu the fundamental of debate, how to stay calm yada2. Hari Rabu minggu depan mereka nak lawan. Boleh menang ker tidak? ermm entahlah.. saya dah berikan apa yang termampu tapi apa yang penting persembahan mereka nanti...Makin hari makin sibuk sampai terpaksa saya korbankan hari sabtu yang best.

Mak saya ada jugak tanya "Kamu nih rajinnya mengalahkan cikgu"

Bila saya dengar benda nih, kadang2 fikir jugak kenapa nak beria sangat? By means, ini bukan sekolah saya pun. Even at last bukan adik saya terpilih pun. Tapi saya fikir balik, inilah namanya tanggungjawab. Kalau awal2 kita sudah putuskan nak ambil amanah ni kita kena pegang. Bagi saya alang2 dah masuk pertandingan, alang2 dah panggil saya baik cuba yang terbaik.

Bila ingat tentang bahas, saya teringat waktu ada bahas ala parlimen dekat PKTR. Tuan di pertua Khusairil yang sangat lawak (hihi! sampai sekarang boleh gelak lagi) dgn Ali sebagai gandingan penjaga masa yang disukai ramai. Hmm memang satu pengalaman yang sukar dilupakan. Satu yang saya tak boleh nak lupa selepas habisnya pusingan akhir, pasukan kami menang tapi apa yang saya nak cerita pasal kawan yang saya lawan.

"Tak boleh ko buat macam tu, kitaorang tak tau apa2 tapi korang hentam teruk2 kesianlah dkt kitaorg.."
Saya jawab balik" Sorry, aku tak ada maksud pun nak buat macam tu tapi kalau itu ur first experience, u are already good man"

Hai..Zaki2...sampai sekarang sekarang kalau saya ingat balik, boleh ketawa sorang2 Tapi memang dia sebenarnya hebat hari tu. Ada tokoh pun bercakap also memang ada tokoh nak jadi YB. Dia memang pandai cakap, kalau tak tak kan sampai ada yang sangkut.


Hilang darah(huhu~)

Minggu yang sama saya terlibat hilang darah. Lebih kurang 400 ml. Cukup untuk membuatkan saya pening2, kebas dan lemah untuk separuh hari. Apa? tak percaya? ERm..nilah yang saya nak cerita.Hari sabtu ada kempen darah dkt tempat saya. I go there both to gain experience and also to serve my community

Ini ceritanya, awal2 saya check blood group. Waktu ni terbayang, cara check blood group kat makmal seklah dulu. Tapi nasib baik kali nih alatnya lebih cepat mencucuk tanpa anda rasa sakit sedikit pun. Tahu2 jer dah banyak darah keluar.

Waktu nak derma darah, saya di suruh baring atas katil. Then, dia cari saya nyer vine. My vine is quite big so it's easy to detect. Then, dia ambik satu tool I don't know what it is call, tapi bende tuh later dier cucuk to make a hole to my vine. Sincerely, I say waktu awal2 darah saya terpancut keluar. Lubang nyer besar sangat. Waktu tuh takut jugak especially bile tengok banyak die guner kapas nak lap darah yang terkeluar. Habis jer derma darah, saya rasa kebas sebelah badan, waltu tuh saya compare tangan kanan saya yang digunakan untuk derma darah dgn tgn kiri, my right hand pucat sikit. Few hour after that, you rasa badan you lemah sikit,pening2, kebas but after few hour rest you will be fine again.

So my friend out there come lar pergilah derma darah, sekarang pun kebetulan banyak kempen derma darah. Apa salahnya, kita sekali sekala pergi berbakti dgn org lain.