Assalamulaikum wb dan selamat sejahtera, saya minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak up date this blog, bukan sengaja cuma sibuk sangat. Apapun sementara kesempatan masih ada inilah cerita baru dari saya. Hope you enjoy it.
Again...Back To School
Termasuk yang ini genaplah kali ke 4 saya ke sekolah selepas secara rasminya keluar habis peperiksaan SPM, Apa lagi kalau bukan kene jadi coach debate team sekolah, 11 Mac nih diorang bertolak ke UIA bagi mempertahankan gelaran johan yang sekolah dapat tahun lepas. Ada banyak bezanya antara lawatan kali ini dengan sebelumnya. Yang pertamanya, kali ini saya tidur di asrama; bukan di dorm bebudak biasa tapi dekat bilik warden (grand tuh!) also saya bkn sorg2 tapi ada adam dgn romaini sekali bezanya diorg taklah coach debate tapi coach budak basketball ngan bola baling, 25 Mac nih ada PPM zon utara, sbg tuan rumah of course we don't want to be shameful of our basketball team so they call them as a coach. Sincerely, basketballers mmg semangat latihan ada ptg sampai malam, akhirnya bila pagi dua2 coach tuh nak dekat pukul 11 baru bangun.
Apa2pun kita tolak tepi dulu cerita tu dulu, saya nak cerita team debate sekolah as this why I came for. Seawal ketibaan saya ke sana, terasa seperti ada beban yang berat jatuh dkt bahu ni. Most of them still confuse and wandering mcmmana nak pergi ke UIA tuh nanti, saya dtg hari Selasa 9 Mac, meaning ada lagi 2 hari sblm mereka bertolak ke UIA. Saya kesian tgk mereka tapi dlm pada masa yang sama bangga dgn semangat yang ada, mereka tak tahu sejauh mana mereka mampu pergi but still mereka masih tak putus asa dan still tak jemu to improve themselves. Semangat inilah yang bagi saya terus rasa nak terus latih mereka.
Rasanya keadaan seolah-olah tidak adil bagi mereka, dalam keadaan terpingga-pingga macam itu mereka diberikan dgn seorg guru baru sebagai pembimbing. Bukan saya nak cakap cikgu tuh tak bagus b'coz saya tak kisah kalau cikgu baru tuh dihantar sebagai guru pengiring tapi cikgu yang lama sewajarnya ada di sana, sekalipun tak yakin dgn kemampuan mereka sekurang-kurangnya beritahu mereka apa kelemahan mereka untuk diperbaiki. Apa2pun cikgu tetap cikgu ada hadnya untuk saya katakan, mungkin mereka lebih arif dan sebenarnya mereka ada hak terutamanya setelah kesemuanya berumah tangga.
"Saya tak suka cikgu debate kawin.." kata Putri Mahirah munatul maknun, pembahas kedua sekolah merangkap junior kami sblm ni.
Mungkin terealisasi apa yang dia katakan, dah ternampak apa yang cuba dia maksudkan. Apa yang boleh saya buat adalah beri segalanya yang saya mampu, sampai... sekarang pun bibir dah pecah, suara pun dah serak sebab tak berhenti2 bercakap. Saya nampak kesungguhan cikgu baru tuh melatih mereka, kesungguhan dia nak menjadi guru pengiring mereka tapi apa yang saya nampak cikgu itu hanya memberikan latihan mock debate sampai pukul 3 pagi komen mereka dan akhirnya utk kesekian kali menegur mereka sbb tiada improvement. Bagi saya cikgu itu perlu beri lebih dari itu, cikgu itu kurang memberikan sokongan, cikgu itu dah menegur tapi cikgu itu kurang berikan sokongan utk mereka memperbaiki kelemahan mereka dan yang paling penting sokongan utk mereka menghadapi low expectation dari sekolah.
Mereka perlukan sokongan, saya sendiri sbnrnya nampak keistimewaan mereka, pembahas pertama Azhar ada dgn keunikan sendiri wlupun suara takda lah sekomersil faizi tapi dia ada kelebihan dlm attitude dia. Pembahas kedua; Mahirah ada tendensi mencontohi An Nee, dia ada gaya penyampaian yang jelas tepat dan menyakinkan. Pembahas ketiga; Hazrul ada kelebihan utk kita dgr setiap ucapan dia dr awal hingga akhir. Kelebihan inilah pada hari akhir saya beritahu pada mereka dan sebnrnya kelebihan yg sekolah terlupa utk pandang. Kadang-kadang dalam hal sebegini saya rasakan bila otak itu hanya fikir kejayaan, kita hanya nak tgk yg terbaik, kita buang yg buruk hanya dgn penilaian pertama tanpa menyedari ada potensi yang kalau digilap lebih baik dr apa yg kita anggap sbg 'terbaik'.
Pada malam akhir, saya beritahu apa yang sepatutnya mereka tahu, saya katakan mereka mampu, lantaklah apa org nak kata, asal mereka ingat apa yg saya ckp yg lain boleh mrk tolak tepi. Pada malam itu juga bkn sekadar murid, cikgunya sekali saya jumpa, saya kagum dgn cikgu itu, saya tahu dia mampu nak membentuk identiti pembahas semesti yg baru. Kata2 akhir saya dgn dia
"Cikgu, selain cikgu nak lihat kejayaan mereka, dua perkara lagi yg cikgu kene buat adalah cikgu beri sokongan pada mereka dan harapkan satu masa yg mengembirakan dgn mereka sbb selepas cikgu akan lagi lama dgn mereka"
Cikgu tuh diam, saya rasa dia faham maksud saya. Kepada ex-semestian kita doakanlah mereka. Sesaper yg dekat dgn UIA tuh pergilah sbb sampai 15 Mac ni berlangsungnya Debat Jemputan Sekolah2 Malaysia Piala UIA.
Kita Perlu Banyak Berfikir.
Satu lagi cerita yg saya ingin kongsi dgn semua bila saya berjumpa dgn guru2 di sana. Alhamdullilah, saya diterima dgn baik, yg menariknya saya kali ini bukan sbg bekas pelajar tapi seolah2 macm kwn mereka. Apa2pun apa yg bakal saya perkatan bermula dgn kata2 dr cikgu kamaruddin, guru BM di Semesti.
"Fadly, nanti bila kamu dah kerja bagus, kamu kena byk fikir, sbb org atasan sekarang tak fikir byk...
diorg ckp semua boleh tapi tak fikir pun susah senang org dkt bwh"
Cikgu tuh mengadu kesibukan yang terpaksa mereka hadapi, dgn waktu mengajar sehingga pukul 3 ptg, mereka ditambah lagi dgn mengorganisasi PPM zon utara, selepas tuh kem bahasa Arab SBP, anjurkan pertandingan Forum, etc yang saya dah tak teringat dah...Bagi saya, cikgu di sana mmg wajar berkata demikian, sudahlah begitu...kalau akademik teruk mereka jugak yg salah...nak dibantah apakan daya. Saya bangga sebenarnya dgn cikgu2 yg walaupun sibuk masih sempat tersenyum, bergurau dgn pelajar seolah2 tiada apa yg membebankan.
Wajar utk kita ingatkan sesama sendiri, kalau kita sudah berada di atas ingat2 mereka yang di bawah, bagaimana pun mereka tetap manusia yang ada keperluan dan perasaan sendiri. Kita boleh jadi seorang autokratik tetapi apa gunanya kalau sekadar berkuasa di depan mata tapi hina di belakang.
Lain2 Yang Seronok
Saya patut tambah sub tajuk tuh.. kpd yg sgt seronok sbnrya. Byk yg saya buat sepanjang di sana. Antara yg menarik bila melawat pljr2nya, melihat kehidupan mereka, dr ke sekolah, makan belajar sampai lah tido dan bangun semula. Seolah2 terasa macam memori itu dtg balik rasanya. Teringat semula sewaktu diri sendiri bergelar seorang pelajar sekolah ini.
Also waktu lain dihabiskan dgn hantar balik Faizi balik ke rumah dia yg uish jauh ke dalam Bagan Datoh, merasai trill drive moto waktu malam dgn keadaan diri yg rabun malam ( fuh! nasib baik hidup lagi) dan pengalaman berkunjung ke rumah makcik adam menyelami kehidupan sebagai seorang JAWA. Kat sinilah saya salute Adam dah matang, masih teringat nak ke rumah saudara pada masa yang sama ajak kwn2 lain yg rasanya kalau sbg seorg remaja boleh difikirkan lebih dr dua kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan