Selasa, Mac 30, 2004

I'm Back~Saya kembali bah!~

Alhamdullilah setelah 2 minggu berhempas pulas,berfikir puas di sabah akhirnya habis jugak kursus kepimpinan tun razak. Saya rasa semua orang mesti kata apa ada dalam 2 minggu?, sekejap jer kan...

tapi bagi saya 2 minggu itulah yang menjadikan kursus ini bermakna. Kalau nak di describe secara keseluruhan kursus ini anda boleh anggap sebagai mini khidmat negara. Kalau negara baru mengazetkan perkara ini tahun ini, yayasan tun razak lebih ke hadapan dengan mengaplikasikannya sejak tahun 1993. Namun, apa yang menjadikan ia lebih menarik adalah pada pendekatannya. Apa istimewanya? Penulisan saya akan menjelaskan segalanya.

Secara umumnya kursus ini diadakan di 4 tempat utama; Beringgis Beach Resort, Outward Bound Sabah, Sekolah Kebangsaan Tombovo, Papar dan Hotel Sutera Harbour. 1 minggu lebih di beringgis beach resort, 3 hari di Outward Bound Sabah, Khidmat sosial di sekolah kebangsaan tombovo dan 1 hari 1 malam di Hotel sutera harbour untuk majlis penutup. You might think that we been pampered, well u may be right besides I think the same way that memang kami dimanjakan. Berkursus di resort dengan penginapan di chalet memang tak mengambarkan seperti sedang berkursus mungkin istilah bercuti lebih sesuai digunakan. Besides, pihak yayasan telah membelanjakan lebih kurang 250 ribu ringgit untuk kursus yang hanya melibatkan peserta sebanyak 70 orang. Satu jumlah yang besar yang kalau dibelanjakan untuk kursus khidmat negara boleh melengkapkan beberapa pusat latihan yang belum siap. TAPI... ada banyak perkara yang menyebabkan ia istimewa hinggakan peserta yang mengikuti kursus khidmat negara ada yang diberi keprcayaan untuk penangguhan kerana kursus ini.

Perbelanjaan yang besar datang dengan kepercayaan yang tinggi. Lainnya kursus ini Fasilitator2 kami panggil abang, kakak, uncle, atuk dan opah (haha!) Sama sekali jauh berbeza dengan kursus lain seperti BTN yang mana tunjuk caranya perlu dipanggil tuan dan sebagainya. Malahan kami semua sentiasa diingat tentang kelebihan yang diberi. Namun kelebihan yang diberi datang bersama tanggung jawab kebanyakan aktiviti kami kendalikan sendiri. Kami ada sekretiat sendiri yang ditugaskan menjaga hal2 riadah, kerohanian, protokol dan sebagainya.

Seawal 4.50 pagi kami kena bangun memandangkan subuh di sini pukul 5.06 pagi, Sembahyang tidak dimasukkan dalam jadual jadi sekretiat kerohanian kami kena mennyediakan jadual imam dan bilal serta gerak subuh yang akan ke chalet2 mengejutkan subuh. sekitar 5.45 pagi kami akan melakukan riadah. Oleh sebab resort tepi pantai most everyday kami akan jogging di tepi pantai ditemani matahari yang baru terbit...hehhe dan masih lagi dikendalikan oleh kami sendiri, fasilitator datang ketika kami mula mengadakan game iaitu sekitar 6.30 pagi. Habis riadah, kami akan bersarapan sekitar pukul 7 pagi. Pukul 8 pagi hinggalah seterusnya kami mendengar ceramah yang kebanyakannya tentang undang2, perlembagaan, kenegaraan, stress management, negotiation skill, nilai2 pada Tun razak yang mostly disampaikan oleh prof dari UMS dan arkib negara. Later on, kami ader jugak bengkel dan LDK. Petangnya ada riadah yang masih lagi dikendalikan kami. Yang menariknya satu jam sebelum maghrib kami ada perlepasan ke pantai atau swimming pool! :)

Waktu kuliah maghrib antara waktu yang saya suka sebab waktu inilah boleh dengar sesuatu yang menarik yang tak pernah saya dengar melalui kuliah maghrib sebelum ini dan yg tambah menarik ia disampaikan oleh peserta sendiri. waktu inilah kami boleh dengar persepsi peserta terhadap ceramah yang telah disampaikan, salah silap apa yang mereka cakapkan, salah silap apa yang kami buat mahupun menyentuh sistem pentadbiran yang ada sekarang. Waktu malam biasanya kami tidur pada pukul 10 malam...tetapi sewaktu di akhir2 kursus biasanya 12 atau 1 pagi memandangkan masing2 sibuk dgn persembahan penutup. Besides masing2 dah semakin rapat, kacau mengacau guna telefon semakin kerap berlaku. Waktu nilah dengar orang lelaki menyamar jadi perempuan, orang nyanyi dalam telefon tak pun perempuan mengilai. Ini semua kerje peserta yang kadang2 dgn restu penghulu sendiri.

Di Outward Bound Bound Sabah, kami menjalani aktiviti luar seperti flying fox, high ropes,low ropes, wall climbing, orientering, night line, berkayak so on and so forth. Waktu nih laa kepimpinan yang ada diuji bukan sekadar untuk meminpin tetapi juga bersedia untuk dipimpin. Frankly, this is the time when all peole get together and know each each other making the remains day as some to be to be avoid of. Waktu ni saya respect Mimie (girl participant) people say she can't do it but despite her physical appearance she proves that she is not someone who can't be trusted and that brings shock to the whole camp.

Ada satu hari kami kene buat khidmat sosial di sekolah kebangsaan tombovo. kami kene gali parit buat longkang dekat saner. waktu nilah tangan saya kene cangkul waktu pecahkan batu. waktu ini juga melihat cara kami bereaksi dgn keadaan org pedalaman, sincerely kami sendiri tak sangka ketika malaysia yang sedang pesat membangun masih ada lagi sekolah yang masih berdinding kan kayu dangan atap yang berkarat. Satu2nya bangunan berbatu adalah tandas dan makmal komputer yang nampak kemas berkunci.

Selang beberapa aktiviti di sana kami turut melawat beberapa tempat di Sabah, mengenal budaya dan keunikan di sabah. Misalnya, kami ke monsopiad cultural village, gunung kinabalu, Tamu kota belud, Poring Hot spring so on and so forth. Best jugak ke saner, tapi yang lagi best makanan semasa di luar which is mostly seafood chinese style.Fuh! maner diorang dapat duit bebanyak nih..Also thanx to opah kami sumer dapat beli mutiara,gelang,cincin at the very low price.

Sutera Harbour Hotel, Kami tak lama disini. Just 1 hari untuk majlis penutup dan bermalam di sana. This is first time I come to 5 star hotel and 1st time being as the MC for a ceremony which involve dato2 datin2 tan sri2. Tapi duduk di sini tak terasa nikmatnya memandangkan ini hari terakhir...masing2 byk menghabiskan masa berjalan2 berbual memanfaat masa sebelum masing2 berpisah.

Di sebalik kemewahan yang ada??

Sungguhpun apa yang dibelanjakan terlalu banyak untuk kami tapi saya rasakan berdasarkan apa yang berlaku di sana adalah berbaloi. this is the first time saya tengok penglibatan yang begitu aktif dikalangan peserta. Sebut saja siapa nak beri soalan siapa nak bagi pendapat tak putus2 tangan mengangkat. Pendapat bukan calang2 pendapat. Most Of them is valuable that u think that u have to write it down..

" Masa pemimpin adalah masa rakyat"
"Pemimpin bukan sekadar tahu memimpin tapi juga bersedia untuk di pimpin"

Satu perkara yang menakjubkan adalah reaksi mereka terhadap isu sekeliling: tentang isu islam yang diperkatakan pak lah, tentang pend seks, sekolah wawasan or even tentang khidmat negara itu sendiri, media massa. especially sewaktu kami adakan sessi debat Parlimen. Saya jadi YB teluk intan waktu itu. Paling best bila dgr YB Kubang Pasu(Zaki), Ipoh Timur(Dong), Jenderak(Zaffan), Wangsa Maju(Aida) dan yang lain2 Fuh! Terasa macam dalam parlimen sebenar.

Peserta juga jenis orang yang boleh disuruh buat apa saja. Cakap jer jadi MC, imam, penyambut tetamu, kuliah maghrib, director persembahan, conductor koir, pembahas, penyajak semua boleh...

Actually ada banyak yang pihak yayasan harapkan tapi beban itu tak terasa kerana masing2 tahu jalankan tugas. masing2 tahu bukan seorang sahaja yang harus menonjol.

Satu perkara yang perlu dipuji adalah perpaduan yang wujud. meskipun kami datg dgn latar belakang yg berbeza namun keharmonian itu wujud malah sensitiviti agama dibincangkan secara akademik tanpa menyakiti hati mana pihak2.

"Semua sayang Ali...!"ayat yg paling saya ingat yg menyatu padukan kami semua

Gossip? hi tak usah cerita lar.. Berlambak...sama bangsa, lain2 bangsa, semenanjung dgn sabah. semua ader...kedah dgn sarawak, perlis dgn sarawak, N9 dgn kelantan. so on and so forth. Fasi kami kata perkara ni logik sebab ader Alumni kami yang memang dah kawin sesama ahli kursus, erm cantik pandai sama2 berkepimpinan..hi maner nk dpt lagi? apapun saya tak camtu, saya tetap FOKUS...FOKUS...

Satu perkara yang sentiasa saya akan ingat adalah kawan2 yang saya dapat dr sana. Saya bukan sekadar kenal kawan satu rumah tapi juga semua 70 org yg ader di sana with a lot detail of themselves. At first saya fikir what sort of relationship u can build in just 2 weeks. Tapi sebab keikhlasan masing2, 2 minggu terasa ada maknanya. kami kene marah sama2, gelak sama2, bantu rakan sama2 without leave anyone behind.

Kami bukan sekadar di ajar untuk menjadi warganegara yang baik tetapi juga pemimpin yang peka dgn isu rakyat, etika dan apa yang perlu kami perbaiki pada negara ini pada masa akan datang. Kami didedah kan dgn kelemahan masyarakat, masalah press, undang2 dan sebagainya.

Sincerely, just pour it down by word it's not enough. You'll never know unless you were there seeing us by yourself. Tapi itulah ceritanya, yang tak boleh saya lupa sampai bila2. For the next incoming, saya akan kongsi apa yg saya belajar disana especially about how to handle situation, making perception, negotiation and shape ur self..

Jumaat, Mac 12, 2004

Sehari dua ni, ada masalah sikit bila nak bukak internet..jadi sementara ada kesempatan nih tulis apa yg sempat..

so this few days sibuk dengan buat persediaan nak ke sabah..ader kursus kepimpinan tun razak..dlm hal nih mak lah yg paling risau sekali...preparation mengalahkan org nak kebe gih khidmat negara nagn org nak gih oversea..

apa2pun from this 14 to 28 Mac I'm not around, aper2 pun tinggal message nagn email key..balik nanti saya janji bagi liputan penuh apa yg dibuat di negeri di bawah bayu tuh..

till then..forget me not key..wasalam

Khamis, Mac 11, 2004

Assalamulaikum wb dan selamat sejahtera, saya minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak up date this blog, bukan sengaja cuma sibuk sangat. Apapun sementara kesempatan masih ada inilah cerita baru dari saya. Hope you enjoy it.


Again...Back To School

Termasuk yang ini genaplah kali ke 4 saya ke sekolah selepas secara rasminya keluar habis peperiksaan SPM, Apa lagi kalau bukan kene jadi coach debate team sekolah, 11 Mac nih diorang bertolak ke UIA bagi mempertahankan gelaran johan yang sekolah dapat tahun lepas. Ada banyak bezanya antara lawatan kali ini dengan sebelumnya. Yang pertamanya, kali ini saya tidur di asrama; bukan di dorm bebudak biasa tapi dekat bilik warden (grand tuh!) also saya bkn sorg2 tapi ada adam dgn romaini sekali bezanya diorg taklah coach debate tapi coach budak basketball ngan bola baling, 25 Mac nih ada PPM zon utara, sbg tuan rumah of course we don't want to be shameful of our basketball team so they call them as a coach. Sincerely, basketballers mmg semangat latihan ada ptg sampai malam, akhirnya bila pagi dua2 coach tuh nak dekat pukul 11 baru bangun.

Apa2pun kita tolak tepi dulu cerita tu dulu, saya nak cerita team debate sekolah as this why I came for. Seawal ketibaan saya ke sana, terasa seperti ada beban yang berat jatuh dkt bahu ni. Most of them still confuse and wandering mcmmana nak pergi ke UIA tuh nanti, saya dtg hari Selasa 9 Mac, meaning ada lagi 2 hari sblm mereka bertolak ke UIA. Saya kesian tgk mereka tapi dlm pada masa yang sama bangga dgn semangat yang ada, mereka tak tahu sejauh mana mereka mampu pergi but still mereka masih tak putus asa dan still tak jemu to improve themselves. Semangat inilah yang bagi saya terus rasa nak terus latih mereka.

Rasanya keadaan seolah-olah tidak adil bagi mereka, dalam keadaan terpingga-pingga macam itu mereka diberikan dgn seorg guru baru sebagai pembimbing. Bukan saya nak cakap cikgu tuh tak bagus b'coz saya tak kisah kalau cikgu baru tuh dihantar sebagai guru pengiring tapi cikgu yang lama sewajarnya ada di sana, sekalipun tak yakin dgn kemampuan mereka sekurang-kurangnya beritahu mereka apa kelemahan mereka untuk diperbaiki. Apa2pun cikgu tetap cikgu ada hadnya untuk saya katakan, mungkin mereka lebih arif dan sebenarnya mereka ada hak terutamanya setelah kesemuanya berumah tangga.

"Saya tak suka cikgu debate kawin.." kata Putri Mahirah munatul maknun, pembahas kedua sekolah merangkap junior kami sblm ni.

Mungkin terealisasi apa yang dia katakan, dah ternampak apa yang cuba dia maksudkan. Apa yang boleh saya buat adalah beri segalanya yang saya mampu, sampai... sekarang pun bibir dah pecah, suara pun dah serak sebab tak berhenti2 bercakap. Saya nampak kesungguhan cikgu baru tuh melatih mereka, kesungguhan dia nak menjadi guru pengiring mereka tapi apa yang saya nampak cikgu itu hanya memberikan latihan mock debate sampai pukul 3 pagi komen mereka dan akhirnya utk kesekian kali menegur mereka sbb tiada improvement. Bagi saya cikgu itu perlu beri lebih dari itu, cikgu itu kurang memberikan sokongan, cikgu itu dah menegur tapi cikgu itu kurang berikan sokongan utk mereka memperbaiki kelemahan mereka dan yang paling penting sokongan utk mereka menghadapi low expectation dari sekolah.

Mereka perlukan sokongan, saya sendiri sbnrnya nampak keistimewaan mereka, pembahas pertama Azhar ada dgn keunikan sendiri wlupun suara takda lah sekomersil faizi tapi dia ada kelebihan dlm attitude dia. Pembahas kedua; Mahirah ada tendensi mencontohi An Nee, dia ada gaya penyampaian yang jelas tepat dan menyakinkan. Pembahas ketiga; Hazrul ada kelebihan utk kita dgr setiap ucapan dia dr awal hingga akhir. Kelebihan inilah pada hari akhir saya beritahu pada mereka dan sebnrnya kelebihan yg sekolah terlupa utk pandang. Kadang-kadang dalam hal sebegini saya rasakan bila otak itu hanya fikir kejayaan, kita hanya nak tgk yg terbaik, kita buang yg buruk hanya dgn penilaian pertama tanpa menyedari ada potensi yang kalau digilap lebih baik dr apa yg kita anggap sbg 'terbaik'.

Pada malam akhir, saya beritahu apa yang sepatutnya mereka tahu, saya katakan mereka mampu, lantaklah apa org nak kata, asal mereka ingat apa yg saya ckp yg lain boleh mrk tolak tepi. Pada malam itu juga bkn sekadar murid, cikgunya sekali saya jumpa, saya kagum dgn cikgu itu, saya tahu dia mampu nak membentuk identiti pembahas semesti yg baru. Kata2 akhir saya dgn dia

"Cikgu, selain cikgu nak lihat kejayaan mereka, dua perkara lagi yg cikgu kene buat adalah cikgu beri sokongan pada mereka dan harapkan satu masa yg mengembirakan dgn mereka sbb selepas cikgu akan lagi lama dgn mereka"

Cikgu tuh diam, saya rasa dia faham maksud saya. Kepada ex-semestian kita doakanlah mereka. Sesaper yg dekat dgn UIA tuh pergilah sbb sampai 15 Mac ni berlangsungnya Debat Jemputan Sekolah2 Malaysia Piala UIA.

Kita Perlu Banyak Berfikir.

Satu lagi cerita yg saya ingin kongsi dgn semua bila saya berjumpa dgn guru2 di sana. Alhamdullilah, saya diterima dgn baik, yg menariknya saya kali ini bukan sbg bekas pelajar tapi seolah2 macm kwn mereka. Apa2pun apa yg bakal saya perkatan bermula dgn kata2 dr cikgu kamaruddin, guru BM di Semesti.

"Fadly, nanti bila kamu dah kerja bagus, kamu kena byk fikir, sbb org atasan sekarang tak fikir byk...
diorg ckp semua boleh tapi tak fikir pun susah senang org dkt bwh"

Cikgu tuh mengadu kesibukan yang terpaksa mereka hadapi, dgn waktu mengajar sehingga pukul 3 ptg, mereka ditambah lagi dgn mengorganisasi PPM zon utara, selepas tuh kem bahasa Arab SBP, anjurkan pertandingan Forum, etc yang saya dah tak teringat dah...Bagi saya, cikgu di sana mmg wajar berkata demikian, sudahlah begitu...kalau akademik teruk mereka jugak yg salah...nak dibantah apakan daya. Saya bangga sebenarnya dgn cikgu2 yg walaupun sibuk masih sempat tersenyum, bergurau dgn pelajar seolah2 tiada apa yg membebankan.

Wajar utk kita ingatkan sesama sendiri, kalau kita sudah berada di atas ingat2 mereka yang di bawah, bagaimana pun mereka tetap manusia yang ada keperluan dan perasaan sendiri. Kita boleh jadi seorang autokratik tetapi apa gunanya kalau sekadar berkuasa di depan mata tapi hina di belakang.

Lain2 Yang Seronok

Saya patut tambah sub tajuk tuh.. kpd yg sgt seronok sbnrya. Byk yg saya buat sepanjang di sana. Antara yg menarik bila melawat pljr2nya, melihat kehidupan mereka, dr ke sekolah, makan belajar sampai lah tido dan bangun semula. Seolah2 terasa macam memori itu dtg balik rasanya. Teringat semula sewaktu diri sendiri bergelar seorang pelajar sekolah ini.

Also waktu lain dihabiskan dgn hantar balik Faizi balik ke rumah dia yg uish jauh ke dalam Bagan Datoh, merasai trill drive moto waktu malam dgn keadaan diri yg rabun malam ( fuh! nasib baik hidup lagi) dan pengalaman berkunjung ke rumah makcik adam menyelami kehidupan sebagai seorang JAWA. Kat sinilah saya salute Adam dah matang, masih teringat nak ke rumah saudara pada masa yang sama ajak kwn2 lain yg rasanya kalau sbg seorg remaja boleh difikirkan lebih dr dua kali.

Jumaat, Mac 05, 2004

Hari-hari Terisi semula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, alhamdullilah dapat juga saya perbaharui blog ni, sebelum ni saya terasa spt ada kekurangan dlm blog nih sendiri terutamanya pada ejaan, saya fikir ini tak adil untuk yg membaca kerana sepatutnya saya menghargai mereka;give them the best and shoudly not like before. Jadi for the day onwards saya semak balik semula, tak nak ada yang salah, lagi takut kalau nanti ada yg tersalah faham pulak.

Apa2pun minggu ni saya terasa aktiviti saya terisi semula, dalam erti kata lain ada jugak kerja saya nak buat bkn macam dulu duduk depan TV dari pagi sampai petang. Dari hari Isnin sampailah ke khamis sibuk dengan isi borang, minta pengesahan, photostat sijil. Rasanya bukan saya sorang jer tapi most of us macam tu kan.

Also for the first time after the school there's been a lot of phone call for me, isk2 terharu... Selama nih sincerely saya jarang sesangat
dapat call dr org lain. Sometimes I think, am I really that bad?hehhe...Apa2pun Kepada yg call I really want to say that I'm so happy and I really appreciate your call dan terima kasih tak terhingga sebab masih ingat saya.

Tapi perasan tak? dok kita tengah seronok isi borang tiba2 mesti most of stuck at one part.Dah!... Tangan dah mula mengigil, mata tak gerak2, rasa macam masa dah berhenti, lagi teruk ada yang mengalahkan waktu jawab SPM dulu. Tido tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang.(erm over sangat ker analogi nih?) Apalagi kalau bukan part pilihan course & U. Saya rasa nih lah yang paling berat sekali. Tak banyak pun kene isi tapi bebannya yang jatuh, aduh!!!! berat sungguh.. Otak ni pun dah mula berpinar2;

"macam mana kalau tersilap pilih?"
"mana nak ambik nih?"
"nak tanya siapa?"

Apa yang lagi menyusahkan masa untuk kita berfikir bukan lama, most of the application nak dihantar lebih kurg 10 hari bekerja lepas result SPM diumumkan. Tik! Tok! Tik! Tok! Waktu nih mulalah terasa pentingnya ada no telepon orang nih, orang tu, cikgu nih, abang kakak tu,pakcik makcik ni dan macam2 lagi lah.

Macam mana nih?

Mungkin takde lah seteruk macam tu tapi mesti ada sangkut sikit kan? I'm also admit that I have this problem. Saya tak tahu macam mana nak cakap b'coz ini pun 1st time saya kene hadapi masalah macam nih. But I just think that there must be a way, keep ur mind positive, don't see this as a problem, make it as a puzzle, games or anything fun that you have to find a solution. think it as something amazing that you need to work on. Insyaallah it may help you.

Apapun saya nak kongsi dengan semua apa yang saya buat, sya dapatkan nasihat org lain, tanya macam mana study kat sana, kos hidup etc. But one thing saya nak ingatkan at the same time kita kena ada pegangan, memang kita boleh dapatkan nasihat org lain tapi jgn bila diorg ckp macam tuh terus kita nak ikut tanpa fikir apa yg kita minat. Yang sebaiknya tanya org yg pada masa yang sama tahu apa yg kita nak and kalau dia tak setuju pun dia mampu kasi satu cadangn yg sesuai yg boleh kita bawa.

Mana nak jumpa? macam mana kita tahu itu nasihat yang betul? waktu nih lah sampai apa yg org kata pertolongan dr Allah, doa minta turunkan ilham, then percaya insyaallah nanti ada terdetik hati nanti. Erm ingat tak yg kita boleh buat sembahyang istikharah?

Then bila dah buat keputusan jangan risau sesangat, yg penting kita dah cuba sebaiknya, yg tinggal adalah tawakkal. Doa minta2 moga dipermudahkan jalan.

Sya pun bkn pandai sgt dlm hal nih. takpe these all are part and parcel of life that we have to face. Kita usaha sama2 key. Don't worry... everything will be fine. Kalau dah risau sgt jgn simpan tau... LEPASKAN!!