Ahad, April 04, 2010

Conditioning, Associating dan Dakwah

Proses Conditioning and Associating bukanlah sesuatu yang baru. Bagi pelajar perubatan, proses ini diperkenalkan seawal mungkin dalam subjek physiology. Mungkin bagi pelajar psychology, perkara ini diperkenalkan ketika pengenalan kepada psychology.

Meskipun proses ini dijumpai berpuluh-puluh tahun dahulu oleh bapa physiology/psychology Pavlov namun aplikasinya kekal relevan hinggalah ke hari ini. Ia bermula daripada eksperimen seekor anjing, kemampuan kelenjar salivanya mengeluarkan air liur bila dibunyikan loceng yang telah di’associate’ dengan makanan. Kini aplikasi yang sama telah digunakan dalam ‘behaviour therapy, mass psychology, brain wash, mind control, advertisement dan lain-lain.

Conditioning

Secara ringkas, bila kita berkata tentang conditioning, ia bermaksud kita memberi syarat untuk sesuatu berlaku. Misalnya:

    1.    Api= panas
    2.    Ais=sejuk
    3.    makanan=sedap
    4.    hujan=basah

Jadinya, sekiranya kita nampak api terus otak kita akan berfikir tentang panas dan badan kita akan memberi respon sesuai dengan fikiran ‘panas’ yang ada dalam minda sesuai dengan keadaan di mana kita berada ketika itu.

Associating

Ini pula kita mengaitkan sesuatu dengan ‘conditioning’ yang sudah sedia ada. Dalam eksperimen Pavlov, setiap kali makan diberikan, loceng akan dibunyikan dan kelenjar air liur akan merembeskan air liur. Di sini Pavlov melakukan ‘association’ antara makanan dan loceng.

    1.    Makanan sudah sedia ada conditioning (makanan= air liur dirembeskan)
    2.    Loceng diberi ‘association’ dengan makanan
    3.    Pada masa akan datang setiap kali berbunyi loceng, air liur akan dirembeskan. Ketika ini otak anjing telah berfikir loceng akan menjanjikan benda yang sama seperti ketika makanan diberikan.

Aplikasi

Setiap kali kita melihat bagaimana setiap kali ada iklan arak, pasti ada perempuan seksi. Setiap kali iklan rokok pasti ada lelaki macho yang segak bergaya.

Mengapa begini?Mari kita cerakinkan:

1. Perempuan seksi (conditioning): ghairah, seks, kepuasan, seronok
    Ini merupakan refleks/perasaan default yang ada dalam fikiran lelaki.

2. Arak:? bagi mereka yang tidak pernah merasakan arak tersebut, tidak boleh membuat atau mengeluarkan refleks atau perasaan apa-apa terhadap perkara tersebut

Maka dengan membuat iklan setiap kali ada arak akan ada juga perempuan seksi, maka mereka telah membuat ‘association’ antara arak dan perempuan seksi. Selepas ini, apabila terfikir tentang arak tersebut:

Arak (conditioning): ghairah,seks,kepuasan,seronok

Beginilah caranya bagaimana, dunia membuat association:

    1.    Islam=terrorist
    2.    Gay=normal
    3.    wealthy=happy
    4.    US= kuat

dan list akan berterusan.

Aplikasi dalam dakwah

Meskipun telah dimanipulasi sebegitu hebat, tetap tidak boleh dinafikan bahawa ini merupakan sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah. Maka pastinya kalau boleh digunakan ia memberi manfaat kepada dakwah itu sendiri. Contohnya:

1. Imej Dai
Sekiranya si A yang membawa dakwah mempunyai imej yang baik. Maka orang akan terus membuat satu ‘condition’

Si A (conditioning)=baik,bagus,boleh dipercayai

Ketika ini sewaktu orang berdepan dengan dakwah, ini yang mereka ada

dakwah=?

Sekiranya kita dapat membuat si A yang membawa dakwah, maka kita berjaya membuat satu ‘association’ supaya aka datang, apabila berdepan dengan dakwah

Dakwah (conditioning)=baik,bagus,boleh dipercayai



Kenapa ini penting

Kerana dalam proses tarbiyah kita akan memperkenalkan banyak benda kepada mutarabbi. Daurah, Usrah, Jaulah, Infaq, Fikrah dan sebagainya. Sebagai daie kita perlu pandai membuat satu ‘association’ supaya akan datang apabila datang benda yang sama, mutarabbi dapat membuat satu ‘conditioning’ yang betul dan tepat, seterusnya membantu mereka untuk terus istiqamah