Hakim Makhamah Syariah Pahang Abdul Rahman menjatuhkan hukuman sebat 6 kali dan denda RM 5000.
Kartika Sari Dewi Shukarno kemudiannya berkata “Saya menerima hukuman ini, biarlah Allah menentukan di akhirat”
Ramai memuji.
Ada juga menegur.
Tidak kurang juga melenting.
Oh! Perlu diberitahu juga hukuman rotan syariah tidak sama dengan hukuman rotan makhamah sivil
Rotannya tiada ruas, tiada buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter. Sementara itu, ukur lilitnya tidak melebihi 0.0125 meter.
Pesalah perempuan duduk, dan berpakaian seperti yang disyariatkan oleh Islam.
Perotannya tidak boleh mengangkat rotan lebih daripada paras kepala.
Namun antara kekal dengan sebatan ini, rayuan, hukuman jenis lain ataupun sebaliknya. Biarlah saya serahkan kepada yang lebih arif untuk menentukan
Tapi saya ingin membicarakan sesuatu yang lebih daripada itu
Saya teringat:
1. Nabi Ayyub pernah bersumpah hendak menyebat isterinya dengan 100 kali sebatan tetapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang telah meminta Nabi Ayyub mengikat 100 helai rumput kering dan menyebat sekali sahaja untuk menunaikan sumpah tersebut
Tapi soalnya: Titik Fokus kita di mana?
- · S ejauh mana kita memandang berat minum arak itu sebagai satu aktiviti yang tidak sihat baik dari segi jasmani dan rohani.
- · Sejauh mana kita melihat arak ini boleh meruntuhkan institusi keluarga dan masyarakat.
- · Sejauh mana juga kita sebagai golongan dewasa khususnya ibu bapa dapat mendidik anaknya menunjukkan baik dan buruk, halal dan haram.
- · Sejauh mana masyarakat melihat salahnya dan negatifnya aktiviti ini.
Ya! tidak fokus kita di mana? Sewajarnya respons kita (tanpa perlu mengira siapa) perlu melihat kepada perkara-perkara ini. Kenapa pula dilarikan dan ditarik ke tempat-tempat lain.
Takut nanti 'Menang sorak kampung tergadai.' Kita seronok tumpuan dunia ke sini. Kita seronok ada berita hangat yang baru. Selesai semua benda, apa sahaja yang kita dapat?
Aduhai!
Kalau mahu dipersoalkan isu diskriminasi:
Bukankah lebih diskriminasi
- · Jika dibiarkan wanita dibiarkan dalam aktiviti tidak bermoral
- · Jika dibiarkan anak-anak mewarisi perangai buruk ibu bapanya
- · Tingkah laku beragama, bertata susila dan berbudaya dianggap sebagai kolot dan berhibur, hedonisme itu diangkat dan dijulang tinggi-tinggi
Yang Lebih Penting!
Kalau betullah peristiwa ini jadi turning point untuk Kartika berubah, maka inilah peluang keemasan untuk dia dibimbing, ditunjukkan semula jalan yang benar.
Nanti biar dia jadi contoh baik untuk 2 orang anaknya, biar dia pula nanti boleh jadi penunjuk cara kepada yang masyarakat.
Mana tahu dari model boleh bertukar menjadi kaunselor atau pendakwah mungkin?
Ha! Yang ini ada sesiapa angkat tangan nak bantu?
baca juga: