Ku biarkan pandangan di lontar jauh kedepan. Ku letakkannya terus pada tugu Mat Rodina di bukit Mamaev Kurgan. Tugu yang menjadi lambang semangat pahlawan-pahlawan tempatan mempertahankan Stalingrad itu ku tenung lama-lama. Bagiku tiada apa yang menarik di sana, tugu itu telah pun ku tatap hampir setiap hari di sini. Namun, mungkin hatiku yang kosong menyebabkan diri ini tak tergerak untuk melakukan apa-apa.
Angin bertiup kuat dari tepi. Kelihatan lopak-lopak air berkumpul di atas permukaan jalan. Langit kekal redup,masih ada lagi baki-baki awan gelap berat di sana. Ketika itu, matahari nyata segan memunculkan diri.
Aku peluk tubuhku erat-erat. Aku biarkan sahaja bayu dingin mencucuk sampai ke tulang, nyaman rasanya cuaca sebegini. Tidak sejuk tidak panas, sedang-sedang dengan kehendak dan keselesaanku.
Perlahan-perlahan aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Kedua-dua belah mataku dibiarkan terpejam. Angin bertiup lagi. Kali ini lembut belaiannya menyebabkan fikiranku melayang. Mengenang perkara beberapa hari lepas.
****
15 Jun 2006 (2 minggu sebelum peperiksaan Biokimia)
"Helmi!"jeritku dari jauh.
Helmi memandang kebelakang. Hafizuddin dan Safwan disebelahnya menghentikan langkah mereka. Ketiga-tiga mereka tersenyum melihat aku berlari-lari anak menuruni tangga.
Mesti ada berita gembira, detikku sendiri.
"Macam dengan Path Physio?" tanyaku ringkas tentang markah mereka untuk peperiksaan Pathological Physiology.
"4 je" jawab Helmi bersahaja.
"4?Safwan? yang lain" tanyaku mendapatkan kepastian.
Mereka hanya membalas dengan senyuman. Namun senyuman mereka bagaikan kurang sesuatu, bagaikan cuba dibuat-buat.
Dus!Aku seperti tidak percaya. Sewajarnya markah lima yang merupakan markah tertinggi untuk setiap kali peperiksaan ini bukanlah mustahil untuk mereka-mereka ini. Rajin, bijak, apa lagi yang diperlukan, cukup ciri-ciri seorang pelajar cemerlang.
"Tipulah" aku lontarkan akhirnya rasa di hati.
"La, betullah. Kitaorang dapat 4"
******
20 Jun 2006 (1 minggu sebelum peperiksaan Biokimia)
Aku ikutkan sahaja lirik mataku memandang bait-bait ayat di dalam buku teks Biochemistry tersebut. Satu-satu perkataan ku sebut di dalam hati. Tidak puas kali pertama, aku ulang dan ulang lagi. Tapi pelik, ayat-ayat tersebut pergi dan datang begitu sahaja tanpa ada satu pun melekat di otak ini.
"Aku tak rasalah yang aku nak dapatkan 5 untuk exam Biochem ni" akhirnya aku suarakan juga apa yang terbuku di jiwa.
"Kenapa?"
"Ya lah, nak buat apa dapat 5. Apalah yang ada dengan markah tu?"
"Dapatkan lah 5, nanti boleh jadi *otlichnik btaroi stepen pula tu"
Aku terdiam, di dalam minda masih lagi ligat memikirkan apa yang diperkatakan.
"Tak naklah nanti kalau dapat hadiah pun, aku seorang bukan dengan yang lain-lain"
Tanpa disangka perkataan tersebut keluar dari mulutku. Aku terus berlalu pergi. Buku teks Biochem setebal satu penumbuk manusia itu aku biarkan bergelimpangan di atas katil bersama-sama menyertai nota-nota pelajaran yang lain.
Pada saat itu, aku dapat rasakan yang aku hilang pendorong, hilang kekuatan. Lantas aku tekadkan diri, biarlah aku belajar mana yang mampu. Tenang, perlahan-lahan.
Biarlah orang lain mengejar 5 itu. Bagiku tidak terdetik sedikit pun keinginan untuk merebutnya.
*****
30 Jun 2006 (Hari berlansungnya peperiksaan Biokimia)
Aku mengeletar duduk di atas kerusi. Mendengar namaku di panggil sejak awal lagi sudah cukup membuatkan aku gementar seluruh badan. Lebih-lebih lagi kalau yang memanggil itu Alexandra, pensyarah biokimia yang terkenal dengan kedahsyatannya ketika peperiksaan.
Namun, berhadapan dengan sistem peperiksaan di Russia ini yang mahukan pelajar menjawab soalan secara lisan memerlukan aku kekal yakin. Aku belek isi-isi penting kepada 3 soalan yang ku tulis 20 minit yang lalu. Ada beberapa lompang-lompang yang nyata terutama struktur hormon steroid yang banyak aku ragui.
"Begin answering your first question" katanya tegas menyebabkan aku tersentak daripada lamunan.
"Well, as we know protein structure can be divided primary, secondary and tertiary structure. What I am going to explain here is about the secondary and tertiary structure of the protein..."terangku kepada soalan pertama mengenai struktur sekunder dan tertier protein.
"Secondary structure can be found in two type; alpha helix and beta sheet. In this structure we can find the hydrogen bond type of interaction between the amino acid residues. While in the tertiary structure, the bond that responsible for this conformation is the non covalent bond between the amino acid side chain..."
Tiba-tiba peneranganku dipintas. "What is the different between the hydrogen bond in the secondary structure and in the tertiary structure?"
Aku tersenyum di dalam hati. Nasib baik soalannya mudah.
"The hydrogen bond in the secondary structure is between the aminoacid residue while in the tertiary structure, it is between the amino acid side chain."Balasku dengan penuh yakin.
Akan tetapi, lain pula respon yang aku terima. Alexandra hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.
"The hydrogen bond in the secondary structure is between amino acid residues while the hydrogen bond in tertiary structure is between the amino acid radical"katanya.
Aku kehairanan sendiri. Apa bezanya radical dengan side chain. Bukankah kedua-duanya seerti. Namun belum sempat pun aku membuka mulut, markah 4 untuk soalan telah pun ditulis di atas kertas. Aku mengeluh sendiri di dalam hati. Tidak mengapalah, orang Russia, lagipun ada 2 soalan lagi.
Soalan kedua tentang sintesis DNA dan kepentingan Folic Acid beserta dengan inhibitor dalam perubatan berjalan dengan lancar. Manakala untuk soalan ketiga mimpi ngeri ku tiba apa Alexandra bertanya tentang struktur Hormon Glucosteroid.
Habis sahaja soalan ketiga, aku sudah mula menyangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Ternyata sangkaanku benar.
"It seems to me, I can only give you 4"
Keputusan tersebut memang dijangka. Entah mengapa hatiku memberontak, seperti tidak mahu menerima keputusan. Tidak adil, bisikku sendiri. Memberikanku markah yang tidak sepatutnya hanya kerana kesalahan kecil.
"No, I want to get 5! Ask me anything! Give me additional question (I can prove that I am worth of 5)"
Mataku bertentangan dengan mata Alexandra. Ku lihat matanya memandangkan dengan seribu satu pengertian umpama singa menunggu untuk memakan mangsanya. Jarinya memegang pen erat-erat. Sebelah tangan yang lain bagaikan digenggam kemas-kemas bagai ada kegeraman yang tidak terurai.
10 minit kemudian memperlihatkan aku menepis-nepis serangan yang diberikan. Aku jawab soalan-soalan tambahan yang datangnya bertubi-tubi bagaikan tiada henti. Semua pelajar-pelajar lain di dewan mula melihat pertarungan yang hebat di depan mereka.
"Ok, this is my last question. I you can answer this question I give you 5."
Hatiku berdebar-debar. Umpama menunggu saoalan hidup dan mati. Dahiku sudah pun mula berpeluh-peluh ditambah lagi cahaya pagi yang menyinar terus ke arah ku.
Akhirnya Alexandra membuka mulut.
"Tell me what is Vitamin resistance state?"
Vitamin resistance state? Aku bertanya pada diriku sendiri. Aku sendiri kurang jelas apa yang diperkatakan.
Aku bertanya untuk mendapat kepastian "Is it vitaminosis?"
"No!" jawapnya tegas.
"The patient have the normal value of vitamin in blood but they show symptoms of vitaminosis, why?"
Terasa seperti nafas ditahan separuh. Terasa bagai hilang seluruh kekuatan . Mujur Alexandra belum menulis apa-apa lagi. Pelajar-pelajar lain mula mendengar dengan penuh minat, mungkin soalan ini baru untuk mereka menyebakan mereka terasa ingin tahu jawapannya atau mungkin juga mereka sudah lama tahu jawapan kepada teka-teki ini, sengaja ingin melihat bagaimana aku menguruskan saat-saat genting ini.
Setelah berkira-kira. Dengan semua maklumat dan bayangan yang diberikan, aku memberikan jawapanku yang terakhir. Aku dapat rasa yang aku menutup mataku ketika itu, menundukkan kepala ke bawah. Takut sekali menerima penolakan yang rasa punyai kebarangkalian yang amat tinggi.
"I think it is because the vitamin can't be converted into its active form"
1 saat berlalu.
2 saat berlalu. Lama pula terasa.
"I give you 5"
Aku bagaikan ingin menangis, aku tarik senyuman selebar-lebarnya. Aku bangun terus, ingin sekali untuk melompat. Ingin ku peluk sesiapa yang ada berdekatan. Alexandra berlalu terus tanpa mengatakan apa-apa kepadaku.
*****
Kembali semula ke koridor (1 Julai 20060satu hari selepas peperiksaan Biokimia)
Hari-hari berlalu menyebabkan aku banyak berfikir. Aku terasa bagaikan keliru dengan diri sendiri. Aku tidak tahu mengapa, semua dirasakan sonsang. Prinsipku tidak ambil kisah dengan markah untuk peperiksaan kali ini tenyata berbeza dengan apa yang aku lakukan.
Kataku tidak inginkan 5, tapi kenapa pula meminta soalan tambahan. Kenapa tidak diterima sahaja markah 4 yang Alexandra berikan? marahku kepada diri sendiri.
Apalah yang aku inginkan sebenarnya. Apakah berbeza prinsip dan kehendak. Tetapi sebelum ini, aku sudah sangat yakin yang minatku tiada lagi, seluruh badan sudah bersetuju. Namun, lain pula yang berlaku akhirnya. Bagaikan dua insan berbeza menghuni dalam satu badan yang sama.
"Fadli tolong rasakan sup sayur ini" sahut Hafizudin dari dalam dapur. Lamunanku tersentak. Aku memandang kebelakang, padat sungguh perkarangam dapur umum kami dengan semua orang yang bersedia untuk jamuan ahli-ahli 'floor' malam ini.
Aku tersenyum lantas bergegas masuk meninggalkan balkoni. Senduk yang sudah pun terisi dengan sedikit sup sayur, aku capai daripada tangan Hafizudin. Perlahan-lahan aku hirup sedikit air di dalamnya.
"Erm, kurang garam sedikit rasanya"kataku sambil memberikan semula senduk kepadanya.
"Nak letak berapa banyak lagi?"tanya Hafizuddin
"Secukup rasa"balasku ringkas.
Jawapanku membuatkan aku berfikir sendiri. Mungkinkah persoalanku tadi sama seperti persoalan garam ini. Tidak ada yang objektif, secukup rasa bergantung kepada pemasaknya, yang merasanya sendiri. Berapakah cukup adalah cukup. Entahlah mungkin cukup itu adalah cukup. Aku menghelakan nafas, tanpaku sedari aku tergelak sendiri.
"Kenapa Fadli?"tanya Hafizuddin kehairanan.
"Tidak ada apa-apa, Tak penting pun. sudah jumpa garam?"balasku.
"Belum" lalu Hafizuddin meninggalkanku terus mengacau sup sayur sambil dia mencari-cari garam di rak dapur.
Angin diluar bertiup lagi. Sepoi-sepoi bahasa, nyaman dan segar bertukar dengan haba panas masakan kami didapur. 4 hari lagi sebelum balik ke Malaysia. Sepatutnya aku gembira. Ya Allah terima kasih atas segalanya. Aku percaya semua berlaku atas hikmahnya sendiri.