Khamis, September 23, 2004

Persiapan akhirPersiapan akhir Persiapan Akhir

“Kita tak sedar kadang-kadang apa yang kita cari ada pada tempat yang kita tinggalkan…”

Setelah 2 bulan lebih menjalani program persediaan Russia, akhirnya habis jugak urusan saya di INTEC. Ikhlas saya katakan terasa macam masih banyak lagi yang perlu belajar, walaupun bila orang lain tanya
“Fadly, kiranya ko boleh lah cakap Russia?”.
Dan saya terus jawab
“Bolehlah sikit2”

Tapi dalam hati ini sendiri ada rasa ragu-ragu, ada banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiran. Boleh ke aku hidup? Boleh ke aku cakap Russia? Macam mana kalau orang russia tak faham? Sampai saya sendiri pernah mimpi yang saya bawak kamus pergi pasaraya nak beli barang, bila saya tak tahu perkataan saya tgk kamus, lepas tu semua org gelak kuat-kuat…malunyer!!!.Nauzubillah minta-minta di jauhkan.

Tapi rasanya seolah-olah semua rasa risau, bimbang di bawa jauh pergi bila saya balik ke rumah. Kalau dulu emosi boleh jadi tak stabil tapi bila sampai ke sini seolah-olah segala-galanya telah selesai. Sedar tak sedar dah dekat dua bulan lebih saya tak balik ke rumah-Mak cakap saya balik waktu 2 minggu terawal je….Ya Allah teruknya aku ni, anak apa macam ni?- Dalam hati ni terus saya cakap pada diri saya yang saya nak spent the best quality time with my family….

Bagaikan ditiup semangat itu semula, seolah-olah memang ditakdirkan saya ke SEMESTI untuk mengutip semula kekuatan yang telah hilang. Sampai je ke perkarangan sekolah, saya nampak ramai student form 5 duduk di luar dewan, masing-masing khusyuk membaca buku, Erm…ada percubaan SPM rasanya. Teringat pula detik-detik yang berlalu sekitar tahun lepas, semacam baru semalam saya ditempat mereka, bersedia untuk ujian yang penting-penat jerih, suka duka, risau gembira, kami duduk bersama-sama, belajar bersama-sama, kemudian ada yang terjatuh, terluka, kita bangunkan dan yakinkan yang peluang masih lagi ada. Siapa sangka lagi beberapa hari lagi saya dah nak pun ke Russia.

Kemudian Allah aturkan pula pertemuan dengan semua cikgu, seolah-olah mengingatkan semula apa yang saya terlupa, sebanyak nasihat diberikan, segunung harapan diletakkan, dan yang paling penting iaitu berkat yang tak ternilai yang dicurahkan. Sehari suntuk saya habiskan. Kemudian jumpa pulak dengan semua junior dari form 5 sampailah sekecil-kecil form 2, tak sangka pulak dapat sambutan sebegitu meriah. Apa lagi terus saya ke koperasi sekolah beli tie sekolah-nanti waktu nak fly rasanya nak pakai…erm..I really think that I will miss this school so much.

My family jadi sangat best minggu ni, rindu rasanya petang-petang kami duduk sama-sama, buka macam-macam cerita, dari ke sekolah sampai ke artis-artis, yang saya respect mak tetap boleh masuk walau apa topik yang ke udara. Lepas tu kami pergi shopping sama-sama, makan cendol sama-sama. Geez, she really just like my best friend.

Saya memang rasakan yang Allah dah tetapkan segala-galanya, Allah tetapkan minggu ni saya dapat penawar kepada kekusutan yang ada. Saya jumpa dengan semua kenangan lepas saya, saya diingatkan siapa dan apa sebenarnya yang menjadikan saya sampai ke hari ini sebenarnya; cikgu saya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, kawan-kawan saya….
Teringat saya pada nasihat dari seorang cikgu saya

“Fadly kamu tak tahu sebenarnya, sebesar mana harapan yang kamu nampak dia letakkan pada kamu, lagi besar sebenarnya yang ada tersimpan dalam hati dia”

Saya tak pernah rasa yang saya kuat tapi dengan izin Allah harapan dan doa merekalah yang jadikan saya dapat mengharungi dugaan satu demi satu meskipun cabaran yang datang lebih dari apa yang saya mampu. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.

Itulah kadang-kadang apa yang kita cari ada pada tempat yang kita tinggalkan.

Alhamdullilah terlepas segalanya apa yang terbuku di hati ini, erm lepas ni nak pergi dapur nak belajar masak dengan mak. Kena khatamkan nanti senang dekat Russia nanti.

Isnin, September 20, 2004

Sibuk dan sibuk...

Keadaan menjadi semakin sibuk hari demi hari...Habis jer kursus persediaan hari jumaat bermakna kami semua ada lagi lebih kurang 11 hari untuk membuat persiapan sebelum berangkat ke Russia...

Apa Perasaan? Erm entahlah susah nak digambarkan...sebab bukannya nak pergi Russia untuk melancong tapi belajar. Lagipun pun Russia bknnya tempat yang nak dibandingkan dengan UK, US atau mana-mana tempat yang pastinya jadi idaman setiap orang bila nak belajar ke luar negara.

Cakap pasal perbandingan, sampai ke hari ini saya belajar menerima hakikat tentang apa yang berlaku pada saya sekarang, saya telah mendapat satu pengajaran yang kita tak boleh nak membanding beza apa yang kita ada sekarang dengan apa yang orang ada secara keterlaluan atau dengan kata lainnya bersyukur dengan apa yang kita ada...

Sebabnya kita sendiri tak tahu kalau apa yang kita nak tuh baik ataupun tidak untuk kita, Sehebat mana pun kita rancang tapi yang kita perlu sedar akan kewujudan yang Maha Perancang.

Yalah, kadang-kadang ini silapnya manusia, bukannya salah sesiapa tapi atas keterbatasan kita sendiri; hinggakan gagal dibeza antara kaca dan permata. Macam ubat, orang tak nak makan sebab ubat pahit tapi ubat itulah jugak as sebab untuk sembuh.

Satu lagi contoh macam nak ke Russia, bila semua orang gerun bila dengar bom meletup dekat sana, ada pengganas Chechen lagi dan ditambah pulak dengan kapal terbang terhempas. Entahlah, saya tak rasa apa-apapun. Tak tahu kenapa. Sebab selama ni, orang bila tanya saya pasal russia asyik nak membanding beza, sampai saya sendiri dah letih. Lama-lama saya sendiri dah terbiasa untuk terima russia seadanya. Russia adalah russia bukanya negara lain, samalah Malaysia adalah Malaysia, takkan ada yang sama.

Teringat pula kata-kata cikgu pasal dia cerita tentang rakyat Malaysia yang jelajah benua(tak ingat pulak nama dia). Dia cakap waktu orang tu lawat ke Afghanistan even ke Iraq, keadaan taklah seburuk yang digambarkan, kehidupan masih berjalan macam biasa, tumbuhan-tumbuhan hijau masih tumbuh, even dia siap sempat bermalam lagi.....

Itulah kadang berita itu diperbesar-besarkan...sudah sampai masanya kita bezakan Fakta, gossip dan khabar angin....

Erm..sampai ketemu lagi, kena pergi Giant, nak cari rempah ngan beg besar....

Sabtu, September 04, 2004

Lost...Hilang?

Kenapa nih? Why? Pachimu?

Buat pertama kalinya sewaktu saya belajar dalam kursus persediaan Russia, saya hilang tumpuan, saya hilang fokus. Saya sendiri takut dengan diri saya yang tiba-tiba jadi macam nih.

Saya masih lagi mencari punca, Saya pergi ke INTEC macam biasa, masuk ke kelas macam biasa (walaupun tanpa orang yang biasanya ada) lecturer masuk macam biasa, pembelajaran bermula macam biasa tapi saya yang tak macam biasa. Otak saya seola-olah gagal berjalan seperti biasa.

Dulu saya selalu cakap russia dengan lecturer tapi sekarang nak jawab soalan dia pun saya tak dapat. Dulu kononnya saya pelajar paling berpotensi, pelajar paling pandai berkomunikasi, anak emas la, pelajar contohla kononnya ( Walaupun saya rasa tak pun sebenarnnya) tapi saya terasa semacam seolah kekuatan itu dah ditarik, hilang entah kemana.

Bayangkan Anda sedang berjalan tiba-tiba terdengar kawan anda cakap " Ko perasan tak sekarang nih ******* dah gantikan tempat Fadli dah"

Saya tak marahkan diorang cakap macam tu pun, mereka ada hak menilai sendiri, malah bagi saya sendir tak penting kedudukan No1 itu pun, sebab tempat itu pun hanya ada satu, saya tak kesah pun gelaran kedudukan itu semua.

tapi apa yang saya risaukan adalah kenapa saya begitu merosot sekali, tak bolah jadi nih, saya kena buat come back! Fadli kena kembali semula!

Lama saya fikir tentang hal nih, saya tak boleh biarkan hal ni terus berlaku, tak lama lagi nak fly pergi ke Russia. Kalau saya terus macam nih ditambah dengan subject medic yang semakin mencabar. Matilah Saya!

Saya pandang ke langit lepaskan segala beban yang ada sambil dalam hati; Ya Allah kurniakanlah hambamu ini kekuatan dan bantu dia seadanya...

Rakan-rakan doakan saya berjaya menghadapi dugaan ini.

Hujung minggu nih saya nak cover balik, ingat balik mana yang terlupa. Insya Allah hari Isnin saya mengharapkan diri saya yang dah pun pulih.


*Saya sekarang dah terlibat dalam konsert pelajar-pelajar russia, minggu depan pulak student russia yang ke Moscow berangkat pergi