Isnin, Ogos 23, 2004

Things happened to be a reason

Dalam 2 minggu nih jer ada banyak perkara yang berlaku, dan kebanyakannya menguji sejauh mana insan yang kerdil ini mampu untuk menghadapi musibah yang datang menimpa

Sekali air bah; sekali pantai berubah

hari tu masih segar dalam ingatan, hari selasa dalam lingkungan pukul 9. Siap sangka tiba-tiba keputusan universiti dikeluarkan. Semua orang berebut nak tengok. Saya masih ingat lagi setiap satu kertas yang saya belek kalau ada terselit nama sendiri.

Saya terus pergi ke kertas Moscow Medical Academt(M1) dengan Russian state medical Academy (M2),sebab dua universiti yang saya apply dan dua universiti ini yang sayaletak harapan yang tinggi untuk ke sana. Saya pandang satu persatu nama yang tertera dari atas sampai ke bawah.

Tapi nama saya tak ada!

"Eh! silap ker nih, takper check lagi skali" saya cakap kat diri saya sendiri.

Saya check lagi skali, tapi tetap tak ada lagi nama saya. Waktu tuh badan terasa lemah tiba-tiba. Tiba-tiba ada orang tepuk dari belakang

" Fadly ko dapat Volgo"

Ikhlas saya katakan, saya terdiam waktu tuh.. Saya dapat Volgograd Medical Academy. Satu tempat yang tak pernah saya jangkakan pergi. "Takpe2 sabar2". Kemudian saya tanya kawan rapat saya yang lain Afiq, Aie, Azman, hafiz.

Seronok nyer mereka, Semua datang dan jawab dengan muka riang. waktu tuh saya terasa macam di campak ke lubang yang amat dalam.Nak jer saya nak jerit Tolong! tapi tak siap yang dengar. Tekak dah terasa berat sangat. Air mata seolah-olah macam tak dapat dibendung sangat.

The rest of the day turn to be worst, I'm even can talk for the day, teringat lagi waktu tuh my russian lecturer suruh baca karangan russia yang kami buat malam tadi. Saya dah habiskan banyak masa buat karangan tu, saya habiskan masa satu malam belek kamus, susun ayat, hafalkan semata-mata nak berikan satu hasil yang baik hari esoknya. It's just happens bile saya masuk bab saya nak beritahu saya tinggal di asrama dengan siapa, tekak saya terasa berat serta merta. Flash back menyerang saya tiba-tiba.Saya terus minta maaf, Saya tak nak orang tengok saya macam nih saya terus minta keluar dari kelas tiba-tiba.

Kekadang saya fikirm bodoh lah aku nih! benda tuh pun nak emosional. BUkan kita sorang jer yang dapat universiti yang kita tak nak. Sekurang-kurang lebih baik dari yang tak dapat lansung.
Persoalan bukannya saya tak cuba nak halang tapi kita boleh bayangkan sendiri; menerima sesuatu yang mengejut bukannya mudah.

12.45 petang..satu sms datang..ohh dari azman rupannya

" God answer prayers in three ways, He says yes and give us what we want, He says no give us better, He says wait and give us the best in his time.

Air mata mengalir tiba-tiba; saya teringat saya pernah doa; Ya Allah Bantulah aku belajar di russia, bantu aku dalam bidang medic, temukan aku dengan rakan yang membantu.

Waktu tu terbayang kawan-kawan yang sudah sedia ada rapat-bila tahu diorang semua tak sama universiti terasa semacam ada satu beban yang sangat berat jatuh hempap ke badan.

Adakah aku akan ditemukan dengan rakan yang lebih baik? Adakah berpisah itu lebih baik? Macam2 fikiran timbul dalam benak fikiran. Tapi saya tahu fikiran manusia ada batasnya. Saya tenangkan diri dan cuba beransur2 redha dengan keputusan yang ada.

Waktu ni saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yang ada, Who give me support-walaupun kita tahu yang kita tak banyak masa-Waktu rasanya macam sangat fragile-you all give me strength-thanks so much.

Agaknya betapa susah nak di bentuk ukhwah itu ianya bertambah susah bila nak dipisahkan...